Anda di halaman 1dari 4

AFIDAVIT MENGENAI KEBENARAN PERNYATAAN-PERNYATAAN

DI DALAM PETISYEN

Saya, LEONG OI PENG (No. K/P: 621010-10-5562) seorang warganegara


Malaysia yang cukup umur dan beralamat kediaman di Blok G6-0-5, Desa Pandan, Off
Jalan Kg. Pandan, 55100 Kuala Lumpur, dengan sesungguhnya berikrar dan
menyatakan seperti berikut:-

1. Saya adalah seorang Pengarah IPC Systems (M) Sdn Bhd, pemiutang
penghakiman yang tersebut di atas. Oleh yang demikian, saya diberi kuasa
untuk membuat Afidavit ini bagi dan untuk pihak pemiutang penghakiman.

2. Bahawa tiap-tiap satu pernyataan di dalam Petisyen yang dilampirkan bersama


ini adalah dalam pengetahuan saya sendiri benar.

Diikrar oleh LEONG OI PENG ]


dI Kuala Lumpur ]
pada ]
Dihadapan saya,

……………………….
Pesuruhjaya Sumpah

Afidavit Mengenai Kebenaran Pernyataan-Pernyataan Di Dalam Petisyen ini difailkan


oleh Tetuan Tengku Azlina, Rao, Low & Associates, peguam bagi Pemiutang
Penghakiman yang mempunyai alamat penyampaiannya di No. 10C, Tingkat 3, Wisma
Charles Wembley, Jalan Pangkor, Off Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur. (Ruj:
TRL/L/0040/99/MISC/Chuah Teo/IPC)
PETISYEN PEMIUTANG

Kami, IPC SYSTEMS (M) SDN BHD yang beralamat di No. 75, Jalan SS23/16,
Taman SEA, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, dengan ini mempetisyen
kepada Mahkamah supaya suatu perintah penerimaan dibuat berkenaan harta
kepunyaan TEOH SOON HUAT yang akhir-akhir ini mempunyai alamat terakhirnya di
17, Jalan Besar, Sungai Kerang, 34800 Trong, Perak Darul Ehsan.

1. Bahawa Penghutang Penghakiman tersebut adalah berdomisil di dalam


Persekutuan atau dalam mana-mana Negeri atau dalam masa satu (1) tahun
sebelum tarikh penyerahan Petisyen ini telah biasanya tinggal atau ada
mempunyai rumah kediaman dalam Persekutuan.

2. Bahawa Penghutang Penghakiman tersebut adalah dengan sesungguh dan


sebenarnya berhutang kepada kami wang sebanyak RM81,186.00 setakat
07.11.2000 iaitu amaun yang kena dibayar atas Notis Kebankrapan yang
bertarikh 07.11.2000 yang dikeluarkan oleh kami dalam Mahkamah ini.

3. Bahawa kami tidak dan juga mana-mana orang bagi pihak kami tidak ada
memegang apa-apa cagaran atas harta Penghutang Penghakiman tersebut,
atau atas mana-mana bahagian daripadanya, bagi pembayaran wang tersebut.

4. Bahawa Penghutang Penghakiman dalam masa enam (6) bulan sebelum tarikh
perserahan Petisyen ini telah melakukan perbuatan kebankrapan yang berikut,
iaitu Penghutang Penghakiman tersebut telah gagal untuk mematuhi rekuisisi
Notis Kebankrapan yang bertarikh 07.11.2000 yang dianggap disampaikan
kepadanya secara penyampaian ganti pada 20.07.2001 dan dengan ini telah
melakukan perbuatan kebankrapan pada 04.08.2001

Bertarikh pada haribulan


…………………………………………………
Ditandatangani oleh LEONG OI PENG
seorang pengarah
IPC SYSTEMS (M) SDN BHD

Ditandatangani oleh IPC SYSTEMS (M) SDN BHD di hadapan saya :-

Tandatangan saksi :-

Alamat : Tetuan

Perihal : Peguambela & Peguamcara


Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur

BUTIR-BUTIR HUTANG

Jumlah penghakiman bertarikh 20.06.1997


Saman No. 52-177-1997
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur RM81,186.00
-------------------
Jumlah yang terhutang RM81,186.00
==========

CATITAN

Oleh kerana Petisyen ini telah diserahkan kepada Mahkamah pada haribulan
2002 maka adalah diperintahkan bahawa Petisyen ini hendaklah dibicarakan di
Mahkamah Tinggi Ipoh pada haribulan 2002 pukul 9.00 pagi.

Dan kamu, Penghutang Penghakiman tersebut hendaklah mengambil ketahui bahawa


jika kamu bercadang hendak mempertikaikan kebenaran mana-mana pernyataan yang
terkandung dalam Petisyen itu kamu mestilah memfailkan suatu Notis dengan Pendaftar
Mahkamah ini menunjukkan alasan-alasan yang kamu bercadang hendak
mempertikaikannya dan menghantar dengan pos satu salinan notis itu kepada
Pemiutang Penghakiman tiga (3) hari sebelum tarikh yang ditetapkan bagi
perbicaraannya.

Bertarikh pada haribulan 2002

……………………………………….
Penolong Kanan Pendaftar
Mahkamah Tinggi
Ipoh

Petisyen ini difailkan oleh Tetuan

Anda mungkin juga menyukai