Anda di halaman 1dari 10

W R I T SAM AN

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KANGAR


DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA
GUAMAN NO :

ANTARA

MUHAMMAD AMIR AL HAFIZ BIN ZULKIFLI …PLAINTIF PERTAMA


KAMARUZZAMAN BIN MUHAMMAD …PLAINTIF KEDUA

DAN

NORMAH BINTI MAHAMAD …DEFENDAN PERTAMA


NOR ZAIS BIN MD JININ ….DEFENDAN KEDUA

WRIT SAMAN

KEPADA:-

1. NORMAH BINTI MAHAMAD


BATU 4 ½ , KAMPUNG ALOR ARA,
02800 ARAU,
PERLIS.

2. NOR ZAIS BIN MD JININ


BATU 4 ½, KAMPUNG ALOR ARA TIMUR,
02600 ARAU,
PERLIS.

KAMI PERINTAHKAN KAMU bahawa dalam tempoh empat belas (14) hari
selepas penyampaian Writ ini kepada kamu, termasuklah hari penyampaian itu, kamu
hendaklah menyebabkan suatu kehadiran dimasukkan untuk diri kamu dalam suatu kausa
atas guaman Plaintif Pertama yang beralamat di Lot 356, Kampung Menjual , 16250
Wakaf Bahru , Kelantan dan Plaintif Kedua yang beralamat di 341, Sri Taman Cicely ,
36000 Teluk Intan, Perak .

DAN AMBIL PERHATIAN bahawa, jika kamu ingkar berbuat demikian,


Plaintif boleh meneruskan untuk mendapatkan penghakiman dan pelaksanaan.
Disaksikan oleh Pendaftar Mahkamah di Kangar

pada haribulan 2013.

………………………………………….. …………………………………………
Peguam Plaintif Pendaftar
Tetuan Haffiz Zuhair & Co. Mahkamah Sesyen/Majistret Kangar

MEMORANDUM YANG HENDAK DITURUNKAN PADA WRIT

Writ ini tidak boleh disampaikan lebih dari enam bulan kalendar selepas tarikh di atas
melainkan jika diperbaharui melalui perintah Mahkamah.

Defendan (atau Defendan-Defendan) boleh hadir bersama dengan mencatatkan kehadiran


(atau kehadiran-kehadiran) sama ada sendiri atau melalui peguam di Pejabat Pendaftaran
Mahkamah.

Defendan yang hadir sendiri boleh, jika dikehendakinya, memasukkan kehadirannya


melalui pos, dan borang-borang yang tertentu bolehlah didapati dengan menghantar
kiriman Pos berharga RM 10.00 berserta sampul surat beralamat sendiri kepada
Pendaftar, Mahkamah di Kangar.
PENGINDORSAN TUNTUTAN

Plaintif menuntut Penghakiman bagi;


a) Gantirugi khas berjumlah;
b) Gantirugi am;
c) Faedah;
d) Kos dan;
e) Relief lanjutan dan lain-lain relief di mana Mahkamah Mulia ini menganggap
sesuai dan berpatutan

Dan RM (atau sekian jumlah sebagaimana yang dibenarkan setelah ditetapkan)


untuk kos, dan juga, jika Plaintif memperolehi Perintah untuk Penyampaian Ganti,
jumlah wang selanjutnya sebanyak RM (atau sekian jumlah sebagaimana yang
dibenarkan setelah ditetapkan). Sekiranya amaun yang dituntut dan kos dibayar kepada
Plaintif atau Peguamnya dalam tempoh lapan (8) hari selepas penyampaian Writ ini
(termasuklah hari penyampaian), prosiding seterusnya akan ditangguhkan, tetapi
sekiranya ternyata daripada pengindorsan pada Writ itu bahawa Plaintif bermastautin di
luar wilayah terjadual, sebagaimana yang ditakrifkan oleh Akta Pertukaran Wang 1953,
atau bertindak mengikut perintah atau bagi pihak seorang yang bermastautin sedemikian,
prosiding akan hanya ditangguhkan sekiranya amaun yang dituntut dan kos dibayar ke
dalam Mahkamah dalam masa yang tersebut itu dan notis pembayaran tersebut diberikan
kepada Plaintif atau Peguamnya.

PENGINDORSAN TENTANG PEGUAM DAN ALAMAT

Writ dan Pernyataan Tuntutan ini dikeluarkan oleh Tetuan Haffiz Zuhair & Co.,
Peguambela dan Peguamcara beralamat di No 26A, Tingkat 1, Jalan Hospital, 01000
Kangar, Perlis.
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KANGAR
DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA
GUAMAN NO :

ANTARA

MUHAMMAD AMIR AL HAFIZ BIN ZULKIFLI …PLAINTIF PERTAMA


KAMARUZZAMAN BIN MUHAMMAD …PLAINTIF KEDUA

DAN

NORMAH BINTI MAHAMAD …DEFENDAN PERTAMA


NOR ZAIS BIN MD JININ ….DEFENDAN KEDUA

PERNYATAAN TUNTUTAN

1. Plaintif Pertama pada 29/11/2011 dan pada sepanjang masa berkenaan adalah
penunggang motorsikal nombor pendaftaran AFY 6424 dan beralamat di Lot 356,
Kampung Menjual , 16250 Wakaf Baru , Kelantan.

2. Plaintif Kedua pada 29/11/2011 dan pada sepanjang masa berkenaan adalah
pemilik motorsikal nombor pendaftaran AFY 6424 dan beralamat di 341, Sri
Taman Cicely , 36000 Teluk Intan , Perak.

3. Defandan Pertama pada 29/11/2011 dan pada sepanjang masa berkenaan adalah
penunggang motorsikal nombor pendaftaran RE 604 dan beralamat di Batu 4 ½,
Kampung Alor Ara Timur , 02800 Arau . Perlis.

4. Defandan Kedua pada 29/11/2011 dan pada sepanjang masa berkenaan adalah
Pemilik motorsikal nombor pendaftaran RE 604 dan beralamat di Batu 4 ½,
Kampung Alor Ara , 02800 Arau . Perlis.

5. Pada 29/11/2011 jam lebih kurang 9.30 malam , Plaintif Pertama sedang
menunggang Motorsikal nombor pendaftaran AFY 6424 dari Taman Ria ke UITM
Arau melalui Jalan Padang Nyu. Apabila sampai di simpang Kedai Makan,
Plaintif Pertama hendak memotong sebuah Motorsikal nombor pendaftaran RE
604 yang ditunggang oleh Defendan Pertama , Defendan Pertama telah secara
tiba-tiba membelok ke kanan tanpa terlebih dahulu memberi isyarat. Plaintif
Pertama tidak dapat mengelak lalu melanggar kaki kanan Defendan Pertama.

6. Kemalangan tersebut adalah disebabkan oleh kecuaian Defendan Pertama


dan/atau sumbangan kecuaian oleh Defendan Pertama.

BUTIR-BUTIR KECUAIAN DEFENDAN PERTAMA

a) Defendan Pertama menunggang Motosikal nombor pendaftaran RE 604 tanpa


perhatian dan penjangaan sepenuhnya.

b) Defendan Pertama menunggang motosikal nombor pendaftaran RE 604 dengan


laju, cuai , lalai , dan melulu tanpa memperdulikan pengguna jalan raya yang lain.

c) Defendan Pertama menunggang motorsikal pendaftaran nombor RE 604 ,dengan


tidak memberi isyarat terlebih dahulu sebelum membelok ke kanan walaupun
mengetahui kehadiran motorsikal Plaintif Pertama.

d) Defendan Pertama gagal memberikan lampu/tanda isyarat pada jarak jauh dan
berkesan mengenai niatnya untuk membelok ke kanan.

e) Defendan Pertama menunggang motorsikalnya dengan tergesa-gesa sehingga


tidak nampak motorsikal yang ditunggang oleh Plaintif Pertama ketika itu sedang
memotong dan berada disebelah motorsikalnya.

f) Defendan Pertama gagal mengurangkan kelajuan motosikalnya walaupun ketika


iti telah nampak Plaintif Pertama sedang memotong motorsikalnya.

g) Defendan Pertama gagal memberi laluan terlebih dahulu kepada Plaintif Pertama
untuk memotong motorsikalnya sebelum membelok ke kanan.
h) Defendan Pertama tidak menunjukkan kecekapan yang munasabah dalam
mengendalikan motorsikal.

i) Defendan Pertama mewujudkan situasi cemas dan bahaya di mana mustahil bagi
Plaintif Pertama untuk menggelakkan perlanggaran tersebut.

j) Defendan Pertama gagal mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

6. Disebabkan perkara tersebut di atas , Plaintif Pertama mengalami kecederaan ,


kerosakan dan kerugian.

BUTIR-BUTIR KERUGIAN KHAS PLAINTIF PERTAMA

a) Kos mendapatkan Laporan Polis RM 62-00


b) Kos mendapatkan Laporan JPJ RM 10-00
c) Kos mendapatkan Laporan Perubatan RM 40-00
---------------
RM 112-00
=========

BUTIR-BUTIR KERUGIAN KHAS PLAINTIF KEDUA

a) Kos kerosakan motorsikal AFY 6424 RM 523-00


---------------
RM 523-00
=========

BUTIR-BUTIR LAPORAN PERUBATAN

“ Alleged motorvehicle accident with closed fracture midshaft left 3rd metacarpal”
7. Oleh yang demikian , Plaintif Pertama dan Kedua memohon kepada Mahkamah
Yang Mulia ini suatu perintah seperti yang berikut :-

(i) Gantirugi Khas Plaintif Pertama RM 112-00


( ii ) Gantirugi Khas Plaintif Kedua RM 523-00
( iii ) Gantirugi Am Plaintif Pertama RM
( iv ) Faedah 8 % dari tarikh kemalangan sehingga RM
Penghakiman
(v) Kos
( vii ) Lain-lain relief yang difikirkan oleh Mahkamah RM
Yang Mulia ini

Bertarikh pada haribulan 2013

………………………………………..
PEGUAMCARA BAGI PLAINTIF

Pernyataan Tuntutan ini difailkan oleh Tetuan Haffiz Zuhair & Co yang beralamat di No.
26A , Tingkat Satu , Jalan Hospital , 01000 Kangar , Perlis.
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KANGAR
DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA
GUAMAN NO :

ANTARA

MUHAMMAD AMIR AL HAFIZ BIN ZULKIFLI …PLAINTIF PERTAMA


KAMARUZZAMAN BIN MUHAMMAD …PLAINTIF KEDUA

DAN

NORMAH BINTI MAHAMAD …DEFENDAN PERTAMA


NOR ZAIS BIN MD JININ ….DEFENDAN KEDUA

MEMORANDUM KEHADIRAN

Kepada Pendaftar,

Masukkan kehadiran untuk ……………………………..………………….. dalam

tindakan ini.

Bertarikh pada ………………. Haribulan ………………………….,2013

……………………………….
Peguam bagi
Defendan

Tempat perniagaan ……………………………………ialah


………………………………
………………………………………………………………………………………………….

Alamat untuk Penyampaian kepadanya


ialah……………………………………………………………………………………………
.
………………………………..
(atau Defendan
sendiri)

Alamat………………………………………………ialah
…………………………………...
………………………………………………………………………………………………….
.

Alamat untuk penyampaian kepadanya ialah


………………………………………………………………………………………………….

Defendan tersebut (menghendaki atau tidak menghendaki) suatu


pernyataan tuntutan difailkan dan diserahkan.
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KANGAR
DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA
GUAMAN NO :

ANTARA

MUHAMMAD AMIR AL HAFIZ BIN ZULKIFLI …PLAINTIF PERTAMA


KAMARUZZAMAN BIN MUHAMMAD …PLAINTIF KEDUA

DAN

NORMAH BINTI MAHAMAD …DEFENDAN PERTAMA


NOR ZAIS BIN MD JININ ….DEFENDAN KEDUA

WRIT SAMAN DAN PENYATA TUNTUTAN

DIFAILKAN OLEH :

TETUAN HAFFIZ ZUHAIR & CO,


(PEGUAMBELA & PEGUAMCARA)
NO.26 A , TINGKAT 1,
JALAN HOSPITAL,
01000 KANGAR,
PERLIS.
TEL /FAX NO : 04-9772986
RUJUKAN NO : HZC/ACC/07/MAAZ/12

Anda mungkin juga menyukai