Anda di halaman 1dari 18

DI DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH MOOT

DI SHAH ALAM
DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

SAMAN NO.: 2212-L0304-152-0016 TAHUN 2022

ANTARA

AMINAH BINTI A GHADAFI ...PLAINTIF


(NO. KP: 870110-14-5154)
DAN

FATTAH AMIN BIN KAMARUZAMAN …DEFENDAN


(NO. KP: 830131-14-6275)
PERNYATAAN TUNTUTAN
(Tuntutan fasakh berdasarkan Seksyen 53
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003)

1. Saya, AMINAH BINTI A GHADAFI (NO. KP: 870110-14-5154) yang beralamat di No. 50, Jalan
Jubli Perak 22/1, Taman Puteri Aiyu, Seksyen 22, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
bertindak sebagai Plaintif merupakan isteri kepada Defendan.

(Sesalinan Kad Pengenalan Plaintif dilampirkan dan ditandakan sebagai Ekshibit “A-1”)

2. Defendan adalah FATTAH AMIN BIN KAMARUZAMAN (NO. KP: 830131-14-6275 ) yang
beralamat di No. 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor bertindak
sebagai Defendan dalam tuntutan ini.

(Sesalinan Kad Pengenalan Defendan dilampirkan dan ditandakan sebagai Ekshibit “A-2”)

3. Plaintif dan Defendan telah berkahwin secara sah mengikut Hukum Syarak dan Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 31hb Mac 2012 di Masjid Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

(Sesalinan Sijil Nikah antara Plaintif dan Defendan dilampirkan dan ditandakan sebagai
Ekshibit “A-3”)
4. Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan dua (2) orang anak iaitu :-

No. Nama No. MyKid Umur

1. Aiman bin Fattah Amin 131213-01-6013 9 tahun

2. Aqilah binti Fattah Amin 161005-01-0396 6 tahun

(Sesalinan Sijil Kelahiran dan MyKid anak pertama, Aiman bin Fattah Amin masing-masing
dilampirkan dan ditandakan sebagai Ekshibit “A-4(a)” dan “A-4(b)”)

(Sesalinan Sijil Kelahiran dan MyKid anak kedua, Aqilah binti Fattah Amin masing-masing
dilampirkan dan ditandakan sebagai Ekshibit “A-5(a)” dan “A-5(b)”)

5. Plaintif dan Defendan tinggal bersama di kediaman kelamin mereka yang beralamat di F-3A-01, Block
F, Pangsapuri Palma, Bandar Botanic, 79200 Iskandar Puteri, Johor.

6. Defendan bekerja sebagai Pemandu Lori Kontena di Kontena Malaysia Berhad yang beralamat di No.
249, Jalan Tembaga 1, Kawasan Perindustrian Kota Iskandar, 79000 Iskandar Puteri, Johor manakala
Plaintif bekerja sebagai Penolong Operator di Instrument Technology (Johor) Sdn. Bhd. yang
mempunyai alamat di No. 18, Jalan Firman 2, Kawasan Perindustrian Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor.

7. Pada 05hb Ogos 2022 hari Jumaat telah berlaku pertengkaran diantara Plaintiff dan Defendan bertempat
di rumah kelamin mereka. Pertangkaran tersebut adalah berpunca apabila Plaintif telah mendapati melalui
aplikasi whatsapp Defendan telah berbual dengan seorang perempuan yang tidak dikenali dengan panggilan
“sayang” dan “abang” tetapi telah dinafikan Defendan.

8. Seterusnya pada 10hb Ogos 2022, Plaintif menemui sijil nikah daripada Majlis Agama Islam Wilayah
Songkhla di dalam beg kerja Defendan dan sijil perkahwinan tersebut bertarikh 02hb Februari 2022
menyatakan pasangan seorang individu yang bernama FARAH FAJURA BINTI ISMAIL.

(Sesalinan Sijil Nikah daripada Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla antara Defendan dan
Farah Fajura Binti Ismail, dan sijil Akuan Tauliyah masing-masing dilampirkan dan ditandakan
sebagai Ekshibit “A-6(a)” dan “A-6(b)”)
9. Perkahwinan tersebut telah dilakukan oleh Defendan tanpa memberitahu dan persetujuan Plaintif
mahupun apa-apa permohonan kepada Mahkamah Syariah untuk membenarkan Defendan berkahwin
secara poligami.

10. Setelah menemui sijil Nikah antara Defendan, Plaintif kemudian telah cuba untuk menghubungi
Defendan yang bekerja luar bagi mendapatkan kepastian daripada Defendan berhubung perkara ini tetapi
gagal.

11. Pada pukul 7.30 malam, setelah Defendan kembali ke rumah dari kerja, Plaintif telah bertanyakan perkara
ini kepada Defendan. Defendan telah bertindak kasar dengan menaikkan suara dan mengasari Plaintif
dan pergelutan telah berlaku dalam tempoh 10 minit.

12. Jiran pihak Plaintif dan Defendan yang mendengar pergaduhan tersebut telah menelefon pihak polis akan
kejadian tersebut. Pihak polis telah membawa kedua-dua Plaintif dan Defendan ke Balai Polis Taman
Ungku Tun Aminah untuk mengambil kenyataan pihak masing-masing.

(Sesalinan Laporan Polis yang dibuat oleh Plaintif dilampirkan dan ditandakan sebagai Ekshibit
“A-7”)

13. Setelah membuat laporan polis, Plaintif juga terus bergegas ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
dan membuat pemeriksaan kesihatan kepada beberapa kecederaan di bahagian badan dan muka Plaintif.

(Sesalinan Laporan Perubatan yang dibuat oleh Plaintif dilampirkan dan ditandakan sebagai
Ekshibit “A-8”)

14. Akibat daripada itu, Plaintif telah mengalami beberapa kecederaan di bahagian badan dan muka Plaintif.
Antara kecederaan tersebut ialah;

(a) Lebam pada pergelangan tangan kanan dan kiri;


(b) Lebam di bahagian pipi kiri;
(c) Luka (2 mm) di bahagian kiri bibir; dan
(d) Lebam di bahagian bahu kiri.
15. Selepas kejadian pergaduhan dan pergelutan itu, Plaintif merasakan tidak selamat untuk tinggal bersama
dengan Defendan dan bertindak keluar daripada rumah kelamin pada 10hb Ogos 2022 dan membawa
bersama anak-anak pergi ke rumah ibu bapa Plaintif di No. 30, Lorong 5, Kampung Tengah, 47100
Puchong, Selangor.

16. Sejak dari Ogos 2022 sehingga sekarang, Defendan tidak pernah membayar apa-apa bentuk nafkah atau
kewangan kepada Plaintif dan anak-anak. Apabila Plaintif mencuba berhubung dengan Defendan untuk
meminta nafkah, Defendan enggan dan menyatakan Plaintif adalah seorang isteri nusyuz.

17. Plaintif merasakan perkara ini tidak adil dan adalah satu bentuk penganiayaan terhadapnya kerana
Defendan gagal dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah kepada anak-anak.

18. Berdasarkan kepada fakta-fakta dan alasan yang dikemukakan, Plaintif dengan rasa rendah diri dan
tawadhu’nya memohon kepada Mahkamah yang Mulia ini satu perintah:

18.1. Bahawa Mahkamah memerintahkan untuk memfasakhkan perkahwinan Plaintif dan Defendan
berdasarkan kepada peruntukan:

18.1.1. Seksyen 53 (1) (b) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri


Selangor) 2003 bahawa Defendan telah cuai dan telah tidak mengadakan peruntukan
bagi nafkah Plaintif selama tempoh tiga bulan;

18.1.2. Seksyen 53 (1) (h) (i) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri
Selangor) 2003 bahawa Defendan lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan
Plaintif menderita atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh
kelakuan aniaya; dan

18.1.3. Seksyen 53 (1) (l) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri


Selangor) 2003 bahawa apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi
membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.
18.2. Kos prosiding dan Peguam Syarie sebanyak RM5,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu Sahaja)
ditanggung oleh Defendan; dan

18.3. Lain-lain relif atau Perintah selainnya yang difikirkan sesuai dan munasabah oleh pihak Mahkamah
yang Mulia ini.

Bertarikh 17 haribulan Disember tahun 2022.

……………………….……………………
Tetuan Syed Razali & Partners
Peguam Syarie Plaintif

Pernyataan Tuntutan Plaintif ini difailkan oleh Tetuan Syed Razali & Partners, Peguam Syar’ie bagi pihak Plaintif
yang alamat penyampaian baginya ialah di Suite 1-3A, Tingkat 2, Kompeks PKNS, Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000
Shah Alam, Selangor. (Ref: SR/MRS/AG/17-12/2022)
EXHIBIT A-1

870110-41-5154

AMINAH BINTI A GHADAFI

NO. 50, JLN JUBLI PERAK 22/1,


TAMAN PUTERI AIYU,
SEKSYEN 22, 40150 SHAH ALAM, WARGANEGARA
SELANGOR ISLAM PEREMPUAN

870110-41-5154
EXHIBIT A-2
EXHIBIT A-3

1680/2012 31.12.2012
31.03.2012
2

FATTAH AMIN BIN KAMARUZAMAN


830131-14-6275 39

NO. 2, JALAN POLO 10/3, KOTA DAMANSARA


47810 PETALING JAYA, SELANGOR

AMINAH BINTI A GHADAFI


870110-14-5154 35

NO. 50, JALAN JUBLI PERAK 22/1, TAMAN PUTERI AIYU


SEKSYEN 22, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR

A GHADAFI BIN A DANIEL


131213-01-6013

KERAJAAN MALAYSIA
SIJIL KELAHIRAN EXHIBIT580125-10-5096
A-4(a)
Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian, 1957
[Seksyen 32(1); Kaedah 16]

Kawasan Pendaftaran Pusat Pendaftaran

JOHOR JPN NEGERI JOHOR

KANAK-KANAK
Nama

AIMAN BIN FATTAH AMIN


Tarikh dan Waktu Kelahiran Jantina

13 DISEMBER 2013 LELAKI


Tempat Kelahiran Taraf Kewarganegaraan

HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU WARGANEGARA


BAPA
Nama

FATTAH AMIN BIN KAMARUZAMAN


No. Kad Pengenalan Umur Jenis dan No Dokumen lain

830131-14-6275 30 TAHUN -TIDAK BERKENAAN-


Taraf Pemastautin Keturunan Agama

WARGANEGARA MELAYU ISLAM


IBU
Nama
AMINAH BINTI A GHADAFI
No. Kad Pengenalan Umur Jenis dan No Dokumen Lain

870110-14-5154 26 TAHUN -TIDAK BERKENAAN-

Taraf Pemastautin Keturunan Agama

WARGANEGARA MELAYU ISLAM


Tempat Tinggal

F-3A-01 BLOCK F, PANGSAPURI PALMA, BANDAR BOTANIC, ISKANDAR PUTERI, JOHOR


No. Daftar: Disahkan bahawa maklumat di atas adalah seperti yang dicatat
dalam Daftar Kelahiran
No. Siri: A 426756
Tarikh Pendaftaran : 14 DISEMBER 2013
…………………………………………………………….
PENDAFTAR BESAR KELAHIRAN & KEMATIAN
MALAYSIA
EXHIBIT A-4(b)
161005-01-0396

KERAJAAN MALAYSIA
SIJIL KELAHIRAN
Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian, 1957
EXHIBIT580125-10-5096
A-5(a)
[Seksyen 32(1); Kaedah 16]

Kawasan Pendaftaran Pusat Pendaftaran

JOHOR JPN NEGERI JOHOR

KANAK-KANAK
Nama

AQILAH BIN FATTAH AMIN


Tarikh dan Waktu Kelahiran Jantina

05 OKTOBER 2016 PEREMPUAN


Tempat Kelahiran Taraf Kewarganegaraan

HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU WARGANEGARA


BAPA
Nama

FATTAH AMIN BIN KAMARUZAMAN


No. Kad Pengenalan Umur Jenis dan No Dokumen lain

830131-14-6275 33 TAHUN -TIDAK BERKENAAN-


Taraf Pemastautin Keturunan Agama

WARGANEGARA MELAYU ISLAM


IBU
Nama
AMINAH BINTI A GHADAFI
No. Kad Pengenalan Umur Jenis dan No Dokumen Lain

870110-14-5154 29 TAHUN -TIDAK BERKENAAN-

Taraf Pemastautin Keturunan Agama

WARGANEGARA MELAYU ISLAM


Tempat Tinggal

F-3A-01 BLOCK F, PANGSAPURI PALMA, BANDAR BOTANIC, ISKANDAR PUTERI, JOHOR


No. Daftar: Disahkan bahawa maklumat di atas adalah seperti yang dicatat
dalam Daftar Kelahiran
No. Siri: A 426756
Tarikh Pendaftaran : 07 OKTOBER 2016
…………………………………………………………….
PENDAFTAR BESAR KELAHIRAN & KEMATIAN
MALAYSIA
EXHIBIT A-5(b)
EXHIBIT A-6(a)
EXHIBIT A-6 (b)
EXHIBIT A-7
EXHIBIT A-8

Anda mungkin juga menyukai