Anda di halaman 1dari 2

Ringkasan cadangan bagi mengkaji penambahbaikan undang-undang bagi menangani aktiviti online gambling di Malaysia Cadangan: Menambahbaik kawalan

terhadap aktiviti perjudian secara online di Malaysia. Outcome daripada cadangan: Wujudnya undang-undang yang lebih berkesan dalam menangani aktiviti perjudian secara online. Latar Belakang/Justifikasi Cadangan: a. b. Bertambahnya aktiviti perjudian secara online di negara ini. Ketiadaan undang-undang yang berkesan dalam menangani aktiviti perjudian secara online. Ketidakberkesanan kawalan terhadap aktiviti perjudian secara online. Aktiviti perjudian secara online menyebabkan pengaliran wang yang besar dari dalam ke luar negara. Kegagalan mengawal secara berkesan akan menyebabkan ekonomi negara boleh lumpuh. Dari perspektif sosiologi, judi memberi kesan dan implikasi yang sangat buruk di dalam sesebuah masyarakat dan negara. Diantara kesan judi online jika tidak dikawal adalah: Penjudi akan selalu ketagihan judi dan seterusnya terperangkap dengan hutang dan lebih buruk lagi terlibat dengan meminjam melalui 'Ah Long' atau ceti haram untuk membiayai kegiatan judi. Keburukan ini boleh menjadi budaya hidup masyarakat dan memberi kesan kepada generasi akan dating. Aktiviti judi menjadi punca penyakit psikososial dan perosak fikiran masyarakat masa kini. Ia juga meningkatkan gejala social, meruntuhkan moral dan integriti sesebuah masyrakat. Ia juga melibatkan kenaikan kes kaganasan rumahtangga dan keruntuhan institusi keluarga.

c. d.

e.

f.

i.

Aktiviti judi juga boleh menyebabkan jenayah rasuah meningkat dan pertambahan kadar jenayah yang lain kerana untuk menampung gaya hidup dan aktiviti judi. Judi juga ditentang oleh pelbagai agama dan bangsa kerana kesan dan implikasi yang sangat buruk di dalam sesebuah masyarakat.

j.

Faktor dan Pertimbangan Lain: a. Kajian akan menumpukan juga kepada isu sama ada kerajaan wajar menyekat melalui peruntukan undang-undang atau melalui penapisan internet supaya rakyat Malaysia tidak boleh atau tidak dapat mengakses kepada online gambling ini atas alasan bahawa: i. operator judi online sama ada yang di hoskan di luar Negara atau dalam Negara tidak mempunyai lesen/permit yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan untuk mengendalikan permainan judi. ii. Memelihara nilai-nilai budaya dan keselamatan dan ekonomi Negara. b. agama serta menjaga

Kajian juga akan meneliti isu-isu berkaitan beban pembuktian terhadap kesalahan-kesalahan mengenai perjudian siber berdasarkan undang-undang sedia ada supaya pendakwaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Anda mungkin juga menyukai