Anda di halaman 1dari 4

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM

DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA


GUAMAN NO: _______________

ANTARA

___________________________ …PLAINTIF
(NO _______________)

DAN

___________________________________
(NO SYARIKAT.: __________________) …DEFENDAN

AFIDAVIT SOKONGAN

(Dalam Menyokong Permohonan Plaintif untuk meminda Jawapan Terpinda kepada


Pembelaan Terpinda menurut Aturan 20 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012)

Saya, ________________________ (Kad Pengenalan No: __________________),


seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat di
_____________________________________ dengan ini sesungguhnya berikrar dan
menyatakan seperti berikut:-

1. Saya adalah ______________________ dan mempunyai kuasa penuh untuk


mengikrarkan Afidavit ini..

2. Fakta-fakta yang dideposkan sini adalah benar, dalam pengetahuan, informasi


dan/atau kepercayaan saya dan diperolehi daripada rekod-rekod Plaintif dan/atau
dokumen-dokumen yang mana saya mempunyai akses melainkan jika dinyatakan
sebaliknya.

3. Saya memohon kebenaran Mahkamah yang Mulia ini untuk merujuk kepada kertas-
kertas kausa berikut yang difailkan dalam tindakan ini:-
3.1 Writ Saman bertarikh _________;
3.2 Pernyataan Tuntutan bertarikh ___________;
3.3 Pembelaan Terpinda Semula bertarikh ___________;
3.4 Jawapan Terpinda kepada Pembelaan Terpinda bertarikh _____________;
3.5 Rejoinder bertarikh _____________ and
3.6 Surrejoinder bertarikh ______________.
4. Saya mengikrarkan Afidavit ini bagi menyokong Notis Permohonan Plaintif untuk
meminda Jawapan Terpinda kepada Pembinaan Terpinda bertarikh 30.1.2020 (selepas
ini dikenali sebagai “Jawapan Terpinda Plaintif tersebut”) menurut Aturan 20 Kaedah
5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

5. Saya dinasihati oleh peguamcara Plaintif, Tetuan Zahir Jeya & Zainal dan
sesungguhnya percaya bahawa permohonan untuk meminda Jawapan Terpinda
Plaintif tersebut yang telah difailkan dalam tindakan ini, adalah perlu dan dikehendaki
untuk sebab-sebab berikut:

5.1 Pindaan yang dicadangkan akan memastikan bahawa kesemua isu-isu dan
fakta-fakta yang berhubung dan berkait rapat dengan perkara utama pertikaian
antara pihak-pihak dinyatakan secara teratur untuk tindakan ini;

5.2 Pindaan yang dicadangkan merupakan fakta yang relevan dan penting yang
mana ianya perlu diplidkan dan yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah
yang Mulia ini;

5.3 Pindaan yang dicadangkan adalah perlu supaya pliding di hadapan Mahkamah
yang Mulia ini adalah konsisten dengan keterangan testimoni saksi-saksi pada
perbicaraan kelak;

5.4 Plaintif tanpa kelewatan, telah segera mengambil tindakan dengan memfailkan
permohonan ini setelah menemui keterangan dokumentari untuk menyokong
fakta-fakta yang relevan dan penting;

5.5 Keterangan dokumentari tersebut hanya ditemui setelah pemfailan Ikatan


Dokumen Bersama. Dengan peguamcara Plaintif telah memaklumkan
Mahkamah yang Mulia ini tentang keperluan untuk memfailkan ikatan
dokumen bersama tambahan semasa Pengurusan Kes yang ditetapkan pada
1.7.2020, keterangan dokumentari untuk menyokong permohonan ini akan
dikemukakan setelah pemfailan ikatan dokumen bersama tambahan;

5.6 Plaintif berhak untuk membangkitkan setiap isu-isu yang relevan untuk
tuntutan-tuntutan yang berkaitan dengan perkara ini bagi Mahkamah yang
Mulia ini untuk membuat keputusan secara bijaksana dan adil bagi
mengelakkan sebarang bentuk ketidakadilan dan/atau penyalahgunaan proses
Mahkamah;
5.7 Perkara, fakta-fakta dan/atau isu-isu melalui pindaan yang dicadangkan
berbangkit daripada fakta-fakta yang sama atau sebahagian besarnya adalah
fakta yang sama;

5.8 Pindaan yang dicadangkan tidak akan menukar sifat Jawapan Terpinda Plantif
tersebut atau sesuatu yang bersifat tindakan taktikal (tactical manoeuvre)
dalam tindakan ini.

6. Saya dinasihati oleh peguamcara Plaintif dan sesungguhnya percaya bahawa pindaan
yang dicadangkan adalah perkara-perkara yang diketahui dan/atau timbul daripada
pliding yang difailkan oleh pihak-pihak dan juga daripada dokumen-dokumen yang
akan dirujuk kepada Mahkamah yang Mulia ini. Atas dasar ini sahaja, pindaan
seharusnya dibenarkan.

7. Saya dinasihati oleh peguamcara Plaintif dan sesungguhnya mengatakan bahawa


Plaintif telah memberikan persetujuan dua kali kepada Defendan untuk pindaan
Pembelaan mereka, dimana kronologi peristiwa-peristiwa adalah seperti berikut:-

7.1 Plaintif memberi persetujuan kepada pindaan Pembelaan pertama Defendan


pada 31.10.2019, dimana Perintah Persetujuan telah dimasuki antara pihak-
pihak

7.2 Plaintif sekali lagi bersetuju dengan pindaan kedua Defendan pada 28.2.2020
menurut Aturan 20 Kaedah 12 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012; dan

7.3 Sebagai balasan Plaintif memberikan persetujuan kepada pindaan kedua


Defendan, peguamcara Defendan telah bersetuju untuk memberi Plaintif
kebebasan untuk meminda Jawapan, sekiranya perlu.

___________________________0 ditunjukkan kepada saya dan ditandakan sebagai


Ekshibit “A-1”.

1. Di bawah nasihat peguamcara Plaintif, saya telah difahamkan bahawa pindaan yang
dicadangkan tidak akan menyebabkan prejudis kepada Defendan kerana keterangan
dokumentari adalah kesemuanya dalam pengetahuan Defendan dan tidak boleh
dikatakan sebagai menyebabkan apa-apa kejutan kepada Defendan.
2. Dalam keadaan tersebut, saya selanjutnya dinasihati oleh peguamcara Plaintif dan
sesungguhnya mengatakan bahawa pindaan yang dicadangkan dilakukan secara bona
fide and bukanlah yang tidak dapat dipampas dengan kos.

3. Oleh itu saya memohon kepada Mahkamah yang Mulia ini untuk membenarkan
permohonan ini seperti dipohon.

Diikrarkan oleh )
_________________________ )
Di Petaling Jaya )
pada haribulan 2020 )
(tidak perlu penterjemahan) )

Di hadapan saya,

…………………………………
PESURUHJAYA SUMPAH

AFIDAVIT SOKONGAN ini difailkan oleh Tetuan Zahir Jeya & Zainal Peguamcara bagi
Plaintif yang mempunyai alamat penyampaiannya di L26-3A, PJX-HM Shah Tower, No.
16A, Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 08-2288500 Faks: 03-79317776 [Ruj: ZJ/3/20193/ARJMB]

Anda mungkin juga menyukai