Anda di halaman 1dari 4

LAMPIRAN 2

DALAM MAHKAMAH TINGGI SABAH DAN SARAWAK


DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
(DIVISYEN KOMERSIAL)
GUAMAN NO: LBN-22NCC-1/4 OF 2021
ANTARA

1. NAVITAS CONTINENTAL LTD


(No. Pendaftaran Syarikat: 217333-V) … PLAINTIF PERTAMA

2. NAVITAS FINANCIAL HOLDINGS LTD


(No. Pendaftaran Syarikat: 977418-W) … PLAINTIF KEDUA

3. MIDEAST ENERGY ASIA LTD


(No. Pendaftaran Syarikat: 763584-A) … PLAINTIF KETIGA

DAN

1. MANSOUR ZAMAN FOROOZMAND


(No.Kad Pengenalan: 720828-10-5685) … DEFENDAN PERTAMA

2. MAXWELL TRADING LTD


(No. Pendaftaran Syarikat: 268496-W) … DEFENDAN KEDUA

WRIT

YANG AMAT ARIF DATO’ ABANG ISKANDAR BIN ABANG HASHIM D.S.P.N, KETUA
HAKIM MAHKAMAH TINGGI SABAH DAN SARAWAK ATAS NAMA DAN BAGI PIHAK SERI
PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG.

Kepada: 1. Mansour Zaman Foroozmand


23A Bintang Emas Tower,
Level 2, Jalan Sulaiman,
87000 Federal Territory of Labuan, Malaysia.

2. Maxwell Trading Ltd


23A Bintang Emas Tower,
Level 2, Jalan Sulaiman,
87000 Federal Territory of Labuan, Malaysia.

Kami perintahkan kamu bahawa dalam empat belas hari (14) selepas penyampaian writ ini
kepada kamu, termasuklah hari penyampaian itu, kamu hendaklah menyebabkan suatu
kehadiran dimasukkan untuk diri kamu dalam suatu kausa atas guaman NAVITAS
CONTINENTAL LTD (No. Pendaftaran Syarikat: 217333-V), NAVITAS FINANCIAL
HOLDINGS LTD (No. Pendaftaran Syarikat: 977418-W) & MIDWEST ENERGY ASIA LTD
(No. Pendaftaran Syarikat: 763584-A) dan ambil perhatian, bahawa dalam keingkaran kamu
berbuat demikian Plaintif boleh meneruskan untuk mendapatkan Penghakiman dan
Pelaksanaan.

DISAKSIKAN OLEH Muhammad Zaki bin Kamarulzaman, Pendaftar Mahkamah Tinggi di


Sabah dan Sarawak di dalam Wilayah Persekutuan Labuan pada 14 hari bulan JUN 2021

…......................................… …...……………………………..
PEGUAMCARA PLAINTIF PENDAFTAR MAHKAMAH
MAHKAMAH TINGGI
KUALA LUMPUR

MEMORANDUM YANG HENDAK DITURUNKAN PADA WRIT

Writ ini tidak boleh disampaikan lebih dari enam bulan kalendar selepas tarikh di atas melainkan
jika diperbaharui melalui Perintah Mahkamah.

Defendan (atau defendan-defendan) boleh hadir bersama dengan mencatatkan kehadiran (atau
kehadiran-kehadiran) sama ada sendiri atau melalui peguam di Pejabat Pendaftaran
Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.
Seseorang Defendan yang hadir sendiri boleh, jika dikehendakinya, memasukkan kehadirannya
melalui pos, dan borang-borang yang tertentu bolehlah didapati dengan menghantar Kiriman
Pos berharga RM 8.00 berserta sampul surat beralamat sendiri kepada Pendaftar, Mahkamah
Tinggi di Wilayah Persekutuan Labuan.

PENGENDORSAN TUNTUTAN

Tuntutan plaintif adalah sebanyak RM 14,000,000.00 di Mahkamah Mulia ini.

Justeru, tuntutan plaintif adalah seperti berikut:

1. Pengisytiharan bahawa transaksi yang dipertikaikan tidak dibenarkan oleh Plaintif dan

merupakan transaksi yang menyalahi undang-undang;

2. Wang yang dibayar atau dipindahkan sedemikian adalah aset Plaintif masing-masing

berjumlah RM14,000,000 dan Defendan bertanggungjawab untuk membayar balik yang

sama seperti pemegang amanah yang membina, untuk memulangkan sebarang

keuntungan rahsia yang diperolehi, untuk akaun dan pertanyaan, dan untuk ganti rugi;

3. Faedah pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi;

4. Kos; dan

5. Sebarang relif lanjutan atau lain-lain yang difikirkan patut dan wajar diberikan oleh

Mahkamah Mulia ini.

PENGENDORSAN TENTANG PEGUAM DAN ALAMAT

Writ ini dikeluarkan oleh Ainnur Aliah Arzmi dari Tetuan Melissa & Associates, peguam cara
bagi Plaintif tersebut yang beralamat Firma 1, Bangunan Akademik 2, Fakulti Undang-undang,
Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor.

PENGENDORSAN TENTANG PENYAMPAIAN

Writ ini disampaikan oleh Mohammad Shahrul Nizam bin Shami melalui perkhidmatan
peribadi ke atas defendan Lee Yoke Ping di B02, Tingkat 3, Residensi Bistaria, Jalan Ukay
Bistari, Ukay Perdana, Ampang, 68000, Selangor pada 11.00 AM pada tarikh 15 JUN 2021.
Diendors pada 15 haribulan JUN 2021

…...….........................
Penghantar Notis
Mohammad Shahrul Nizam Bin Shahmi

WRIT ini difailkan oleh Tetuan Melissa & Associates, Peguamcara bagi pihak Plaintif tersebut,
beralamat di Firma 1, Bangunan Akademik 2, Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi
MARA, 40450 Shah Alam, Selangor. (No Tel: 03-4567891) (No. Rujukan: EAA/MIWOS/202106)

Anda mungkin juga menyukai