Anda di halaman 1dari 11

COURSE NAME : SYARIE LEGAL WRITING

SUBMISSION DATE : 7 DISEMBER 2023


TASK : INDIVIDUAL ASSIGNMENT 5

STUDENT’S
NOR FARAH FARHAN BINTI ABDUL FATTAH 2023965403
NAME & ID

GROUP LWD02B

LECTURER YB PUAN AFSHAH BINTI ARIFIN

DI DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI MALAYSIA


DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
SAMAN NO: 14600-016-0098 TAHUN 2023

ANTARA
KAMARIAH BINTI KAMARUL PLAINTIF
(NO. K/P: 500120-01-6076)

DAN
AHMAD BIN KASSIM DEFENDAN
(NO. K/P: 451225-05-5241)

PENYATA KETERANGAN BERTULIS PLAINTIF

NAMA : KAMARIAH BINTI KAMARUL


NO. K/P : 500120-01-6076
ALAMAT : NO. 9, JALAN G-2, TAMAN MELAWATI, 53100 KUALA
LUMPUR

1. Soalan : Sila berikan nama penuh dan No. Kad Pengenalan Puan?
Jawapan : Nama saya Kamariah Binti Kamarul dan Nombor Kad
Pengenalan saya adalah 500120-01-6076.

(Sila rujuk Ikatan Dokumen Plaintif, Salinan Kad Pengenalan di mukasurat 1, mohon ditanda sebagai
P-1 dan diterima sebagai bukti di Mahkamah)

2. Soalan : Di manakah tempat tinggal Puan?


Jawapan : Saya tinggal di No. 9, Jalan G-2, Taman Melawati, 53100
Kuala Lumpur.

3. Soalan : Berapakah umur Puan?


Jawapan : Saya berumur 73 tahun.

4. Soalan : Siapakah Defendan dalam kes ini?


Jawapan : Defendan adalah Ahmad Bin Kassim.

5. Soalan : Apakah hubungan Puan dengan Defendan?


Jawapan : Saya merupakan bekas isteri Defendan.
6. Soalan : Di manakan Defendan tinggal?
Jawapan : Setahu saya Defendan tinggal di No. 28, Jalan 7/1D Sekysen
7 Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.

7. Soalan : Bilakah Puan dengan Defendan bernikah dan bilakah Puan


dengan Defendan bercerai?
Jawapan : Saya telah bernikah dengan defendan pada 7hb Januari, 1976
dan telah bercerai dengan Defendan pada 10hb. Ogos, 2011
di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
(Sila rujuk Ikatan Dokumen Plaintif, Salinan Surat Perakuan Cerai di mukasurat 2, mohon ditanda
sebagai P-2 dan diterima sebagai bukti di Mahkamah)

8. Soalan : Berapa lama tempoh perkahwinan Puan dengan


Defendan?
Jawapan : Lebih kurang 35 tahun.

9. Soalan : Sepanjang tempoh perkahwinan, Puan dan Defendan


dikurniakan berapa orang anak?
Jawapan : Sepanjang tempoh perkahwinan saya dan Defendan, kami
dikurniakan 4 orang anak iaitu:

No Nama Tarikh Lahir Umur


1. Sarah Akmarwati Binti Ahmad 07.02.1977 43 tahun
2. Kamarul Ariffin Bin Ahmad 08.07.1978 42 tahun
3. Siti Halmiah Binti Ahmad 17.07.1983 37 tahun
4. Khairul Anwar Bin Ahmad 26.11.1984 36 tahun
(Selepas ini dirujuk sebagai “Anak-anak tersebut”)
(Sila rujuk Ikatan Dokumen Plaintif, Salinan Sijil Kelahiran Anak-anak tersebut mohon ditanda
sebagai P-3 dan diterima sebagai bukti di Mahkamah)

10. Soalan : Apakah permohonan Puan di Mahkamah Yang Mulia ini?


Jawapan : Saya ingin menuntut Muta’ah daripada Defendan.

11. Soalan : Berapakah jumlah Muta’ah yang Puan tuntut daripada


Defendan ?
Jawapan : Saya menuntut Muta’ah sebanyak sebanyak Ringgit Malaysia
Dua Ratus Sepuluh Ribu (RM210,000.00) sahaja.
12. Soalan : Adakah terdapat apa-apa perintah daripada Mahkamah
Syariah berhubung tuntutan Muta’ah sebelum ini?
Jawapan : Tiada.

13. Soalan : Apakah yang Puan faham dengan maksud tuntutan


Muta’ah?
Jawapan : Apa yang saya faham, Muta’ah ialah pemberian saguhati
daripada bekas suami kepada isteri yang telah diceraikan.

14. Soalan : Pada hemat Puan, adakah wajar dan munasabah bagi
Puan untuk menuntut Muta’ah?
Jawapan : Ya, wajar dan munasabah bagi saya untuk menuntut Muta’ah
kerana saya telah diceraikan tanpa sebab yang patut.

15. Soalan : Mengapakah Puan berkata sedemikian?


Jawapan : Saya terpaksa bersetuju dengan permohonan perceraian yang
difailkan oleh Defendan tanpa sebab patut selepas Defendan
melarang untuk saya tinggal bersama di Kota Tinggi, Johor
sejak 2007 selain tidak pulang ke rumah kelamin semenjak
Januari, 2010 selepas melalui perkongsian hampir tiga puluh
lima (35) tahun.

16. Soalan : Boleh Puan nyatakan alasan Puan menuntut Muta’ah ini?
Jawapan : Yang pertama, saya telah banyak berkorban dari segi fizikal
ketika saya bersama dengan Defendan. Yang kedua, saya
juga telah banyak berkorban dari segi kewangan dan material.
Yang ketiga, saya juga telah berkorban dari segi mental; dan
yang keempat, Defendan merupakan seorang yang
berkemampuan untuk membayar tuntutan Muta’ah ini.

ALASAN PERTAMA: PENGORBANAN DARI SEGI FIZIKAL

17. Soalan : Boleh Puan terangkan apa yang dimaksudkan dengan


pengorbanan dari segi fizikal?
Jawapan : Sepanjang dalam tempoh perkahwinan, saya telah
menunaikan tanggungjawab saya dengan taat setia sebagai
seorang isteri kepada Defendan dari segi zahir dan batin.
Saya juga sentiasa berusaha untuk melayani kehendak
Defendan setiap kali diperlukan dan menjalankan
tanggungjawab menjaga anak-anak 4 orang dengan sebaiknya
dan sanggup berpindah sejak tahun 2007 untuk tinggal
dengan defendan walaupun bekerjaya.

Saya juga membantu dalam usaha pertanian dan sanggup


berulang alik ke Kota Tinggi dari rumah kelamin pada hujung
minggu biarpun dilarang untuk tinggal bersama semata-mata
untuk membantu Defendan mengerjakan kebun seluas 100
ekar terutamanya penanaman pisang montel seluas 25 ekar,
cili dan jagung di Ladang Kuala Sedeli, Kota Tinggi, Johor.

18. Soalan : Apakah status Puan sebelum berkahwin dengan


Defendan?
Jawapan : Saya seorang anak dara.

19. Soalan : Apakah pekerjaan Puan selepas berkahwin dengan


Defendan?
Jawapan : Saya merupakan seorang jururawat terlatih di Hospital Melaka
dan jawatan terakhir merupakan Pensyarah di Kolej
Kejururawatan Swasta.

ALASAN KEDUA: PENGORBANAN DARI SEGI KEWANGAN DAN MATERIAL

20. Soalan : Adakah Puan turut membantu dari segi kewangan


bersama-sama Defendan?
Jawapan : Saya banyak membantu dalam meningkatkan dan
menstabilkan ekonomi keluarga dan saya merupakan seorang
berpendapatan tetap sebagai staff-nurse di Hospital Kerajaan
untuk menampung kehidupan rumahtangga dan keperluan
keluarga dan/atau menguruskan serta mengatur perbelanjaan
keluarga sehingga mengekalkan kerukunan keluarga sebelum
diceraikan.

Pendapatan saya adalah sandaran kewangan Defendan


terutamanya semasa diawal keterlibatan yang merangkak-
rangkak di dalam dunia kontraktor (kelas F) dan akan meminta
wang daripada saya ketika memerlukan.
Saya juga telah mengeluarkan simpanan saya untuk membeli
lori yang digunakan oleh Defendan untuk mengendalikan
syarikat perabot Yayasan Perak. Saya juga menjual saham
dalam Koperasi Kijang Mas Berhad yang dibuat secara
pelaburan tetap bulanan dan menggadaikan barangan kemas
saya tidak kurang RM15,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Belas
Ribu) untuk membantu dan/atau modal penstabilan
perniagaan Defendan.

21. Soalan : Adakah peranan lain Puan dari segi kewangan bersama-
sama Defendan?
Jawapan : Saya juga telah dibebankan tanggungjawab untuk
menanggung dan menyediakan rumah kelamin sepanjang
tempoh perkahwinan dengan membuat potongan gaji bulanan
walaupun Defendan mampu dan memiliki rumah kelamin di B-
3-5, Blok B Kemensah Villa Jalan Melawati Indah 1, Taman
Melawati Kuala Lumpur untuk isterinya keduanya dengan
harga lebih kurang RM180,000.00.

Selain itu saya juga telah mengeluarkan simpanan sebanyak


RM15,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Belas Ribu) untuk
membeli sebuah BMW No Pendaftaran WBA 4800 untuk
kegunaan keluarga selain digunakan oleh Defendan semasa
urusan perniagaan secara tidak langsung menarik peluang
perniagaan berdasarkan ketrampilan diri dan syarikat
Defendan.

Defendan juga telah memanfaatkan segala kos yang


diawardkan dalam ketiga-tiga kes di Mahkamah Sivil berjumlah
RM28,496.74 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Lapan Empat
Ratus Sembilan Puluh Enam dan Sen Tujuh Puluh Empat
sahaja).

(Sesalinan Perjanjian Jual Beli, Perjanjian Pinjaman, Notis Cukai Pintu dan Tanah serta Bil
Pembentungan, Pengesahan anggota Koperasi Kijang Mas Berhad dan Surat Peguam penyerahan
kos yang diawardkan yang dilampirkan dan ditandakan secara kolektif sebagai P-4 dan diterima
sebagai bukti di Mahkamah)

ALASAN KETIGA: PENGORBANAN DARI SEGI MENTAL

22. Soalan : Bagaimana pula pengorbanan Puan dari segi mental?


Jawapan : Saya telah menjadi isteri kepada Defendan selama 35 tahun
dan selama itulah saya terus menjalankan tugas saya sebagai
isteri dan ibu kepada anak-anak saya. Saya juga masih
bersabar walapun Defendan telah dua (2) kali berkahwin lain
tanpa permohonan poligami di Mahkamah Syariah, sekitar
1996/97 dengan Pn Norhidayah Binti Jani yang mempunyai
seorang anak perempuan dan Pn Norlia dipercayai sekitar
2006 lagi.

23. Soalan : Apakah terdapat sumbangan moral atau pengorbanan


yang lain dari Puan kepada Defendan?
Jawapan : Saya telah memberikan sumbangan moral dalam
menguruskan dan menjaga rumahtangga yang secara tidak
langsung telah memberi ketenangan untuk Defendan bekerja
dan/atau meniaga dan/atau menguruskan isterinya dan/atau
keluarga-keluarga di mana:

Yang pertama saya juga turut sama mengeluarkan dan/atau


membiayai makan minum keluarga, perbelanjaan harian
keluarga, perbelanjaan persekolahan anak, menguruskan
pembesaran dan pembelajaran anak-anak demi memastikan
pembelajaran dan kebajikan anak-anak tersebut terjamin.

Yang kedua, saya juga dipertanggungjawabkan untuk


membiayai penyelenggaraan kereta untuk kegunaan keluarga
dan membiayai bayaran ansuran rumah kelamin, yuran
penyelenggaraan dan cukai tanah serta kos pengekalan
tempat tinggal rumah-rumah tersebut.

24. Soalan : Ada apa lagi yang Puan hendak katakan?


Jawapan : Disebabkan perceraian antara saya dan Defendan berlaku di
luar jangkaan dan tindakan dibiarkan hidup berasingan selama
lebih kurang lima (5) tahun, saya tidak bersedia dan terpaksa
menggunakan simpanan/pendapatan ketika itu selain hampir
keseluruhan simpanan telah digunakan untuk memenuhi
tuntutan hidup dan/atau keperluan keluarga sepanjang
tempoh perkahwinan tersebut.

Saya amat memerlukan sandaran untuk memulakan hidup


selepas diceraikan oleh Defendan selain masyarakat sekeliling
yang mengenali saya dan Defendan yang bertanggapan
mereka merupakan pasangan bahagia secara tidak langsung
memberi kesan kepada pandangan serong kepada saya
walaupun saya telah bersabar hidup cara poligami oleh
Defendan dengan dua (2) orang isterinya yang lain.

ALASAN KEEMPAT: DEFENDAN MERUPAKAN SEORANG YANG BERKEMAMPUAN


UNTUK MEMBAYAR TUNTUTAN MUTA’AH

25. Soalan : Apakah pekerjaan Defendan?


Jawapan : Semasa bercerai, Defendan adalah pengusaha tanah
pertanian.

26. Soalan : Berapakah pendapatan Defendan yang Puan tahu?


Jawapan : Sepanjang hidup saya bersama Defendan, Defendan
mempunyai pendapatan yang lumayan dan saham pulangan
RM200,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu) serta
merupakan pengarah dalam tujuh (7) syarikat.
(Sesalinan Penyata Akaun Maybank, Penyata Skim Amanah Saham Nasional dan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia dilampirkan dan ditandakan secara kolektif sebagai P-5 dan diterima sebagai bukti
di Mahkamah)

27. Soalan : Puan yakin Defendan mampu membayar tuntutan Muta’ah


yang dipohon oleh Puan?
Jawapan : Ya, saya yakin.

28. Soalan : Apakah yang membuatkan Puan yakin Defendan mampu


untuk membayar Mut’ah seperti yang Puan tuntut di
Mahkamah yang Mulia ini?
Jawapan : Ini kerana semasa bercerai Defendan masih lagi
mengusahakan ladang 100 ekar untuk penanaman pisang
montel, cili dan jagung di Ladang Kuala Sedeli, Kota Tinggi,
Johor dengan pendapatan lebih kurang Ringgit Malaysia Dua
Puluh Ribu (RM20,000.00) sebulan sebelum Defendan sendiri
melanggari perjanjian tersebut dengan penanaman kelapa
sawit.

Defendan juga diberi hak 30% dalam rumah kelamin yang


disediakan dan/atau dibiayai oleh Plaintif dalam tuntutan harta
sepencarian. Selain itu, Defendan juga berhak ke atas sebuah
kondominium mewah di alamat B-3-5, Blok B Kemensah Villa
Jalan Melawati Indah 1, Taman Melawati Kuala Lumpur yang
kini bernilai Ringgit Malaysia Lima Ratus Tiga Puluh Ribu
(RM530,000.00) sahaja.

Defendan juga masih boleh mengekalkan hidup bermewahan


dengan menggunakan kereta jenis Mercedes No Pendaftaran
JJH 48 yang dibeli tunai dengan harga RM65,000.00 selain
kereta jenis Avanza No Pendaftaran WRA 2949, Honda Civic
No. Pendaftaran WQQ 8005, sebuah Ford Ranger dan sebiji
lori muatan satu tan. Defendan juga telah/boleh menanggung
dua (2) orang isteri selain saya semasa belum bercerai.
(Sesalinan Notis Pelanggaran Syarat Sewaan Tanah, Perakuan Pendaftaran Kenderaan dilampirkan
dan ditandakan secara kolektif sebagai P-5 dan diterima sebagai bukti di Mahkamah)

29. Soalan : Ada apa-apa lagi yang Puan ingin katakan pada
Mahkamah?
Jawapan : Saya menuntut Mut’ah ini kerana saya telah menjalankan
tanggungjawab saya sebagai isteri yang taat kepada Defendan
sepanjang tempoh perkahwinan. Saya juga telah berkorban
dari segi mental, fizikal dan juga kewangan selama menjadi
isteri Defendan. Defendan juga seorang yang berkemampuan
untuk membayar tuntutan Muta’ah ini.
30. Soalan : Apakah harapan Puan kepada Mahkamah Yang
Mulia ini tentang tuntutan Muta’ah yang dipohon ini?
Jawapan : Saya dengan rendah hati dan tawadhuk memohon kepada
Mahkamah Yang Mulia ini untuk suatu Perintah untuk
Defendan hendaklah membayar dan/atau memperuntukan
Muta’ah kepada Plaintif sebanyak sebanyak Ringgit Malaysia
Dua Ratus Sepuluh Ribu (RM210,000.00) sahaja. Defendan
hendaklah membayar dan/atau memasukkan terus jumlah di
atas ke dalam akaun Bank Islam (BIMB) saya Kamariah Binti
Kamarul ( Akaun No. 12-113-02-012415-5).

Saya juga memohon kos keseluruhan tuntutan ini termasuk


kos peguam ditanggung sepenuhnya oleh Defendan dan/atau
kos tidak kurang Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu
(RM20,000.00) sahaja oleh Defendan kepada saya.

31. Soalan : Adakah keterangan Puan di dalam Penyata Keterangan ini


adalah benar?
Jawapan : Ya, keterangan saya adalah benar.

32. Soalan : Adakah Puan sanggup bersumpah bahawa keterangan


Puan berikan adalah benar?
Jawapan : Ya, saya sanggup.

33. Soalan : Ada sesiapa paksa Puan untuk memberi keterangan ini?
Jawapan : Tidak ada paksaan daripada mana-mana pihak.

34. Soalan : Adakah Puan bersetuju untuk menjadikan Penyata


Keterangan Bertulis ini sebagai keterangan lisan Puan
dalam Mahkamah ini?
Jawapan : Ya, saya setuju. Saya juga merizabkan jika ada apa-apa
tambahan untuk saya nyatakan secara lisan semasa prosiding
kelak.

Diakui oleh: )
KAMARIAH BINTI KAMARUL )
(NO. K/P: 500120-01-6076) )
Pada 10 haribulan Jun Tahun 2023 )
Di Mahkamah Syariah )
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur )

Di hadapan saya,

………………………………………..
HAKIM

PENYATA KETERANGAN BERTULIS PLAINTIF ini disediakan dan difailkan oleh TETUAN FARAH
FARHAN FATTAH, Peguam Syarie bagi Pemohon yang beralamat di No. 32A, Tingkat 1, Menara
BBSL, 43000 Bandar Sungai Long Selangor. Tel: 03-90778810; Faks: 03-90778812; Email:
farahfarhan.co@gmail.com.

Anda mungkin juga menyukai