Anda di halaman 1dari 11

Pendakwa Syarie v Mohd Zulkifli bin Adam & Anor (Wan

[2012] 2 ShLR Abdul Malik ShSubCJ) 113

A Pendakwa Syarie v Mohd Zulkifli bin Adam & Anor

SHARIAH SUBORDINATE COURT (KUALA TERENGGANU) —


CRIMINAL SUIT NOS 11006–143–0024 OF 2011 AND
B 11006–143–0025 OF 2011
WAN ABDUL MALIK SHSUBCJ
24 APRIL 2011

C Islamic Law — Shariah Court evidence — Confession (Iqrar) — Khalwat (close


proximity at secluded place) — Whether voluntarily — Whether sufficient to
warrant conviction

Islamic Law — Shariah criminal law — Khalwat (close proximity at secluded


D place) — Confession — Whether sufficient to pass any sentence as provided in
Enactment — Factors considered in determining appropriate sentence — Shariah
Criminal Offences (Takzir) (Terengganu) Enactment 2001 s 31

E Islamic Law — Shariah criminal procedure — Khalwat (close proximity at


secluded place) — Repeated offenders — Sentence — Aim of imprisonment —
Sentences imposed should have effect of daunting perpetrator from repeating
commission of crime — Whether imprisonment appropriate
The accused persons, in this case, had been charged for committing khalwat, an
F offence under s 31 of the Syariah Criminal Offences (Takzir) (Terengganu)
Enactment 2001. Based on their confessions, the accused persons understood
the nature and consequences of the confession that was made volunatrily or
unconditionally and without any force. Prior to this offence, they had been
convicted for the offence of khalwat by the Dungun Shariah Subordinate
G Court where a fine of RM500 and RM800 were imposed upon them,
respectively.
Held, convicting both the accused persons:
H (1) The act committed by the first and second accused was deemed a
serious offence as it gave rise to social ills in the society. The
effectiveness of the appropriate sentence to be imposed on the parties
ought to be considered (see para 15).
(2) The accused persons have no remorse but have challenged the
I institution of the court. The earlier fine imposed on them by the
Shariah Court hardly had any effect on them as they considered the
punishment a very meager sum and viewed that each time they
committed the offence they could get away with a mere fine (see para
15).
114 Shariah Law Reports [2012] 2 ShLR

(3) The court was of the view that the imposition of fine has failed to deter A
persons who had been previously convicted from repeating the crime.
As money is not a problem to many, they do not take the sentence of
the court seriously and this has resulted in the increase of such offences
with scant regard to the laws. This was evident from the acts of the two
accused persons herein. Hence, a severe sentence coupled with B
imprisonment was deemed appropriate to the current circumstances as
this would serve a lesson to the offenders from repeating the offence
and to the public from committing similar crimes (see paras 17–19).

[Bahasa Malaysia summary C

Di dalam kes ini, tertuduh telah dituduh melakukan kesalahan berkhalwat di


bawah s 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.
Berdasarkan iqrar, tertuduh faham akibat daripada pengakuan salahnya dan
pengakuan bersalah itu dibuat secara sukarela, tiada paksaan dan tidak D
bersyarat. Sebelum ini kedua-duanya telah dijatuhkan hukuman denda
sebanyak RM500 dan RM800 oleh hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah
Dungun.

Diputuskan, mensabitkan kedua-dua tertuduh: E


(1) Kesalahan yang dilakukan oleh OKT1 dan OKT2 adalah satu
kesalahan yang amat serius yang merupakan punca kepada maksiat
dan masalah sosial pada masa kini. Mahkamah melihat kepada
keberkesanan hukuman itu dijatuhkan terhadap seseorang (lihat F
perenggan 15).
(2) Mahkamah berpendapat kedua-dua OKT tidak serik dan seolah-olah
mencabar kewibawaan mahkamah. Mereka melihat kadar hukuman
yang ada di Mahkamah Syariah adalah terlalu rendah dan tidak
G
memberi apa-apa kesan kepada mereka. Mereka menganggap setiap
kali melakukan kesalahan boleh dibayar dengan denda (lihat
perenggan 15).
(3) Mahkamah berpendapat hukuman denda adalah suatu hukuman biasa
dan pada masa ini tidak memberi sebarang pengajaran terhadap orang H
yang disabitkan bersalah oleh Mahkamah Syariah. Faktor kewangan
masa kini bukanlah suatu masalah besar dan hanya dipandang remeh
oleh masyarakat umum sehingga tidak mengambil iktibar terhadap
keputusan mahkamah dan tidak mustahil kesalahan itu diulang
semula dan kembali berleluasa tanpa menghormati undang-undang I
yang diguna pakai. Inilah yang berlaku ke atas kedua-dua OKT. Oleh
yang demikian, hukuman yang lebih berat dengan melibatkan
pemenjaraan mungkin bersesuaian dengan kehendak semasa sebagai
satu hukuman yang digeruni agar menjadi satu pengajaran kepada
Pendakwa Syarie v Mohd Zulkifli bin Adam & Anor (Wan
[2012] 2 ShLR Abdul Malik ShSubCJ) 115

A pesalah dan masyarakat supaya tidak mengulangi kesalahan dan takut


melakukan kesalahan tersebut (lihat perenggan 17–19).]

Notes
For cases on Islamic law in general, see 8(1) Mallal’s Digest (4th Ed, 2011
B Reissue) paras 547–818.

Cases referred to
Pendakwa Syarie lwn Jalil Embong & Zaliha Endut (refd)
Razali bin Zakaria lwn Rafeah dan Maimunah (refd)
C Mohamed Habibullah lwn Faridah (refd)
Legislation referred to
Akta Bidang kuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1984
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 ss 31(a), (b),
D 59(1)(b)
Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 ss 17, 18
Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 ss 11, 12(2)
Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam (Selangor) 1989 s 46

E Quranic verses referred to


Surah an-Nisa’ (4):135
Surah al-Ma’idah (5):33
Surah al-Isra’ (17):32
Surah al-Nur (24):31
F
Books referred to
Al-Ahkam al-Quran, Vol 2, at p 412
I’aanah al-Taalibin by Zainuddin Al-Malibariy, Vol 3, Darul al-fikr, Beirut at
p 221
G Qawaid Fiqh

Wan Abdul Malik ShSubCJ:

H [1] Kes yang dibawa di hadapan saya ini mengikut undang-undang adalah
di bawah bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah dan dikategorikan sebagai
kes ‘kesalahan boleh tangkap’. Perkara ini telah diperuntukkan di dalam s 11
Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 dan hendaklah dibaca
bersama dengan sub-s 12(2) enakmen yang sama.
I
[2] Sub-s 12(2) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001
memperuntukkan:
Mahkamah Rendah Syariah hendaklah —
116 Shariah Law Reports [2012] 2 ShLR

(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang A


dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen ini atau mana-mana
undang-undang bertulis lain yang sedang berkuatkuasa yang menetapkan
kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman
maksimum yang diperuntukkan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang
bertulis itu tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh dua
B
tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang
diperuntukkan bagi kesalahan itu.

[3] Sabitan di dalam kes ini adalah berdasarkan iqrar. Saya berpendapat
adalah perlu dijelaskan sabitan ke atas pertuduhan mengikut iqrar OKT. Iqrar C
adalah merupakan salah satu cara pembuktian yang terkuat dalam hukum
syarak. Tidak terdapat perselisihan pendapat di kalangan ahli-ahli
perundangan Islam (fuqaha’) mengenainya. Ianya sabit berdasarkan nas
al-Quran dan sunnah. Antaranya firman Allah SWT:
Sebahagian ayat 135 dari surah an-Nisa’. D
Yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang
sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran)
kerana Allah, sekali pun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum E
kerabat kamu …

[4] Yang dimaksudkan dengan kesaksian ke atas diri kamu sendiri di dalam
ayat di atas itulah iqrar. Iqrar mengikut hukum syarak sebagaimana yang F
disebut oleh Zainuddin Al-Malibariy dalam kitab I’aanah al-Taalibin, Jil 3,
ms 221 (cetakan Darul al-fikr, Beirut) ada menyebut:
Yang bererti:
Iqrar dari segi bahasa bererti mensabitkan, manakala mengikut syarak diertikan G
sebagai memberitahu hak seseorang atas diri pemberitahu itu. Iqrar disebut juga
sebagai iktiraf.

[5] Dalam kes ini pesalah pertama dan pesalah kedua, semasa membuat
pengakuan bersalah di hadapan mahkamah adalah dikategorikan sebagai orang H
yang mukallaf dan sempurna akal mereka. Oleh yang demikian mengikut
pandangan ulama’ segala pengakuan mereka boleh diterima pakai. As-Sheikh
Muhammad bin Ahmad as-Syarbiny al-Khatib, menyebut:
Yang bermaksud: I
Diambil kira setiap pengakuan (ikrar) daripada orang-orang yang mukallaf.

[6] Dalam kes Pendakwa Syarie lwn Jalil Embong dan Zaleha Endut,
Pendakwa Syarie v Mohd Zulkifli bin Adam & Anor (Wan
[2012] 2 ShLR Abdul Malik ShSubCJ) 117

A kedua-dua tertuduh mempunyai kaitan nasab di antara keduanya iaitu sebagai


bapa saudara dan anak saudara dan mereka telah dituduh dengan kesalahan
cuba menyebabkan berlakunya sumbang mahram di bawah s 59(1)(b)
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001. Kedua-dua
tertuduh mengaku bersalah di atas pertuduhan itu, dan di atas iqrar tersebut
B YA Dato’ Ismail bin Yahya (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah — ketika itu)
telah mensabitkan hukuman ke atas kesalahan mereka berdua.

[7] Kes ini menunjukkan bahawa tertuduh telah membuat pengakuan secara
lisan menyatakan bahawa beliau mempunyai obligasi atau tanggungan
C terhadap tuduhan tersebut. Hakim di dalam kes ini menyatakan iqrar secara
lisan yang dilakukan oleh tertuduh boleh diterima kerana tidak ada alasan yang
membolehkan iqrar itu tidak boleh diterima kerana iqrar yang tidak boleh
diterima hanya iqrar yang telah ditaqnin di dalam s 18 Enakmen Keterangan
Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 iaitu:
D

(a) iqrar seseorang yang tidak aqil baligh;

(b) Tertakluk kepada subseksyen 2, iqrar orang belum dewasa;


E

(c) iqrar orang gila atau orang terencat akal (ma’tuh);

(d) iqrar wali atau penjaga yang dibuat bagi pihak seseorang yang di
F bawah jagaan atau tanggunjawabnya;

(e) iqrar yang tidak dibuat secara sukarela; atau

(f ) iqrar seseorang yang dihalang dibawah mana-mana undang-undang


G
bertulis untuk mentadbir hartanya (Mahjur ‘alaih).

[8] Seksyen 17 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Terengganu)


2001 memperuntukkan:
H

(1) Iqrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, secara
bertulis atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia
mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap seseorang lain
berkenaan dengan sesuatu hak.
I

(2) Sesuatu iqrar hendaklah dibuat —

(a) di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau


118 Shariah Law Reports [2012] 2 ShLR

(b) di luar Mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang A


‘aqil, balih dan ‘adil.

(3) Sesuatu iqrar yang berhubungan dengan apa-apa fakta persoalan


atau fakta relevan ialah qarinah.
B
[9] Jenis iqrar yang digunakan ialah sama ada melalui lisan atau tulisan.
Namun kebiasaan dan kebanyakan kes telah melibatkan penggunaan ikrar
melalui tulisan. Contohnya di dalam kes Razali bin Zakaria lwn Rafeah dan
Maimunah. C

[10] Kes ini merupakan kes yang menggunakan tulisan sebagai iqrar bagi
menentukan bahawa pemohon merupakan anak kandung si mati. Razali
merupakan anak kandung Zakaria dengan bekas isterinya Kamsiah Abdul
Rahman. Namun akibat perceraian keduanya mereka telah terpisah. Setelah D
itu, Zakaria telah berkahwin dengan Rafeah Dato’ Boyok namun tidak
dikurniakan anak, dan mereka telah mengambil seorang anak angkat yang
bernama Maimunah. Setelah Zakaria mati, Rafeah dan Maimunah telah
berjaya mendapatkan surat kuasa mentadbir harta pusaka Zakaria dari
Mahkamah Tinggi Malaya, namun Razali telah memohon kepada Mahkamah E
Tinggi Malaya mengenai kewujudan waris lain selain pihak defendan, justeru
itu pihak mahkamah telah menyerahkan pentadbiran harta pusaka Zakaria
kepada Pegawai Pemegang Amanah Raya sehinga perintah selanjutnya
diberikan. Berdasarkan kes Mohamed Habibullah lwn Faridah Yang Arif hakim
telah menasihatkan pemohon supaya kes ini dibawa ke Mahkamah Syariah F
untuk didengar kerana segala hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang
Islam terletak pada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Maka kes ini telah
dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di bawah s 46 Enakmen
Pentadbiran Perundangan Islam (Selangor) 1989 iaitu penentuan waris-waris
si mati yang sah dan berhak terhadap harta pusaka si mati. G

[11] Bagi memutuskan kebenaran pengakuan Razali bahawa beliau


merupakan anak kandung hasil perkahwinan yang sah antara Zakaria dan
Kamsiah, melalui tulisan dalam surat beranak itu mengikut hukum syarak
Qawaid Fiqh dalam fasal pada menyatakan ikrar bahawa tulisan adalah sebagai H
perkataan ikrar bertulis. Qawaid Fiqh itu menyebutkan:
Kaedah ini bererti, tulisan itu adalah seperti perkataan yakni berikrar dengan
tulisan itu seperti berikrar dengan cakap mulut.
I
[12] Di dalam kes ini juga telah diguna pakai ikrar lisan iaitu pengakuan
daripada ibu Razali iaitu Kamsiah. Beliau telah berikrar bahawa sesungguhnya
benar Razali merupakan anak kandung beliau bersama Zakaria. Adalah
kenyataan Kamsiah adalah sebagai ikrar yang bererti mengikut syarak:
Pendakwa Syarie v Mohd Zulkifli bin Adam & Anor (Wan
[2012] 2 ShLR Abdul Malik ShSubCJ) 119

A pengakuan dengan hak. Berdasarkan kepada ikrar tulisan dan lisan ini serta
keterangan daripada dua orang saksi, mahkamah telah memutuskan bahawa
Razali merupakan waris yang sah kepada Zakaria dan beliau layak untuk
menerima harta pusaka Zakaria.

B
[13] Melalui kes ini jelas menunjukkan bahawa, penggunaan ikrar sama ada
tulisan atau lisan penting dan digunakan dalam membuktikan kebenaran
sesuatu fakta. Mahkamah Syariah di Malaysia juga turut mengiktiraf
penggunaan ikrar berbentuk tulisan daripada dokumen-dokumen rasmi
seperti kad pengenalan dan surat beranak.
C

[14] Mahkamah berpuas hati bahawa kedua-dua OKT mengaku salah


adalah secara sukarela, tanpa diugut dan tanpa diajar oleh mana-mana orang,
di atas tuduhan yang dikenakan ke atasnya setelah diterangkan kepadanya
D akibat dari pengakuan salahnya.

[15] Kesalahan yang dilakukan oleh OKT1 dan OKT2 adalah satu
kesalahan yang amat serius yang merupakan punca kepada maksiat dan punca
kepada masalah sosial pada masa kini. Mahkamah melihat kepada
E keberkesanan hukuman itu dijatuhkan terhadap seseorang. Dalam kes ini
setelah semakan secara terperinci dan faktor pemberatan yang dibawa oleh
pihak pendakwa, mahkamah dapati OKT1, Mohd Zulkifli bin Adam telah
dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM500 oleh Hakim Mahkamah
Rendah Syariah daerah Kuantan pada 8 Januari 2008. Kesalahan yang telah
F disabitkan ke atas beliau ialah kesalahan khalwat. Manakala ke atas OKT2
telah disabitkan bersalah oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah daerah
Dungun Terengganu dan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak
RM18000. Mahkamah berpendapat kedua-dua OKT tidak serik dan
seolah-olah mencabar kewibawaan mahkamah. Mereka melihat kadar
G hukuman yang ada di Mahkamah Syariah adalah terlalu rendah dan tidak
memberi apa-apa kesan kepada mereka. Mereka menganggap setiap kali
melakukan kesalahan boleh dibayar dengan denda. Tambahan pula, ketika
mereka diberi peluang untuk membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan,
mereka seolah-olah tidak melihat kepada kombinasi hukuman yang ada iaitu
H hukuman denda sebanyak RM3000 atau penjara selama dua tahun atau
kedua-duanya. Rayuan mereka setakat denda dan mereka menyangkakan
mahkamah tidak mempunyai taringnya untuk memenjarakan seseorang. Oleh
yang demikian untuk menjadi pengajaran dan sebagai ta’dib kepada kedua-dua
OKT mahkamah berpendapat mereka perlu dipenjarakan supaya mereka
I benar-benar insaf dan bertaubat. Pemenjaraan selama satu minggu ke atas
mereka adalah munasabah dan boleh benar-benar menginsafkan mereka.

[16] Jika melihat dalam konteks ta’dib dalam Islam sistem penjara sudah
lama diperkenalkan khususnya dalam kes-kes ta’zir. Hukuman itu sebenarnya
120 Shariah Law Reports [2012] 2 ShLR

dihadkan oleh Akta Bidang kuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1984 A


memperuntukkan badan perundangan negeri boleh menggubal kesalahan
jenayah Syariah yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000,
penjara tiga tahun dan sebatan sebanyak enam kali bagi satu-satu kesalahan.

B
[17] Mahkamah berpendapat hukuman denda adalah suatu hukuman biasa
dan pada masa ini tidak memberi sebarang pengajaran terhadap orang yang
disabitkan bersalah oleh Mahkamah Syariah. Faktor kewangan masa kini
bukanlah suatu masalah besar dan hanya dipandang remeh oleh masyarakat
umum sehingga tidak mengambil iktibar terhadap keputusan mahkamah dan
C
tidak mustahil kesalahan itu diulang semula dan kembali berleluasa tanpa
menghormati undang-undang yang diguna pakai. Inilah yang berlaku ke atas
kedua-dua OKT.

[18] Oleh yang demikian, hukuman yang lebih berat dengan melibatkan D
pemenjaraan mungkin bersesuaian dengan kehendak semasa sebagai satu
hukuman yang digeruni agar menjadi satu pengajaran kepada pesalah dan
masyarakat supaya tidak mengulangi kesalahan dan takut melakukan
kesalahan tersebut.
E
[19] Mahkamah juga berpendapat, penjara sebenarnya adalah bagi menjaga
kepentingan masyarakat. Tujuan hukuman penahanan atau penjara bukanlah
untuk menyekat kebebasan semata-mata tetapi kesan tahanan itu adalah bagi
memberi pengajaran kepada mereka yang ditahan dan iktibar kepada
masyarakat umum. F

[20] Hukuman penjara yang mula dijatuhkan di zaman Khalifah Umar


al-Khattab itu adalah bersesuaian dengan keperluan semasa memandangkan
terlalu banyak kesalahan jenayah Syariah dilakukan. Ia juga memberi peluang
kepada pesalah agar bertaubat dan menyesali kesilapan yang telah dilakukan. G
Pemenjaraan adalah disyariatkan dalam Islam. Buktinya ialah Nabi
Muhammad SAW pernah menahan seorang lelaki kerana membuat tuduhan
melulu, kemudian baginda melepaskannya. Ini adalah penahanan
berjaga-jaga. Pada zaman Khalifah al-Rasidin, yang terdiri daripada Umar bin
al-Khattab kemudian diikuti oleh Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib juga H
mengadakan peruntukan pemenjaraan.

[21] Golongan Hanafi mengemukakan dalil harus dilakukan penahanan


atau pemenjaraan berpandukan kepada firman Allah SWT (surah al-Ma’idah
I
(5): 33):
Yang bermaksud:

… atau dibuang dari negeri.


Pendakwa Syarie v Mohd Zulkifli bin Adam & Anor (Wan
[2012] 2 ShLR Abdul Malik ShSubCJ) 121

A [22] Mengikut pandangan al-Jashah dalam Al-Ahkam al-Quran, Jil 2,


ms 412 yang dimaksudkan dengan ‘buang negeri’ ialah penahanan atau
pemenjaraan.

[23] Mahkamah melihat bidang kuasa yang diberikan kepada Mahkamah


B Syariah khususnya dalam bidang kuasa jenayahnya amatlah rendah dan tidak
menggerunkan pesalah. Mahkamah berpendapat jika hakim-hakim
Mahkamah Syariah tidak berani untuk menggunakan peruntukan yang ada
dengan memenjarakan pesalah maka selama itulah mahkamah tidak digeruni
dan dipermain-mainkan. Apa gunanya pengamal-pengamal undang-undang
C mendesak pihak yang menggubal undang-undang untuk menambahkan kuasa
jenayah Syariah di Malaysia sedangkan hakim-hakim Mahkamah Syariah
sendiri takut dan tidak berani untuk memenjarakan pesalah. Mahkamah
terpanggil untuk menegakkan keadilan dan memulangkan taring yang sudah
lama ditinggalkan dengan menggunakan peruntukan yang ada dengan
D menjatuhkan hukuman penjara kepada Mohd Zulkifli bin Adam KP
841109–06–5593 dan Noramira bt Norhadi KP 901014–11–5508.

[24] Mahkamah berpendapat kes-kes seperti ini adalah sebahagian daripada


penyumbang kepada masalah penyakit sosial masyarakat pada hari ini.
E Penyakit sosial seperti buang anak, anak luar nikah akan merosakkan sistem
kekeluargaan dalam sesebuah masyarakat dan jika ianya tidak dibendung
dengan hukuman-hukuman yang setimpal, tidak akan dapat menyedarkan
masyarakat.
F
[25] Islam amat-amat menitikberatkan soal keturunan dan nasab. Oleh yang
demikian agama Islam mengharamkan zina sebagaimana ayat al-Quran yang
bermaksud:
Janganlah kamu menghampiri perbuatan zina kerana ia adalah perbuatan yang keji
G dan seburuk-buruk jalan cara bergaul dan mendapat keturunan.

Firman Allah SWT:


Bermaksud:
H Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.

Sabda Rasululullah SAW yang bermaksud:


Tidak akan duduk menyendiri seseorang kamu (lelaki) dengan seorang perempuan
I melainkan bersama mahramnya. Sesungguhnya yang ketiga antara kedua-dua
mereka adalah syaitan.

[26] Saya berpendapat kesalahan yang telah dilakukan oleh OKT adalah
kesalahan bagi hukuman ta’zir. Sebagaimana yang kita ketahui pengertian
122 Shariah Law Reports [2012] 2 ShLR

ta’zir bermaksud penolakan dan pencegahan dan tujuan utama perlaksanaan A


ta’zir dalam syariat Islam ialah pencegahan dan pengajaran di samping
pemulihan dan pendidikan. Oleh yang demikian hukuman pemenjaran ke atas
mereka adalah sebagai ta’dib atau pengajaran. Al-Mawardi dalam kitabnya
al-Ahkam al-Sultaniyyah mentakrifkan ta’zir bahawa hukuman yang tidak
ditentukan kadarnya oleh syarak yang merupakan hak atau hak manusia atas B
setiap maksiat yang tidak dihukum dengan hukuman atau kifarah.

[27] Oleh kerana hukuman ta’zir merupakan hukuman yang dijalankan dan
mengikut pandangan pemerintah dan mengikut kesalahan yang dilakukan
bagi menakutkan ataupun ta’dib ke atas orang yang melakukan kesalahan, C
maka fakta kejadian dan perilaku semasa kejadian dalam kes ini diambil kira.
Saya juga dalam menjatuhkan hukuman melihat kepada keinsafan kedua-dua
mereka. Semasa sesi rayuan saya melihat kedua-dua mereka tidak
menunjukkan keinsafan yang sebenar-benarnya sebagaimana seorang yang
beragama Islam. D

[28] Perbuatan tertuduh pertama dan tertuduh kedua adalah jelas telah
diberi ingatan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-Isra’ (17): 32:
Maksudnya: E
Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya ia adalah perbuatan keji dan
seburuk-buruk jalan.

[29] Allah telah menggambarkan zina sebagai perbuatan keji yang sangat F
buruk dan ia adalah jalan yang buruk, maka sungguh buruk siapa yang
menempuhnya. Ayat ini menunjukkan larangan mendekati zina, apa lagi
melakukanya.

[30] Syariat Islam mengharamkan kepada lelaki melihat kepada wanita lain G
yang bukan muhrim. Seorang lelaki tidak diperbolehkan memandang kepada
orang perempuan selain kepada isterinya dan wanita-wanita muhrimnya.
Firman Allah di dalam surah al-Nur (24): 31:
Maksudnya: H
Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan
penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka … dan katakanlah kepada
orang perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan
penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka.
I

KEPUTUSAN/PENGHAKIMAN
Saya hukum Mohd Zulkifli bin Adam KP 841109–06–5593 bersalah di bawah
Pendakwa Syarie v Mohd Zulkifli bin Adam & Anor (Wan
[2012] 2 ShLR Abdul Malik ShSubCJ) 123

A s 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 dengan


hukuman denda sebanyak RM2,500 dan penjara selama satu minggu. Jika
tidak membayar denda dipenjara selama tiga bulan berkuat kuasa serta-merta,
hari ini 24 April 2011.
Saya hukum Noramirah bt Norhadi KP 901014–11–5508 bersalah di bawah
B s 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 dengan
hukuman denda sebanyak RM2,500 dan penjara selama satu minggu. Jika
tidak membayar denda dipenjara selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta,
hari ini 24 April 2011.
C Both accused persons convicted.

Reported by Ashgar Ali Ali Mohamed

Anda mungkin juga menyukai