Anda di halaman 1dari 5

DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SHAH ALAM

DI NEGERI SELANGOR
SAMAN NO.: 14002-054-1185-2023

ANTARA

SITI NUREEN BINTI NOAH


(NO. KAD PENGENALAN: 7400714-14-5198) …PLAINTIF

DAN

MD AZHAR BIN SULAIMAN


(NO. KAD PENGENALAN: 700112-14-5195) …DEFENDAN

PERNYATAAN TUNTUTAN

1. Plaintif, SITI NUREEN BINTI NOAH (No. K/P: 740714-10-5198), yang


beralamat di No.13, Jalan Dua, Taman Desa Dua, 53100 Gombak, Selangor
adalah isteri kepada Defendan.

Disertakan sesalinan Kad Pengenalan di Lampiran STN-1.

2. Defendan, MD AZHAR BIN SULAIMAN (No. K/P: 700112-14-5195) yang


beralamat di No.3, jalan Tiga, Taman Batu Tiga, 40000 Shah Alam, Selangor
adalah suami kepada Plaintif.

Disertakan sesalinan Kad Pengenalan di Lampiran STN-2.

3. Perkahwinan antara Plaintif dan Defendan telah dilangsungkan pada


30.02.1994, di Masjid Al-Hidayah, Shah Alam berwalikan ayah kepada Plaintif,
Noah Bin Salleh. Perkahwinan antara Plaintif dan Defendan juga telah
didaftarkan di Pejabat Agama Islam Selangor pada 30.02.1994 dengan nombor
daftar nikah 2000/1994.
Disertakan sesalinan Sijil dan Surat Perakuan Nikah di Lampiran STN-3.

4. Sepanjang tempoh perkahwinan tersebut Plaintif dan Defendan dikurniakan


dengan tiga (3) orang cahaya mata iaitu:
I. Mohd Izhar Bin Md Azhar No. K/P:970715-10-5155 ( Umur 26 tahun)
II. Siti Zaireen Binti Md Azhar No. K/P: 010415-10-5138 (Umur 22 tahun)
III. Siti Izreen Binti Md Azhar No. K/P: 090515-10-5146 (Umur 14 tahun)

Disertakan sesalinan Sijil Lahir dan Kad pengenalan di Lampiran STN-4.

5. Sebelum ini, belum pernah berlaku apa-apa penceraian antara Plaintif dan
Defendan.

6. Defendan pada mula perkahwinan adalah seorang yang baik, penyanyang dan
bertanggungjawab. Namun selepas Plaintif melahirkan anaknya yang bongsu
pada 15/5/2009, Defendan telah mula balik ke rumah lewat dan telah berubah
kepada sikap yang tidak elok. Keadaan menjadi lebih ketara apabila Defendan
telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Besar Giant (M) Bhd yang mana
sering terjadi perbalahan dan perselisihan antara Plaintif dan Defendan. Ini
adalah kerana kerana Defendan telah mula berpoya-poya dan menjalinkan
hubungan dengan ramai perempuan pembekal barangan yang mana
membuatkan Defendan ada kalanya tidak pulang ke rumah mereka selama dua
ke tiga hari. Defendan juga mulai tidak mempedulikan Plaintif.

7. Defendan juga sering memarahi, menengking dan mengherdik Plaintif dan


mengeluarkan kata-kata kesat dan ada kalanya akan menunjukkan penumbuk
kepada Plaintif ketika dalam keadaan tersebut. Defendan juga pernah
melafazkan takliq kepada Plaintif:
“Kalau aku kahwin perempuan jawa jatuh satu talaqnya”

8. Pada sekitar pertengahan tahun 2009, Plaintif mendapati bahawa Defendan


telah berkahwin dengan seorang pembekal barangan daripada Indonesia dan
sejak daripada pertengahan tahun 2009 Defendan lebih banyak meluangkan
masa Defendan dengan isteri kedua Defendan itu di alamat Taman Batu Dua,
Petaling Jaya, Selangor. Yang mana Defendan jarang sekali meluangkan masa
bersama Plaintif dan anak-anak mereka.

9. Kerana Defendan jarang pulang ke rumah dan meluangkan masanya bersama


Plaintif dan anak-anaknya, Defendan telah mengabaikan tanggungjawab
Defendan sebagai seorang suami dan juga bapa apabila Defendan telah gagal
menunaikan nafkah untuk anak-anak dan juga nafkah zahir/batin kepada Plaintif.

10. Defendan seringkali akan marah, mengugut dan mengancam akan menceraikan
Plaintif apabila Plaintif menimbulkan persoalan berkenaan dengan perkahwinan
Defendan dengan isteri keduanya tersebut. Malah dalam satu pertelingkahan
berkenaan dengan perkara ini, Defendan telah memukul, memperkosa dan
meliwat Plaintif apabila persoalan tersebut ditimbulkan oleh Plaintif. Yang mana
Plaintif telah membuat satu laporan Polis bersabit dengan kejadian ini demi
kerana tindakan terkutuk yang telah dilakukan oleh Defendan ini dan juga demi
untuk menjaga keselamatan Plaintif agar kejadian ini tidak lagi berulang.

Disertakan sesalinan laporan Polis Shah Alam 01/0010 di Lampiran STN-5.

11. Defendan juga sering memarahi dan mengherdik anak-anak mereka apabila
anak-anak mereka campur tangan untuk mempertahankan Plaintif daripada
diperlakukan sedemikian oleh Defendan sehinggakan Defendan enggan
menanggung persekolahan mereka dan enggan mengaku mereka sebagai
anak-anak Defendan.

12. Ketika anak mereka bernama Mohd Izhar Bin Md Azhar jatuh sakit dan terlantar
di hospital, Defendan hanya dapat dimaklumkan berkenaan dengan perkara ini
selepas tiga hari kerana Plaintif gagal menghubungi Defendan.

13. Ketika melawat anak mereka di hospital, Defendan juga telah berbohong
kepada Plaintif bahawa Defendan telah menceraikan isteri keduanya itu dengan
talaq tiga walhal Defendan dan isteri keduanya itu masih tinggal bersama di
Taman Batu Dua, Petaling Jaya.

14. Sepanjang Defendan berkahwin dengan isteri keduanya itu, Plantif sering
berada dalam keadaan ketakutan dan berasa tidak selamat kerana sering
menerima panggilan dan SMS yang berbaur ugutan dan ancaman daripada
individu yang tidak dikenali agar tidak mengganggu rumahtangga Defendan
dengan isteri keduanya itu sekiranya tidak mahu apa-apa perkara yang tidak
elok dan baik berlaku kepada Plaintif dan anak-anak Plaintif.

Disertakan salinan-salinan ‘print screen’ SMS ugutan yang diterima oleh Plaintif
di Lampiran STN-6.

15. Disebabkan oleh gangguan ancaman dan ugutan-ugutan tersebut, pada


30/09/2010 Plaintif dan anak-anak Plaintif terpaksa keluar daripada rumah
kelamin mereka di No.3, Jalan Tiga, Taman Batu Tiga, 40000 Shah Alam,
Selangor ( selepas ini dirujuk sebagai ‘rumah kelamin’) dan menetap sementara
di rumah ibu mertua Plaintif di No.13, jalan Dua, Taman Desa Dua, 53100
Gombak Selangor.

16. Walau bagaimana pun, selepas beberapa hari dari tarikh di atas, Plaintif dan
anak-anak telah kembali semula ke rumah kelamin mereka. Namun malangnya
Plaintif tidak dapat masuk ke rumah kelamin mereka kerana Defendan telah
menukar kunci asal rumah tersebut. Plaintif hanya menyedari berkenaan dengan
perkara ini apabila mendapati pintu rumah tersebut tidak dapat dibuka oleh kunci
yang dalam milikan Plaintif pada ketika itu. Plaintif juga mendapati terdapat juga
pakai wanita yang bukan milik Plaintif bergantungan di ampaian jemuran rumah
mereka itu.

17. Pada 1/11/2015 Plaintif dan dua orang anak perempuan Plaintif telah pulang ke
rumah kelamin mereka untuk membincangkan hal berkenaan dengan
rumahtangga mereka. Setibanya di rumah mereka, Plaintif mendapati adik
beradik Defendan dan dua orang wanita warga Indonesia yang tidak dikenali
oleh Plaintif di situ. Plaintif telah diherdik, dimarahi dan dimaki hamun oleh adik
beradik Defendan apabila bertanyakan berkenaan dengan dua wanita
berkenaan. Bukan itu sahaja, anak lelaki Plaintif yang tiba selepas itu juga turut
dipukul oleh Defendan di pipi kanan dan pipi kiri sehingga bengkak.

Disertakan sesalinan laporan perubatan di Lampiran STN-6.


18. Akibat oleh tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Defendan ini Plaintif telah
mengalami tekanan dan telah hidup dalam penderitaan yang mana telah
memberikan kesan kepada fizikal dan mental Plaintif.

Disertakan sesalinan laporan perubatan daripada Jabatan Psikologi dan Psikitari


Hospital Shah Alam di Lampiran STN-7.

19. Maka berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Plaintif dengan rasa rendah diri
memohon kepada Mahkamah yang Mulia ini untuk mensabitkan satu perintah fasakh di
bawah Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
yang mana bahawa Defendan adalah :
i. Telah cuai dan tidak mengadakan peruntukan nafkah selama tempoh tiga
bulan;
ii. Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah, kewajipan
perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;
iii. Lazim menyakiti dan menjadikan kehidupan Plaintif menderita disebabkan
oleh kelakuan aniaya yang sering memukul dan memarahi;
iv. Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat dan hidup berperangai
keji mengikut padangan Hukum Syarak;
v. Cuba memaksa Plaintif hidup secara lucah dengan merogol dan meliwat;
vi. Melarang Plaintif daripada menggunakan hak-hak Plaintif terhadap harta
mereka dengan;
vii. Tidak melayani Plaintif secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum
Syarak

20. Plaintif memohon perintah seperti yang dipohon serta mengeluarkan apa- apa perintah
yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
Bertarikh pada 9 hari bulan November, 2023.

Hafiz & Co
…………………………………
Peguam Syarie bagi Plaintif

PERNYATAAN TUNTUTAN ini telah difailkan oleh Tetuan Hafiz & Co. yang beralamat di 12-
422E, Tingkat 12, The Exchange 106 Tower, Tun Razak Exchange, 8-34, Jalan Barat, Pudu, 55100
Kuala Lumpur. (Tel: 03-9876 6789; Fax: 03-9876 6790)(Ref: SHA/P/14)

Anda mungkin juga menyukai