Anda di halaman 1dari 6

TRIBUNAL TUNTUTAN MALAYSIA(TTPM)

Latar Belakang Tribunal

1. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah suatu badan kehakiman bebas
yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999
dan mula berkuatkuasa pada 15 November 1999
2. Bahagian XII Akta mengandungi 37 seksyen berhubung dengan Tribunal Tuntutan
Pengguna seperti keanggotaannya, bidang kuasa, prosiding, award-award yang dibuat
dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya.

OBJEKTIF TRIBUNAL

1. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di
bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang fungsi utamanya adalah mendengar dan
mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh pengguna di bawah Akta Pelindungan
Pengguna 1999 dan tertakluk kepada peruntukan Akta tersebut.
2. Sebelum penubuhan Tribunal, semua pertikaian antara pengguna dan peniaga, pembekal
atau pengilang barang atau pembekal perkhidmatan terpaksa dibawa ke mahkamah sivil
yang mana melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan memakan masa panjang.
Ini adalah antara beberapa sebab mengapa pengguna keberatan untuk membuat tuntutan
mereka terhadap peniaga, pembekal atau pengilang barang atau pembekal perkhidmatan
yang tidak bertanggungjawab dan beretika di mahkamah sivil, terutama jika nilai tuntutan
yang dituntut adalah kecil, walaupun sekarang telah ada Mahkamah Tuntutan Kecil di
setiap negeri untuk mendengar tuntutan tidak melebihi RM5,000.00.
3. Memahami keadaan ini, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia ditubuhkan bagi
menyediakan satu saluran alternatif selain mahkamah sivil untuk pengguna menuntut
gantirugi berkenaan pembelian barang atau perkhidmatan yang dibekalkan daripada
peniaga atau pembekal perkhidmatan dengan cara yang MUDAH MURAH dan CEPAT.

KEANGGOTAAN TRIBUNAL
Seksyen 86 Akta memperuntukkan bahawa Tribunal hendaklah dianggotai oleh seorang
Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada
Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan dan tidak kurang daripada lima orang anggota
Tribunal lain yang dilantik oleh Menteri.

BIDANG KUASA TRIBUNAL


Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar :
1. apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang ianya mempunyai bidang kuasa untuk
mendengar seperti diperuntukkan di bawah Akta;
2. di mana jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00;
3. apa-apa tuntutan berkaitan apa-apa barang atau perkhidmatan yang baginya tidak ada
mekanisme tebus rugi diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis
lain;dan
4. suatu tuntutan yang berasaskan pada suatu kausa tindakan yang terakru dalam masa tiga
tahun dari tuntutan itu.

BATASAN BIDANG KUASA


Tribunal TIDAK mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa tuntutan :-

a. Yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian;


b. Bagi mendapatkan kembali tanah atau apa-apa estet atau kepentingan
mengenai tanah;
c. Pertikaian mengenai hakmilik kepada mana-mana tanah atau estet atau
kepentingan mengenai tanah;
d. Pertikaian mengenai hak mana-mana orang di bawah suatu wasiat atau
kematian tak berwasiat;
e. Pertikaian berkaitan dengan hal-hal:-
i. Francais
ii. Nama baik
iii. Rahsia perdagangan atau harta intelek lain;
iv. Apa-apa hak dalam tindakan; dan
f. Apabila mana-mana tribunal telah ditubuhkan di bawah mana-mana
undang-undang bertulis lain untuk mendengar dan memutuskan tuntutan
berkaitan perkara yang menjadi hal perkara tuntutan itu.

JENIS TUNTUTAN YANG BOLEH DIFAILKAN DI TRIBUNAL


Pengguna boleh memfailkan tuntutan di Tribunal menuntut ganti rugi bagi kerugian yang
ditanggung atas apa-apa perkara berkaitan kepentingannya sebagai pengguna di bawah Akta
yang berbangkit daripada :-

a. Perlakuan yang mengelirukan atau memperdaya berhubung dengan


barang mengenai sifat, proses pengilangan, ciri-ciri, kesesuaian bagi
sesuatu maksud, kualiti dan kuantit barang itu;
b. perlakuan yang mengelirukan dan memperdaya berhubung dengan
perkhidmatan mengenai sifat, ciri-ciri, kesesuaian bagi sesuatu maksud,
kualiti dan kuantiti perkhidmatan itu;
c. representasi palsu atau mengelirukan berhubung dengan barang bahawa
barang itu: –
i. adalah daripada jenis, standard, gred, kualiti, kuantiti gaya atau
model tertentu;
ii. mempunyai sejarah tertentu atau kegunaan tertentu atau berasal
daripada tempat tertentu;
iii. baru atau baru dibaikpulih;
iv. telah dikilangkan, dikeluarkan, diproses atau dibaikpulih pada suatu
masa tertentu;
v. mempunyai apa-apa tajaan, kelulusan, pengendorsan, gabungan,
ciri-ciri pencapaian, aksesori, kegunaan atau faedah
d. representasi palsu atau mengelirukan berhubung dengan perkhidmatan
bahawa perkhidmatan itu:
i. adalah daripada jenis, standard, kualiti atau kuantiti tertentu;
ii. dibekalkan oleh mana-mana orang tertentu atau oleh mana-mana
orang yang mempunyai daya ketukangan, kelayakan atau
kemahiran tertentu; atau
iii. mempunyai apa-apa tajaan, kelulusan, pengedorsan, gabungan,
ciri-ciri pencapaian, aksesori, kegunaan atau faedah
e. gambaran yang mengelirukan mengenai harga yang padanya barang atau
perkhidmatan boleh didapati;
f. tawaran apa-apa pemberian, hadiah atau benda percuma lain dengan niat
untuk tidak mengadakannya atau tidak mengadakan sebagaimana yang
ditawarkan;
g. penerimaan bayaran bagi barang atau perkhidmatan dengan niat untuk
tidak membekalkan barang atau perkhidmatan itu atau berniat
membekalkan barang atau perkhidmatan yang berbeza daripada barang
atau perkhidmatan yang berkenaanya bayaran diterima;
h. membekalkan atau menawarkan atau mengiklankan untuk membekalkan
apa-apa barang atau perkhidmatan yang tidak mematuhi standard
keselamatan yang ditentukan berkenaan dengan apa-apa barang atau
perkhidmatan atau kelas barang atau perkhidmatan
i. Hak terhadap pembekal barang berkenaan dengan gerenti berkaitan
dengan barang mengenai:-
i. hakmilik;
ii. kualiti boleh terima;
iii. kesesuaian bagi maksud tertentu;
iv. bahawa barang mematuhi sampel atau perihal;
v. harga munasabah;
vi. pembaikan dan barang ganti; dan
vii. kebolehdapatan barang yang serupa pada masa hadapan
j. Hak terhadap pembekal perkhidmatan berkenaan dengan gerenti
berkaitan dengan perkhidmatan mengenai:-
i. ketelitian dan kemahiran munasabah;
ii. kesesuaian bagi maksud tertentu;
iii. masa siap yang munasabah;dan
iv. harga munasabah yang dikenakan.
TRIBUNAL KOPERASI
PENGENALAN TRIBUNAL
1.Bahagian Tribunal Koperasi berfungsi untuk mendengar dan memutuskan apa-apa pertikaian
yang dirujuk di bawah seksyen 82(1) dan (2) Akta 502 (Akta Koperasi 1993).

2.Mengikut subseksyen 83(4) Akta 502, segala pertikaian di bawah subseksyen 82(1) dan (2)
Akta Koperasi boleh dirujuk kepada Tribunal Koperasi oleh SKM untuk didengar dan diputuskan
oleh Tribunal Koperasi.

OBJEKTIF
Objektif bahagian ini adalah untuk mendengar dan memutuskan kes-kes pertikaian di bawah
seksyen 82(1) dan (2) Akta 502 dengan lebih berkesan dan cepat serta memastikan bahawa
tatacara penyelesaian kes lebih mudah dan tidak melibatkan kos yang tinggi.

FUNGSI
Fungsi bahagian ini ialah:-

i. Mendaftarkan tuntutan Pemohon dan jawapan Responden serta ikatan dokumen kedua-dua
pihak;
ii. Menentukan tempat, tarikh dan masa perbicaraan, dan memeriksa saksi-saksi atau mana-
mana orang yang mempunyai maklumat yang berkaitan dengan kes yang dibicarakan, dan
iii. Menyediakan nota prosiding, mengeluarkan 'Award' dan 'Alasan Award' bagi setiap kes.

JENIS PERTIKAIAN
Pertikaian yang boleh difailkan adalah seperti berikut:

» Pertikaian yang menyentuh penubuhan, undang-undang kecil, pemilihan pegawai-pegawai,


perjalanan mesyuarat-mesyuarat agung, pengurusan atau perniagaan sesuatau koperasi -
seksyen 82(1) Akta 502.

» Tuntutan apa-apa hutang atau tuntutan yang kena dibayar - seksyen 82(2) Akta 502.
Pihak-pihak yang boleh memfailkan pertikaian kepada Tribunal Koperasi ialah di antara mana-
mana pihak berikut:

i. Koperasi
ii. Anggota koperasi
iii. Bekas anggota
iv. Anggota Lembaga
v. Pegawai koperasi
vi. Waris atau penama atau wakil yang sah di sisi undang-undang seseorang anggota yang
telah mati
vii. Orang yang menuntut melalui seseorang anggota, bekas anggota atau anggota yang telah
mati

PROSES MENYELESAIKAN PERTIKAIAN

Pemohon mengisi Borang A.


(6 salinan) setelah mendapat surat izin daripada Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM).

PROSES 2
Permohonan didaftarkan dan nombor pendaftaran kes diberikan.

PROSES 3
Tribunal Koperasi menghantar Borang A kepada Responden. Satu salinan Borang B diberikan
kepada Responden untuk Responden memfailkan jawapannya terhadap tuntutan Pemohon.
Jawapan perlu difailkan dalam tempoh 21 hari dengan bayaran yuran RM50.00.

PROSES 4
Tribunal Koperasi menetapkan tarikh bicara dan tempat bicara, dan memaklumkan kepada
pihak-pihak menerusi Borang C (Notis Pendengaran).

PROSES 5
Perbicaraan dijalankan pada tarikh yang ditetapkan di hadapan panel Tribunal Koperasi yang
terdiri daripada Pengerusi Tribunal Koperasi dari Jabatan Peguam Negara, Ahli Panel SKM dan
Ahli Panel Koperasi sehingga tamatnya prosiding.

PROSES 6
Penyampaian Keputusan Pertikaian

PROSES 7
Tribunal mengeluarkan Award setelah mendapat bayaran yuran RM50.00

KEIZINAN MENGEMUKAKAN PERTIKAIAN


» Pemohon hendaklah mengisi Borang 33 dan mengemukakan permohonan tersebut kepada
Unit Litigasi, Bahagian Undang-Undang dan menyertakan yuran sejumlah RM100.00 yang
dibayar melalui bank draf/ wang pos kepada Kumpulan Wang Operasi SKM.

» Setelah SKM mempertimbangkan permohonan tersebut dan membuat keputusan bahawa


pertikaian tersebut perlu dirujuk kepada Tribunal Koperasi, Surat Izin yang ditandatangani olah
Pengerusi Eksekutif SKM akan dikeluarkan kepada pemohon bagi mendaftarkan pertikaiannya di
Tribunal Koperasi.

» Tribunal Koperasi akan mengendalikan perbicaraan ke atas pertikaian-pertikaian yang telah


dikeluarkan Surat Izin.
» Award Tribunal Koperasi adalah mengikat ke atas Pemohon dan Responden. - seksyen 83(6)
Akta 502.

» Sekiranya mana-mana pihak gagal atau enggan mematuhi Award oleh Tribunal, pihak yang
mendapat Award tersebut boleh menguatkuasakannya dengan memohon Award tersebut
difailkan di Mahkamah Sesyen di tempat Award itu dikeluarkan. - seksyen 83(6A) Akta 502.

» Pemohon perlu memohon kepada Setiausaha Tribunal Koperasi bagi mendaftarkan Award
tersebut di Mahkamah Sesyen.

» Setelah didaftarkan, Setiausaha Tribunal Koperasi akan memulangkan Award tersebut yang
telah diendoskan oleh Mahkamah Sesyen kepada Pemohon. Mahkamah Sesyen di mana Award
tersebut didaftarkan akan menguatkuasakan Award tersebut.

» Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan atau Award Tribunal boleh
memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi. - seksyen 83(7) Akta 502.

Anda mungkin juga menyukai