Anda di halaman 1dari 14

PROGRAM PENDIDIK JARAK JAUH (PJJ)

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL


DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TAJUK KURSUS : UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN


KOD KURSUS : GLUL 2023
PENSYARAH : Dr Fauziah Mohd Noor
NO. TELEFON : 04-9288061
E-MAIL : mnfauziah@uum.edu.my
NO. BILIK : 3031 COLGIS

PERANCANGAN AKADEMIK
SEMESTER JULAI SESI 2019/2020 (JJ192)

1
No. Maklumat Kursus
1. Nama Kursus : UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN
2. Kod Kursus : GLUL2023
3. Rasional penawaran kursus ini dalam program:
Ini merupakan kursus teras.
4. Semester/Tahun Ditawarkan :
5. Nilai Kredit : 3
6. Prasyarat: Tiada
7. Objektif :

Pelajar diharap dapat


1. memahami prinsip-prinsip penting dalam undang-undang perniagaan.
2. mengetahui tentang perkara asas di dalam undang-undang kontrak, undang-
undang ejensi, undang-undang jualan barang, suratcara bolehniaga dan undang-
undang sewa beli.
3. mengetahui tentang kes-kes yang berlaku berkaitan dengan undang-undang
perniagaan.
4. memahami prosedur dan hak-hak pembeli dan penjual di dalam kontrak jualan
barang dan hak pemunya dan penyewa di dalam perjanjian sewa beli.

8. Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat


1. membincangkan peruntukan statut/akta undang-undang berkaitan dengan
undang-undang perniagaan. (C1,P1,A1)
2. menjelaskan prinsip-prinsip asas undang-undang kontrak, ejensi, suratcara
boleh niaga, kontrak jualan barang dan sewa-beli.(C1, P1, A1)
3. menganalisa dan mengaplikasikan kes-kes mahkamah berkaitan dengan
undang-undang perniagaan. (C2, P1, A2)
4. menganalisa prosedur pembentukan kontrak jualan barang dan perjanjian sewa
beli dan hak-hak pihak yang terlibat. (C2, P1, A2)

9. Kemahiran yang dapat dipindahkan:


Kemahiran analitikal tentang prinsip-prinsip penting dalam undang-undang perniagaan,
sekaligus membantu mereka menganalisa kes-kes mahkamah yang berkaitan, dan
mengaplikasikan pengetahuan tersebut di dalam kehidupan seharian.

10. Sinopsis
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan para pelajar dengan subjek undang-undang
perniagaan di Malaysia. Undang-undang Perniagaan (Business Law) adalah gabungan
beberapa cabang undang-undang berkaitan dengan perniagaan dan perdagangan. Kursus ini
akan membincangkan undang-undang kontrak, undang-undang ejensi, suratcara boleh
niaga, undang-undang jualan barangan dan undang-undang sewa beli.

2
11. Mod Penyampaian:
Syarahan dan Perbincangan

12. Jenis dan Metod Pentaksiran :


Kerja kursus-60%
(Ujian-20%, Tugasan Individu-20%, dan Kuiz-20%)
Peperiksaan Akhir-40%

13. Nama Staf Akademik: Khuzaimah bt Mat Salleh


Alamat Pejabat: Bilik 3123, Bangunan UUM COLGIS
Tel: 04-9288078
E-mel: khuzai@uum.edu.my

BIL KANDUNGAN KURSUS PERTEMUAN

1. PENGENALAN KONTRAK

- Pengenalan dan definisi 1


- Jenis-jenis kontrak
- Elemen-elemen asas kontrak

2. ELEMEN ASAS KONTRAK:


CADANGAN

- Definisi dan bentuk-bentuk cadangan


- Pelawaan cadangan dan contoh 1
- Komunikasi cadangan
- Pembatalan cadangan

3. PENERIMAAN
- Bentuk dan syarat penerimaan
- Komunikasi penerimaan
1
- Penerimaan melalui pos
- Pembentukan kontrak melalui elektronik
- Pembatalan penerimaan

4. BALASAN
1
- Definisi dan bentuk balasan
- Perbandingan konsep balasan di bawah Akta Kontrak 1950 dan

3
common law
- Tanggungjawab di bawah undang-undang awam
- Perjanjian tanpa balasan (pengecualian kepada kaedah am)
- Keberpadaan balasan

5. KEUPAYAAN BERKONTRAK

- Definisi
- Elemen keupayaan
- Dewasa
- Kesan kontrak yang dibuat oleh remaja
1
- Pengecualian : kontrak untuk keperluan hidup, kontrak biasiswa
dan kontrak insurans
- Pemulihan semula/restitusi
- Ratifikasi kontrak yang dibuat oleh remaja
- Berakal sempurna
- Tidak hilang keupayaan

6. NIAT UNTUK BERKONTRAK

- Penentuan kewujudan niat: 1


- Perjanjian perniagaan dan perdagangan;atau
- Perjanjian domestik, sosial dan kekeluargaan

7. KONTRAK-KONTRAK BATAL, BOLEH BATAL DAN


KONTRAK YANG TIDAK BOLEH DIKUATKUASAKAN

Maksud
Kerelaan bebas :
- Paksaan dan kesannya-s.15 & s.19
- Pengaruh tak berpatutan dan kesannya-s.16 & s.20
Frod-s.17 :
- Membisu bukan dianggap frod
1
- Pengecualian kepada kaedah membisu bukanlah frod
- Kesan frod
Salahnyataan –s.18 ;
- Kesan salahnyataan
- Pengecualian dalam s.19-Hak pihak yang tidak bersalah
Khilaf :
- Khilaf fakta dan khilaf undang-undang-s.21 & s. 22
- Khilaf satu pihak dan pengecualiannya-s.23
- Kesan khilaf
-

8. PERJANJIAN YANG MENYALAHI UNDANG- UNDANG s.24 :


- Perjanjian yang dilarang oleh undang-undang:
- Perjanjian berbantuk frod/tipu muslihat

4
- Perjanjian yang melibatkan bencana pada diri dan harta orang
lain
- Perjanjian yang tidak bermoral dan bertentangan dengan
muslihat awam
- s.28 : Perjanjian yang menghalang perdagangan & pengecualian
- s. 29 : Perjanjian yang menghalang tindakan undang-undang &
pengecualian
- s.31 : Perjanjian judi & pengecualian
- Kesan kontrak yang menyalahi undang-undang

9. UNDANG-UNDANG EJENSI

- Pembentukan ejensi
- Sub ejen & ejen ganti
- Jenis Ejen
- Tugas dan tanggungjawab ejen terhadap perinsipal 2
- Tugas dan tanggungjawab prinsipal terhadap ejen
- Kuasa ejen : kuasa sebenar & kuasa zahir
- Penamatan ejen :
- Oleh perbuatan pihak-pihak
- Secara kuatkuasakan undang-undang
-

10. UNDANG-UNDANG JUALAN BARANG

- Takrifan
- Terma-Terma kontrak; syarat dan waranti
- Hak milik
3
- Jualan mengikut diskripsi
- Mutu dan kesesuaian
- Jualan mengikut sampel
- Pemindahan harta dalam hak milik
- Remedi bagi pelanggaran kontrak & hak penjual tak berbayar

11 UNDANG-UNDANG SURAT CARA BOLEH NIAGA

- Bil Pertukaran
- Definisi
- Elemen-elemen penting dalam definisi
- Pihak-pihak kepada bil pertukaran
- Penerimaan 4
- Pengendorsan dan jenis-jenis pengendorsan
- Pemegang/holder dan jenis-jenis pemegang
- Hak-hak pemegang
Cek
- Definisi,
- ciri,
- jenis

5
- kesan
- cek tidak bertarikh
- cek luput
- cek palsu
- cek berpalang
- pindaan cek
- perlindungan bagi bank pembayar dan bank pemungut
- pembatalan cek (countermand)

12 UNDANG-UNDANG SEWA BELI

- Definisi
- Pembentukan sewa beli
- Syarat dan waranti
4
- Tanggungjawab pemunya
- Hak-hak berkanun penyewa
- Pengambilan semula milikan barang oleh pemunya
- Hak penyewa terhadap barang yang diambil semula
- Hak penjamin (s.20, 21, 23, 24)

9. PEPERIKSAAN AKHIR 5

Rujukan Utama:
Undang-undang Perniagaan di Malaysia, Mumtaj Hassan, Khuzaimah Mat Salleh, Zuryati Mohamed
Yusoff, Azlin Namili Mohd Ali & Ahmad Nasyran Azrae, 2017

Rujukan Tambahan :
Lee Mei Pheng. (2009). Business law (1st ed.). Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Krishnan Arjunan, Abdul Majid bin Nabi Baksh. (2008) Contract Law in Malaysia Selangor:
LexisNexis.
Syed Ahmad Assagof (2010). Principle of the Law of Contract in Malaysia. Selangor:
LexisNexis.
Vissu Sinnadurai (2011). Law of Contract (4th ed.). Selangor: LexisNexis.
Jack Beatson, Andrew Burrows and John Cartwright (2010). Anson’s Law of Contract (29th
ed). Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Statut-Statut:
Akta Kontrak 1950 (Act 136)
Akta Jualan Barangan (Act 382)
Akta Sewa Beli 1967 (Act 212)
Akta Bil-Bil Pertukaran 1949 (Act 204 )

6
PENILAIAN KURSUS

Penilaian akan dilakukan berdasarkan tugasan, peperiksaan pertengahan semester,kuiz dan peperiksaan
akhir. Ketiga-tiga komponen ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya.
Agihan markah adalah seperti berikut:
Tugasan 20%
Peperiksaan pertengahan semester 20%
Kuiz 1 10%
Kuiz 2 10%
Peperiksaan akhir 40%
.........
Jumlah 100%
..........

TUGASAN
Tugasan membawa 20% daripada markah keseluruhan. Tugasan hendaklah mengikut format yang
diedarkan bersama dengan soalan tugasan. Tugasan mestilah diserahkan dengan serahan tangan (by
hand) kepada pensyarah pada tarikh pertemuan bersemuka kali ke 5.

Tugasan yang lewat dihantar dari tarikh yang ditetapkan AKAN DIPOTONG MARKAH.

Soalan Tugasan:
a) Bincangkan mengenai masalah penipuan tanah di dalam kontrak boleh batal. (10
markah).
b) Bincangkan 2 kes lain (satu kes Inggeris dan satu kes Malaysia atau Singapura yang
tidak dibincang di dalam modul Undang2 Perniagaan PACE) bagi satu perjanjian yang
tidak bermoral. (10 markah)

Huraikan isu-isu dan penyelesaiannya. Sokong jawapan anda dengan merujuk kepada
peruntukan undang-undang dan kes-kes yang diputuskan oleh mahkamah, buku teks dan
keratan akhbar/majalah (sekiranya ada).

Panduan:
i. Panjang esei tidak melebihi 15 muka surat.
ii. Format penulisan akademik (APA system) sangat dititikberatkan dan boleh menjejaskan
markah sekiranya diambil mudah oleh pelajar.
iii. Font Times new Roman Saiz 12
iv. Spacing 1.5

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER


Peperiksaan Pertengahan Semester akan diadakan pada PERTEMUAN KETIGA (Disember 2017)
yang merangkumi Bab 1 hingga Bab 5. Masa yang diberi ialah 1 jam 30 minit. Format soalan akan
dimaklumkan kemudian.
KUIZ
Kuiz akan diadakan pada PERTEMUAN KEDUA (November 2017) dan PERTEMUAN KEEMPAT
(Januari 2018). Ia menyumbang sebanyak 20% daripada markah keseluruhan. Masa yang
diperuntukkan ialah 30 minit. Skop soalan akan dimaklumkan oleh pensyarah di dalam kuliah.

7
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER
Peperiksaan akhir akan diadakan pada PERTEMUAN KELIMA. Tarikh, masa dan tempat
peperiksaan akan diberitahu kelak. Peperiksaan ini merangkumi dari Bab 6 hingga Bab 12. Masa yang
diperuntukkan ialah 3 jam. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan yang dikemukakan. Soalan
dikemukakan dalam bentuk Sturktur dan Permasalahan/Esei. Markah dinyatakan di akhir setiap
soalan untuk dijadikan panduan mengenai masa yang sewajarnya diperuntukkan untuk menjawab soalan
tersebut dan panjangnya huraian jawapan yang perlu diberikan oleh pelajar.

PENTING:

FORMAT MENJAWAB SOALAN BERBENTUK PERMASALAHAN/ESEI

1. Senaraikan semua isu yang wujud dalam soalan tersebut.


Isu adalah persoalan yang wujud dalam soalan atau permasalahan yang diberi. Justeru
itu, isu adalah persoalan yang akan bermula dengan perkataan seperti sama ada, adakah
atau bolehkah dan berbagai bentuk pertanyaan lagi. Isu juga mesti disenaraikan secara
teratur mengikut urutan persoalan yang timbul.

Contoh isu: Adakah wujud unsur mala fide semasa si ‘A’ membuat keputusan?

2. Huraian:-
(a) Isu pertama :
(i) Berikan penjelasan atau definisi/maksud tertentu bagi sesuatu perkataan, ayat
dan sebagainya seperti yang anda pelajari yang ada kaitan dengan isu
pertama.
(ii) Huraikan jawapan anda dengan berpandukan peruntukan seksyen (sekiranya
ada), prinsip undang-undang dan kes sokongan yang sesuai.
Contoh: Nama kes:
Fakta kes:
Keputusan mahkamah:
(iii) Aplikasi atau penyelesaian bagi isu pertama.
Aplikasi adalah perkara paling penting yang perlu diterangkan
kerana ia merupakan penyelesaian kepada setiap isu di dalam soalan.
Sekiranya ia tidak dinyatakan, maka soalan akan tergantung tanpa
adanya jawapan.
(b) Isu kedua dan isu seterusnya:
* perlu dijawab mengikut contoh susunan yang diberi seperti di dalam huraian isu
pertama di atas.*

3. Kesimpulan
Akhir sekali, kesimpulan perlu dinyatakan di mana ke semua aplikasi bagi setiap isu
yang dibincangkan sebelumnya hendaklah dinyatakan sekali lagi.

8
PANDUAN BELAJAR
Kursus GLUL2023 Undang-undang Perniagaan merupakan satu bidang ilmu yang berkaitan
dengan undang-undang dalam hal ehwal kontrak.

Sistem pendidikan jarak jauh menagih usaha dan komitmen tinggi pelajar terhadap program
yang diikuti. Berbeza dengan pelajar sepenuh masa, anda hanya mendapat bimbingan yang
minimum daripada tenaga pengajar. Semuanya bergantung kepada diri anda sendiri. Sebagai
panduan, buat permulaan anda perlu meneliti objektif kursus ini agar anda mendapat gambaran
secara kasar apa yang bakal anda peroleh pada akhir semester nanti. Apabila memulakan
sesuatu bab, pastikan anda membaca objektif bab berkenaan dan setelah selesai bab tersebut,
lihat semula objektif berkenaan untuk menilai sendiri sama ada anda berjaya memenuhi objektif
tersebut atau sebaliknya. Jika anda belum berpuas hati, cuba lagi dengan lebih tekun sehingga
anda merasa tahap kefahaman anda meningkat.

Selain daripada modul ini, anda juga dinasihatkan supaya membaca rujukan tambahan dan
mengikuti perkembangan semasa bagi membolehkan anda membincangkan konsep-konsep
asas, prosedur dan doktrin-doktrin penting yang akan anda pelajari dari kursus ini. Walaupun
anda mungkin mengalami kesukaran pada permulaan, pendedahan sebegini berupaya
membolehkan anda mengaitkan konsep dan peruntukan yang sedia ada dalam Undang-undang
Perniagaan dengan perkembangan semasa yang berlaku dalam sistem dan perundangan negara
kita.

Modul ini juga mengandungi latihan dalam bentuk Soalan Dalam Teks (SDT) dan Soalan
Penilaian Kendiri (SPK). SDT merupakan soalan yang dikemukakan selepas bahagian tertentu
dalam bab bagi menguji kefahaman anda terhadap bahagian berkenaan. SPK pula terdapat di
akhir setiap bab untuk menilai kefahaman anda terhadap keseluruhan bab. Walaupun cadangan
jawapan kepada SDT dan SPK disediakan, anda dinasihatkan mencuba dahulu soalan-soalan
yang dikemukakan sebelum melihat cadangan jawapan ini.

Anda juga boleh mendapatkan latihan serta pendedahan yang lebih luas daripada buku teks
rujukan yang disenaraikan. Pembacaan yang banyak serta pendedahan kepada pelbagai soalan
akan meningkatkan lagi kemahiran anda untuk lebih memahami penggunaan dan aplikasi setiap
pelajaran dan doktrin-doktrin yang wujud dalam Undang-undang Perniagaan. Bagaimanapun,
semua ini terpulang kepada pelajar sendiri. Pelajar yang mempunyai inisiatif dan berusaha
dengan tekun sudah pasti akan mendapat kejayaan yang lebih baik.

9
Jadual Kuliah, Hantar Tugasan, Peperiksaan Pertengahan Semester, Kuiz dan
Peperiksaan Akhir

Tarikh / Pusat Waktu Perkara / topik Jam


Pertemuan 1
(Oktober 17)  Pengenalan (pengenalan
UUM 8.00 pg – 12.00 tgh keseluruhan kursus) 30 minit
 Perbincangan tugasan 3 jam 30 minit
 Pelajaran 1, 2, dan 3

Pertemuan 2
(November 17)  Kuiz – (10 markah) 30 minit
UUM 8.00 pg – 12.00 tgh  Pelajaran 4, 5, dan 6
 Perbincangan tugasan 3 jam 30 minit

Pertemuan 3
(Disember 17)  Peperiksaan Pertengahan
UUM 8.00 pg – 12.00 tgh Semester (Pelajaran 1-5 ) : 1 jam 30 minit
(20 markah)
 Pelajaran 7 dan 8 2 jam 30 minit

Pertemuan 4
(Januari18)
UUM 8.00 pg – 12.00 tgh  Kuiz – (10 markah) 30 minit
 Pelajaran 9 dan 10
 Perbincangan /ulangkaji untuk
peperiksaan akhir 3 jam 30 minit
Penghantaran Tugasan

PEPERIKSAAN AKHIR
(Februari 2018) Meliputi Pelajaran 6 – 12
UUM Format :
3 jam
Struktur
Permasalahan

 TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN.


 JADUAL ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN.

10
PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN
GLUL 2023 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN
1. Anda akan diberi soalan tugasan pada pertemuan pertama. Tugasan ini mengandungi
DUA soalan sahaja dan hendaklah dijawab dengan format yang akan diterangkan di
bawah.

2. Jawapan anda hendaklah bertaip menggunakan kertas berukuran A4. Tugasan anda
perlu jelas dan mudah dibaca oleh penilai.

3. Untuk keseragaman, lekatkan mukasurat hadapan tugasan (seperti Lampiran A)


kepada jawapan anda. Isikan ruang yang releven bagi muka surat hadapan.

4. Setiap helai kertas jawapan perlu mempunyai kod dan nama kursus sebagai header di
sebelah kanan dan nombor matrik anda sebagai footer di sebelah kanan. Ini adalah
untuk menjamin keselamatan andainya terdapat muka surat dari kertas jawapan anda
yang tercerai.

5. Jawapan bagi soalan tugasan hendaklah ditaip antara tidak lebih 15 mukasurat.
Pelajar perlu merujuk kepada kes-kes sokongan, prinsip-prinsip undang-undang dan
juga peruntukan dalam akta - akta yang berkaitan yang menjadi rujukan dalam
huraian yang dibuat.

6. Setiap tugasan perlu dikepilkan SATU (1) kes yang sebenar dan TIGA (3) buku
rujukan sebagai sisipan (apendiks) di belakang tugasan.

7. Tugasan mestilah diserahkan kepada pensyarah pada pertemuan bersemuka


KEEMPAT.

8. Tugasan yang lewat dihantar dari tarikh yang ditetapkan AKAN DIPOTONG
MARKAH.

9. Setiap pelajar perlu menyempurnakan satu tugasan secara individu. Soalan tugasan
akan diberikan pada pertemuan pertama.

1. Tugasan yang disediakan perlu jelas dan mudah dibaca oleh pensyarah. Tugasan
berunsur PLAGIAT TIDAK DAPAT DITERIMA.

2. Penilaian dilakukan berdasarkan jawapan atau penerangan yang dikemukakan, gaya


persembahan, isi perbincangan dan format keseluruhan tugasan.

3. Tugasan perlu dijilid menggunakan DAWAI KOKOT dan PELEKAT


BERWARNA HITAM di sudut kiri. Diingatkan, bahawa kulit depan tugasan
adalah berwarna putih iaitu kertas A4 biasa (sila lihat Lampiran A).

4. Jenis huruf untuk kulit depan tugasan yang dibenarkan ialah Arial atau Times New
Roman dengan saiz huruf 16 point. Format kulit depan tugasan perlu mengandungi:

11
 PACE dan universiti,

 nama dan kod kursus,

 nama pensyarah,

 nama dan nombor matrik pelajar, dan

 tarikh serahan

5. Format penulisan adalah seperti berikut:

 Jenis huruf adalah Times New Roman.

 Saiz huruf ialah 12 point dengan 11/2 langkau baris.

 Nombor halaman diletakkan di sudut bawah dan di tengah.

 Tidak menggunakan header untuk menulis kod dan kursus atau topik kajian.

 Sumber yang dipetik mesti disebut atau dikodkan

Contoh

Micheal et al. (2000) membuktikan ......

Penulisan yang tiada citation dianggap sebagai esei plagiat.

Penulisan nama pengarang dalam rujukan dan bibliografi


Contoh
Ronald Brown jadi R. Brown ditulis Brown, R.
John Fitzgerald Kennedy jadi J.F. Kennedy ditulis Kennedy, J.F.
Gerald M. Cohen jadi G.M. Cohen ditulis Cohen, G.M.
K.Ramanathan ditulis Ramanathan, K.
Nama Melayu dan Cina ditulis lengkap termasuk contoh berikut:
Zakaria M.B. ditulis Zakaria M.B.
Cheah S.H. ditulis Cheah S.H.
Kecuali jika parap berada di depan contoh:
H.M. Dahlan ditulis Dahlan, H.M
S.K. Cheong ditulis Cheong, S.K.
 Penulisan nama pengarang yang dipetik dalam esei hanya dituliskan nama
tanpa parap serta tahun
Contoh
Brown (1980) betul jika ditulis Brown, R (1980) salah atau
(Brown 1980) betul jika ditulis (Brown,R 1980) salah
 Penggunaan et al. dalam esei dibenarkan bagi penulis melebihi 3 orang
Contoh

12
Brown, et al. (1980) menegaskan bahawa ..........
Walau bagaimanapun, dalam rujukan penulis seperti contoh di atas ditulis lengkap.
Contoh
Brown, R., Stephene, J.M., John, B.J. & Junior, L.G. (1980). Topology: a
geometric account of general topology, homotopy types and the fundamental groupoid.
New York: The Free Press.
 Rujukan perlu disusun mengikut abjad. Rujukan di bawah terdiri daripada
pelbagai sumber dan pelajar sangat digalakkan untuk merujuk contoh format di
bawah.
Akta Acara Kewangan. (2004). Ed. Ke-24. Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn. Bhd.

Brown, R. (1980). Topology: a geometric account of general topology, homotopy types


and the fundamental groupoid. New York: The Free Press.

Corcoran, K., Cooper, F.L. & Fischer, J. (1987). Measures for clinical practice: a source
book. London: McMillan.

Dahlan Mohamad Zin. (2000). Pengenalan pelaburan korporat. Ed. ke-2. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan. (2002). Ed. Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhamad Majid. (1992). Trend pertumbuhan penduduk: implikasi dan cabaran. Kertas
Kerja Persidangan Kependudukan Abad Ke-21. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
10-11 Disember.

Noraini Jidin, Shamsul Sani & Kamariah Majid. (1989). Aspek ekonomi masyarakat
Cina. Jurnal Ekonomi Malaysia 18: 3-25.

Omar Kamarudin & Kaniappan, P. (1986). Duality in a convex vector optimization


problem. Sains Malaysiana 17 (4): 431-451.

Rahman Arof & Faesal Oteman. (1992). Kemeriahan perayaan di Malaysia. Utusan
Malaysia, 30 Oktober: 5.

Utusan Malaysia. (2000). Masjid jadi medan latihan pelampau. 23 Januari: 11.

Zarif Hanafi. (2005). Pusat Zakat Alor Star, Kedah. Temu bual, 12 Februari.

13
Lampiran A

Contoh Format Kulit Hadapan Tugasan

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GLUL2023
UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

DISEDIAKAN UNTUK
(nama pensyarah)

DISEDIAKAN OLEH
(nama pelajar)
(no matrik)

TARIKH
(tarikh hantar tugasan)

14

Anda mungkin juga menyukai