Anda di halaman 1dari 6

Dipinda menurut Perintah Mahkamah

Tinggi Kuala Lumpur

Bertarikh pada

…………………………………………..
Timbalan Pendaftar
Mahkamah Tinggi Malaya
Kuala Lumpur

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR


(BAHAGIAN SIVIL)
NO.GUAMAN: WA-22NCVC-452-07/2019

ANTARA

1. FAUZIAH BINTI OTHMAN


(No.K/P: 591222-05-5582)
(mendakwa dalam kapasiti peribadinya dan kapasitinya
sebagai pentadbir Harta Pusaka Tan Sri Haji Othman
Bin Abdul Malek dan pentadbir Harta Pusaka Puan
Sri Siti Maznah binti Md Tahir)

2. AHMAD FUAD BIN OTHMAN


(No.K/P:631106-10-7545)
(mendakwa dalam kapasiti peribadinya dan kapasitinya
sebagai pentadbir Harta Pusaka Tan Sri Haji Othman
Bin Abdul Malek dan pentadbir Harta Pusaka Puan
Sri Siti Maznah binti Md Tahir)

3. MOHAMAD IZHAM BIN HAJI OTHMAN


(No.K/P:751130-14-5783)
(mendakwa dalam kapasiti peribadinya dan kapasitinya
sebagai pentadbir Harta Pusaka Tan Sri Haji Othman
Bin Abdul Malek dan pentadbir Harta Pusaka Puan
Sri Siti Maznah binti Md Tahir) …PLAINTIF-PLAINTIF

DAN

MOHD ASHRAF BIN MOHD ALI HANAFIAH


(NO. KP:920131-10-5913)
(sebagai seorang yang dilantik menurut Perintah bertarikh 20.09.2019 untuk
mewakili Harta Pusaka Fadzilah binti Othman (No.K/P:620712-10-6880, si Mati)
FADZILAH BINTI OTHMAN
(NO. KP: 620712-10-6880) …DEFENDAN

DI HADAPAN HAKIM
AHMAD ZAIDI BIN IBRAHIM
PADA 20 DISEMBER 2019 DALAM KAMAR
CADANGAN PERINTAH PERSETUJUAN TERPINDA

PERKARA INI telah pada hari ini dipanggil untuk sebutan DAN SETELAH
MENDENGAR Saw Wei Siang, kaunsel untuk Plaintif-plaintif, Saleh bin Ahmad, kaunsel
untuk Defendan, MAKA ADALAH DI SINI DIPERINTAHKAN SECARA PERSETUJUAN
seperti berikut:-

1. Satu deklarasi bahawa Perintah bertarikh 23.11.2018 yang diberikan dalam


Saman Pemula No.31NCVC-121-01/2015 (“SP 121”) dan Perintah bertarikh
22.11.2018 yang diberikan dalam Saman Pemula No.31NCVC-122-01/2015
(“SP 122”) (Perintah-Perintah adalah secara kolektif dirujuk sebagai (“Perintah-
perintah Pindaan”) diketepikan;

2. Satu perintah bahawa surat-surat kuasa mentadbir terpinda dalam SP 121 dan
surat-surat kuasa mentadbir terpinda dalam SP 122 bertarikh 22.11.2018
menurut Perintah-Perintah Pindaan (secara kolektif sebagai “LA yang
dipertikaikan”) dibatalkan dan dipotongkan (cancelled) dengan serta merta;

3. Satu deklarasi bahawa pemberian surat-surat kuasa mentadbir bertarikh


8.5.2015 yang diberikan dalam SP 121 dan SP 122 (secara kolektif sebagai
“LAs”) adalah surat-surat kuasa mentadbir yang sah untuk semua dan tunggal
harta alih dan harta tak alih yang terletak dalam bidang kuasa bagi Tan Sri Haji
Othman bin Abdul Malek [No.K/P:310827-05-5039/1561999] [“Harta Pusaka
Othman”] dan Puan Sri Siti Maznah binti Md Tahir [No.K/P:360820-05-
5066/1862407] [“Harta Pusaka Siti”];

4. Satu deklarasi bahawa Plaintif-plaintif, Fauziah binti Othman [No.K/P:591222-05-


5582], Ahmad Fuad bin Othman [No.K/P:631106-10-7545] dan Mohamad Izham
bin Haji Othman [No.K/P:751130-14-5783] adalah dan kekal sebagai pentadbir-
pentadbir bersama untuk kedua-duanya Harta Pusaka Othman dan Harta
Pusaka Siti menurut LAs tersebut;

5. Satu deklarasi bahawa semua hak, hakmilik dan kelayakan harta pusaka
Fadzilah bin Othman [No.K/P:620712-10-6880] (“Fadzilah”) ke atas harta
kedua-dua harta Pusaka Othman dan Harta Pusaka Siti adalah tertakluk kepada
potongan (deduction) dan/atau penolakan (set-off) berikut:-
5.1 harta alih dan harta tak alih kedua-dua Harta Pusaka Othman dan Harta
Pusaka Siti yang telah diambil atau diperuntukkan oleh Fadzilah bagi
tempoh dari 22.11.2018 hingga tarikh perintah ini;

5.2 kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh kedua-dua Harta Pusaka
Othman dan Harta Pusaka Siti dalam

5.2.1. memulakan dan meneruskan prosiding-prosiding yang timbul


dan berkaitan dengan pengetepian dan pembatalan Perintah-
Perintah Pindaan dan LAs yang Dipertikaikan; dan

5.2.2. permohonan dan kemasukkan kaveat-kaveat persendirian dan


berdaftar atas tanah-tanah / harta-harta tak alih dan
pembatalannya.

6. Satu perintah bahawa Defendan atau pentadbir-pentadbir harta pusaka


Fadzilah, mengikut keadaan, hendaklah dalam empat-belas (14) hari dari tarikh
Perintah ini, memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk pengeluaran surat-surat
kuasa pentadbir untuk harta pusaka Fadzilah dan hendaklah memaklumkan
yang sama kepada peguamcara Plaintif apabila pemfailan permohonan tersebut;

7. Satu perintah bahawa Defendan sebagai pentadbir atau pentadbir-(pentadbir)


harta pusaka Fadzilah mengikut keadaan, hendaklah dalam tempoh empat-
belas (14) tujuh (7) hari dari pengekstrakan pemberian surat-surat kuasa
mentadbir harta pusaka Fadzilah, menyampaikan kepada Plaintif-Plaintif satu
akaun setakat tarikh Perintah Persetujuan terpinda ini, semua aset-aset kedua-
dua Harta Pusaka Othman dan Harta Pusaka Siti yang telah diambil atau
diperuntukkan oleh Fadzilah bagi tempoh dari 22.11.2018 hingga tarikh perintah
Persetujuan terpinda ini dan menggunakan usaha sebaik mereka (best
endeavours) Defendan untuk membayar balik kepada Plaintif-Plaintif semua
jumlah yang didapati terhutang atau apa-apa bakinya dalam tempoh tujuh (7)
empat-belas (14) hari selepas pengambilan akaun tersebut;

8. Satu perintah bahawa catatan dan memorial atas dokumen hakmilik bagi tanah-
tanah/hartanah-hartanah tidak alih berikut berkenaan pendaftaran Fadzilah
sebagai wakil diri/ pentadbir bagi kedua-dua Harta Pusaka Othman dan Harta
Pusaka Siti dibatalkan;
SENARAI TANAH
1. Geran 40108, Lot 30422, Mukim Kuala Lumpur, Daerah Kuala
Lumpur
2. Geran Mukim 9526, Lot 3366, Mukim Batu, Segambut, Kuala Lumpur
3. Geran Mukim 9527, Lot 3406, Mukim Batu, Segambut, Kuala Lumpur

4. Geran Mukim 9528, Lot 3139, Mukim Batu, Segambut, Kuala Lumpur

5. Geran Mukim 9529, Lot 3407, Mukim Batu, Segambut, Kuala Lumpur

6. Geran Mukim 9530, Lot 3140, Mukim Batu, Segambut, Kuala Lumpur

7. H.S.D. 5246, Lot 29828, Mukim Kuala Lumpur, Daerah Kuala Lumpur
8. GM 1096, Lot 1916, Mukim Kuala Jempol, Daerah Jempol

9. Plaintif-plaintif dan Defendan bersetuju bahawa tiada siapa-siapa selain


daripada pentadbir-pentadbir Harta Pusaka Othman dan Harta Pusaka Siti atau
peguambela dan peguamcara yang diberi kuasa mereka dibenarkan untuk
mengambil bahagian dalam pentadbiran harta pusaka tersebut;

10. Bahawa Defendan atau pentadbir-pentadbir harta pusaka Fadzilah, mengikut


keadaan, dimaklumkan tentang hal ehwal pentadbiran Harta Pusaka Othman
dan Harta Pusaka Siti; dan

11. Pihak-pihak adalah bebas untuk memohon untuk memberi kesan kepada terma-
terma yang dinyatakan di perenggan 7 di atas.

Bertarikh 20 Disember 2019

T.t
…………………………………
Timbalan Pendaftar
Mahkamah Tinggi Malaya
Kuala Lumpur

Bertarikh 27 Januari 2021

…………………………………
Timbalan Pendaftar
Mahkamah Tinggi Malaya
Kuala Lumpur
“PENGINDORSAN DIBAWAH ATURAN 45 KAEDAH 7 (4)(a)

KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH 2012”

“Jika Defendan sebagai Pentadbir bagi Harta Pusaka Fadzilah binti


Othman menurut Geran Surat Kuasa Mentadbir di bawah Saman Pemula: WA-
31NCVC-1-01/2020 yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada
22.01.2020 yang dinamakan dalam ini, abai mematuhi penghakiman (atau
perintah) ini mengikut masa yang dihadkan dalamnya itu, Defendan sebagai
Pentadbir bagi Harta Pusaka Fadzilah binti Othman boleh dikenakan proses
pelaksanaan bagi maksud memaksa Defendan sebagai Pentadbir bagi Harta
Pusaka Fadzilah binti Othman mematuhinya.”

CADANGAN PERINTAH PERSETUJUAN TERPINDA ini dikeluarkan oleh Tetuan


Rabinder Budiman & Associates Peguamcara bagi Plaintif-Plaintif yang beralamat
penyampaiannya di Suite 3B-15-5, Level 15, Block 3B, Plaza Sentral, Jalan Stesen
Sentral 5, 50470 Kuala Lumpur.
[Tel : 03-22742075 Faks : 03-22607266]
(Ruj.Kami : RBA/RS/1086/2021/yr)

Anda mungkin juga menyukai