Anda di halaman 1dari 5

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR


GUAMAN SIVIL NO 17 NCVC 101-12-2020
Dalam Perkara Aturan 84 Kaedah 1
Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012
DAN
Dalam perkara Seksyen 6 Akta
Penjagaan Budak 1961
DAN
Dalam Perkara Hak Jagaan, dan
Kawalan dan Pemeliharaan terhadap
Anak yang Bernama Leticea A/P Samy
Vellu ("anak tersebut")

ANTARA
SAMY VELLU A/L CHANDRAN
(NO. K/P: 820830-10-5277) ... PLAINTIF
DAN
SURIA AMANI BINTI JAMAL
(NO. K/P: 890206-10-5034) ... DEFENDAN

NOTIS PERMOHONAN UNTUK PENYAMPAIAN GANTI


(Aturan 62, Kaedah 5, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012)

BENARKAN SEMUA ORANG yang berkenaan hadir di hadapan Hakim dalam Kamar pada 9
haribulan Disember, 20 20 jam 10 pagi, atas pendengaran suatu permohonan di pihak Plaintif
untuk suatu perintah bahawa Writ Saman dan Afidavit Sokongan serta dokumen-dokumen yang
berkenaan dalam tindakan ini disampaikan kepada Defendan yang dinyatakan di atas dengan cara
penyampaian ganti, iaitu dengan cara:
1) Menampalkan satu salinan surat perintah untuk Penyampaian Ganti dan satu salinan Saman
Pemula serta Afidavit Sokongan dan dokument yang berkaitan dalam tindakan ini di Papan
Kenyataan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
2) Menampalkan satu salinan Perintah untuk Penyampaian Ganti dan satu salinan Saman Pemula
serta Afidavit Sokongan dan dokument yang berkaitan dalam tindakan ini di alamat Defendan
di 82-06-02 Faber Height Condominium, Jalan Desa Utama, Taman Desa 58100 Kuala
Lumpur, Malaysia.
3) Dengan mengiklankan Notis Penyampaian berbentuk Iklan selama tiga (3) hari berturut-turut
di Akhbar tempatan 'Metro Harian'.
4) Dengan menghantarkan emel ke alamat emel Defendan.

Dan dengan penampalan dan pengiklanan hendaklah menjadi penyampaian Writ Saman
dan Afidavit Sokongan serta dokumen-dokumen yang berkaitan dalam tindakan ini ke atas
Defendan tujuh hari selepas penampalan dan pengiklanan terakhir sekali dan kos bagi
permohonan adalah kos mengikut kausa.
Alasan-alasan permohonan ini dibuat adalah seperti yang dinyatakan di dalam Afidavit
Sokongan yang difailkan bersama permohonan ini.

Bertarikh pada ................... haribulan .................................., 20 ....................

...................................................
Timbalan Pendaftar Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur

NOTIS PERMOHONAN UNTUK PENYAMPAIAN GANTI ini difailkan oleh TETUAN


UMAIRAH SORFINA ADVOCATES & SOLICITORS, peguamcara bagi pihak Plaintif yang
dinamakan di atas yang berlamat di Suite 7, AL702, Academic Building 2, Faculty of Law,
Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-7711 7500


No. Ruj: USA/SJ/SAMY/2020/57
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
GUAMAN SIVIL NO 17 NCVC 101-12-2020
Dalam Perkara Aturan 84 Kaedah 1
Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012
DAN
Dalam perkara Seksyen 6 Akta
Penjagaan Budak 1961
DAN
Dalam Perkara Hak Jagaan, dan
Kawalan dan Pemeliharaan terhadap
Anak yang Bernama Leticea A/P Samy
Vellu ("anak tersebut")

ANTARA
SAMY VELLU A/L CHANDRAN
(NO. K/P: 820830-10-5277) ... PLAINTIF
DAN
SURIA AMANI BINTI JAMAL
(NO. K/P: 890206-10-5034) ... DEFENDAN

AFIDAVIT SOKONGAN

Saya, Serena James Bernard, No. K/P: 941126-12-5146 yang beralamat di No. 17 Lorong
Kopungit Taman Hijau Merpati 58000, Kuala Lumpur, dengan sesungguhnya dan sebenarnya
berikrar seperti berikut:-

1. Saya adalah Peguamcara yang mengendalikan kes ini serta telah diberi kuasa untuk membuat
Afidavit ini bagi pihak Samy Vellu A/L Chandran (selepas ini dikenali sebagai Plaintif).
2. Setelah diarahkan oleh Plaintif untuk menyampaikan untuk menyampaikan satu salinan Writ
Saman yang bernombor 17 NCVC 101-12-2020 yang ternyata kepada saya telah dikeluarkan
dengan teratur dari dan di bawah meterai Mahkamah oleh plaintif yang dinamakan di atas
terhadap Defendan Suria Amani Binti Jamal (selepas ini dikenali sebagai Defendan) dan
bertarikh pada 23 haribulan November, 2020 yang mana writ dan salinan tersebut telah
ditandatangani dan diendorskan mengikut cara dan bentuk yang telah ditetapkan oleh Kaedah-
Kaedah Mahkamah 2012 dan sesalinan yang benar bagi writ tersebut kini dikemukakan dan
ditujukkan kepada saya pada 1 haribulan Disember 2020, hadir bagi maksud menyampaikan
sesalinan writ tersebut di alamat terakhir defendan di 82-06-02 Faber Height Condominium,
Jalan Desa Utama, Taman Desa 58100 Kuala Lumpur, Malaysia.
3. Sesalinan yang benar bagi writ tersebut dan dokumen yang berkaitan dalam tindakan ini
dikemukakan dan ditandakan sebagai Eksibit 'SAJ-1'.
4. Saya telah melakukan segala tindakan yang munasabah dan telah menggunakan segala cara
yang ada dalam kuasa saya untuk menyerahkan writ dan dokumen yang berkaitan di premis
Defendan pada 24 November 2020 sebagai panggilan pertama dan cubaan tetapi telah gagal
berbuat demikian.
5. Oleh sebab percubaan pertama gagal, saya telah membuat percubaan pada kali kedua untuk
menyerahkan writ, tiga (3) hari sebelum notis diberikan melalui surat Akuan Penyerahan
berdaftar yang disertakan bersama sesalinan writ tersebut bahawa saya akan membuat satu
panggilan kedua dan hadir semula untuk menyerahkan writ tersebut pada 27 November 2020.
Saya juga telah menyatakan dalam surat tersebut bahawa jika tarikh yang dicadangkan untuk
penyerahan surat perintah tidak sesuai, saya bersedia untuk mengubah tarikh dan waktu untuk
mengikuti masa yang sesuai bagi Defendan. Satu dokumen benar dan asal Surat Perlantikan
yang ditandakan sebagai Ekshibit SAJ-2 dan satu dokumen benar dan asal Surat Akuan
Penyerahan Berdaftar yang ditandakan sebagai Ekshibit SAJ-3.
6. Pada percubaan kali kedua pada hari Jumaat, 27 haribulan November 2020, saya telah bertanya
kepada individu berada di alamat defendan yang telah dinyatakan di atas, mengenai alamat lain
dimana writ tersebut boleh diserahkan secara peribadi kepada defendan yang telah dinyatakan
diatas. Namun, penyerahan writ tersebut juga telah gagal kerana defendan tidak hadir pada
perjumpaan kali kedua di alamat yang diberikan kepada individu tersebut di Lot 17, Taman
Asia Jaya, 58000 Kuala Lumpur.
7. Oleh yang demikian, saya membuat satu permohonan kepada Mahkamah untuk perintah bagi
penyampaian ganti seperti yang telah dinyatakan dalam Arahan 62, Kaedah 5 Kaedah- Kaedah
Mahkamah 2012.

Berkenaan Afidavit oleh seorang deponen


Bernama Serena James Bernard
(No. K/P: 941126-12-5146)
Diikrarkan pada .......... haribulan ............................ 20 ........
Di No. 17 Lorong Kopungit Taman Hijau Merpati
58000, Kuala Lumpur.

(Terjemahan tidak diperlukan)

Di hadapan saya,

...................................................
(Pesuruhjaya Sumpah)

AFIDAVIT SOKONGAN ini difailkan oleh TETUAN UMAIRAH SORFINA


ADVOCATES & SOLICITORS, peguamcara bagi pihak Plaintif yang dinamakan di atas yang
beralamat di Suite 7, AL702, Academic Building 2, Faculty of Law, Universiti Teknologi
MARA, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-7711 7500


No. Ruj: USA/SJ/SAMY/2020/57

Anda mungkin juga menyukai