Anda di halaman 1dari 9

NAMA : NUR’ ISADORA BINTI ISMAIL

NO PELAJAR : 2022254432

GROUP : LWD01A

Soalan 2

(a) Sila jelaskan bagaimana hendak membuktikan di Mahkamah Syariah berkaitan


dengan penyampaian saman atau permohonan tersebut yang telah dilakukan?

Seksyen 49 (1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)


2003 menyatakan bahawa sesuatu penyampaian saman atau dokumen, boleh
dibuktikan melalui satu affidavit oleh orang yang melaksanakan penyampaian
tersebut ke diri orang yang saman itu disampaikan. Seksyen 49 (2) enakmen yang
sama seterusnya menyatakan orang yang menerima saman itu hendaklah
menandatangani suatu pengakuterimaan pemyampaian, tetapi keengganan orang itu
atau ketidakupayaannya untuk menandatangani saman itu tidak akan menjejaskan
keesahan penyampaian itu sepertimana yang diperuntukkan. Borang Afidavit
Penyampaian dalam bentuk Borang MS 26 yang diikrarkan oleh orang yang
menyerahkan saman atau permohonan di hadapan Pendaftar atau Hakim haruslah
difailkan di Mahkamah dan dibayar fee pemfailannya. Antara bukti-bukti yang boleh
diterima untuk membuktikan penyampaian mana-mana saman atau permohonan
telah dibuat adalah dengan melampirkan Salinan Akuan Penerimaan Saman atau
Permohonan atau gambar yang menunjukkan dokumen saman atau permohonan itu
telah disampaikan secara kendiri kepada Defendan di alamat Defendan yang
diketahui sebagai ekshibit kepada Affidavit Penyampaian yang difailkan ke
mahkamah itu.

(b) Sila derafkan tuntutan perceraian persetujuan tersebut sebagai seorang Peguam
Syarie yang dilantik oleh Suzy.
BORANG MS 5

ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH


(NEGERI SELANGOR) 2003

(Subseksyen 34 (2))

WAKALAH

DI DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI KLANG


DI NEGERI SELANGOR

SAMAN NO: …………………………………………….

SUZY BINTI ISMAIL PLAINTIF


(*NO. K/P/ PASPORT: 750727-10-6628)

DAN
HAIQAL BIN MALIQ DEFENDAN
(*NO. K/P/ PASPORT: 730808-10-5857)

Saya, SUZY BINTI ISMAIL (NO. K/P: 750727-10-6628) Plaintif yang dinamakan di atas
yang beralamat di No. 11, Jalan Sejahtera 8A/KU8, Taman Seri Sulis, Bagan Sungai Yu,
45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan dengan ini melantik Puan Nur’ Isadora Binti
Ismail daripada Tetuan Isadora & Associates untuk mewakili saya dan bertindak bagi pihak
saya dalam kes ini untuk hadir dalam prosiding yang berhubungan dengannya.

Bertarikh 12 hb Disember 2022

...........................................
Plaintif

Saya Nur’ Isadora Binti Ismail dengan ini menerima perlantikan yang disebut terdahulu.
Bertarikh 12 hb Disember 2022.
...........................................
Peguam Syarie

Di hadapan saya ...........................................


Hakim/Pendaftar

WAKALAH ini telah difailkan oleh Saman ini difailkan oleh Tetuan Isadora & Associates,
peguam syarie bagi Plaintif, alamat penyampaiannya di Tetuan Isadora & Associates, B-5-
10, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyber 11, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul
Ehsan.
BORANG MS 2

ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH


(NEGERI SELANGOR) 2003

(Perenggan 8(a))

SAMAN

DI DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI KLANG


DI NEGERI SELANGOR

Permohonan No: _________________________

SUZY BINTI ISMAIL PLAINTIF


(*NO. K/P/ PASPORT: 750727-10-6628)

DAN
HAIQAL BIN MALIQ DEFENDAN
(*NO. K/P/ PASPORT: 730808-10-5857)

Kepada
HAIQAL BIN MALIQ
(defendan dinamakan di atas) yang beralamat di No. 581, Jalan Mulia 5, Kampung
Permatang, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Anda dengan ini disaman supaya hadir sama ada sendiri atau melalui Peguam Syarie anda
di hadapan MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI KLANG pada hari _________ pada ____
haribulan____________ pukul _____________ untuk menjawab suatu tuntutan terhadap
anda oleh Plaintif yang dinamakan di atas, yang butir-butirnya ada dinyatakan dalam
pernyataan tuntutan yang diendorskan di sini.

Ambil perhatian bahawa jika anda ingkar hadir di Mahkamah pada hari dan masa yang
ditetapkam, Mahkamah boleh terus mendengar dan memutuskan kes tanpa kehadiran anda.

Dan ambil perhatian bahawa jika anda ingin membela diri terhadap tuntutan itu, anda
hendaklah memfailkan di Mahkamah ini dan menyampaikan kepada Plaintif suatu
pembelaan dalam boring yang ditetapkann sebelum tarikh yang tersebut di atas atau hadir di
Mahkamah pada tarikh itu.

Bertarikh

....................................
Hakim /Pendaftar

Saman ini difailkan oleh Tetuan Isadora & Associates, peguam syarie bagi Plaintif, alamat
penyampaiannya di Tetuan Isadora & Associates, B-5-10, Tamarind Square, Persiaran
Multimedia, Cyber 11, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.
TUNTUTAN PERCERAIAN

DI DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI DAERAH KLANG


DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

SAMAN NO.: ……………………………………………. Tahun 2022

ANTARA

SUZY BINTI ISMAIL PLAINTIF


(*NO. K/P/ PASPORT: 750727-10-6628)

DAN
HAIQAL BIN MALIQ DEFENDAN
(*NO. K/P/ PASPORT: 730808-10-5857)

1. Saya yang bernama Suzy Binti Ismail *No. K/P/ Pasport: 750727-10-6628 adalah
Plaintif di dalam kes ini.

2. Bahawa butir-butir yang dinyatakan sebagaimana yang disokong oleh pernyataan


yang dinyatakan di dalam akuan berkanun yang dilampirkan.

Bertarikh pada ………………… haribulan ………………… 20 ……

……………………………………………….
Plaintif atau Peguam Syarie Plaintif
BORANG AM 80

BORANG AKUAN

Bahawa saya Suzy Binti Ismail (No. Kad Pengenalan: 750727-10-6628) beralamat di No. 11,
Jalan Sejahtera 8A/KU8, Taman Seri Sulis, Bagan Sungai Yu, 45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:

2. Saya yang bernama Suzy Binti Ismail (No. Kad Pengenalan: 750727-10-6628) adalah
Plaintif di dalam kes ini yang beralamat di No. 11, Jalan Sejahtera 8A/KU8, Taman
Seri Sulis, Bagan Sungai Yu, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan dan
merupakan isteri yang sah kepada Defendan serta bekerja sebagai seorang pembantu
tadbir dengan pendapatan sebanyak RM2,500.00 sebulan.

3. Defendan bernama Haiqal Bin Maliq (No. K/P: 730808-10-5857) adalah merupakan
suami Plaintif yang sah di sisi Hukum Syarak beralamat di No. 581, Jalan Mulia 5,
Kampung Permatang, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan bekerja sebagai
seorang jurutera dengan pendapatan sebanyak RM5,000.00 sebulan.

4. Saya dan Defendan telah bernikah pada tarikh 7hb Jun 1998 di Masjid Bandar Diraja
Klang yang beralamat di Jalan Pasar, Kawasan 18, 41300 Klang, Selangor.

5. Saya dan Defendan tidak pernah bercerai sebelum ini.

6. Hasil perkahwinan tersebut, Plaintif dan Defendan telah dikurniakan satu (1) orang
cahayamata seperti butiran berikut:

6.1 DAMIA BINTI HAIQAL (No. Kad Pengenalan: 180101-10-7662), seorang anak
perempuan yang berumur 4 tahun.

7. Saya ingin memohon cerai atas alasan-alasan seperti berikut:

7.1 Sepanjang perkahwinan berlangsung, saya dan Defendan telah mengalami


konflik rumahtangga berikutan dengan isu campurtangan ibu Defendan di dalam
hal-hal yang berkenaan dengan rumah tangga.

7.2 Saya seterusnya menyatakan bahawa ada beberapa keadaan di mana Defendan
juga telah mengasari dan melakukan serang sentuh terhadap saya dan anak
kami kerana kegagalan pihak Defendan dalam mengawal diri daripada sikap
panas baran dalam mengendali pertelingkahan isu-isu rumah tangga yang juga
diakui oleh Defendan sendiri.

7.3 Saya seterusnya menyatakan bahawa Defendan juga telah gagal menyediakan
nafkah zahir sejak awal Disember tahun lepas dan justeru gagal menunaikan
tanggungjawab Defendan sebagai seorang suami.

7.4 Sebelum tuntutan perceraian persetujuan ini dibuat, Defendan telahpun


menyatakan kekesalan Defendan dan membuat permohonan maaf Defendan
kepada saya dan anak kami.

7.5 Rentetan itu, saya bersama -sama dengan Defendan telah bersetuju secara
bersama untuk menyelesaikan isu perceraian tanpa membabitkan sebarang
perbicaraan di mahkamah dan meneruskan tindakan untuk bercerai secara
persetujuan.

8. Langkah-langkah yang telah diambil untuk mencapai perdamaian (jika ada):

8.1 Saya dan Defendan telahpun menghadiri beberapa sesi kaunseling di Pusat
Kaunseling Sejahtera yang berada berdekatan dengan kawasan rumah kami
pada 1 November 2022, dan 14 November 2022 tetapi masing-masing gagal
untuk mencapai kata sefahaman untuk menyelesaikan isu nafkah yang tidak
dibayar.

8.2 Saya dan Defendan juga telah membuat perbincangan bersama antara keluarga
saya, Defendan dan keluarga Defendan sendiri untuk mencapai solusi dalam
menyelesaikan hal rumah tangga kami tetapi masih gagal.

9. Setelah berbincang dengan Defendan, kami bersetuju untuk meneruskan dengan


perceraian secara persetujuan ini tanpa melibatkan apa-apa pertikaian yang
melibatkan prosiding mahkamah yang lain.
Dan saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa akuan ini adalah benar,
dan menurut kuasa peruntukan Akta Akuan Berkanun 1960.

Diperbuat dan dengan sesungguhnya diakui oleh

yang tersebut namanya di atas ...........................

SUZY BINTI ISMAIL

No. Kad Pengenalan: 750727-10-6628

di………………………………………………..........

di dalam Negeri……………………………………..

pada …………………..………..............., 20……..

Di hadapan saya,

............................…………………..……………
(Tandatangan Hakim
Mahkamah Sesyen, Majistret,
Pesuruhjaya Sumpah
atau notari awam)
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
(NEGERI SELANGOR) 2003

[Seksyen 4]

AKUAN PENGESAHAN TEMPAT TINGGAL

A. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Satu salinan kad pengenalan pemohon.


2. Satu salinan bil elektrik, bil air, bil telefon terkini atau apa-apa dokumen yang
menyokong permohonan pemohon.
3. Pengesahan hendaklah dibuat oleh: Nazir masjid atau Pengerusi surau atau mana-mana
orang yang dilantik oleh Majlis untuk mengetuai pengurusan sesuatu masjid atau
surau/Ketua Kampung/Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung
(MPKK)/Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP)/Pengerusi Jawatankuasa
Pengurusan Bersama yang beragama Islam atau mana-mana orang beragama Islam
yang dilantik oleh pihak berkuasa melantik di bawah mana-mana undang-undang
bertulis yang berkuat kuasa untuk mengetuai sesuatu komuniti di tempat tinggal
pemohon.
4. Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen pengenalan diri/ saksi/ salinan dokumen
yang menunjukkan alamat tempat tinggal semasa ingin mendapatkan pengesahan
daripada pihak yang membuat pengesahan.

B. BUTIRAN PEMOHON:

Nama Pemohon (seperti dalam dokumen pengenalan diri): SUZY BINTI ISMAIL

1. No.Kad Pengenalan / Pasport: 750727-10-6628

2. Tarikh lahir: 27/07/1975. 4. Umur: 47 tahun. 5. Jantina: Perempuan.

6. Warganegara: Malaysia 7. Bangsa: Melayu

8. Alamat (seperti dalam dokumen pengenalan diri): No. 11, Jalan Sejahtera 8A/KU8,

Taman Seri Sulis, Bagan Sungai Yu, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan

9. Alamat tempat tinggal semasa:

No. 11, Jalan Sejahtera 8A/KU8, Taman Seri Meru, 41050 Klang, Selangor Darul Ehsan.

10. No. Telefon:

(R) 03-85630021 (P) - (H/P) 012-8635308

11. Alamat e-mel (jika ada):

Suzy_Ism75@gmail.com.

12. Nama Masjid / Kariah: Masjid Diraja Klang..


Daerah: Klang

13. Tempoh tinggal di Negeri Selangor : 10 tahun 6 bulan

14. Tempoh tinggal di tempat tinggal semasa:

Mulai bulan Ogos tahun 2022 hingga bulan Disember tahun 2022.

C. PERAKUAN PEMOHON:

Saya mengaku bahawa segala maklumat yang saya kemukakan adalah benar.

Tarikh: Hijrah ……………………… ……….…………………………………


Masihi Tandatangan Pemohon

D. PENGESAHAN TEMPAT TINGGAL

Saya ………………………………………….. No. Kad Pengenalan:


……………………..................
(nama individu yang mengesahkan)
selaku ……………………......................…................ di
…………………………………………....…
(nama jawatan yang disandang) (tempat jawatan yang disandang)

setelah meneliti butir-butir yang dikemukakan, adalah berpuashati dengan perakuan dan
maklumat yang diberikan oleh ………………………………………...............
……………….............
(nama pemohon)

Oleh yang demikian, saya mengesahkan bahawa pemohon adalah salah seorang yang
tinggal di dalam kawasan saya dan telah tinggal di kawasan ini mulai
(bulan) ............................. (tahun) ......................... hingga (bulan) .........................
(tahun) ...............................

Tarikh: Hijrah ……………………… .....……….………………………………….......


Masihi Tandatangan, nama dan Cop Rasmi
Jawatan

Anda mungkin juga menyukai