Anda di halaman 1dari 12

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN


GUAMAN NO.: WA-22NCVC-448-07/2019

ANTARA

AUSTRAL MERIDIAN SDN BHD ...PLAINTIF


(No. Syarikat: 795998-A)

DAN

1. HAJIJAH BINTI BUJANG


(No. K/P: 710322-13-5466)

2. CHONG KOOI YIN


(No. K/P: 46115-10-5696)

3. YAP KAM KEONG


(No. K/P: 610308-10-6337)

4. LEONG WAI KUAN


(No. K/P: 870807-14-5534)

5. YAP YEN SING


(No. K/P: 690419-14-5155)

6. FONG ENG MAY @ FOONG SIEW FOONG


(No. K/P: 410206-10-5126)

7. TAN POH CHOY


(No. K/P: 731002-14-5393)

8. TANG SOW LOOI


(No. K/P: 600102-10-6834)

9. SUDIMAN BIN LAMUHADI


(No. K/P: 730405-12-5691)

10. THANARAJA A/L KASINATHAN


(No. K/P: 630723-10-6199)

1
11. LEE YEW CHOY
(No. K/P: 720215-14-5537)

12. HUONG YUH CHING


(No. K/P: 740302-05-0587)

13. NIAMMUDDIN BIN AZIS


(No. K/P: 931222-12-6369)

14. RAZMIN BIN ABDUL RAHMAN


(No. K/P: 871104-49-5321)

15. ANG CHUAN HWEE


(No. K/P: 740619-14-5611)

16. ANG LEW KEAN


(No. K/P: 811223-14-5768)

17. SEMUA PENCEROBOH LAIN


YANG TELAH SECARA
HARAM MEMBINA
DAN/ATAU MENDIRIKAN
DAN/ATAU MENGHUNI
DAN/ATAU MEMILIKI
STRUKTUR-STRUKTUR DI
ATAS TANAH YANG
DIPEGANG DI BAWAH LOT
103669, H.S.(D) 120749, PT
15416 PAJAKAN NEGERI,
NO. HAKMILIK 53259, LOT
103669, MUKIM PETALING,
DAERAH KUALA LUMPUR,
NEGERI WILAYAH
PERSEKUTUAN KUALA
LUMPUR …DEFENDAN-DEFENDAN

2
AFIDAVIT SOKONGAN
(Menyokong Permohonan Defendan Pertama menurut
Aturan 42 Kaedah 13, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012)

Saya, Hajijah Binti Bujang (No. K/P: 710322-13-5466), seorang warganegara Malaysia

yang cukup umur dan mempunyai alamat di 398, Jalan 10B, Salak Selatan Baru, 57100

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan ini sesungguhnya berikrar dan menyatakan

seperti berikut:

1. Saya adalah Defendan Pertama yang tersebut di atas dan merupakan pemilik

bagi Hartanah dipegang di bawah H.S.(D) 118787, PT 15005, Mukim Petaling,

Daerah Kuala Lumpur, Negeri Wilayah Persekutuan KL.

2. Fakta-fakta yang dinyatakan di sini adalah dalam pengetahuan, maklumat

dan/atau kepercayaan saya sendiri dan/atau diperolehi daripada dokumen-

dokumen di dalam pegangan, milikan dan/atau kawalan saya yang mana

saya mempunyai akses penuh melainkan dinyatakan sebaliknya dan saya

sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar.

3. Saya memohon kebenaran Mahkamah yang Mulia ini untuk merujuk kepada

Notis Permohonan yang difailkan di sini.

4. Saya mengikrarkan Afidavit ini bagi menyokong permohonan saya sebagai

Defendan Pertama untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar Pembelaan

bertarikh 13.1.2020 yang diserahkan oleh peguamcara Plaintif kepada

3
Peguamcara Defendan Pertama melalui surat bertarikh 20.7.2020, yang mana

Penghakiman Ingkar Pembelaan bertarikh 13.1.2020 telah dilampirkan sebagai

ekshibit dalam Afidavit Penyampaian Plaintif yang diikrarkan pada 4.3.2020.

(seterusnya dikenali sebagai “Penghakiman Ingkar Pembelaan tersebut”)

Sesalinan surat peguamcara Plaintif bertarikh 20.7.2020 ditunjukkan kepada saya

dan ditanda sebagai Ekshibit “HBB-1”.

5. Ini merupakan kali pertama saya mengetahui mengenai Guaman No.WA-

22NCVC-448-07/2019 dan merupakan kali pertama saya mengetahui

Penghakiman Ingkar Pembelaan tersebut dan Defendan Pertama langsung

tidak mempunyai pengetahuan tentang Guaman No.WA-22NCVC-448-07/2019

sebelum ini.

6. Dalam apa hal jua, saya telah dinasihati oleh peguamcara Defendan Pertama

dan sesungguhnya percaya bahawa permohonan ini harus dibenarkan atas

alasan bahawa Penghakiman Ingkar Pembelaan dalam tindakan ini adalah

tidak teratur dan Defendan Pertama mempunyai pembelaan bermerit terhadap

tindakan ini.

DEFENDAN PERTAMA MEMPUNYAI PEMBELAAN BERMERIT TERHADAP TINDAKAN INI

7. Saya telah ditunjukkan oleh Peguamcara saya sesalinan hakmilik yang

dipegang di bawah Pajakan Negeri No. Hakmilik 53259, Lot 103669, Mukim

4
Petaling, Daerah Kuala Lumpur, Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

(seterusnya dikenali sebagai “Tanah Plaintif”) dan saya dimaklumkan bahawa

lokasi hartanah saya telah menceroboh di atas Tanah Plaintif tersebut.

Sesalinan hakmilik dipegang di bawah Pajakan Negeri No. Hakmilik 53259, Lot

103669, Mukim Petaling, Daerah Kuala Lumpur, Negeri Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur bertarikh 25.6.2019 ditunjukkan kepada saya dan ditanda sebagai

Ekshibit “HBB-2”.

8. Saya menyatakan bahawa pada setiap masa yang material, saya merupakan

pemilik sah dan benefisial bagi hartanah dipegang di bawah H.S.(D) 118787, PT

15005, Mukim Petaling, Daerah Kuala Lumpur, Negeri Wilayah Persekutuan KL

(seterusnya dikenali sebagai “Hartanah tersebut”).

9. Pada sekitar November 2010, permohonan saya telah diluluskan oleh Pejabat

Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (seterusnya dikenali sebagai “Pejabat

Tanah tersebut”) dan satu hakmilik dipegang di bawah H.S.(D) 117397, PT 14398,

Mukim Petaling, Daerah Kuala Lumpur dan Negeri Wilayah Persekutuan KL telah

dikeluarkan kepada saya pada 30.11.2010.

Sesalinan hakmilik dipegang di bawah H.S.(D) 117397, PT 14398, Mukim Petaling,

Daerah Kuala Lumpur dan Negeri Wilayah Persekutuan KL ditunjukkan kepada

saya dan ditanda sebagai Ekshibit “HBB-3”.

5
10. Namun begitu, lot tanah yang diluluskan oleh Pejabat Tanah tersebut diduduki

oleh penghuni lain. Saya turut memaklumkan Pejabat Tanah tersebut berkenaan

isu ini dan , Pejabat Tanah tersebut telahpun meluluskan penyerahan balik

tanah bagi hakmilik H.S.(D) 117397, PT 14398, Mukim Petaling, Daerah Kuala

Lumpur dan Negeri Wilayah Persekutuan KL.

11. Pejabat Tanah tersebut turut mengeluarkan satu hakmilik asal bertarikh 5.12.2012

dipegang di bawah H.S.(D) 118787, PT 15005, Mukim Petaling, Daerah Kuala

Lumpur, Negeri Wilayah Persekutuan KL kepada Defendan Pertama. (seterusnya

dikenali sebagai “Hartanah tersebut”)

Sesalinan hakmilik yang dipegang di bawah H.S.(D) 118787, PT 15005, Mukim

Petaling, Daerah Kuala Lumpur, Negeri Wilayah Persekutuan KL ditunjukkan

kepada saya dan ditanda sebagai Ekshibit “HBB-4”.

12. Saya menyatakan bahawa Defendan Pertama merupakan pemilik sah dan

benefisial Hartanah tersebut sebelum Plaintif memperolehi tanah Plaintif yang

dipegang di bawah Pajakan Negeri No. Hakmilik 53259, Lot 103669, Mukim

Petaling, Daerah Kuala Lumpur, Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

(seterusnya dikenali sebagai “Tanah Plaintif”).

13. Oleh yang demikian, dakwaan Plaintif terhadap saya dalam tindakan ini

bahawa saya telah menceroboh sebahagian di atas Tanah Plaintif adalah tidak

benar.

6
14. Sebaliknya, Plaintif merupakan pihak yang berniat menceroboh ke dalam

hartanah Defendan Pertama dan Defendan Pertama telah dihalang daripada

pemilikan tanpa gangguan (“uninterrupted possession”) dan penggunaan

Hartanah tersebut.

15. Saya menyatakan bahawa Penghakiman Ingkar Pembelaan tersebut

seharusnya diketepikan kerana Defendan Pertama mempunyai pembelaan

bermerit terhadap tindakan ini.

Sesalinan Cadangan Pernyataan Pembelaan Defendan Pertama ditunjukkan

kepada saya dan ditanda sebagai Ekshibit “HBB-5”.

KETIDAKATURAN PENGHAKIMAN INGKAR PEMBELAAN

16. Saya telah menerima surat bertarikh 16.5.2019 daripada wakil Plaintif dan

diberitahu untuk mengabaikan surat bertarikh 16.5.2019 tersebut. (Seterusnya

dikenali sebagai “Surat Pertama”)

Sesalinan surat daripada Peguamcara Plaintif bertarikh 16.5.2019 ditunjukkan

kepada saya dan ditanda sebagai Ekshibit “HBB-6”.

17. Seterusnya, saya turut menerima surat bertarikh 1.8.2019 daripada Peguamcara

Plaintif. Surat tersebut merupakan surat temu janji untuk menyerahkan Writ

7
Terpinda dan Penyataan Tuntuan Terpinda pada 9.8.2019. (Seterusnya dikenali

sebagai “Surat Kedua”)

Sesalinan surat daripada Peguamcara Plaintif bertarikh 1.8.2019 ditunjukkan

kepada saya dan ditanda sebagai Ekshibit “HBB-7”.

18. Saya merupakan seorang suri rumah tangga dan berada di rumah pada

9.8.2019. Namun, saya menyatakan bahawa saya langsung tidak terima apa

jua dokumen daripada wakil Plaintif atau wakil Peguamcara Plaintif.

19. Pada 13.7.2020, saya telah menerima satu surat bertarikh 6.7.2020 daripada

Peguamcara Plaintif dan dimaklumkan bahawa satu penghakiman telah

dikeluarkan terhadap saya dan Plaintif akan melaksanakan penghakiman

tersebut terhadap saya. (Seterusnya dikenali sebagai “Surat Ketiga”)

Sesalinan surat daripada Peguamcara Plaintif bertarikh 6.7.2020 ditunjukkan

kepada saya dan ditanda sebagai Ekshibit “HBB-8”.

20. Saya menyatakan bahawa selain daripada Surat Pertama, Surat Kedua dan

Surat Ketiga yang tersebut di atas, saya tidak menerima apa jua dokumen

daripada Plaintif dan/atau Peguamcara Plaintif.

21. Saya menyatakan proses penyampaian gantian yang dijalankan oleh Plaintif

adalah tidak teratur dan salah. Saya tidak pernah menerima Writ Saman dan

8
Pernyataan Tuntutan dan Hartanah tersebut tidak ditampalkan apa-apa notis

dan/atau Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan seperti dinyatakan oleh Plaintif.

Penyampaian Gantian Plaintif adalah tidak sempurna dan defektif.

22. Memandangkan saya langsung tiada pengetahuan mengenai tindakan ini,

saya tidak pernah memasukkan kehadiran Defendan Pertama dalam tindakan

ini dan tidak dapat melantik peguamcara untuk membela tindakan ini.

23. Namun begitu, Plaintif telahpun memperolehi satu Penghakiman Ingkar

Pembelaan terhadap Defendan Pertama dan Penghakiman Ingkar Pembelaan

tersebut adalah salah dan tidak teratur.

PEJABAT TANAH DIJADIKAN PIHAK KETIGA DALAM TINDAKAN INI

24. Saya telah menulis kepada Pejabat Tanah tersebut pada 10.7.2020 supaya

tindakan segera boleh diambil oleh Pejabat Tanah tersebut untuk

menyelesaikan isu di dalam tindakan ini.

Sesalinan surat daripada Defendan Pertama kepada Pejabat Tanah tersebut

bertarikh 10.7.2020 ditunjukkan kepada saya dan ditanda sebagai Ekshibit “HBB-

8”.

25. Saya menyatakan bahawa Defendan Pertama berniat untuk menjadikan

Pejabat Tanah tersebut sebagai pihak ketiga di dalam tindakan ini kerana

Pejabat Tanah tersebut merupakan pihak berkaitan yang penting dalam

9
perkara ini dan Pejabat Tanah tersebut jelas tentang pengeluaran hakmilik-

hakmilik Hartanah tersebut dan Tanah Plaintif yang terlibat di dalam tindakan ini.

26. Memandangkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, saya dengan

rendah diri menyatakan bahawa Penghakiman Ingkar Pembelaan yang

diperolehi oleh Plaintif haruslah diketepikan kerana :-

(a) Defendan Pertama merupakan pemilik sah dan benefisial semua bahagian

Hartanah tersebut;

(b) Defendan Pertama mempunyai pembelaan bermerit terhadap tindakan ini;

(c) Penyampaian Gantian Plaintif terhadap Defendan Pertama adalah tidak

teratur, defektif dan tiada kesan di sisi undang-undang; dan

(d) Pemerolehan Penghakiman Ingkar Pembelaan oleh Plaintif adalah tidak

teratur dan tiada kesan di sisi undang-undang.

27. Dengan segala hormatnya saya dengan rendah hati menyatakan bahawa

Defendan Pertama mempunyai pembelaan bermerit terhadap tuntutan Plaintif

dan patut diberi kesempatan mengutarakan pembelaan Defendan Pertama.

28. Saya juga menyatakan bahawa Defendan Pertama dan keluarga merupakan

penghuni di Hartanah tersebut melebihi sepuluh (10) tahun dan perlaksanaan

10
Penghakiman Ingkar Pembelaan tersebut seharusnya digantung sehingga

permohonan ini dilupuskan. Sekiranya tidak digantung perlaksanaannya,

permohonan ini akan bersifat nugatory. Sebaliknya, tiada apa-apa prejudis

terhadap Plaintif yang tidak boleh dipampas dengan kos.

29. Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri memohon kepada Mahkamah

yang Mulia ini untuk perintah seperti dipohon.

Berkenaan dengan afidavit oleh deponen bernama )


HAJIJAH BINTI BUHANG (No. K/P: 710322-13-5466) )
Diikrarkan pada )
Di )
(terjemahan tidak diperlukan) ) ……………………………..
HAJIJAH BINTI BUJANG
(No. K/P: 710322-13-5466)

Di hadapan saya,

Pesuruhjaya Sumpah

11
AFIDAVIT SOKONGAN ini difailkan oleh Tetuan Yin Voon & Ooi, peguamcara Defendan
yang dinamakan di atas yang beralamat di No. 27-2 Jalan 109F, Plaza Danau 2, Taman
Danau Desa, Off Jalan Klang Lama, 58100 Kuala Lumpur. [No. Ruj: L/LHY/4445/20]
[Tel : 03 7983 3680 Faks : 03 7984 6680 Emel : yinvoonwong@yahoo.com]

12

Anda mungkin juga menyukai