Anda di halaman 1dari 3

Salah satu cabang undang-undang sivil yang kerap digunakan dalam kehidupan kita sehari-hari adalah undang-undang tort.

Pemakaian undang-undang tort (Tort Law) di Malaysia adalah suatu perkara yang amat menarik untuk dilihat dan dikaji. Tidak seperti kebanyakkan undang-undang lain di Malaysia yang menggunakan peruntukan statut sebagai sumber utama, prinsip undang-undang tort boleh dilihat pada common

law Inggeris dan keputusan-keputusan mahkamah atau judicial precedent. Cabangcabang pada undang-undang ini terus berkembang dengan mahkamah-mahkamah di negara ini telah cuba menyesuaikan pemakaian common law pada situasi di negara kita yang sedikit berbeza dari negara asal common law ini berkembang. Secara amnya undang-undang tort diketegorikan kepada 3 kategori: sengaja, cuai dan tanggungan keras (strict liability). Akibat dari tindakan secara sengaja atau cuai, maka seseorang itu boleh tercedera dan satu tuntutan menerusi undang-undang tort boleh dilakukan. Tanggungan keras pula tidak melihat pada niat seseorang, sebaliknya meletakkan tanggungjawab kepada setiap individu yang mana sebarang

kecederaan/kerugian yang berlaku akibat perlanggaran tanggungjawab itu akan mewujudkan satu tuntutan yang sah.Contohnya: perlanggaran tanggungjawab berlaku apabila seseorang menjual tembakau yang tidak baik biarpun dia tidak tahu akan keadaan tembakau itu. Undang-undang meletakkan tanggungan

keras baginya

untuk memastikan barangan yang dijual dalam keadaan yang baik biarpun tidak niat jahat (mala fide) olehnya [Rujuk: Reg v Woodrow 15 M&W, 404].

Undang-undang tort pada asasnya bertujuan bagi memberikan remedi kepada mereka
yang tercedera atau kerugian akibat perbuatan orang lain. Oleh itu ia juga sering dirujuk sebagai Undang-Undang Kecederaan Peribadi (Personal Injury Laws) Dalam banyak hal, udang-undang tort ini adalah bertindihan denganundang-undang jenayah. Misalnya dalam kes perlanggaran kereta, pesalah akan dikenakan hukuman di bawah Akta yang berkaitan berdasarkan jenis kesalahan yang dilakukan. Pesalah boleh dikenakan

hukuman denda, penjara atau gantung sehingga mati jika mangsa mati dan pendakwa dapat membuktikan bahawa pesalah bersalah mengikut seksyen yang tertentu. Namun, hukuman-hukuman initidak dapat membantu mangsa dari segi memulihkan diri dari kerugian yang dialami. Dalam kata lain, undang-undang jenayah tidak dapat membantu mangsa pulih kembali dari kerugian yang dialami. Oleh itu, mangsa perlu melihat pada cabang-cabang yang ada dalam undang-undang

sivil bagi mendapatkan ganti rugi. Dalam kes perlanggaran kereta seperti di
atas, undang-undang tort adalah berkaitan. Apa yang perlu dibuat oleh mangsa adalah menyaman pesalah dan membuktikan di mahkamah bahawakemalangan adalah berlaku akibat dari kecuaian (undang-undang tort kecuaian terpakai) pesalah. Oleh itu kerugian yang di alami oleh mangsa hendaklah di tanggung oleh pesalah. Tanggungan (liability) tort boleh wujud dengan penguatkuasaan undang-undang semata-mata. Terdapat undang-undang yang melarang seseorang dari memfitnah, cuai dijalanraya, menceroboh harta benda dan sebagainya. Akibat dari perlanggaran undang-undang ini, maka mereka yang melanggarnya bukan sahaja boleh dikenakan hukuman di bawah undang-undang jenayah, mereka juga boleh dituntut di bawah undang-undang sivil juga iaini di bawah undang-undang tort. Bezakan pula dengan undang-undang kontrak yang merupakan satu lagi cabang undang-undang sivil. Tanggungan di bawah undang-undang kontrak ditentukan di bawah kontrak yang diikat oleh pihak-pihak di dalam kontrak itu. Remedi dalam tort adalah bertujuan mengurangkan kerosakkan atau kerugian yang dialami. Ianya dicapai dalam dua cara iaitu, pertamanya menerusi

injunksi.Injunksi membolehkan pihak-pihak yang tertentu menghalang pihak yang satu lagi meneruskan tindakan mereka yang mendatangkan kerugian atau kerosakkan pada mereka. Apabila satu perintah injunksi dikeluarkan oleh mahkamah, maka pihak yang

dikenakan injunksi wajib memberhentikan tindakan mereka sehingga perintah tersebut dibatalkan menerusi satu prosiding mahkamah yang lain. Perintah injunksi adalah satu remedi yang sering dipohon dalam kes-kes kacau ganggu (nuisance). Cara kedua adalah menerusi pampasan atau relief spesifik yang bertujuan

membuatkan pihak yang bertanggungjawab menukar sikap mereka agar tidak terus membuat perbuatan yang menyakitkan atau merugikan orang lain. Kos ekonomi yang dialami seperti membayar kerugian am dan spesifik serta kos guaman diharap dapat memberi kesan kepada pihak terbabit agar berhati-hati dan tidak membuat sesuatu yang memudaratkan kepada masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai