Anda di halaman 1dari 2

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA

DI SHAH ALAM
DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
SAMAN PEMULA No.: 123456/2020

Dalam perkara Aturan 70, Kaedah 5,


Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012;

DAN

Dalam perkara Akta Probet dan


Pentadbiran 1959;

DAN

Dalam perkara mengenai Harta Pusaka


BENEDICT LEE IN CHIN (NO. K/P :
650423-10-4352)
(Si Mati).

CHRISTINA LEE SIEW LING


(NO. K/P: 900360-10-3425) …PEMOHON

AFIDAVIT MENURUT AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959

1. BENEDICT LEE IN CHIN (NO. K/P :650423-10-4352) yang bermaustatin di


No.23, Taman Wau Indah, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor, mati pada 10 haribulan
Januari 2020, berdomisil di Malaysia mempunyai pada masa kematianya harta yang
berada dalam bidang kuasa Mahkamah ini. Sesalinan benar Sijil Kematian si mati
tersebut adalah dengan ini kemukakan dan ditunjukkan kepada saya dan ditandakan
sebagai Ekshibit “A” dan dilampirkan bersama ini.

2. Keseluruhan harat pusaka dan harta benda si mati boleh alih dan tak boleh alih
yang berada dalam bidang kuasa tidak termasuk apa yang si mati memiliki atau
berhak mendapat sebagai Pemegang Amanah bagi mana-mana orang atau orang lain
dan tidak secara benefisial, tetapi tanpa menolak apa-apa jua yang disebabkan oleh
apa-apa hutang yang kena dibayar atau yang terhutang oleh si mati, melebihi sepuluh
ribu ringgit nilainya sepanjang pengetahuan, maklumat dan kepercayaan Pemohon.
Sesalinan senarai aset dan liabiliti si mati tersebut dengan ini dikemukakan dan
ditunjukkan kepada saya dan ditanda sebagai Ekshibit “B” dan dilampirkan bersama
ini.

3. Pemohon percaya tulisan atas kertas yang bersama ini ada diekshibitkan dan
salinan benar yang dilampirkan bersama ini yang bertanda “C” adalah salinan benar
dan asal wasiat bagi BENEDICT LEE IN CHIN (NO. K/P :650423-10-4352) si mati
yang tersebut.

4. Pemohon ialah seorang daripada wasi yang dinamakan di dalam Wasiat si mati
tersebut dan adalah merupakan anak yang sah bagi BENEDICT LEE IN CHIN (NO.
K/P :650423-10-4352) si mati yang tersebut.

5. Sesalinan senarai Benefisiari yang dinamakan di dalam Wasiat tersebut si mati


tersebut adalah dengan ini dikemukakan dan ditunjukkan kepada saya dan ditandakan
sebagai Ekshibit “D” dan dilampirkan bersama ini.

6. Pemohon memohon bahawa probet bagi wasiat BENEDICT LEE IN CHIN (NO.
K/P :650423-10-4352) si mati tersebut boleh diberikan kepadanya.

Alamat untuk penyampaian bagi pemohon ialah (alamat firma)

Saya, CHRISTINA LEE SIEW LING (NO. K/P: 900360-10-3425), Pemohon


sesungguhnya bersumpah dan mengatakan bahawa isi kandungan Saman Pemula
yang tersebut di atas adalah sepanjang pengetahuan dan kepercayaan saya, dalam
segala segi adalah benar.

Berkenaan dengan afidavit oleh ]


Seorang deponen bernama ]
Christina Lee Siew Ling (NO. K/P: 900360-10-3425)
Diikrarkan pada 3 haribulan Mei 2020 ]
Di Shah Alam, Selangor ]
(Tidak memerlukan Terjemahan) ]

Di hadapan saya,

….…………………………
Pesuruhjaya Sumpah

AFIDAVIT ini telah difailkan oleh Tetuan (maklumat firma)

Anda mungkin juga menyukai