Anda di halaman 1dari 5

DI DALAM MAHKAMAH SESYEN MUT USIM DI NILAI

DALAM NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA

SAMAN NO. 22NCVC-2567-02/2021

Antara

FARID KAMIL BIN MUSTAPA

(No. K/P. : 841009-05-7663) …PLAINTIF

Dan

NUR HAYATI BINTI SABRI


(No. K/P. : 800603-05-6556) …DEFENDAN

HUJAHAN BERTULIS PLAINTIF

Peguamcara bagi pihak Plantif


Nur, Nora & Co,
PT 9966, Aras 2, Putra Point, Jalan BBN 1/3,
71800, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
Tel: : 03-4080795
Email: nurnoraco@gmail.com
PENDAHULUAN
Hujahan bertulis ini difailkan oleh Plaintif untuk satu tuntutan bayaran baki yang tertunggak
sebanyak RM 150, 000 yang gagal diselesaikan oleh Defendan bagi kerja pengubahsuaian
rumah seperti yang tertulis dalam suatu kontrak perjanjian pengubahsuaian rumah (selepas ini
dirujuk sebagai “Perjanjian Tersebut”) bertarikh 10 Januari 2021.
FAKTA
Dengan kebenaran Mahkamah yang Mulia ini,
1. Defendan telah melantik Plaintif untuk menjalankan kerja pengubahsuaian di kediaman
dua tingkat kos sederhana miliknya di alamat No 40, Jalan Pandan 3, Taman Pandan
Indah, 71800, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan (selepas ini dirujuk sebagai
“Kediaman Defendan”) melalui satu perjanjian lisan yang dipersetujui oleh kedua belah
pihak.

2. Pada 10 Januari 2021, “Perjanjian Tersebut” telah dibuat oleh Plaintif dan Defendan,
dimana antara kandungan terma perjanjian tersebut ialah Defendan bersetuju untuk
menjelaskan bayaran sebanyak RM 300, 000 secara tunai kepada Plaintif setelah selesai
kerja pengubahsuaian dilakukan.

3. Terma “Perjanjian Tersebut” juga ada menyatakan bahawa Plaintif, iaitu pihak pembina
rumah boleh mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku kelewatan atau
keengganan pemilik rumah membuat pembayaran yang telah dijanjikan.

4. Defendan menghendaki penggunaan material jenis Quartz Stone bagi kerja


pengubahsuaian dilakukan. Tetapi, Plaintif mendapati tiada pembekal yang dapat
membekalkan material jenis tersebut dalam jumlah yang banyak. Oleh itu, Plaintif
memutuskan untuk menggantikan material Quartz Stone kepada material Granite.
Perkara ini telah mendapat persetujuan dan kebenaran dari Defendan untuk meneruskan
kerja pengubahsuaian tersebut.

5. Kerja pengubahsuaian di kediaman Defendan telah selesai dilakukan oleh Plaintif


sepertimana yang dikehendaki dan dipersetujui oleh Defendan. Defendan telah berjanji
untuk membayar baki kos pengubahsuaian tersebut sebanyak RM 200, 000 kepada
Plaintif.

6. Daripada jumlah RM 200, 000 baki kos pengubahsuaian yang dijanjikan, Defendan
hanya membuat bayaran sebanyak RM 50, 000. Baki kos yang berjumlah RM 150, 000
adalah belum dan gagal diselesaikan oleh Defendan setakat tuntutan ini dibuat.

7. Keengganan dan kegagalan Defendan untuk membuat bayaran baki kos tersebut telah
mengakibatkan Plaintif mengalami kerugian yang besar.
HUJAHAN-HUJAHAN PLAINTIF

ISU PERTAMA: SAMA ADA TERDAPAT PELANGGARAN TERHADAP TERMA-


TERMA PERJANJIAN YANG DIBUAT ANTARA PLAINTIF DAN DEFENDAN
1. Plaintif bagi menjawab persoalan ini dengan rendah diri menghujahkan bahawa
Mahkamah perlu kembali kepada prinsip asas undang-undang kontrak di mana tertera
di Seksyen 38(1) Akta Kontrak 1950, menyatakan bahawa pihak-pihak yang berkontrak
mestilah melaksanakan janji dan kewajipan masing-masing seperti terma-terma yang
telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.“ Pihak-pihak yang berkontrak mesti
melaksanakan atau menawarkan untuk melaksanakan janji masing-masing, kecuali
jika pelaksanaan tersebut telah dilepaskan oleh peruntukan Akta ini atau mana-mana
undang-undang bertulis lain”.

2. Akta kontrak 1950 melalui Seksyen 40 memberikan penegasan yang jelas bahawa
kontrak perlu dilaksanakan sepenuhnya. “ Apabila suatu pihak enggan melaksanakan,
atau tidak membolehkan dirinya melaksanakan janji pada keseluruhannya, maka
penerima janji bolehlah menamatkan kontrak itu kecuali jika dia telah menunjukkan
persetujuannya untuk meneruskan kontrak sama ada dengan kata-kata tau perbuatan”

3. Di dalam Perjanjian Kontrak dan Surat Akuan Bersumpah antara Plaintif dan Defendan
tertera bahawa Defendan perlu membayar dan menjelaskan bayaran sebanyak RM
300,000 secara tunai kepada plaintif apabila kerja –kerja pengubahsuaian selesai.
Namun, Defendan gagal menyelesaikan baki kos sebanyak RM 150,000 kepada plaintif
seperti yang telah dipersetujui di dalam perjanjian walaupun plaintif telah
menyelesaikan segala kerja-kerja pengubahsuaian seperti yang dijanjikan dengan
sepenuhnya.

4. Justeru, plaintif menghujahkan bahawa tindakan Defendan telah melanggar terma-


terma perjanjian yang telah ditandatangani antara Plaintif dan Defendan.

ISU KEDUA- SAMA ADA DEFENDAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS


KELEWATAN PEMBAYARAN BAKI KOS PENGUBAHSUAIAN KEPADA
PLAINTIF.
1. Merujuk kepada kes Bekalan Sains P & C Sdn Bhd v Bank Bumiputra Malaysia Bhd
[2011] 5 MLJ 1, Mahkamah telah memutuskan bahawa “In deciding whether the
parties have reached an agreement, the law looks for an offer by one party and an
acceptance to the terms and conditions of that offer by the other. There would be a
bargaining process leading up ultimately to an agreement or meeting of the minds”.

2. Selanjutnya, di dalam kes Sulisen Sdn Bhd v Kerajaan Malaysia [2006] 7 CLJ 247,
Mahkamah juga menggariskan bahawa “The offer and acceptance when taken together
would form the agreement and that agreement must be supported by consideration in
order to establish the obligation. It is the parties that must intend that the agreement to
have legal force and the courts will enforce what the parties intend should be
enforced”.
3. Oleh yang demikian, merujuk kembali kepada kes pada hari ini, dapat dilihat bahawa
kedua-dua Plaintif dan Defendan telah bersetuju dengan terma-terma dalam kontrak
perjanjian yang bertarikh 10.10.2021 termasuklah terma mengenai perakuan Defendan
untuk bertanggungjawab kepada Plaintif terhadap segala tuntutan di atas kelewatan atau
kegagalan Defendan dalam membuat pembayaran bagi kerja-kerja pengubahsuaian
yang telah dilaksanakan oleh Plaintif. Kegagalan Defendan untuk membuat
pembayaran ini telah membuktikan bahawa Defendan telah melanggar terma-terma
perjanjian yang dibuat sebelum ini bersama-sama Plaintif. Oleh itu, Plaintif merupakan
pihak yang berhak dan layak untuk mendapatkan ganti rugi yang sewajarnya kerana
Plaintif telah pun menyelesaikan kerja-kerja ubah suai di kediaman milik Defendan
seperti mana yang telah dijanjikan.

4. Maka, dapat disimpulkan juga bahawa Defendan adalah pihak yang bertanggungjawab
di atas kelewatan pembayaran baki kos pengubahsuaian kepada Plaintif yang berjumlah
RM 150,000. seperti mana yang telah dituntut oleh Plaintif dalam Notis Tuntutan
bertarikh 25.10.2021. Defendan mempunyai tanggungjawab untuk memenuhi terma-
terma yang telah dipersetujui kerana pihak Defendan sendiri telah membuat surat akuan
bersumpah ke atas terma-terma perjanjian tersebut dan ini telah menjadikan perjanjian
antara Plaintif dan Defendan ini sah kerana telah dapat dibuktikan wujudnya elemen
‘offer’, ‘acceptance’, ‘consideration’ dan ‘intention’ dalam perjanjian tersebut.

ISU KETIGA: SAMA ADA PLAINTIF BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS


KEROSAKAN YAG BERLAKU PADA JUBIN LANTAI RUMAH DEFENDAN

1. Mahkamah di dalam kes PB Malaysia Sdn Bhd v Samudra (M) Sdn Bhd [2009] 7
MLJ 68 memutuskan bahawa Defendan mesti membuktikan kes kecuaiannya terhadap
plaintif. Di dalam kes ini, defendan tidak mempunyai saksi yang boleh dipercayai dan
bukti dokumentari yang menyokong kes mereka. Oleh sebab itu, defendan gagal untuk
membuktikan bahawa plaintif melanggar kewajipannya yang terhutang kepada
defendan dalam tort. Walaupun defendan telah membuktikan pelanggaran kewajipan
oleh plaintif, defendan telah gagal membuktikan sebarang kerugian yang dialami
daripada pelanggaran yang dikatakan.

2. Bagi mengaplikasi ini dalam kes semasa, maka sewajarnya Defendan membuktikan
bahawa tuduhan Defendan itu dengan membawa bukti yang kukuh dan jelas.

3. Defendan mengatakan bahawa akibat pengubahsuaian rumah yang dilakukan oleh


Plaintif, berlakunya kerosakan pada jubin lantai rumah defendan. Ini menjadi salah satu
sebab Defendan tidak meneruskan baki pembayaran kos pengubahsuaian kepada
Plaintif.

4. Namun begitu, kerosakan yang dikatakan oleh Defendan telah wujud sebelum Pliantif
memulakan kerja-kerja pengubahsuaian di rumah Defendan. Ini dibuktikan melalui
gambar yang diambil oleh Plaintif yang menunjukkan keadaan jubin sebelum kerja
pengubahsuaian dilakukan.
5. Maka, Plaintif tidak memegang apa-apa tanggungjawab atas kerosakan tersebut dan
Defendan hanya menggunakan alasan ini untuk mengelak daripada membayar baki
pembayaran yang seharusnya dilakukan oleh Defendan sejurus sahaja Plaintif selesai
melakukan kerja-kerja pengubahsuaian tersebut.

RELIF
Oleh yang demikian, Plaintif memutuskan untuk mengambil tindakan dan menuntut perkara:
i) Bayaran baki kos pengubahsuaian kediaman berjumlah RM 150, 000;
ii) Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah RM 150, 000 dari tarikh pemfailan saman
sehingga tarikh penyelesaian penuh;
iii) Kos bagi tindakan ini
iv) Relif-relif lain yang difikirkan adil, suai manfaat dan wajar oleh Mahkamah Yang
Mulia ini.

KESIMPULAN
Plaintif dengan rendah diri memohon agar Defendan menyelesaikan pembayaran baki kos
pengubahsuaian kediaman yang telah selesai pelaksanaannya oleh pihak Plaintif yang
berjumlah RM 150, 000 seperti yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak di dalam
“Perjanjian Tersebut”. Defendan juga didapati telah melanggar kontrak perjanjian dengan tidak
membuat pembayaran penuh sebanyak RM 200, 000 setelah kerja pengubahsuaian selesai
dilakukan. Kelewatan atau keengganan pemilik rumah membuat pembayaran yang telah
dijanjikan membolehkan pembina rumah mengambil tindakan sewajarnya adalah tertulis di
dalam “Perjanjian Tersebut”. Selain daripada itu juga, pertukaran material yang digunakan oleh
Plaintif untuk kerja pengubahsuaian kediaman tersebut juga adalah berada dalam pengetahuan
dan dipersetujui oleh Defendan. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa tiada pelanggaran
kontrak yang dilakukan oleh Plaintif dalam perkara ini. Oleh itu, tuntutan ini wajar diberikan
kepada Plaintif.

.................................

Peguamcara Plaintif

HUJAHAN BERTULIS PLAINTIF ini difailkan oleh Nur, Nora & Co., Peguamcara Plaintif
yang beralamat di PT 9966, Aras 2, Putra Point, Jalan BBN 1/3, 71800, Bandar Baru
Nilai, Negeri Sembilan.
Tel: : 03-4080795
Email: nurnoraco@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai