Anda di halaman 1dari 8

1

1.0 Pengenalan

Undang-undang adalah satu cara mengawal masyarakat iaitu ia digunakan sebagai alat untuk mengawal tindakan ahli-ahlinya. Kawalan yang dijalankan dilaksanakan dengan cara-cara yang jelas. Undang-undang jenayah bertindak sebagai mengawal tindakan anti sosial. Jika berlaku sesuatu perkara yang melanggar undang-undang jenayah, orang itu akan dihukum. Apabila kita menyebut undang-undang, melanggarinya akan menjadi satu kesalahan besar yang bersamanya hukuman dijatuhkan kepada si pesalah. Perlakuan masyarakat dalam sesebuah negara itu dikawal undang-undang negara yang ditegakkan mengikut undang-undang perlembagaan negara. Undang-undang inilah yang mengawal setiap perlakuan masyarakat, institusi dan sebagainya agar keamanan, hak dan tanggungjawab dapat ditegakkan. Dalam

konteks antarabangsa, perhubungan di antara negara dikawal oleh satu undang-undang antarabangsa. Undang-undang itu memiliki matlamat sama dengan undang-undang dalam sesebuah negara itu untuk menjamin agar keadilan dapat ditegakkan. Inilah hakikat yang diterima pakai dalam kehidupan manusia bertamadun. Dalam konteks diri manusia, ada

peraturan dalaman yang dinamakan etika yang sifatnya mengawal pemikiran dan tingkah laku manusia.

1.1 Makna Tort. Perkataan Tort berasal daripada bahasa Latin dan maknanya ialah berpulas atau salah.Secara ringkasnya,perkataan tort itu bermakna suatu kesalahan yang mana tindakan undang-undang boleh diambil terhadapnya. Menurut makna Tort yang lain pula,dari segi bahasa,Tort bermakna

kesalahan.Namun,perkataan kesalahan mempunyai maksud yang lebih luas daripada apa yang dikehendaki oleh perkataan Tort.Dapat dikatakan juga,semua tort adalah kesalahan,tetapi tidak semua kesalahan adalah tort.Ini kerana semua kesalahan itu terletak di bawah undang-undng kontrak,jenayah,keluarga,amanah dan sebagainya.(Norchaya:1) Dalam Bahasa Inggeris,perkataan tort adalah sinonim dengan perkataan wrong,dan ia berasal dari perkataan dalam bahasa Perancis yang digunakan bagi maksud wrong.Selain itu,dikatakan juga bahawa perkataan tort yang berasal dari perkataan Latin,iaitu tortum atau tortus,adalah sama dengan perkataan wrong yang asalnya ialah wrung.Selain daripada kedua-dua perkataan tersebut member erti salah atau kesalahan,ia juga bererti curang,tipu,tidak jujur,berbelit-belit,tidak lurus,bengkang-bengkok,berliku-liku dan memutar belit,sebagai lawan kepada lurus dan betul.(Abdul Basir:1) Dalam tritisnya yang terkenal, Handbook of the Law of Torts, William Prosser mentakrifkan "tort" sebagai "satu istilah yang diaplikasikan kepada satu kumpulan kesalahan sivil yang tidak tentu dan tidak berkaitan antara satu sama lain tetapi tidak sama sekali berkait dengan satu perlanggaran kontrak dimasa satu mahkamah undang-undang mampu memberi satu pampasan dalam satu bentuk tindakan tuntutan ganti rugi."( http://ms.wikipedia.org/wiki/Tort) Selain pampasan, dalam sesetengah kes berhad, undang-undang tort membenarkan tindakan sendiri, seperti menggunakan kekerasan yang wajar untuk membuang penceroboh. Tambahan pula dalam satu kes tort yang berlarutan, dimana gangguan terus-menerus, mahkamah pada sesetengah masanya akan memberi gran injunksi untuk menghalang daripada gangguan itu terus berlaku, sebagai contoh, satu kes pengaduan tentang bunyi yang terlalu kuat di sebuah tapak pembinaan sebelah memungkinkan mahkamah mengarahkan pembinaan itu diberhentikan sementara kes masih berlangsung.

1.2 Tort di bezakan daripada Jenayah. Berbanding dengan undang-undang jenayah,misalnya di mana suatu janayah itu merupakan suatu kesalahan terhadap ahli-ahli masyarakat secara umumnya,suatu tort itu merupakan suatu kesalahan kepada individu tertentu dalam sesebuah masyarakat. Orang yang menjadi mangsa kepada sesuatu perbuatan jenayah tidak akan mengambil tindakan undang-undang berbenruk jenayah terhadap penjenayah tersebut.Sebaliknya,tindakan akan diambil terhadap pihak yang dikatakan melakukan jenayah itu oleh pendakwa raya bagi pihak masyarakat secara keseluruhannya.Sekirannya jenayah itu dibuktikan di sisi undangundang,maka sidituduh itu akan dikenakan hukuman,sama ada dalam bentuk hukuman mati,penjara,denda ataupun dirotan. Berbeza keadaannya dengan orang yang mana kesalahan yang dilakukan terhadapnya ialah suatu tort.Pihak pendakwa raya misalnya,tidak terlibat dalam sebarang tindakan terhadap pelaku tort atau defenden tersebut.Orang yang mengalami tort itu,yakni plaintif,yang perlu mengambil tindakan terhadap defenden itu.Sekirannya plaintif Berjaya membuktikan di mahkamah bahawa defenden itu sememangnnya telah melakukan suatu tort terhadapnya,maka plaintif boleh mendapat pampas an yang biasanya dalam bentuk kewangan,daripada defenden.Pampasan ini dirujuk sebagai ganti rugi.(Norchaya:2) 1.3 Jenis-Jenis Tort. Prinsip-prinsip undang-undang tort pada asasnya member perlindungan kepada diri serta hartabenda individu-individu dalam masyarakat.Dalam memberikan perlindungan ini,jenis-jenis tort yang sesuai bagi mana-mana situasi dan keadaan kes mungkin berbeza.Tort utama ialah tort kecuaian,diman tanggungan defenden bergantung kepada tahap berhati-hati yang dikenakan oleh undang-undang terhadap seseorang yang bertindak seperti defenden dalam keadaan yang sama.Skop tort kecuaian ini amat luas dan tidak semestinnya terbatas.Tort kacau-ganggu melibatkan pengimbangan hak-hak tuan tanah yang berbeza dan kayu pengukurnya ialah kemunasabahan aktiviti defenden dan kesanya ke atas plaintif. Tort tanggungan tegas misalnya tidak berlandaskan konsep kemunasabahan seperti tort kecuaian dan kacau-ganggu.Tanggungan bagi tanggungan tegas bergantung kepada factor-faktor

lain yang apabila dapat dibuktikan oleh plaintif,memadai untuknya Berjaya dalam tindakannya terhadap defenden. Tort berniat pula memerlukan niat dibuktikan di pihak defendan sebelum tuntutan plaintif dibenarkan.Walaupun pada dasarnya factor niat ini lebih sukar untuk dibuktikan berbanding dengan tahap kemunasabahan yang defenden perlu capai dalam apa jua aktivitinya,bagi tort berniat,plaintif tidak perlu untuk membuktikan kerosakan di pihaknya untuk tuntutannya itu dibenarkan oleh mahkamah. Tort fitnah agak istimewa kerana ianya member perlindungan kepada maruah dan reputasi seseorang.Keperluan tort ini berbeza daripada tort lain.Dalihan yang diperuntukkan oleh undang-undang juga berbeza. Pendek kata,kesemua jenis tort yang ada,secara keseluruhannya bertujuan untuk member perlindungan kepada kesejahteraan kehidupan individu.Maka ini bermakna,sekiranya hak atau kepentingan yang baru dicipta atau ditemui,dan kemudiannya ia dicabar oleh individu lain di dalam masyarakat tersebut,hak ini boleh diberi perlindungan melalui prinsip-prinsip asas undang-undang tort.(Norchaya 2003:2-4) 1.4 Tanggungan Berasaskan Kesalahan. Salah satu daripada objektif utama undang-undag tort ialah pemberian pampas an iaitu compensation.Walaubagaimanapun,pampas an diberi hanya di dalam keadaan di mana plaintif dapat membuktikan bahawa sememangnya defendan bersalah.Maka tort memerlukan pembuktian kesalahan.Ini sering dirujuk sebagai fault liability. Ringkasnya,pembuktian kesalahan ini bukannya merupakan suatu proses yang mudah untuk plaintf yang membuat tuntutan di mahkamah.Ini bermakna,terdapat kes-kes di mana plaintif gagal membuktikan bahawa defendan telah dengan jelasnya,melakukan suatu tort terhadapnya,dan plaintif terpaksa menanggung suatu tort terhadapnya,dan plaintif terpaksa menanggung kerugiannya sendiri.Disebabkan timbulnya ketidakadilan dalam keadaan di mana plaintif sememangnya tidak bersalah,tetapi beliau tidak dapat membuktikan kesalahan di pihak defendan menurut keperluan undang-undang,terdapat system alternative yang dipanggil no-foult

liability di negara-negara barat misalnya,di mana plaintif tidak perlu untuk membuktikan kesalahan defenden untuk menerima pampasan. Tanggungan tanpa pembuktian kesalahan ini tidak dipraktikan di Malaysia setakat ini.Tanggungan tort masih berlandaskan pembuktian kesalahan sebelum defendan dikenakan liability.(Norchaya 2006:4-5) 1.5 Konsep Orang Yang Munasabah Dalam Undang-Undang Tort. Bagi menentukan sama ada tindakan itu mewujudkan suatu tanggunjawab tort,ujian asas yang digunakan ialah sama ada orang yang munasabah,sekirannya dia berada dalam situasi defendan,adakah dia juga akan bertindak dengan cara yang sama?.Ujian orang yang munasabah ini menyelubungi dan merupakan sesuatu yang fokal dalam undang-undang tort. Tetapi ujian ini hanyalah suatu kayu ukur sahaja.Orang yang munasabah itu tidak wujud,Ia merupakan suatu bayangan yang sentiasa diawasi dan diberikaan perhatian untuk mencapai keputusan sama ada tindakan defendan boleh dipersalahkan atau tidak di sisi undangundang.Dalam konteks ini,undang-undang tort tidak static dan boleh berubah dari segi penentuan dan penetapan apakah tindakan yang dikira sebagai tidak munasabah. 1.6 Peranan Undang-Undang Tort dalam Konteks Masyarakat. Tanggungan tort timbul akibat daripada tugas yang dikenakan ke atas seseorang defenden oleh undang-undang. Salah satu daripada fungsi undang-undang ialah pengimbangan hak-hak dan kepentingankepentingan yang berbeza di dalam masyarakat.Misalnya,seseorang itu suka mendengar muzik dengan nada yang kuat sehingga lewat malam.Mendengan muzik merupakan cara individu tersebut beristirehat setelah berkerja sepanjang hari.Jirannya pula memerlukan keadaan persekitaran yang senyap dan sunyi kerana beliau ialah pelukis yang perlu yang perlu mencari keterangan untuk mendapatkan ilham untuk melukis.Ini wujud di antara dua jiran ini.Kepentingan siapakah yang harus diberi keutamaan?Apakah panduan atau ukuran untuk memutuskan kepentingan siapakah yang patut direalisasikan?

Tort yang berkaitan dalam penyelesaian masalah ini ialah tort kacau-ganggu.Maka undang-undang tort memainkan peranan sebagai suatu kaedah mengatur kehidupan social ataupun social engineering dalam sesebuah masyarakat itu. Seperti yang telah disebut kan di atas seseorang defendan yang didapati bertanggungan bagi sesuatu tort akan diarah oleh mahkamah untuk membayar pampas an yang biasanya dalam bentuk gantirugi,kepada plaintif.Tujuan pembayaran gantirugi ini ialah supaya plaintif dikembalikan kepada keadaab asalnya,sebelum tort itu berlaku ke atas apa yang dipanggil pengagihan kerugian ataupun loss distribution. Undang-undang tort memainkan peranan dalam pengagihan kerugian ini melalui proses pemberian ganti rugi,yang bertujuan dan diharapkan dapat mencapai imbangan dalam kehidupan bermasyarakat,Pengagihan kerugian ini juga diharapkan dapat mewujudkan suatu penghindaran atau deterrence kepada ahli-ahli masyarakat yang lain.Maksudnya.orang lain akan merasa khuatir dan tidak berkeinginan untuk melakukan sebarang tort kerana mereka tidak sanggup untuk membayar gantirugi sebagai pampasan. 1.7 Peranan Polisi Dalam Undang-Undang Tort. Polisi memainkan peranan penting di dalam undang-undang tort.Cara dalam mana polisi memainkan peranan ialah misalnya di dalam undang-undang kecuaian,di mana untuk menentukan sama ada wujud atau tidak tugas berhati-hati di pihak defendan terhadap plaintif,salah satu elemen yang perlu dipertimbangkan ialah sama ada ianya ke atas defendan.Konsep adil dan munasabah ini bukannya sesuatu yang tetap,malahan ia boleh berubah dan di sinilah polisi dalam isu yang dibicarakan itu boleh diambilkira oleh mahkamah dalam mencapai keputusannya.(Norchaya 2006:6) diri atau

hartabendanya.Perpindahan ekonomi ini daripada defenden ke plaintif secara amnya merupakan

1.8 Kesimpulan. Undang-undang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Ini kerana sifat manusia itu yang lemah mengawal kehendak nafsunya. Wujudnya undang-undang adalah berasaskan kepada amalan, persetujuan, perjanjian, norma prinsip dan injunksi mahkamah. Apabila semua perlakuan ini diformalkan, terbentuk satu peraturan yang dinamakan undang-undang. Undangundang juga menyediakan struktur peraturan yang membolehkan seseorang menjalankan perniagaan. Misalnya undang-undang syarikat memastikan orang yang hendak berniaga

mengasingkan dirinya dari perniagaannya itu kerana jika perniagaan itu tidak menghasilkan keuntungan atau menjadi bankrap, syarikat itu sahaja yang bertanggungjawab menjelaskan hutang dan bukan individu-individu dalam syarikat tersebut. Undang-undang juga dilihat

sebagai alat mengawal atau mengatur masyarakat. Ini dapat dilihat dalam undang-undang perlembagaan yang mana ia mengatur dan menentukan fungsi institusi-institusi atau organ-organ kerajaan dalam sesebuah negara. Ia mempengaruhi perbuatan atau tindakan masyarakat dengan memperuntukkan peraturan pembayaran cukai. Dengan cukai ini dapat pula memperuntukkan bantuan kepada masyarakat yang tidak berkemampuan melalui undang-undang kebajikan. Para sarjana Kontra-Reformasi dari abad ke 16 berpendapat bahawa kegiatan manusia memang terbatas menurut kuasa alam. Oleh sebab itu undang-undang positif boleh dan harus Ini adalah kerana semua orang

membatasinya untuk kepentingan kegiatan orang lain.

mempunyai kebebasan kehendak dan kesanggupan untuk membimbing diri sendiri ke arah tujuan yang disedari.

Rujukan. Norchaya Talib. 2006;Prinsip-Prinsip Asas Tort Norchaya Talib.2003;Law of Torts in Malaysia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Tort Abdul Basir Mohamad.2009; Undang-Undang Tort Islam.

Anda mungkin juga menyukai