Anda di halaman 1dari 5

Date and Time: Sunday, 4 October, 2020 12:21:00 PM MYT

Job Number: 126837814

Document (1)

1. Sparkle One Facilities Management Sdn Bhd lwn Badan Pengurusan Bersama Villa Krystal Apartment
[2016] MLJU 744
Client/Matter: -None-
Search Terms: penghakiman ingkar diserahkan kepada defendan
Search Type: Natural Language
Narrowed by:
Content Type Narrowed by
MY Cases -None-

| About LexisNexis | Privacy Policy | Terms & Conditions | Copyright © 2020 LexisNexis
SPARKLE ONE FACILITIES MANAGEMENT SDN BHD v BADAN
PENGURUSAN BERSAMA VILLA KRYSTAL APARTMENT
CaseAnalysis
| [2016] MLJU 744

Sparkle One Facilities Management Sdn Bhd lwn Badan Pengurusan


Bersama Villa Krystal Apartment
[2016] MLJU 744
Malayan Law Journal Unreported

MAHKAMAH TINGGI (JOHOR BAHRU)


TEO SAY ENG H
GUAMAN NO 12ANCVC-22-11 TAHUN 2015
30 August 2016

TEO SAY ENG H


ALASAN PENGHAKIMAN

[1]Ini adalah rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan permohonan
Responden/Defendan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar yang bertarikh 5.5.2015 dan membenarkan
pihak Responden/Defendan untuk memfailkan pernyataan pembelaan dan tuntutan balas dalam tempoh satu
bulan dari perintah yang dipohon.

Latar Belakang Kes yang diringkaskan oleh pihak Perayu Plaintif

[2]
(a) Pada 3.4.2015, Perayu Plaintif telah memfailkan satu Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan terhadap
Responden/Defendan di antaranya menuntut:-

i) Jumlah RM57,000.00 sebagai pampasan setimpal akibat kegagalan, kecuaian dan/atau keengganan
Responden/ Defendan mematuhi tempoh notis untuk menamat perkhidmatan Perayu/Plaintif; dan
ii) Jumlah RM60,420.00 sebagai jumlah tertunggak fee perkhidmatan bulanan.

(b) Pada 13.4.2015, Writ Saman tersebut dan Pernyataan Tuntutan tersebut telah diserahkan kepada
Responden/Defendan secara Pos AR Berdaftar dan diakui terima oleh Responden/Defendan.

(c) Pada 5.5.2015, Perayu/Plaintif telah memfailkan Afidavit Penyampaian, Perakuan Ketidakhadiran serta
Penghakiman Ingkar atas kegagalan, keengganan dan/atau kecuaian Responden/Defendan memfailkan
Memorandum Kehadiran dalam masa 14 hari.

(d) Pada 18.5.2015, Perayu/Plaintif kemudiannya menyerahkan Penghakiman Ingkar tersebut kepada
Responden/Defendan secara Pos AR Berdaftar dan telah diakui terima oleh Responden/Defendan.

(e) Pada 23.6.2015, Perayu/Plaintif memfailkan permohonan untuk perlaksanaan garnisi apabila
Responden/Defendan gagal, enggan dan/atau cuai menjelaskan jumlah dalam Penghakiman Ingkar
tersebut.

(f) Pada 8.7.2015, Perintah Orang Digarnisi Untuk Menunjukkan Sebab telah dikeluarkan.
Page 2 of 4
Sparkle One Facilities Management Sdn Bhd lwn Badan Pengurusan Bersama Villa Krystal Apartment
....

(g) Pada 16.7.2015, Perintah Orang Digarnisi Untuk Menunjukkan Sebab telah diserahkan kepada Garnisi
serta Responden/Defendan.

(h) Pada 23.7.2015, Encik YM Chai bagi Perayu/Plaintif, Peguamcara bagi pihak Peguamcara Garnisi, Encik
Yee serta Peguamcara bagi Responden/Defendan, Encik Mohamad Sofian hadir di Mahkamah di mana
kemudiannya Mahkamah telah memerintahkan pembayaran jumlah terhutang tersebut dibuat oleh Garnisi
kepada Perayu/Plaintif.
(i) Pada 14.8.2015, Garnisi membuat pembayaran tersebut secara penuh kepada Perayu/Plaintif.

Hujahan Responden/Defendan

[3]Pihak Responden/Defendan telah bergantung kepada 2 alasan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar
yang bertarikh 5.5.2015 iaitu:

3.1 Pihak Responden/Defendan mempunyai pembelaan bermerit.


3.2 Permohonan Responden/Defendan adalah dalam masa yang dibenarkan dan sah di sisi undang-undang.

Hujahan penuh berkenaan dengan 2 alasan tersebut boleh dijumpai dalam hujahan bertulis Responden/Defendan
dan hujahan balasan Responden/Defendan dalam Lampiran 8 dan Lampiran 11 masing-masing.

Hujahan Perayu/Plaintif

[4]Pihak Perayu/Plaintif berhujah bahawa permohonan Responden/Defendan untuk mengenepikan Penghakiman


Ingkar seharusnya ditolak oleh Mahkamah Sesyen atas sebab-sebab yang berikut:-

4.1 Responden/Defendan lewat memfailkan permohonan mengenepikan Penghakiman Ingkar sedangkan


perlaksanaan penghakiman secara prosiding garnisi telah disempurnakan;

4.2 Permohonan Responden/Defendan tidak mematuhi Aturan 42 Kaedah 13 Kaedah-Kaedah Mahkamah


2012 apabila gagal memfailkan permohonan mengenepikan Penghakiman Ingkar dalam tempoh masa 30
hari selepas Penghakiman Ingkar diserahkan kepadanya;

4.3 Responden/Defendan tidak memberikan alasan kukuh atas kelewatannya memfailkan permohonan ini;
dan
4.4 Responden/Defendan tidak mempunyai pembelaan bermerit dalam tindakan ini.

Hujahan penuh pihak Perayu/Plaintif berkaitan dengan alasan-alasan tersebut boleh dijumpai dalam hujahan
Perayu/Plaintif dan hujahan balasan Plaintif dalam Lampiran 7 dan Lampiran 10 masing-masing.

Keputusan Mahkamah

[5]
5.1 Prinsip undang-undang yang mantap berkenaan permohonan mengenepikan penghakiman ingkar
adalah seperti berikut:

(a) Dalam meneliti permohonan ini, pertama, adakah penghakiman ingkar tersebut satu penghakiman
ingkar yang di luar aturan atau pun tidak. Jika satu penghakiman adalah di luar aturan ia akan
diketepikan ex debitio justitiae.
(b) Namun begitu, bagi penghakiman ingkar yang teratur ia boleh diketepikan sekiranya pemohon
menunjukkan bahawa wujudnya pembelaan yang bermerit dan/atau prima facie atas tindakan Plaintif
terhadapnya, atau isu yang serius yang sepatutnya dibicarakan sebagai pembelaan bona fide yang
munusabah. [Hasil Bumi Perumahan Sdn Bhd [1994] 1 MLJ 312 SC].
Page 3 of 4
Sparkle One Facilities Management Sdn Bhd lwn Badan Pengurusan Bersama Villa Krystal Apartment
....

Pemohon perlu menunjukkan wujudnya afidavit yang bermerit iaitu afidavit yang menyatakan fakta
bagi membuktikan pembelaan yang bermerit. [Bank Bumiptura Malaysia Bhd v. Majlis Amanah
Rakyat [1979] 1 MLJ 23 FC, per Raja Azlan Shah as Ag. CH (As His HRH then was) pada muka
surat 24].

(c) Akhir sekali, permohonan mengenepikan penghakiman atau perintah perlu dibuat dalam tempoh 30
hari selepas penerimaan penghakiman (Aturan 42 Kaedah 13 KKM). Sebaliknya, jika pemohon telah
melangkau atau tidak mengendahkan keperluan tersebut, penjelasan yang memuaskan atau
munasabah mesti diberikan untuk kelewatan tersebut. Adakah Mahkamah dapat mempertimbangkan
samada penjelasan oleh pemohon menjustifikasikan kelewatan dalam membuat permohonan tersebut
adalah tertakluk kepada keadaan sesuatu kes. [Khor Cheng Wah v. Sungai Way Leasing Sdn Bhd
[1999] 1 MLJ 223, CA]

5.2 Setelah meneliti hujahan bertulis pihak Perayu/Plaintif dan pihak Responden/Defendan, saya bersetuju
dengan Responden/Defendan yang mana Responden/Defendan telah berjaya menunjukkan melalui
afidavit-afidavit yang telah difailkan bahawa Responden/Defendan mempunyai pembelaan bermerit iaitu
terdapat persoalan undang-undang dan fakta-fakta untuk diputuskan oleh Mahkamah selepas perbicaraan
penuh.

Namun, ini tidak bermakna permohonan mengenepikan penghakiman ingkar ini mesti dibenarkan sebagai satu
hak setelah pemohon berjaya menunjukkan pembelaan yang bermerit.

Walaubagaimanapun, faktor lain yang perlu dipertimbangkan Mahkamah adalah kepatuhan terhadap Aturan 42
Kaedah 13 KKM 2012 adalah sama penting. Peruntukan Aturan 42 Kaedah 13 KKM 2012 secara jelas
menunjukkan keperluan mandatori tempoh masa mesti dipatuhi. Dalam mentadbir peruntukan-peruntukan di dalam
KKM 2012, saya perlu mengingkatkan diri saya berkenaan Aturan 1A KKM 2012 bahawa Mahkamah hendaklah
mempertimbangkan kepentingan keadilan dan bukan semata-mata kepada ketidakpatuhan prosedur teknikal
(technical non compliance with the rules).

Kembali kepada fakta kes ini, Mahkamah berpuashati bahawa penghakiman ingkar tersebut telah diperolehi
mengikut aturan dan penghakiman ingkar tersebut telah diserahkan secara pos kad AR berdaftar dan diterima
oleh Responden/Defendan (sila lihat ekshibit muka surat 62 Rekod Rayuan Tambahan dalam Lampiran 5). Namun
begitu, Responden/Defendan mendakwa bahawa mereka tidak pernah menerima apa-apa kertas kausa dan
mengetahui berkenaan penghakiman ingkar tersebut setelah peguamcara mereka membuat semakan fail kes di
Mahkamah. Saya berpendapat alasan tersebut tidak berasas dan perlu ditolak atas sebab-sebab berikut:-

Walaupun penghakiman ingkar tersebut telah diserahkan pada 21.5.2015 melalui pos kad AR berdaftar bertarikh
18.5.2015, Perayu/Plaintif menegaskan di perenggan 7 Afidavit Jawapan Plaintif (lihat muka surat 43 RRT dalam
Lampiran 5) bahawa Responden/Defendan telah diwakili oleh peguamcara bernama Encik Mohamad Sofian dalam
prosiding garnisi yang dimulakan oleh Perayu/Plaintif terhadap garnishee pada 23.7.2015. Namun begitu,
penyataan Plaintif/Perayu tersebut tidak diakui oleh Responden/Defendan, ianya tidak dinafikan secara spesifik
oleh Responden/Defendan. Berdasarkan situasi tersebut, saya berpendapat Responden/Defendan sepatutnya
meminta pertolongan Encik Mohamad Sofian atau mengekshibitkan nota keterangan prosiding garnisi pada
23.7.2015 untuk menyangkal atau menafikan kenyataan Perayu/Plaintif tersebut. Oleh yang demikian, tanpa
sebarang keterangan menyangkal (rebuttal evidence) oleh Responden/Defendan, maka saya berpendapat bahawa
Responden/Defendan mengetahui kewujudan penghakiman ingkar yang berjaya diperolehi oleh Plaintif/Perayu
Page 4 of 4
Sparkle One Facilities Management Sdn Bhd lwn Badan Pengurusan Bersama Villa Krystal Apartment
....

terhadap Responden/Defendan semenjak 23.7.2015. “It is a cardinal principle of law that when a litigant seeks the
intervention of the Court in a matter affecting his rights, he must do so timeously” [Hing Auto Sdn Bhd v. Unidive
Marine Service (M) Sdn Bhd [2015] MLRHU 1]. Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, ia bukan sahaja satu kes
kelewatan memfailkan permohonan tanpa penjelasan yang munasabah tetapi ia juga merupakan satu kes di mana
Responden/Defendan langsung tidak mempedulikan keperluan Aturan 42 Kaedah 13 KKM 2012. Oleh itu,
ketidakpatuhan Aturan bukan semata-mata ketidakpatuhan teknikal oleh Defendan/Responden. Peguamcara
Defendan/Responden sepatutnya menasihati anakguam mereka untuk mengambil tindakan segera untuk
mengenepikan penghakiman ingkar seawal dari 23.7.2015 semasa prosiding garnisi lagi. Sehubungan dengan
itu, dalam keadaan tersebut saya berpendapat bukti pembelaan yang bermerit semata-mata tidak berhak untuk
mengenepikan penghakiman ingkar tersebut.

Atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas, saya mendapati Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dari segi
undang-undang dan fakta dalam membenarkan permohonan Responden/Defendan untuk mengenepikan
penghakiman ingkar yang diperolehi Perayu/Plaintif. Maka, saya membenarkan rayuan ini dengan kos
RM2,000.00.

End of Document

Anda mungkin juga menyukai