Anda di halaman 1dari 3

CONTOH SURAT RAYUAN KEPADA MENTERI PENDIDIKAN

Kemudian boleh SK kepada pegawai-pegawai berkenaan

MUHAMAD BIN IBRAHIM

Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin

Desa Jasmin, Bandar Baru Nilai

71800, Nilai, Negeri Sembilan.

Y.B. Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Bin Khalid

Menteri Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 10, Blok E8, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

Y.B. Dato’ Seri,

RAYUAN SEMAKAN SEMULA

PERMOHONAN PERTUKARAN DARI PPD SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN KE PPD DUNGUN, NEGERI
TERENGGANU BAGI SESI JANUARI 2017

Saya seperti nama di atas ingin membuat rayuan agar permohonon saya ke PPD SETIU, NEGERI
TERENGGANU bagi sesi Januari 2017 dipertimbangkan semula.

2. Bagi tujuan tersebut, berikut merupakan maklumat saya untuk rujukan pihak Y.B. Dato’ Seri. :
Nama : MUHAMAD BIN IBRAHIM

No. KP : 891016-11-5147

No. Fail JPN :

No. Siri Permohonan :

Opsyen : PENDIDIKAN KHAS

Pengalaman Mengajar : 3 TAHUN

PPD Semasa : SEREMBAN

PPD Dipohon : SETIU, DUNGUN

3. Tujuan utama permohonan pertukaran ini dibuat adalah bagi membolehkan saya tinggal bersama
isteri dan dua orang anak saya. Isteri saya merupakan seorang guru di Madrasah Moden Kuala Nerus,
sebuah sekolah leringkat menengah yang diuruskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu
Terengganu (MAIDAM). Isteri saya yang baru melahirkan anak kedua saya 2 bulan lepas terpaksa
menguruskan kedua-dua anak saya yang masih kecil seorang diri di Terengganu. Saya amat risau dengan
soal keselamatan mereka sewaktu saya tiada. Hal ini membuatkan saya tidak dapat berkhidmat di
sekolah dengan hati yang tenang.

Selain itu, saya membuat permohinam ini atas faktor kewangan. Buat masa sekarang saya perlu
berulang-alik setiap minggu dari Nilai, Negeri Sembilan ke Seberang Takir, Terengganu sejauh 500
kilometer. Perkara ini menyebabkan saya terpaksa menanggung kos perjalanan dan penyelenggaraan
kereta yang tinggi.

ke kampung saya untuk menjenguk ibu saya di kampung. Perkara ini sangat membebankan saya dari segi
kos dan masa.

4. Selain itu, permohonan pertukaran ini juga akan membolehkan saya untuk menyambung pengajian di
peringkat Master dalam bidang pendidikan kelak. Saya berhasrat untuk menyambung pengajian bagi
memantapkan lagi pengetahuan saya dalam mendepani murid-murid di sekolah, seterusnya menjadikan
sesi pembelajaran lebih menarik.

5. Bersama ini saya sertakan dokumen berkaitan bagi tujuan semakan semula ini. :
1. Borang permohonan EG-TUKAR sesi Januari 2017

2. Salinan Sijil Perkahwinan

6. Saya amat berharap agar Y.B. Dato’ Seri dapat mempertimbangkan rayuan semakan semula ini.
Kerjasama dan keprihatinan pihak Y.B. Dato’ Seri amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

( xxxxxxxx )

No. Tel :.

Anda mungkin juga menyukai