Anda di halaman 1dari 5

LAMPIRAN 2

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR


DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
(KES SIVIL)
GUAMAN NO: WA-A72NCC-74561-5/2021

ANTARA

AHMAD ZAINI BIN JAPAR


(No. Kad Pengenalan: 770608-10-5549) … PLAINTIF

DAN

TL OFFSHORE SDN BHD


(No. Pendaftaran Syarikat: 398751-V) … DEFENDAN

WRIT

YANG AMAT ARIF TAN SRI DATO' SRI AZAHAR BIN MOHAMED P.S.M K.M.N S.S.A.P
D.I.M.P, KETUA HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA ATAS NAMA DAN BAGI PIHAK
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG.

Kepada: TL OFFSHORE SDN BHD


Tingkat 10, Menara 1 and Tingkat 4, Menara 2,
Faber Towers Jalan Desa Bahagia, Taman Desa
Off Jalan Klang Lama,
58100 Kuala Lumpur.

Kami perintahkan kamu bahawa dalam empat belas hari (14) selepas penyampaian writ ini
kepada kamu, termasuklah hari penyampaian itu, kamu hendaklah menyebabkan suatu
kehadiran dimasukkan untuk diri kamu dalam suatu kausa atas guaman Ahmad Zaini Bin
Japar dan ambil perhatian, bahawa dalam keingkaran kamu berbuat demikian Plaintif boleh
meneruskan untuk mendapatkan Penghakiman dan Pelaksanaan.
DISAKSIKAN OLEH Muhammad Zaki bin Kamarulzaman, Pendaftar Mahkamah Tinggi di
Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada

…......................................… …...……………………………..
Ainnur Aliah Arzmi, Muhammad Zaki bin Kamarulzaman,
Tetuan Melissa & Associates, Pendaftar,
Peguam bagi Plaintif
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

MEMORANDUM YANG HENDAK DITURUNKAN PADA WRIT

Writ ini tidak boleh disampaikan lebih dari enam bulan kalendar selepas tarikh di atas melainkan
jika diperbaharui melalui Perintah Mahkamah.

Defendan (atau defendan-defendan) boleh hadir bersama dengan mencatatkan kehadiran (atau
kehadiran-kehadiran) sama ada sendiri atau melalui peguam di Pejabat Pendaftaran
Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Seseorang Defendan yang hadir sendiri boleh, jika dikehendakinya, memasukkan kehadirannya
melalui pos, dan borang-borang yang tertentu bolehlah didapati dengan menghantar Kiriman
Pos berharga RM8.00 berserta sampul surat beralamat sendiri kepada Pendaftar, Mahkamah
Tinggi di Kuala Lumpur.

PENGENDORSAN TUNTUTAN
Tuntutan plaintif adalah sebanyak RM11,300,000.00 untuk jumlah baki yang masih perlu

dibayar dan perlu dibayar oleh Defendan kepada Plaintif.

Oleh itu, Plaintif menuntut untuk Mahkamah Yang Mulia ini:

1. Bahawa penghakiman ringkasan dibuat terhadap Defendan bagi jumlah baki yang perlu

dibayar dan perlu dibayar dalam jumlah RM11,300,000;

2. Faedah pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi;

3. kos; dan

4. Sebarang relif lanjutan atau lain-lain yang difikirkan patut dan wajar diberikan oleh

mahkamah yang mulia.

PENGENDORSAN TENTANG PEGUAM DAN ALAMAT

Writ ini dikeluarkan oleh Ainnur Aliah Arzmi dari Tetuan Melissa & Associates, peguam cara
bagi Plaintif tersebut yang beralamat Firma 1, Bangunan Akademik 2, Fakulti Undang-undang,
Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor. Writ ini dikeluarkan oleh Plaintif
tersebut yang menetap di The Scott Garden, Lot S2-78, Tingkat 2, No. 289, Jalan Kelang Lama,
Wilayah Persekutuan, 58000 Kuala Lumpur.

PENGENDORSAN TENTANG PENYAMPAIAN

Writ ini disampaikan oleh Mohammad Shahrul Nizam bin Shami melalui perkhidmatan peribadi
ke atas defendan TL Offshore Sdn Bhd di Tingkat 10, Menara 1, dan Tingkat 4, Menara 2 of
Faber Towers Jalan Desa Bahagia, Taman Desa Off Jalan Klang Lama 58100 Kuala Lumpur
pada 1 APRIL 2021.

Diendors pada 1 haribulan APRIL 2021


…...….........................
Penghantar Notis
Mohammad Shahrul Nizam Bin Shahmi

WRIT ini difailkan oleh Tetuan Melissa & Associates, Peguamcara bagi pihak Plaintif tersebut,
beralamat di Firma 1, Bangunan Akademik 2, Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi
MARA, 40450 Shah Alam, Selangor. (No Tel: 03-4567891) (No. Rujukan:
TMA/21108/AZJ/MP/A)

Anda mungkin juga menyukai