Anda di halaman 1dari 5

DI DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI HULU SELANGOR

DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN


SAMAN NO: 10009-014-0231-2021

ANTARA
SITI RODIAH BINTI ABU HASSAN PLAINTIF
NO. K/P: 940728-08-6098
DENGAN
ADIL AFFANDI BIN HARIS DEFENDAN
NO. K/P: 820728-14-5231

PENYATA KETERANGAN SAKSI KETIGA PLAINTIF

Nama : Siti Zaleha binti Abu Hassan


No. K/P: 911009-08-5600
Umur : 32 tahun
Alamat: No. 10, Jalan Tempua 5C, Taman Tempua Bestari, 44100 Kalumpang, Hulu
Selangor

1. Soalan :
Nyatakan nama, no. kad pengenalan dan alamat Puan

Jawapan :
Nama saya Siti Zaleha binti Abu Hassan, no. kad pengenalan 911009-08-5600 dan
saya tinggal di No. 10, Jalan Tempua 5C, Taman Tempua Bestari, 44100 Kalumpang,
Hulu Selangor

2. Soalan :
Apa tujuan Puan hadir ke Mahkamah pada hari ini?

Jawapan :
Tujuan saya hadir ke Mahkamah adalah untuk menjadi saksi kepada Plaintif, Siti
Rodiah binti Abu Hassan..

3. Soalan :
Sila nyatakan hubungan Puan dengan Plaintif.

Jawapan :
Saya merupakan kakak kandung Plaintif.

4. Soalan :
Adakah Puan tahu berkaitan permohonan Plaintif di Mahkamah ini.?

1
Jawapan :
Ya, dalam pengetahuan saya Plaintif mohon kepada Mahkamah untuk bubarkan
perkahwinan Plaintif dengan Defendan secara fasakh.

5. Soalan :
Puan kenal dengan Defendan? Adakah Puan bermusuhan dengan Defendan?

Jawapan :
Ya, saya kenal dengan Defendan dan saya tidak pernah bermusuhan dengan
Defendan.

6. Soalan :
Boleh Puan nyatakan kepada Mahkamah bila Plaintif dan Defendan bernikah, adakah
mereka pernah bercerai sebelum ini dan berapa orang cahayamata hasil pernikahan
mereka?

Jawapan :
Plaintif dan Defendan bernikah sekitar tahun 2014, sepanjang pengetahuan saya
mereka tidak pernah bercerai sebelum ini. Hasil pernikahan mereka dikurniakan dua
orang cahayamata.

7. Soalan :
Dalam pengetahuan Puan, apakah alasan Plaintif dalam permohonan fasakhnya di
Mahkamah ini?

Jawapan :
Dalam pengetahuan saya, Plaintif memohon fasakh atas alasan Defendan tidak
memberi nafkah zahir kepada Plaintif sepanjang tempoh Plaintif dan Defendan tinggal
berasingan iaitu sejak sekitar pertengahan tahun 2021 sehingga ke hari ini.

8. Soalan :
Boleh Puan jelaskan kepada Mahkamah apa sebenarnya yang berlaku di antara
Plaintif dan Defendan?

Jawapan :
Selepas Plaintif dan Defendan berkahwin, mereka tinggal di rumah keluarga Defendan
yang beralamat di Kampung Berop, Tanjung Malim, Perak. Saya pernah beberapa kali
datang ke rumah keluarga Defendan untuk menziarahi Plaintif.

2
Pada awalnya saya mula mengetahui hubungan Plaintif dan Defendan mengalami
masalah apabila Plaintif bercerita kepada saya bahawa Defendan pernah memukul
dan sering memarahinya tanpa alasan yang munasabah. Saya pernah melihat
Defendan secara tiba-tiba memarahi Plaintif tanpa sebab. Ketika itu Plaintif dalam
tempoh berpantang anak kedua di rumah keluarga di Taman Tempua Bestari,
Kalumpang.

Sekitar pertengahan tahun 2021, Plaintif telah mula tinggal di Taman Tempua Bestari
sehinggalah ke hari ini. Plaintif maklumkan kepada saya bahawa dia telah dihalau oleh
Defendan. Plaintif juga memaklumkan kepada saya beliau tidak tahan dengan sikap
Defendan yang suka memarahinya tanpa mengira masa dan tidak diketahui punca
kemarahannya yang secara tiba-tiba.

Sebenarnya kejadian pertengahan tahun 2021 di mana Plaintif tinggal di Taman


Tempua Bestari selepas dihalau oleh Defendan bukanlah kejadian kali pertama.
Sebelum ini pernah beberapa kali Plaintif dihalau oleh Defendan sehingga Plaintif
terpaksa tinggal di rumah ibu bapa di Taman Tempua Bestari namun selepas
beberapa hari tinggal di Taman Tempua Bestari, Plaintif pulang semula ke rumah
keluarga Defendan di Kampung Berop selepas dipujuk oleh Defendan dan kerelaan
Plaintif untuk memberi peluang kepada Defendan.

Sejak Plaintif tinggal berasingan dengan Defendan iaitu bermula dari sekitar
pertengahan tahun 2021 sehingga sehingga ke hari ini Defendan pernah datang
menziarahi Plaintif dengan kekerapan dua hingga 3 kali sahaja. Dalam pemerhatian
saya, sepanjang tempoh Plaintif tinggal berasingan, Defendan atau wakilnya tidak ada
mengirim atau memberi nafkah, malah walaupun Defendan datang berjumpa Plaintif,
Defendan tidak ada memberi nafkah dalam bentuk wang bagi perbelanjaan diri
Plaintif.

9. Soalan :
Bagaimana Puan yakin Defendan tidak memberi nafkah zahir sepanjang tempoh
Plaintif dan Defendan tinggal berasingan?

Jawapan :
Saya yakin kerana saya tinggal bersama-sama Plaintif di Taman Tempua Bestari
sejak tahun 2021 sehingga ke hari ini. Saya sendiri melihat keadaan Plaintif yang
terpaksa bekerja bagi menyara diri dan saya juga melihat sepanjang tempoh tinggal
berasingan, Defendan tidak ada memberi nafkah zahir. Saya juga pernah beberapa

3
kali meminjamkan wang kepada Plaintif kerana Plaintif tidak mempunyai duit yang
cukup bagi menyara kehidupannya bersama anak-anak.

10. Soalan :
Dalam pengetahuan Puan, ada Defendan memujuk Plaintif untuk tinggal bersamanya
semula?

Jawapan :
Defendan pernah memujuk Plaintif untuk tinggal dengannya semula di Kampung
Berop. Namun Plaintif enggan kerana serik dengan sikap Defendan yang sering
memarahi tanpa sebab dan selalu bertindak menghalau Defendan keluar dari rumah
Kampung Berop.

11. Soalan :
Dalam pemerhatian Puan, ada apa-apa halangan untuk Defendan memberi nafkah
kepada Plaintif?

Jawapan :
Dalam pemerhatian saya, tiada sebarang halangan untuk Defendan memberi nafkah
kepada Plaintif kerana Defendant ahu di mana Plaintif berada. Tiada sebarang
halangan daripada keluarga Plaintif untuk Defendan berjumpa Plaintif di Taman
Tempua Bestari.

12. Soalan :
Puan ada maklumkan sebelum ini bahawa Defendan pernah datang ke Taman
Tempua Bestari untuk berjumpa Plaintif, bilakah kali terakhir Defendan berjumpa
dengan Plaintif?

Jawapan :
Kali terakhir Defendan berjumpa Plaintif ialah pada bulan November tahun 2022.
Selepas itu saya tidak melihat lagi Defendan datang berjumpa Plaintif sehingga ke hari
ini.

13. Soalan :
Dalam pengetahuan Puan, adakah Plaintif pernah diisytiharkan sebagai seorang isteri
yang nusyuz iaitu tidak taat kepada Defendan sebagai suami oleh mana-mana
Mahkamah Syariah?

4
Jawapan :
Dalam pengetahuan saya, tiada apa-apa perintah dari mana-mana Mahkamah Syariah
yang mengisytiharkan Plaintif seorang isteri yang nusyuz.

14. Soalan :
Adakah Puan sanggup bertanggungjawab ke atas keseluruhan keterangan ini dan
sanggup bersumpah syarie?

Jawapan :
Ya saya yakin dan sanggup bertanggungjawab atas keterangan saya yang mana
semuanya adalah benar. Saya juga sanggup bersumpah atas kebenaran keterangan
saya ini.

15. Soalan :
Ada apa-apa lagi yang Puan hendak beritahu kepada Mahkamah?

Jawapan :
Semua keterangan yang saya berikan adalah benar dan saya memohon kepada
mahkamah yang mulia ini supaya meluluskan permohonan Plaintif untuk
membubarkan pernikahannya bersama Defendan secara fasakh..

NAMA : SITI ZALEHA BINTI ABU HASSAN ]


NO. K/P : 911009-08-5600 ] ……………………………..
TARIKH : 6/3/2023 ] Tandatangan Plaintif

……………………………..
Tanda tangan Hakim

PENYATA KETERANGAN UTAMA SAKSI PLAINTIF KETIGA ini difailkan oleh Peguam Syarie Plaintif yang
beralamat di Bahagian Undang-Undang Syariah, Sektor Undang-Undang, Majlis Agama Islam Selangor, Tingkat
6, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-55143643.
Faks: 03-55124042.

Anda mungkin juga menyukai