Anda di halaman 1dari 5

No 159

AFIDAVIT MENURUT AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959 (A 71 k 5)

(Tajuk seperti dalam Borang 6)

(a) Untuk Probet

1 _______ (“si mati tersebut”) yang bermastautin di _______ mati pada _______ haribulan _______ 20_______ di _______
mempunyai pada masa kematiannya harta yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah ini. Sesalinan benar Sijil
Kematian si mati tersebut adalah dengan ini dikemukakan dan ditunjukkan kepada saya dan ditandakan sebagi
ekshibit “_______” dan dilampirkan bersama ini.

2 Keseluruhan harta pusaka dan harta benda si mati boleh alih dan tak boleh alih yang berada dalam bidang
kuasa tidak termasuk apa yang si mati memiliki atau berhak mendapat sebagai pemegang amanah bagi mana-
mana orang atau orang lain dan tidak secara benefisial, tetapi tanpa menolak apa-apa jua yang disebabkan oleh
apa-apa hutang yang kena dibayar atau yang terhutang oleh si mati, melebihi sepuluh ribu ringgit nilainya
sepanjang pengetahuan, maklumat dan kepercayaan Pemohon. Sesalinan senarai aset dan liabiliti si mati
tersebut dengan ini dikemukakan dan ditunjukkan kepada saya dan ditandakan sebagai ekshibit “_______” dan
dilampirkan bersama ini.

3 Pemohon percaya tulisan atas kertas yang bersama ini ada diekshibitkan dan salinan benar yang dilampirkan
bersama ini yang bertanda “_______” adalah salinan benar dan asal Wasiat (dengan Kodisilnya) bagi _______ si mati
yang tersebut.

4 Pemohon ialah wasi tunggal (atau salah seorang daripada wasi-wasi) yang dinamakan dalam Wasiat tersebut
(_______ beralamat di _______ wasi yang seorang lagi yang dinamakan dalamnya telah mati pada _______ haribulan
_______ atau pada hari _______ melalui suratcara yang ditandatangani sewajarnya telah menolak probet dan
pelaksanaan Wasiat tersebut).

5 Sesalinan senarai Benefisiari yang dinamakan dalam Wasiat tersebut si mati tersebut adalah dengan ini
dikemukakan dan ditunjukkan kepada saya dan ditandakan sebagai ekshibit “_______” dan dilampirkan bersama
ini.

6 Pemohon memohon bahawa probet bagi Wasiat (dan Kodisil) _______ tersebut boleh diberikan kepadanya
(kebenaran yang dirizabkan untuk _______ dikehendaki datang dan membuktikannya atau sebagaimana yang
berkenaan).

Alamat untuk penyampaian bagi Pemohon ialah _______

Saya, _______, Pemohon sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) dan mengatakan bahawa isi kandungan Saman
Pemula yang tersebut di atas adalah sepanjang pengetahuan dan kepercayaan saya, dalam semua segi adalah
benar.

Diangkat sumpah (atau diikrarkan) seperti dalam Borang 74.

(b) Untuk Kuasa Mentadbir

1 _______ yang bermastautin di _______ mati pada _______ haribulan _______ 20_______ mempunyai, pada masa
kematiannya, harta yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah ini. Sesalinan benar Sijil Kematian si mati
tersebut adalah dengan ini dikemukakakan dan ditunjukkan kepada saya dan ditandakan sebagai ekshibit
“_______”.

2 Keseluruhan harta pusaka dan harta benda si mati, boleh alih dan tak boleh alih, yang berada dalam bidang
kuasa tidak termasuk apa yang si mati memiliki atau berhak mendapat sebagai Pemegang Amanah bagi mana-
mana orang atau orang lain dan tidak secara benefisial, tetapi tanpa menolak apa-apa jua yang disebabkan oleh
apa-apa hutang yang kena dibayar atau yang terhutang oleh si mati, melebihi dua juta ringgit nilainya sepanjang
pengetahuan, maklumat dan kepercayaan Pemohon. Sesalinan senarai aset dan liabiliti si mati dengan ini
dikemukakan dan ditunjukkan dan ditandakan sebagai ekshibit “_______” dan dilampirkan bersama ini.
3 _______ si mati tersebut, yang telah menjadi warganegara (1) _______ dan seorang (2) _______ telah mati tak
berwasiat (3) _______ dengan meninggalkan penakat (4) _______. Sesalinan senarai Benefisiari yang dinamakan
dalam Wasiat si mati tersebut dengan ini dikemukakan dan ditunjukkan dan ditandakan sebagai ekshibit
“_______” dan dilampirkan bersama ini.

4 Pemohon ialah (5) _______

5 _______ beralamat di _______ dan _______ beralamat di _______ mempunyai hak terdahulu daripada Pemohon
sebagai (6) _______ dan _______ beralamat di _______ mempunyai hak yang sama dengan Saman Pemula selaku (6)
_______ tetapi dia pada _______ haribulan _______ 20_______ telah secara bertulis ditandatangani oleh _______
menolakkan hak itu.

6 _______ terdapat kepentingan minoriti (atau seumur hidup) dalam harta pusaka (7) _______ tersebut.

7 (Pemohon berhasrat bahawa _______ beralamat di (8) _______ dilantik menjadi pentadbir bersama dengannya
akan harta pusaka si mati yang tersebut. Persetujuan secara bertulis daripada _______ yang tersebut untuk
dilantik sedemikian ada dilampirkan bersama ini).

8 Pemohon memohon bahawa Surat Kuasa Mentadbir bagi Harta Pusaka dan Harta Benda kepunyaan _______
boleh diberikan kepadanya sebagai (9) _______

Alamat untuk penyampaian bagi Pemohon ialah _______

Saya, _______, Pemohon sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) dan mengatakan bahawa isi kandungan Saman
Pemula yang tersebut di atas adalah sepanjang pengetahuan dan kepercayaan saya, dalam segala segi benar.

Diangkat sumpah (atau dikrarkan) seperti dalam Borang 74.

(c) Kuasa mentadbir dengan Wasiat

Sebagai ganti perenggan 4 dalam Borang 159(a) teruskan:


Pewasiat tidak ada dalam Wasiatnya yang tersebut menamakan mana-mana wasi (atau______ (nama)______) wasi
yang dinamakan dalam Wasiat tersebut mati pada _______ haribulan _______ 20_______ atau telah menolakkan
probet dan pelaksanaannya), dan Pemohon ialah (nyatakan perhubungan jika ada) bagi si mati yang tersebut,
dan penerima legasi bakian atau salah seorang daripada penerima legasi bakian yang dinamakan dalam Wasiat
tersebut _______ atau Pewasiat itu (yang mati sebagai duda atau orang bujang (sekiranya begitu) dan) tidak ada
dalam Wasiatnya yang tersebut menamakan mana-mana wasi atau penerima legasi bakian dan Pempetisyen
ialah (seperti dalam Aturan 71 kaedah 5(5)).

(d) Untuk Kuasa Mentadbir – De Bonis Non

Seperti dalam (b) di atas masukkan perenggan yang berikut selepas perenggan 3:

Pada _______ haribulan _______ 20_______, Surat Kuasa Mentadbir bagi harta pusaka si mati yang tersebut telah
diberikan kepada _______ sebagai _______ yang sah di sisi undang-undang kepada si mati: tetapi dia telah mati pada
_______ haribulan _______ 20_______ dengan meninggalkan (sebahagian daripada) harta pusaka tak ditadbirkan.

(dan dimasukkan “de bonis non” selepas “kuasa mentadbir” dalam permohonan).

(e) Kuasa Mentadbir oleh syarikah amanah


Permohonan _______ suatu Syarikat Amanah yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 atau Ordinan
Syarikat Amanah (Sabah Bab 146), mengikut mana-mana yang berkenaan, dan mempunyai pejabat berdaftarnya
di _______

Teruskan seperti dalam (b) di atas hingga ke perenggan 3 termasuk kedua-duanya; kemudian teruskan:
4 Syarikat yang memohon telah secara bertulis memfailkan bersama di sini setelah dibenarkan oleh _______
sebagai (5) _______ untuk memohon Surat Kuasa Mentadbir bagi harta pusaka _______ yang tersebut. _______

5 _______ beralamat di _______ mempunyai hak terdahulu dan (atau) _______ beralamat di _______ mempunyai hak
yang sama banyak kepada _______ yang tersebut kepada surat kuasa mentadbir selaku (nyatakan perhubungan)
tetapi dia pada _______ haribulan _______ 20_______ secara bertulis yang ditandatangani olehnya telah menolakkan
hak itu.

6 Ada (atau tidak) terdapat kepentingan minoriti dan (atau) seumur hidup dalam harta pusaka _______ yang
tersebut iaitu (nyatakan kepentingan minoriti dan seumur hidup, dengan memberikan nama, umur dan
kepentingan setiap orang belum dewasa yang berhak).

7 Syarikat yang memohon melalui suatu ketetapan oleh lembaga pengarah mereka, sesalinannya di bawah
Meterai syarikat yang memohon difailkan bersama ini, telah memberi kuasa kepada _______ seorang pegawai
dalam syarikat yang memohon itu untuk membuat, mengangkat sumpah dan menandatangani saman pemula itu
bagi pihak mereka.

8 Syarikat yang memohon memohon supaya Surat Kuasa Mentadbir bagi Harta Pusaka dan Harta Benda
kepunyaan _______ yang tersebut bolehlah diberikan kepadanya.

Alamat untuk penyampaian syarikat yang mempetisyen ialah _______

Saya, _______ seorang pegawai dalam syarikat yang memohon yang diberi kuasa dengan sempurnanya oleh
syarikat yang memohon bagi maksud ini sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) dan mengatakan bahawa isi
kandungan Saman Pemula yang tersebut di atas adalah sepanjang pengetahuan dan kepercayaan saya, dalam
segala segi benar.

Diangkat sumpah (dan diikrarkan) seperti dalam Borang 74.

Nota – Dalam suatu Saman Pemula untuk probet di mana terdapat hanya seorang wasi lelaki atau wasi
perempuan yang dinamakan dalam wasiat itu, dia hendaklah diperihalkan sebagai wasi lelaki tunggal atau wasi
perempuan tunggal dan dalam suatu saman pemula untuk Surat Kuasa Mentadbir semua orang yang berhak ke
atas apa-apa bahagian daripada harta pusaka itu patutlah didedahkan.

Di—

(1) Nyatakan negara misalnya Malaysia, Singapura.

(2) Agama misalnya Kristian, Buddha, Hindu, Islam (jika negara Islam, nyatakan Mazhabnya).

(3) Duda, balu, perempuan belum kahwin atau bujang

(4) Seorang saja balunya yang sah di sisi undang-undang atau salah seorang daripada balunya yang sah di
sisi undang-undang (atau suaminya yang sah di sisi undang-undang) dan nyatakan waris kadim (dalam hal
kanak-kanak nyatakan nama, jantina, dan umur atau tarikh lahir).

(5) Perihalan yang hendak digunakan jika orang yang memohon Surat Kuasa Mentadbir ialah:

(a) seorang balu “balu yang sah disisi undang-undang”, atau sekiranya si mati menganut agama yang
membenarkan poligami, sebagai “seorang saja balunya yang sah di sisi undang-undang” atau “salah
seorang daripada balunya yang sah di sisi undang-undang”, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b) seorang suami sebagai “suami yang sah di sisi undang-undang”;

(c) seorang bapa “ bapa yang sah di sisi undang-undang dan waris kadim”;

(d) seorang ibu “seorang ibu yang sah di sisi undang-undang dan waris kadim” atau “seorang ibu yang
sah di sisi undang-undang dan satu-satunya waris kadim”;

(e) seorang kanak-kanak “anak tunggal yang sah di sisi undang-undang dan waris kadim yang tunggal”
atau “salah seorang daripada anak yang sah di sisi undang-undang dan waris kadim”;
(f) abang atau adik lelaki “abang atau adik lelaki yang sah di sisi undang-undang”;

(g) kakak “kakak yang sah di sisi undang-undang”; abang atau kakak hendaklah diperjelaskan dengan
lebih lanjut sebagai “salah seorang waris kadim” atau “waris kadim yang tunggal”

(h) anak saudara lelaki “anak saudara lelaki yang sah di sisi undang-undang” dan “salah seorang
daripada” atau “waris kadim yang tunggal”

(i) anak saudara perempuan “anak saudara perempuan yang sah di sisi undang-undang” dan “salah
seorang daripada” atau ”waris kadim yang tunggal”; sekiranya abang atau adik lelaki atau kakak atau
adik perempuan masih hidup dan anak saudara perempuan itu sebagai anak kepada abang atau adik
lelaki atau kakak atau adik perempuan bagi si mati tak berwasiat itu mati dan semasa hayatnya
memohon untuk mendapatkan kuasa mentadbir maka dia hendaklah diperihalkan sebagai “salah
seorang daripada orang yang berhak dalam pengagihan kepada harta pusaka dan harta benda si mati
itu”;

(j) datuk atau nenek, cucu, sepupu, dsb., hendaklah diperihalkan sebagai “sah di sisi undang-undang”
dan “salah seorang daripada waris kadim” atau “waris kadim yang tunggal”.

(6) Nyatakan perhubungan.

(7) Terangkan kepentingan minoriti atau seumur hidup dengan menyatakan nama, umur dan kepentingan
setiap orang belum dewasa yang berhak.

(8) Nyatakan perhubungan, jika ada, dengan si mati.

(9) Terangkan kapasiti pemohon mengikut (5) di atas atau sebagaimana yang berkenaan,

(f) Untuk Pemeteraian Semula

1 Mendiang _______ beralamat di _______ si mati yang mati pada _______ haribulan _______ 20_______ dan mempunyai
pada masa kematiannya sebagai domisilnya yang biasa atau utama di _______ (atau tanpa apa-apa domisil yang
diketahui atau tanpa apa-apa domisil yang tetap atau sebagaimana yang berkenaan) Sesalinan benar Sijil
Kematian si mati dengan ini dikemukakan dan ditunjukkan kepada saya dan ditandakan sebagai ekshibit “_______”
dan dilampirkan bersama ini.

2 _______ si mati yang tersebut telah mati tak berwasiat dan Surat Kuasa Mentadbir harta pusaka dan harta
bendannya yang mana salinan benarnya ada dilampirkan bersama ini telah diberikan dengan sempurnanya
kepada Pemohon kamu (atau kepada _______ beralamat di _______) oleh (nama Mahkamah).

(Atau 2. Si mati yang tersebut telah menyempurnakan dengan wajarnya Wasiat dan Testamennya yang terakhir
bertarikh _______ haribulan _______ 20_______, dan Probetnya, yang mana sesalinnya yang benar ada dilampirkan
bersama ini, telah diberikan dengan wajar kepada Pemohon kamu sebagai wasinya (atau kepada _______
beralamat di _______ sebagai wasinya) oleh (nama Mahkamah).

(Atau 2. Si mati yang tersebut telah menyempurnakan dengan wajarnya Wasiat dan Testamennya yang terakhir
bertarikh _______ haribulan _______ 20_______, dan Surat Kuasa Mentadbir dengan Wasiat dan Testamen berkenaan
terlampir kepadanya, yang mana sesalinan yang benar bagi Surat Kuasa Mentadbir dan Wasiat itu ada
dilampirkan bersama ini, telah diberikan dengan wajar kepada Pemohon kamu (atau kepada _______ beralamat di
_______ oleh (nama Mahkamah))

3 Si mati itu tinggal atau menjalankan (atau tidak tinggal atau tidak menjalankan) perniagaan di Semenanjung
Malaysia/ Sabah & Sarawak pada bila-bila masa dalam masa dua belas bulan sebelum kematiannya.

4 Setakat mana yang Pemohon kamu sedar ada (atau tidak ada) hutang yang kena dibayar daripada harta
pusaka si mati itu kepada pemiutang-pemiutang yang tinggal di Semenanjung Malaysia/Sabah & Sarawak.
5 Si mati itu mati dengan memiliki harta tertentu di Semenanjung Malaysia/Sabah & Sarawak iaitu: Sesalinan
senarai aset dan liabiliti si mati bersama ini dikemukakan dan ditunjukkan kepada saya dan ditandakan sebagai
ekshibit “_______” dan dilampirkan bersama ini.

6 Pemohon kamu telah diberi kuasa dengan sempurnanya oleh _______ yang tersebut menurut surat kuasa wakil
bertarikh _______ haribulan _______ 20 _______ yang telah didepositkan di Mahkamah Tinggi di _______ untuk
membuat permohonan ini bagi pihaknya. Sesalinan senarai benefisiari yang dinamakan dalam Wasiat si mati itu
adalah dengan ini dikemukakan dan ditunjukkan kepada saya dan ditandakan sebagai ekshibit “ _______” dan
dilampirkan bersama ini.

7 Alamat untuk penyampaian kepada pemohon ialah _______

8 Pemohon kamu memohon supaya Probet (atau Surat Kuasa Mentadbir) bolehlah dimeterai dengan meterai
Mahkamah ini.

Saya _______ sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) dan menyatakan bahawa pernyataan-pernyataan yang
terkandung dalam saman pemula yang tersebut di atas adalah sepanjang pengetahuan, makluman dan
kepercayaan saya dalam segala segi benar.

Diangkat sumpah (atau dikrarkan) seperti dalam Borang 74.

Anda mungkin juga menyukai