Anda di halaman 1dari 3

CONTOH SURAT RAYUAN KEPADA MENTERI PENDIDIKAN

Kemudian boleh SK kepada pegawai-pegawai berkenaan

NAMA ANDA
sekolah anda
alamat sekolah anda

Y.B. Dato Seri DiRaja Mahdzir Bin Khalid


Menteri Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 10, Blok E8, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Y.B. Dato Seri,

RAYUAN SEMAKAN SEMULA


PERMOHONAN PERTUKARAN DARI __________ KE PPD ________, NEGERI _________ BAGI
SESI JANUARI 2017

Saya seperti nama di atas ingin membuat rayuan agar permohonon saya ke PPD
________, NEGERI __________ bagi sesi Januari 2017 dipertimbangkan semula.

2. Bagi tujuan tersebut, berikut merupakan maklumat saya untuk rujukan pihak Y.B.
Dato Seri. :

Nama : xxxxxx

No. KP :
No. Fail JPN :
No. Siri Permohonan :
Opsyen :
Pengalaman Mengajar :
PPD Semasa :
PPD Dipohon :

3. Tujuan utama permohonan pertukaran ini dibuat adalah bagi membolehkan saya
untuk menjaga ibu saya di kampung. Ibu saya merupakan seorang ibu tunggal yang
tinggal bersendirian di kampung. Buat masa sekarang, saya perlu berulang-alik dari
_______________
ke kampung saya untuk menjenguk ibu saya di kampung. Perkara ini sangat
membebankan saya dari segi kos dan masa.

4. Selain itu, permohonan pertukaran ini juga akan membolehkan saya untuk
menyambung pengajian di peringkat Master dalam bidang pendidikan kelak. Saya
berhasrat untuk menyambung pengajian bagi memantapkan lagi pengetahuan saya
dalam mendepani murid-murid di sekolah, seterusnya menjadikan sesi
pembelajaran lebih menarik.

5. Bersama ini saya sertakan dokumen berkaitan bagi tujuan semakan semula ini. :

1. Borang permohonan EG-TUKAR sesi Januari 2017


2. Salinan Sijil Perkahwinan

6. Saya amat berharap agar Y.B. Dato Seri dapat mempertimbangkan rayuan
semakan semula ini. Kerjasama dan keprihatinan pihak Y.B. Dato Seri amat saya
hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


Saya yang menurut perintah,

( xxxxxxxx )

No. Tel :

Anda mungkin juga menyukai