Anda di halaman 1dari 45

BAB DUA PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG KONTRAK DI MALAYSIA

Setelah mengikuti pelajaran ini, para pelajar diharap dapat:

Memahami tentang undang-undang kontrak di Malaysia. Menyatakan definisi kontrak. Mengetahui elemen-elemen penting kontrak. Membezakan jenis-jenis kontrak. Menyatakan bentuk-bentuk kontrak.

- 31 -

2.0

PENGENALAN

Undang-undang kontrak di Malaysia adalah ditadbirkan mengikut Akta Kontrak 1950 (semakan 1974). Akta ini dipadankan daripada Akta Kontrak India 1872 yang mencontohi undang-undang Inggeris dengan diubahsuai dalam perkara-perkara tertentu mengikut keperluan setempat di Malaysia. Sebelum ini ianya dikenali sebagai Ordinan Kontrak 1950 yang juga merangkumi peruntukan berkaitan dengan undang-undang perkongsian tetapi selepas semakan yang berkuatkuasa pada 1 Julai 1974 peruntukan berkaitan undang-undang perkongsian telah dimansuhkan dan undang-undang perkongsian telah ditadbir oleh statut yang berasingan iaitu Akta Perkongsian 1961. Definisi Kontrak Secara amnya kontrak ialah suatu perjanjian yang mengikat di antara dua pihak atau lebih. Seksyen 2(h) Akta Kontrak 1950 memberikan takrifan kontrak sebagai suatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. Ini bermaksud semua kontrak adalah perjanjian manakala tidak semua perjanjian adalah merupakan kontrak jika ianya tidak memenuhi elemen-elemen penting kontrak seperti yang dinyatakan oleh Seksyen 10(1) Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak untuk sesuatu balasan yang sah dan dengan sesuatu tujuan yang sah, dan tidak ditetapkan dengan nyata di bawah peruntukan Akta ini bahawa ianya batal. undang-undang. Oleh itu adalah jelas bahawa sesuatu perjanjian hanya boleh dirujuk sebagai kontrak apabila ianya boleh dikuatkuasakan oleh Sesuatu perjanjian itu pula hanya boleh dikuatkuasakan di sisi Sesuatu undang-undang sekiranya ia memenuhi elemen-elemen penting kontrak. suatu yang mengikat pihak-pihak tersebut di sisi undang-undang. Elemen-elemen Penting Kontrak (i) Cadangan (ii) Penerimaan (iii) Balasan (iv) Niat

perjanjian yang tidak memenuhi elemen-elemen penting kontrak bukanlah merupakan

- 32 -

(v) Keupayaan (vi) Ketentuan (vii)Kerelaan bebas (viii) Tujuan yang sah

Perbincangan yang lebih lanjut berkaitan dengan elemen-elemen kontrak akan kita ikuti dalam pelajaran-pelajaran yang akan datang. Jenis-jenis Kontrak (i) Kontrak Bilateral Kontrak yang dibuat di antara dua atau lebih pihak yang mana pihak-pihak kepada kontrak tersebut boleh dikenalpasti dan ditentukan identitinya. Contohnya kontrak jual beli kereta di antara Syarikat ABC Bhd. dengan En. Abu, no. kad pengenalan: 123456-11-2221. (ii) Kontrak Unilateral Kontrak yang dibuat oleh satu pihak yang boleh dikenal pasti dan ditentukan identitinya dengan pihak umum yang belum lagi boleh dikenal pasti dan ditentukan identitinya. Contohnya seperti dalam kes Carlill v Carbolic Smoke Ball Co. (1893) 1. Q.B.256. Bentuk-bentuk Kontrak (i) Lisan - Kontrak boleh terdapat dalam bentuk lisan iaitu perkataanperkataan di antara pembuat cadangan dan penerima cadangan tersebut. Walau bagiamanapun jika berlaku kemungkiran atau pecah kontrak, adalah sukar untuk membuktikan secara terperinci butiran-butiran kontrak yang dibuat kerana tiada rekod bertulis mengenainya. (ii) Kelakuan - Kontrak boleh wujud melalui kelakuan pihak-pihak yang terlibat iaitu melalui pentafsiran dari kelakuan seperti mengangguk sebagai menandakan persetujuan dan sebagainya.

- 33 -

(iii)

Bertulis

- Kontrak bentuk ini memang banyak diamalkan pada masa kini. Ia memudahkan pihak-pihak yang terlibat untuk merujuk kepada syarat dan terma kontrak. Juga mudah untuk pihak-pihak terbabit jika berlakunya pecah kontrak atau kemungkiran kerana segala butiran perjanjian terdapat dalam bentuk bertulis.

Walau bagaimanapun, kontrak-kontrak berikut adalah wajib dibuat dalam bentuk bertulis iaitu: (a) pindah milik saham dalam syarikat berhad. (b) jualan atau penyerahan kepentingan dalam syarikat (c) bil-bil pertukaran dan cek. (d) kontrak-kontrak kredit pengguna.

2.1 CADANGAN
Setelah menamatkan pelajaran ini, para pelajar akan berupaya:

Menerangkan apakah itu cadangan? Mengetahui kepada siapa cadangan boleh dibuat. Menerangkan perbezaan di antara cadangan dan pelawaan untuk membuat cadangan. Mengetahui mengapa perlunya cadangan dikomunikasikan? Mengetahui apakah yang dikatakan sebagai cadangan balas? Menghuraikan bagaimana pembatalan dan penamatan cadangan boleh dilaksanakan?

APAKAH ITU CADANGAN? Cadangan atau juga dipanggil tawaran merupakan satu janji yang dibuat oleh orang yang membuat cadangan kepada satu pihak yang lain dengan niat untuk mewujudkan perhubungan di sisi undang-undang serta kesediaannya untuk terikat dengan cadangan tersebut apabila ianya diterima oleh pihak yang mana cadangan itu dibuat.

- 34 -

Seksyen 2(a) Akta Kontrak 1950 telah mentakrifkan cadangan sebagai apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada seorang yang lain untuk melakukan atau menahan diri dari melakukan sesuatu dengan maksud untuk memperolehi persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri dari berbuat sesuatu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan. Seksyen 2(a) ini membawa maksud bahawa cadangan wujud apabila satu pihak menyatakan kepada pihak yang lain bahawa beliau berjanji akan membuat atau tidak membuat sesuatu perkara jika pihak yang lain itu bersetuju dengan beliau untuk mematuhi segala syarat yang ditetapkan dalam perjanjian. Seksyen 2(c) Akta Kontrak 1950 menyatakan Orang yang membuat cadangan

adalah dipanggil pembuat janji manakala orang yang menerima cadangan dipanggil penerima janji. Pembuat janji mestilah menyatakan kesediaannya untuk memikul tanggungjawab mengikut terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan dan memberikan pilihan kepada pihak yang mana cadangan atau tawaran tersebut dibuat sama ada untuk menerima atau menolak cadangan atau tawaran tersebut. Sesuatu cadangan atau tawaran itu mestilah jelas, lengkap dan muktamad. Cadangan atau tawaran yang tidak jelas, kabur atau tergantung maksudnya tidak akan mengikat si penerima tawaran di sisi undang-undang. Perkara ini dibuktikan oleh kes berikut: (i) Guthing v Lynn (1831) 2B. & AD. 232

Dalam kes ini defendan (Lynn) telah membeli seekor kuda daripada plaintif (Guthing). Defendan menyatakan kepada plaintif bahawa beliau akan membuat bayaran tambahan sebanyak GBP5 sekiranya kuda tersebut mendatangkan nasib yang baik kepada beliau. Plaintif menyaman defendan di Mahkamah untuk mendapatkan bayaran tambahan sebanyak GBP5 seperti yang dijanjikan. Mahkamah telah membuat keputusan bahawa cadangan tersebut (jika kuda mendatangkan nasib yang baik kepada defendan) adalah kabur dan tidak wujud suatu kontrak yang sah di sisi undang-undang.

- 35 -

Kepada Siapa Cadangan Boleh Dibuat? Sesuatu cadangan boleh dibuat kepada:

(a) Mana-mana orang yang tertentu atau khusus dan orang yang tersebut
sahaja yang boleh menerima cadangan tersebut.

(b) Sekumpulan orang yang tertentu dan mana-mana orang dari kumpulan
tersebut berhak untuk menerima cadangan.

(c) Pihak masyarakat umum iaitu sesiapa sahaja dari kalangan masyarakat
umum boleh menerima cadangan asalkan memenuhi kriteria yang disyaratkan oleh pembuat cadangan. Cadangan Kepada Orang Yang Tertentu (Khusus) Suatu cadangan yang dibuat oleh pembuat cadangan kepada individu yang khusus dan jelas identitinya. Penerimaan terhadap cadangan ini hanya boleh dibuat oleh individu tersebut sahaja. Penerimaan oleh pihak lain selain daripada individu di Contohnya: En. Ali membuat mana cadangan itu ditujukan adalah tidak sah.

cadangan untuk menjualkan kereta Proton Wira kepunyaannya kepada jirannya En. Lim dengan harga RM30,000. Maka cadangan telah dibuat oleh En. Ali kepada individu yang tertentu atau khusus iaitu jirannya En. Lim. Hanya En. Lim sahaja yang berhak untuk membuat penerimaan terhadap cadangan tersebut. Sekiranya ada pihak lain, katakan En. Samy iaitu rakan En. Lim yang mendapat tahu tentang perkara tersebut dan menyatakan penerimaan ke atas cadangan yang dibuat oleh En. Ali, maka penerimaan oleh En. Samy adalah tidak sah dan tidak akan mewujudkan kontrak kerana cadangan yang dibuat oleh En. Ali hanya ditujukan kepada En. Lim sahaja dan bukan kepada orang lain. Cadangan Kepada Sekumpulan Orang Yang Tertentu Suatu cadangan yang dibuat oleh pembuat cadangan terhadap sekumpulan orang yang tertentu di mana penerimaan hanya boleh dibuat oleh mana-mana individu atau beberapa individu dari kumpulan tersebut sahaja. Penerimaan oleh individu yang bukan

- 36 -

dari kumpulan tersebut adalah tidak sah. Contohnya: Seorang Pensyarah membuat cadangan (tawaran) kepada pelajar-pelajar di dalam kelas JTW 103 bahawa beliau akan memberikan wang sebanyak RM100 kepada pelajar yang mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan akhir bagi kursus JTW 103. Maka, cadangan yang dibuat oleh pensyarah tersebut hanyalah sah dan terbuka kepada semua pelajar dalam kelas JTW 103 sahaja. Jadi, mana-mana pelajar yang mengambil kursus JTW 103 adalah berhak untuk berusaha belajar dengan tekun demi menerima cadangan yang dibuat oleh pensyarah mereka. Pelajar-pelajar selain dari kumpulan pelajar dalam kursus JTW 103 adalah tidak berhak untuk membuat penerimaan ke atas cadangan tersebut. Cadangan Kepada Masyarakat Umum Cadangan dibuat kepada sesiapa sahaja dari kalangan masyarakat umum. Sesiapa sahaja boleh menerima cadangan tersebut asalkan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pembuat cadangan. Contohnya dalam kes Carlill v Carbolic Smoke Ball Co. (1893) 1 QB 256. Defendan (Carbolic Smoke Ball Co.) telah membuat cadangan melalui iklan dalam surat khabar bahawa mereka menawarkan hadiah sebanyak GBP100 kepada sesiapa sahaja yang masih mendapat selsema setelah menggunakan ubat yang dijual oleh mereka dengan mengikut arahan-arahan yang ditentukan. Plaintif (Carlill) yang membaca iklan tersebut telah membeli dan menggunakan ubat mengikut arahan-arahan yang telah bagaimanapun plaintif masih mendapat selsema. ditetapkan. Walau Plaintif telah membuat tuntutan Pihak defendan tidak ingin di kalangan

daripada defendan untuk wang berjumlah GBP100 sebagaimana yang telah dicadangkan (ditawarkan) oleh defendan dalam iklan. menjelaskan tuntutan plaintif atas alasan cadangan atau tawaran yang dibuat oleh mereka ditujukan kepada sesiapa sahaja (tidak tertentu atau khusus) masyarakat umum adalah tidak sah. Walau bagaimanapun Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa sesuatu cadangan atau tawaran itu tidak semestinya ditujukan kepada individu tertentu sahaja malahan ia boleh ditujukan kepada masyarakat umum atau dunia luas. Iklan yang dibuat oleh defendan itu merupakan cadangan atau tawaran kepada dunia luar dan sesiapa sahaja yang membacanya dan sanggup mematuhi arahan-arahan serta syarat-syarat yang ditetapkan adalah dianggap sebagai telah membuat penerimaan yang lengkap terhadap cadangan atau tawaran tersebut.

- 37 -

CADANGAN DAN PELAWAAN UNTUK MEMBUAT CADANGAN Cadangan mestilah dibezakan daripada pelawaan untuk membuat cadangan. Ini adalah kerana apabila seseorang itu menawarkan sesuatu perkara kepada pihak lain, ia tidak semestinya merupakan satu cadangan dalam erti kata sebenar. pelawaan untuk membuat cadangan ini ialah seperti:Ia boleh jadi satu Contoh-contoh pelawaan terhadap pihak yang lain itu untuk membuat cadangan.

(i) (ii) (iii)

pameran barang-barang di kedai layan diri lelongan pengiklanan (i) Pameran Barang-barang Di Kedai Layan Diri

Pameran barang-barang di kedai-kedai layan diri seperti pasaraya, kedai farmasi dan sebagainya merupakan suatu pelawaan daripada tuan punya pasaraya atau kedai-kedai tersebut kepada pelanggan-pelanggan mereka untuk membuat cadangan. Pihak pelanggan sebenarnya yang membuat cadangan untuk membeli barang-barang yang dipamerkan tersebut apabila mereka mengambilnya dari rak-rak pameran dan membawanya ke kaunter juruwang untuk pembayaran di mana pasaraya atau kedaikedai tersebut masih boleh menerima atau menolak cadangan pembelian oleh pelanggan-pelanggan mereka. Situasi ini boleh diperjelaskan melalui kes Pharmaceutical Society of Great Britain V Boots Cash Chemist Ltd. (1953) 1 Q.B. 410. Dalam kes ini pihak defenden (Boots Cash Chemist Ltd.) telah didakwa di bawah Akta Farmasi dan Racun UK. 1933 yang melarang penjualan ubatan dan racun tertentu tanpa penyeliaan ahli farmasi bertauliah. Persoalan dalam kes ini ialah sama ada jualan telah berlaku apabila pelanggan memilih dan meletakkan ke dalam bakul barang-barang yang hendak dibelinya. ubat sahaja. Mahkamah memutuskan bahawa perbuatan mempamerkan di rak pameran dalam kedai merupakan pelawaan untuk membuat cadangan Cadangan hanya wujud apabila pelanggan meletakkan ubat di kaunter

pembayaran. Cadangan ini kemudiannya boleh diterima atau ditolak oleh ahli farmasi yang membuat penyeliaan di kaunter pembayaran. Kontrak hanya berlaku di kaunter pembayaran apabila ahli farmasi menerima cadangan pelanggan untuk membeli ubat tersebut. Oleh itu defendan dalam kes ini tidak melakukan jualan yang dilarang oleh

- 38 -

Akta Farmasi dan Racun UK 1933. Begitu juga dalam kes Fisher v Bell (1960) 3. All E.R. 731, mahkamah memutuskan bahawa perbuatan mempamerkan pisau lipat untuk jualan tidak bertentangan dengan Akta Sekatan Senjata Merbahaya 1959 kerana ia hanya merupakan pelawaan kepada pembeli untuk membuat cadangan bagi membeli. (ii) Lelongan

Apabila jurulelong mengemukakan tender untuk lelongan barang-barang, beliau hanyalah membuat pelawaan kepada orang ramai untuk membuat cadangan bagi membeli barang-barang atau harta benda yang dilelong tersebut. Apabila mana-mana individu mengemukakan satu harga untuk membeli barang yang dilelong, terpulanglah kepada jurulelong sama ada hendak menerima atau menolak cadangan tersebut. Hal ini diperjelaskan oleh Seksyen 10 Enakmen Jualan Lelong Bab 81, pelelong mengumumkan penyempurnaannya Negeri-negeri dengan Melayu Bersekutu yang menyatakan Jualan Lelong awam akan sempurna apabila (penerimaannya) menjatuhkan tukul kayu Contohnya dalam kes Harris v Nickerson (1873) LR & QB 286. Dalam kes ini defendan (Nickerson) iaitu seorang pelelong telah mengiklankan bahawa ia akan menjual barang-barang tertentu termasuk peralatan pejabat pada satu tarikh dan tempat yang telah ditetapkan. Plaintif (Harris) telah hadir pada hari tersebut dengan tujuan untuk membeli beberapa peralatan pejabat tetapi pelelong telah menarik balik barang-barang tersebut dari senarai barang-barang lelongan. Plaintif mendakwa telah wujud suatu kontrak yang mana menurutnya iklan yang disiarkan oleh pelelong merupakan satu cadangan dan beliau telah membuat penerimaan dengan menghadiri lelongan tersebut. Mahkamah telah memutuskan bahawa tidak wujud kontrak kerana iklan yang disiarkan oleh pelelong hanyalah satu pelawaan kepada orang ramai untuk hadir satu jualan lelong dan bukan satu cadangan yang boleh dijadikan satu kontrak yang mengikat apabila ianya diterima. (iii) Pengiklanan Iklan juga boleh merupakan pelawaan untuk membuat cadangan. Contohnya iklan

jawatan kosong yang menawarkan kepada pihak yang layak dan memenuhi syaratsyarat yang ditetapkan untuk memohon jawatan di syarikat-syarikat swasta atau jabatan-jabatan kerajaan. Walau bagaimanapun untuk menentukan sama ada sesuatu

- 39 -

iklan itu merupakan cadangan atau hanya pelawaan untuk membuat cadangan adalah bergantung kepada niat pihak-pihak yang terlibat dalam setiap kes. Mahkamah telah menetapkan bahawa iklan-iklan yang berbentuk kontrak bilateral adalah bukan satu cadangan. Hanya iklan-iklan yang berbentuk kontrak unilateral sahaja yang boleh Contohnya dalam kes Majumder v Attorney jawatan sebagai doktor Begitu juga dalam kes ditakrifkan sebagai satu cadangan.

General of Sarawak (1967) 1 MLJ 101 (Kontrak Bilateral), Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa suatu iklan di surat khabar untuk hanyalah merupakan pelawaan untuk membuat cadangan.

Coelho v The Public Service Commission (1984) MLJ 12. Namun begitu dalam kes Carlill v Carbolic Smoke Ball Co. (1893) 1. Q.B. 256 (Kontrak Unilateral), mahkamah telah memutuskan bahawa iklan yang disiarkan oleh defendan merupakan suatu cadangan kepada masyarakat umum. KOMUNIKASI CADANGAN Untuk menjadikan sesuatu cadangan itu sah dan boleh mengikat pihak-pihak yang terlibat dalam satu kontrak, ianya hendaklah disampaikan atau dikomunikasikan oleh pembuat cadangan kepada penerima cadangan. Pihak yang mana cadangan itu dibuat mestilah mengetahui tentang kewujudan cadangan tersebut barulah penerimaan terhadap cadangan boleh dibuat dan suatu kontrak yang mengikat di antara mereka akan terbentuk. Seksyen 4(1) Akta Kontrak 1950 memperuntukkan bahawa Komunikasi cadangan adalah lengkap apabila cadangan itu sampai kepada pengetahuan pihak kepada siapa cadangan itu dibuat. Untuk memperjelaskan situasi ini, kita lihat misalan berikut: En. Lim telah kehilangan beg yang mengandungi dokumen-dokumen penting. Beliau telah mengiklankan di dalam surat khabar untuk memberikan wang sebanyak RM100 kepada sesiapa yang menjumpai dan memulangkan beg tersebut kepadanya. En. Hamid telah menjumpai beg tersebut dan melalui nama dan alamat yang terdapat pada dokumen-dokumen di dalam beg, beliau telah memulangkan beg tersebut kepada En. Lim tanpa mengetahui tentang cadangan En. Lim yang disiarkan melalui iklan di surat khabar. Maka En. Hamid tidak berhak menuntut wang RM100 seeperti yang ditawarkan oleh En. Lim kerana beliau tidak mengetahui tentang kewujudan cadangan tersebut sebelum

- 40 -

memulangkan beg yang dijumpainya kepada En. Lim. Komunikasi dan pengetahuan berkenaan dengan kewujudan cadangan adalah penting untuk membolehkan pihak yang mana cadangan itu dibuat membuat penerimaan terhadap cadangan dan seterusnya mewujudkan kontrak yang mengikat. Dalam kes R v Clarke (1927) 40 C.L.R 227, Kerajaan Australia Barat menawarkan ganjaran bagi maklumat yang boleh membawa kepada penangkapan dan penghukuman ke atas orang yang bertanggungjawab membunuh dua orang pegawai polis. Clarke telah ditangkap bersama seorang lain (Mr. X) dan didakwa melakukan pembunuhan tersebut. Clarke kemudiannya memberi maklumat yang membawa kepada penangkapan seorang yang lain lagi (Mr. Y). Mr X dan Mr. Y kemudiannya didapati bersalah melakukan pembunuhan tersebut. Clarke yang tidak bersalah telah menuntut ganjaran yang ditawarkan. Hakim telah memutuskan bahawa Clarke tidak berhak ke atas ganjaran yang ditawarkan kerana Clarke semasa memberikan maklumat yang dikehendaki, telah tidak memberikan pertimbangan kepada cadangan atau tawaran tersebut tetapi lebih kepada untuk membersihkan nama dan melepaskan diri dari pertuduhan. Seterusnya Hakim menyatakan Tiada penerimaan boleh dibuat tanpa mengetahui tentang cadangan; dan pengabaian terhadap cadangan atau tawaran adalah merupakan perkara yang sama. CADANGAN BALAS Cadangan balas adalah terbentuk apabila pihak yang mana cadangan asal itu dibuat telah tidak menerima cadangan asal tersebut secara mutlak dan tidak bersyarat sebaliknya ingin menerima cadangan asal itu dengan syarat-syarat lain yang mereka tetapkan sendiri. Bila ini berlaku maka cadangan asal adalah terbatal dengan sendiri dan cadangan balas yang dibuat oleh pihak yang mana cadangan asal itu ditujukan adalah terbentuk dan terpulanglah kepada pihak yang satu lagi (Pembuat cadangan asal) sama ada ingin menerima atau menolak cadangan balas tersebut. Seksyen 7(a) Akta Kontrak 1950 menyatakan Untuk menukarkan cadangan

menjadi janji, penerimaan mestilah dibuat secara mutlak dan tidak bersyarat. Apa-apa pengubahsuaian atau perletakkan syarat untuk penerimaan ke atas cadangan

- 41 -

asal tidak menjadikannya penerimaan tetapi merupakan cadangan balas. Cadangan balas dianggap sebagai penolakkan kepada cadangan asal. Prinsip cadangan balas ini telah diputuskan dalam kes Hyde v Wrench (1840) 3 Beav. 334. Dalam kes ini defendan (Wrench) telah menawarkan untuk menjualkan hartanya kepada plaintif (Hyde) pada 6 Jun dengan harga GBP1000. Pada 8 Jun, plaintif telah menyatakan kesediaannya untuk membeli harta tersebut pada harga GBP950. Defendan enggan menjualkan hartanya pada harga GBP950 seperti yang diminta oleh plaintif. Pada 27 Jun, plaintif telah menulis semula kepada defendan menyatakan persetujuannya untuk membeli harta tersebut seperti cadangan asal iaitu GBP1000. Mahkamah telah memutuskan bahawa tidak wujud penerimaan kerana surat plaintif pada 8 Jun merupakan cadangan balas dan telah menyebabkan cadangan asal terbatal dan tidak lagi wujud untuk dibuat penerimaan semula. PENAMATAN CADANGAN Seksyen 6 Akta Kontrak 1950 menggariskan kaedah-kaedah berkaitan dengan penamatan cadangan. Seksyen ini memperuntukkan bahawa:Seksyen 6; suatu cadangan adalah ditamatkan:-

(a)

melalui komunikasi notis pembatalan oleh pembuat cadangan kepada pihak yang lain itu;

(b)

apabila luputnya masa yang ditetapkan dalam cadangan berkaitan penerimaannya atau jika tiada tempoh masa dinyatakan, dengan luputnya tempoh masa yang munasabah, tanpa ada komunikasi penerimaan dibuat;

(c) (d)

atas kegagalan penerima memenuhi syarat-syarat untuk penerimaan; atau dengan kematian atau sakit otak pembuat cadangan, jika fakta kematian atau sakit otak itu diketahui oleh penerima sebelum penerimaan dibuat.

- 42 -

(a)

Melalui Notis Pembatalan Oleh Pembuat Cadangan

Seksyen 5(1) Akta Kontrak 1950 memperruntukkan bahawa suatu cadangan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi penerimaan adalah lengkap terhadap pembuat cadangan tetapi tidak selepasnya. Untuk memahami implikasi Seksyen 5(1) di atas berkaitan dengan hak untuk membatalkan cadangan, kita perlu terlebih dahulu mengetahui bilakah komunikasi penerimaan ini adalah lengkap dan mengikat pembuat cadangan. Ianya diperjelaskan oleh Seksyen 4(2)(a) yang menyatakan Komunikasi penerimaan adalah lengkap terhadap pembuat cadangan apabila ianya dimasukkan ke dalam perjalanan pengiriman kepada beliau dan berada di luar kuasa pihak penerima. Walau bagaimanapun untuk menentukan bilakah pembatalan cadangan adalah lengkap dan sah terhadap orang yang membuat pembatalan cadangan dan orang yang mana pembatalan cadangan itu dibuat, kita perlu merujuk kepada Seksyen 4(3) yang menyatakan bahawa:Seksyen 4(3) komunikasi pembatalan adalah lengkap:(a) terhadap orang yang membuat pembatalan apabila notis pembatalan dimasukkan ke dalam perjalanan pengiriman kepada siapa pembatalan itu dibuat, di mana ianya berada di luar kuasa orang yang membuatnya; (b) terhadap orang yang mana ianya dibuat, apabila pembatalan itu sampai ke pengetahuannya. Untuk pengetahuan anda, peruntukan Seksyen 4(3) hanyalah terpakai kepada komunikasi melalui pos, telegram dan seumpamanya. komunikasi serta merta seperti lisan bersemuka, atau teleks. Untuk memahami dengan lebih jelas berkaitan dengan isu pembatalan cadangan ini, sila beri perhatian kepada ilustrasi berikut:Ia tidak terpakai untuk komunikasi pembatalan cadangan atau penerimaan yang dibuat melalui kaedah

- 43 -

A membuat cadangan melalui surat kepada B untuk menjualkan rumahnya pada satu harga tertentu. B menerima cadangan A dan menghantarkan surat penerimaan juga melalui pos. Komunikasi penerimaan adalah lengkap terhadap A (pembuat cadangan) apabila B (penerima cadangan) memasukkan surat penerimaan tersebut ke dalam peti surat di mana ianya telah berada di luar kuasa B. Jadi untuk membuat pembatalan cadangan, A hendaklah melakukannya sebelum B memasukkan surat penerimaan ke dalam peti surat dan tidak selepas itu. Walau bagaimanapun untuk memastikan sama ada pembatalan cadangan itu lengkap dan sah di sisi undang-undang terhadap A dan B, ketetapan Seksyen 4(3)(a) dan (b) mestilah dipenuhi. Dalam kes Byrne v Van Tienhoven (1880) 5 CPD 344, defendan (Van Tienhoven) telah mengirim surat tawaran untuk menjual 1000 kotak bersadur timah kepada plaintif (Byrne) pada 1 Oktober. tawaran kepada plaintif. Pada 8 Oktober defendan mengirimkan surat pembatalan Pada 11 Oktober plaintif menerima surat tawaran (yang

diposkan oleh defendan pada 1 Oktober) dan pada hari yang sama plaintif menyatakan penerimaan melalui telegram yang diikuti dengan surat penerimaan pada 15 Oktober. Plaintif menerima surat pembatalan tawaran (yang diposkan oleh defendan pada 8 Oktober) pada 20 Oktober. Isu utama dalam kes ini ialah bilakah notis pembatalan cadangan yang dibuat oleh defendan menjadi lengkap terhadap plaintif? Mahkamah memutuskan bahawa komunikasi pembatalan adalah lengkap terhadap plaintif pada 20 Oktober iaitu apabila notis pembatalan sampai ke pengetahuannya. Oleh itu pembatalan cadangan oleh defendan tidak terlaksana kerana ia hanya lengkap terhadap plaintif pada 20 Oktober [Seksyen 4(3)(b)] sedangkan kontrak telah wujud dan mengikat defendan apabila plaintif menghantarkan penerimaan melalui telegram pada 11 Oktober di mana komunikasi penerimaan adalah lengkap terhadap defendan [Seksyen 4(2)(a)].

(b)

Apabila Luputnya Masa Yang Ditetapkan

- 44 -

Suatu cadangan akan tamat dengan sendirinya apabila luputnya waktu penerimaan seperti yang ditetapkan dalam cadangan. masa yang munasabah akan diambil kira. Dalam kes Ramsgate Victoria Hotel Co Ltd. V Montefiore (1866) LR1ExCh 109, defendan (Moutefiore) telah menghantar surat cadangan untuk membeli saham dalam syarikat plaintif (Ramsgate Victoria Hotel Co Ltd.) pada 8 Jun. Plaintif telah membuat penerimaan pada 23 November dan sejumlah saham telah diperuntukkan kepada defendan. Defendan enggan menerima saham-saham tersebut atas alasan bahawa beliau tidak lagi memerlukan saham-saham tersebut. Mahkamah telah memutuskan bahawa defendan tidak terikat dengan penerimaan plaintif kerana cadangan itu telah luput waktu kerana penerimaan telah tidak dibuat dalam tempoh waktu yang munasabah. (c) Kegagalan Memenuhi Syarat-syarat Penerimaan Jika tiada tempoh masa ditetapkan oleh pembuat cadangan untuk penerima cadangan membuat penerimaan, maka satu tempoh

Apabila pembuat cadangan menetapkan syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi oleh penerima cadangan dalam membuat penerimaan, penerima mestilah mengikut syaratsyarat yang telah ditetapkan itu secara mutlak dan tidak boleh membuat penerimaan bersyarat. Sekiranya penerima cadangan hanya bersetuju untuk menerima sebahagian sahaja daripada syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam cadangan atau meletakkan syarat-syaratnya sendiri sebagai penerimaan ke atas cadangan, maka akan wujud pula cadangan balas dan dengan itu cadangan asal akan terbatal dengan sendiri akibat kegagalan penerima untuk memenuhi syarat-syarat cadangan secara mutlak. Sila lihat kes Hyde v Wrench (1940) 49 ER 132 seperti yang diterangkan sebelum ini untuk memahami dengan lebih jelas berkaitan dengan isu ini.

(d)

Dengan Kematian Atau Sakit Otak Pembuat Cadangan

- 45 -

Suatu cadangan akan terbatal atau tamat dengan sendirinya apabila pembuat cadangan meninggal dunia atau mengalami sakit otak dan keadaan ini mestilah diketahui oleh penerima cadangan sebelum beliau membuat penerimaan cadangan. Dalam kes Bradbury v Morgan (1862) 1 H&C 249 mahkamah memutuskan bahawa sekiranya fakta mengenai kematian pembuat cadangan tidak diketahui oleh penerima, maka penerimaan adalah sah dan boleh dikuatkuasakan. RUMUSAN Cadangan atau tawaran merupakan salah satu elemen penting kontrak. Tanpa adanya cadangan atau kegagalan cadangan dikomunikasikan kepada pihak penerima akan menyebabkan tiada penerimaan boleh dilakukan, maka tidak wujudlah perjanjian yang akan mengikat pihak-pihak yang terlibat. Para pelajar semestinya sudah jelas tentang objektif utama pelajaran ini yang telah saya gariskan di permulaan perbincangan pelajaran ini. 2.2 PENERIMAAN

Setelah menamatkan pelajaran ini, para pelajar akan berupaya untuk:-

Memahami apakah itu penerimaan? Menjelaskan bagaimanakah caranya untuk menjadikan suatu penerimaan itu sah
di sisi undang-undang?

Memahami kaedah penerimaan melalui pos. Mengetahui bila dan bagaimanakah pembatalan penerimaan boleh berlaku?
APAKAH ITU PENERIMAAN? Penerimaan merupakan antara elemen penting kontrak. Ini adalah kerana cadangan yang dibuat tanpa disertai dengan penerimaan tidak akan mewujudkan satu kontrak yang mengikat di sisi undang-undang. Takrifan berkaitan dengan apa yang dikatakan sebagai penerimaan dinyatakan oleh Seksyen 2(b) Akta Kontrak 1950, iaitu: Apabila orang kepada siapa cadangan itu dibuat menyatakan persetujuan terhadap

- 46 -

cadangan tersebut, maka bolehlah dikatakan bahawa cadangan telah diterima: suatu cadangan apabila diterima, adalah menjadi janji. Oleh itu jelas di sini bahawa penerimaan itu berlaku apabila penerima cadangan menyatakan persetujuannya terhadap cadangan yang dibuat oleh pembuat cadangan kepadanya. Walau bagaimanapun untuk mewujudkan suatu penerimaan yang sempurna di sisi undang-undang, banyak lagi syarat-syarat yang perlu dipenuhi yang mana akan kita huraikan dalam perbincangan seterusnya dalam pelajaran ini. SYARAT-SYARAT SAH PENERIMAAN Untuk mewujudkan penerimaan yang sah yang berupaya menukarkan cadangan menjadi janji yang mengikat pembuat cadangan dalam suatu kontrak yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang, penerimaan mestilah: (i) mutlak dan tidak bersyarat. (ii) (iii) (iv) dinyatakan secara biasa dan munasabah atau mengikut seperti yang telah ditetapkan oleh pembuat cadangan. dikomunikasi kepada pembuat cadangan. dibuat dalam jangka waktu yang ditetapkan atau munasabah.

Penerimaan Mesti Mutlak dan Tidak Bersyarat Seksyen 7(a) Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa Untuk menukarkan sesuatu cadangan itu menjadi suatu janji, penerimaan mestilah mutlak dan tidak bersyarat. Penerimaan secara mutlak bermaksud bahawa penerima cadangan mestilah menerima sepenuhnya syarat-syarat yang ditetapkan oleh pembuat cadangan. yang ditetapkan. Penerima cadangan tidak boleh hanya bersetuju dengan sebahagian sahaja dari syarat-syarat

- 47 -

Penerimaan secara tidak bersyarat pula bererti penerima cadangan tidak boleh mengenakan syarat-syarat lain kepada pembuat cadangan dalam persetujuannya untuk menerima cadangan tersebut. Jika penerima cadangan meletak syarat-syarat lain Sila rujuk dalam persetujuan penerimaannya maka beliau dikatakan membuat cadangan balas. Masih ingatkah anda apa yang dimaksudkan sebagai cadangan balas? semula kepada perbincangan kita yang terdahulu berkaitan dengan cadangan balas. Juga sila rujuk kes yang berkaitan iaitu Hyde v Wrench (1840) ER 132 untuk lebih memahami isu ini. Penerimaan Mestilah Dinyatakan Secara Biasa Dan Munasabah Atau Mengikut Seperti Yang Ditetapkan Oleh Pembuat Cadangan. Seksyen 7(b) Akta Kontrak 1950 memperuntukkan bahawa Untuk menukarkan sesuatu cadangan itu menjadi suatu janji, penerimaan mestilah dinyatakan secara biasa dan munasabah melainkan cadangan menetapkan cara bagaimana penerimaan perlu dilakukan. Jika cadangan menetapkan cara penerimaan dan penerimaan telah tidak dibuat secara yang demikian, pembuat cadangan boleh, dalam jangka waktu yang munasabah selepas penerimaan dikomunikasikan kepadanya, menegaskan bahawa cadangannya hendaklah diterima mengikut cara yang telah ditetapkan, dan bukan secara lain; tetapi, jika beliau gagal berbuat demikian, maka beliau menerima penerimaan tersebut. Seksyen ini membawa maksud bahawa penerima cadangan hendaklah menyatakan penerimaanya terhadap cadangan secara biasa dan munasabah sesuai dengan amalan biasa dan boleh diterima sebagai munasabah oleh masyarakat ramai. Namun demikian, jika cadangan telah menetapkan cara tertentu untuk membuat penerimaan, maka penerima cadangan adalah berkewajipan untuk membuat penerimaan mengikut cara tersebut. Jika penerima cadangan membuat penerimaan dengan cara selain daripada yang telah ditetapkan oleh pembuat cadangan, maka dalam tempoh waktu yang munasabah pembuat cadangan boleh menegaskan kepada penerima cadangan agar melakukan penerimaan mengikut seperti cara yang telah ditetapkan. Jika pembuat cadangan gagal bertindak memaklumkan kepada penerima cadangan supaya

- 48 -

melakukan penerimaan mengikut cara yang beliau tetapkan, maka beliau dianggap bersetuju dengan penerimaan yang telah dibuat dengan secara lain itu. Penerimaan Mesti Dikomunikasikan Penerimaan akan hanya berkesan selepas ianya dikomunikasikan kepada pembuat cadangan. Pembuat cadangan mestilah diberitahu mengenai penerimaan terhadap Penerimaan boleh dikomunikasikan secara perbuatan, lisan atau cadangan beliau.

bertulis tetapi tidak secara berdiam diri. Begitu juga seorang pembuat cadangan tidak boleh menetapkan berdiam diri oleh pihak penerima sebagai syarat penerimaan cadangannya. Perkara ini diperjelaskan oleh kes Felthouse v Bindley (1862) 142 ER 1037. Dalam kes ini defendan (Bindley) merupakan seorang pelelong yang ditugaskan oleh anak saudara plaintif (Felthouse) untuk menjualkan sebahagian harta dan ternakan ladangnya termasuk seekor kuda yang mana plaintif berminat untuk membelinya. Plaintif mengirimkan surat cadangan kepada anak saudaranya yang bernama John menyatakan bahawa beliau bersedia membeli kuda itu dengan harga 30. Di dalam surat kepada anak saudaranya plaintif menyatakan Jika saya tidak mendengar apa-apa berita daripada anda mengenai kuda itu, saya menganggap ia adalah milik saya pada harga 30.15. Anak saudara plaintif tidak membalas surat tersebut walaupun pada dasarnya beliau bersetuju dengan cadangan bapa saudaranya apabila beliau mengarahkan defendan menarik balik pelelongan ke atas kudanya. Namun demikian, kesilapan telah berlaku dan kuda tersebut telah dijual oleh defendan. Plaintif telah menyaman defendan untuk menuntut haknya ke atas kuda tersebut. Mahkamah telah memutuskan bahawa tidak wujud kontrak di antara plaintif dan anak saudaranya kerana pembuat cadangan tidak boleh meletakkan syarat berdiam diri sebagai cara penerimaan. Sikap berdiam diri anak saudaranya dengan tidak membalas surat tidak boleh dianggap sebagai persetujuan penerimaan kepada cadangan beliau. Daripada perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa sikap berdiam diri bukan menandakan penerimaan. Walau bagaimanapun terdapat pengecualian kepada prinsip umum ini bergantung kepada fakta-fakta dalam setiap kes. Sebagai contoh, penerima cadangan sendiri boleh

- 49 -

menyatakan bahawa sikap berdiam dirinya adalah menandakan penerimaan.

Atau

dalam situasi cadangan balas, berdiam diri akan dianggap sebagai penerimaan kepada cadangan balas tersebut. Berdiam diri juga boleh dianggapkan sebagai penerimaan jika perbuatan dan tingkah laku penerima menunjukkan beliau menerima cadangan. Juga dalam keadaan di mana penerima telah tidak menerima cadangan mengikut cara yang telah ditetapkan, pembuat cadangan yang berdiam diri tanpa membantah adalah dianggap menerima penerimaan yang dibuat dengan cara yang berlainan itu seperti yang dinyatakan oleh Seksyen 7(b) Akta Kontrak 1950. Demikian juga bagi kontrak yang berbentuk Unilateral iaitu cadangan yang ditujukan kepada masyarakat umum, penerimaan tidak perlu dikomunikasikan kepada pembuat cadangan. Perkara ini jelas dinyatakan oleh Seksyen 8 Akta Kontrak 1950 iaitu Perlaksanaan syarat-syarat sesuatu cadangan, atau penerimaan apa-apa balasan untuk suatu saling janji yang ditawarkan dengan suatu cadangan, adalah merupakan satu penerimaan terhadap cadangan. Seksyen ini membawa maksud bahawa jika pembuat cadangan menawarkan sesuatu kepada sesiapa di kalangan masyarakat umum yang melakukan suatu perkara mengikut syarat dalam cadangan mereka, maka sesiapa sahaja dari kalangan masyarakat umum yang melaksanakan syarat-syarat tersebut dikira membuat penerimaan tanpa perlu mengkomunikasikannya kepada pembuat cadangan. untuk lebih memahami berkaitan perkara ini. Penerimaan Mesti Dibuat Dalam Jangka Waktu Yang Ditetapkan Atau Munasabah Penerimaan mestilah dibuat dalam tempoh waktu yang ditetapkan dalam cadangan atau jika tempoh waktu penerimaan tidak ditetapkan, maka penerimaan mestilah dibuat dalam jangka waktu yang munasabah setelah cadangan dibuat. Isu di sini adalah sama dengan perbincangan kita yang terdahulu berkaitan dengan penamatan cadangan seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 6(b) Akta Kontrak 1950. Seksyen ini memberi dua implikasi kepada penerimaan iaitu:1. Penerimaan mestilah dibuat dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh cadangan. Anda boleh merujuk kepada kes Carlill v Carbolic Smoke Ball Co Ltd. (1892) 2. Q.B. 484

- 50 -

2.

jika tiada tempoh masa ditetapkan oleh cadangan untuk suatu penerimaan, maka penerimaan mestilah dibuat dalam suatu tempoh masa yang dikira munasabah mengikut kesesuaian fakta kes.

Anda boleh rujuk kepada kes Ramsgate Victoria Hotel Co. v Montefiore (1866) L.R. 1 Ex.Ch.109 yang telah kita bincangkan sebelum ini dalam topik berkaitan Penamatan Cadangan untuk lebih memahami isu ini. KAEDAH PENERIMAAN MELALUI POS Mengikut prinsip umum, penerimaan adalah lengkap apabila dikomunikasikan dan sampai ke pengetahuan pembuat cadangan. Walau bagaimanapun terdapat pengecualian kepada prinsip umum tersebut bagi kaedah penerimaan melalui pos. Perkara ini dinyatakan oleh Seksyen 4(2) Akta Kontrak 1950 yang memperuntukkan: Seksyen 4 (2) Komunikasi penerimaan adalah lengkap:(a) Terhadap pembuat cadangan apabila ianya dimasukkan ke dalam perjalanan pengiriman kepada beliau dan berada di luar kuasa pihak penerima; dan (b) Terhadap penerima cadangan, apabila ianya sampai ke pengetahuan pembuat cadangan. Sebagai contoh, B menerima cadangan A melalui surat yang dihantar melalui pos. Komunikasi penerimaan adalah lengkap terhadap:A, apabila surat penerimaan itu diposkan oleh B. B, apabila surat penerimaan itu diterima oleh A. Pembuat cadangan adalah terikat dengan penerimaan apabila penerima cadangan mengirimkan surat penerimaan walaupun surat tersebut masih belum sampai ke tangan beliau dan masih belum mengetahui tentang penerimaan itu. Apabila surat dimasukkan dalam perjalanan penghantaran, penerima tidak lagi mempunyai kuasa ke atas surat tersebut, dan pada saat itu penerimaan telah mengikat pembuat cadangan tanpa mengira apa-apa kelewatan atau kehilangan surat dalam perjalanan penghantaran itu.

- 51 -

Manakala penerimaan akan hanya lengkap dan mengikat penerima cadangan apabila surat penerimaan diterima oleh pembuat cadangan. Dalam kes Ignatius v Bell (1913) 2 FMSLR 115, defendan (Bell) telah membuat cadangan untuk menjual sebidang tanah kepada plaintif (Ignatius). Dalam cadangannya defendan menyatakan penerimaan mestilah dibuat secara bertulis dan hendaklah diserahkan ke alamatnya di Ladang Lapan Utan, Kuala Selangor pada atau sebelum 20 Ogos 1912. Plaintif telah menghantar notis penerimaan melalui surat berdaftar pada 16 Ogos 1912. Surat tersebut tidak diserahkan ke alamat defendan sebaliknya terus berada di pejabat pos Kuala Selangor. Apabila defendan pergi ke pejabat pos pada 25 Ogos 1912 beliau mendapati surat tersebut adalah untuk beliau. Sementara itu pada 23 Ogos 1912 defendan telah berunding dengan Mohamad Kassim untuk menjual tanah tersebut pada harga RM5000. Plaintif menuntut perlaksanaan khas oleh Mahkamah berkaitan urusniaga ini. Mahkamah dengan merujuk kepada Seksyen 4(2)(a) telah memutuskan bahawa penerimaan telah dilaksanakan sepenuhnya oleh plaintif apabila notis penerimaan di poskan pada 16 Ogos 1912. penerimaan telah dibuat oleh plaintif. Hakim Lindley dalam kes Byrne v Van Tienhoven (1880) 5 CPD 344 menyatakan bahawa apabila suatu cadangan dibuat dan diterima secara surat menyurat yang dihantar melalui pos, kontrak adalah sempurna terbentuk sebaik sahaja surat penerimaan cadangan itu diposkan walaupun surat itu tidak sampai ke destinasinya. PEMBATALAN PENERIMAAN Penerimaan masih boleh dibatalkan sebelum ianya lengkap dan mengikat penerima cadangan. Pembatalan penerimaan hanya boleh dilakukan dalam urusniaga yang melibatkan kaedah komunikasi melalui pos sahaja kerana terdapat perbezaan masa di mana penerimaan lengkap terhadap pembuat cadangan dan penerima cadangan [Rujuk Seksyen 4(2)(a) dan (b)]. Manakala dalam urusniaga yang melibatkan Walaupun defendan tidak mengetahui bahawa

- 52 -

komunikasi serta merta seperti lisan, telex, fax, telefon dan seumpamanya pembatalan penerimaan tidak boleh dilakukan. Perkara pembatalan penerimaan ini ditetapkan oleh Seksyen 5(2) Akta Kontrak 1950 yang menyatakan: Suatu penerimaan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi penerimaan itu adalah lengkap terhadap penerima, tetapi tidak selepasnya. Selepas anda memahami maksud Seksyen 5(2) dan Seksyen 4(2)(b), anda seharusnya jelas mengenai bilakah pembatalan penerimaan itu boleh dibuat. Untuk membantu anda memahami isu ini, rujuk kepada contoh berikut: A membuat cadangan melalui surat yang dikirim secara pos, untuk menjual rumahnya kepada B. secara pos kepada A. B boleh membatalkan penerimaannya pada bila-bila masa sebelum surat penerimaan diterima oleh A. Maknanya jika B ingin membatalkan penerimaan yang diposkan kepada A, beliau hendaklah mengkomunikasikan pembatalannya secepat mungkin dengan menggunakan komunikasi serta merta seperti lisan, serahan tangan, telefon, fax dan seumpamanya sebelum surat penerimaan yang dihantar melalui pos sampai ke tangan A. Komunikasi Pembatalan Penerimaan Komunikasi pembatalan penerimaan ini ialah sama caranya dengan komunikasi pembatalan cadangan yang telah kita bincangkan sebelum ini dan Seksyen yang sama iaitu Seksyen 4(3)(a) dan (b) berkaitan dengan bilakah lengkapnya komunikasi pembatalan terhadap orang yang membuat pembatalan dan terhadap orang yang mana pembatalan dibuat adalah terpakai. Kita perhatikan sekali lagi peruntukkan SeksyenSeksyen tersebut:B menerima cadangan itu melalui surat yang dihantar

- 53 -

Seksyen 4(3) komunikasi pembatalan adalah lengkap:-

(a)

terhadap orang yang membuat pembatalan apabila notis pembatalan dimasukkan ke dalam perjalanan pengiriman kepada siapa pembatalan itu dibuat, di mana ianya berada di luar kuasa orang yang membuatnya;

(b)

terhadap orang yang mana ianya dibuat, apabila pembatalan itu sampai ke pengetahuannya.

Anda semua harus ingat, terdapat perbezaan jelas di antara bilakah lengkapnya komunikasi penerimaan cadangan terhadap pembuat cadangan dengan komunikasi pembatalan penerimaan terhadap pembuat cadangan. Bagi komunikasi penerimaan, ia adalah lengkap terhadap pembuat cadangan apabila surat diposkan oleh penerima, manakala bagi pembatalan penerimaan ia hanya lengkap terhadap pembuat cadangan apabila notis pembatalan tersebut diterima oleh beliau. Anda boleh rujuk kepada kes Bryne v Van Tienhoven (1850) 5. CPD 344 yang telah kita bincangkan terdahulu untuk lebih memahami tentang perkara ini. 2.3 BALASAN

Untuk mewujudkan suatu kontrak yang sah, selain tawaran (cadangan) dan penerimaan ianya juga mesti disertai dengan balasan. Balasan ialah suatu perbuatan atau nilai yang berharga yang diberikan oleh satu pihak sebagai balasan ke atas janji atau perbuatan (atau juga penahanan diri dari berbuat sesuatu) pihak yang satu lagi. Seksyen 26 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan bahawa Perjanjian tanpa balasan adalah tidak sah melainkan jika ianya termasuk dalam pengecualian mengikut sub-Seksyen a, b, dan c. Balasan ditakrifkan oleh Seksyen 2(d) Akta Kontrak 1950 iaitu: apabila, mengikut kehendak pembuat janji, penerima janji atau mana-mana orang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, atau membuat atau menahan diri dari membuat atau berjanji untuk membuat atau menahan diri dari membuat, sesuatu perbuatan atau penahanan diri atau janji tersebut adalah dipanggil sebagai suatu balasan kepada janji.

- 54 -

Balasan ialah umpama harga yang dibayar oleh satu pihak untuk janji, perbuatan atau penahanan diri dari melakukan perbuatan oleh pihak yang satu lagi. Hakim Lush dalam kes Currie v Misa (1875) L.R.10 Ex. 153 menyatakan bahawa balasan itu ialah sebagai harga yang dibayar oleh satu pihak kepada pihak yang lain. Mengikut pengertian undang-undang, balasan boleh berbentuk hak kepentingan, keuntungan atau faedah kepada satu pihak atau juga mungkin suatu pengorbanan, mudarat, kerugian, kehilangan yang dibebani, dialami atau ditanggung oleh satu pihak. Contohnya: A menyatakan kepada B jika anda dapat mencari dan menangkap ular tedung yang ada dalam rumah saya, saya akan berikan anda RM1000.00. Maka jika B menerima cadangan A, balasan yang perlu diberikan oleh B ialah dengan membahayakan dirinya mencari dan menangkap ular tedung tersebut. Jika beliau berjaya mencari dan menangkap ular tersebut, maka A terikat untuk membayar sebanyak RM1000.00 kepada B sebagai balasan seperti yang telah dijanjikannya. Jenis-jenis Balasan Balasan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu balasan eksekutori, tersempurna dan lampau. Balasan eksekutori ialah apabila satu janji dibuat sebagai balasan untuk janji yang lain. Ia juga dikenali sebagai janji timbal balas (reciprocity). Contohnya A bersetuju untuk menjual keretanya kepada B dengan harga RM40,000. Maka janji B untuk membayar RM40,00 kepada A merupakan balasan beliau kepada A yang berjanji untuk menjualkan keretanya. Manakala janji A untuk jualkan keretanya merupakan balasan terhadap kesediaan B untuk membayar RM40,000. Kedua-dua balasan dari kedua-dua belah pihak dipanggil balasan eksekutori untuk janji saling balasan di antara mereka. Balasan tersempurna ialah apabila suatu pihak menyempurnakan perbuatan seperti yang disyaratkan dalam janji oleh pihak yang membuat janji. Contohnya A menawarkan RM50 kepada sesiapa yaang menjumpai dan memulangkan dokumen pentingnya yang tercicir. B menjumpai dan memulangkan dokumen tersebut kepada A. Dalam keadaan ini balasan B terhadap A dikatakan tersempurna dan yang tinggal kini cuma balasan A terhadap B untuk memberikan RM50 seperti yang dijanjikan.

- 55 -

Balasan lampau ialah balasan yang dilakukan sebelum janji dibuat.

Contohnya A

meletakkan keretanya di suatu tempat. Tanpa disuruh oleh A, B telah mencuci kereta tersebut. A kemudian berjanji membayar RM10 kepada B. Tindakan B yang mencuci kereta A adalah merupakan balasan lampau. Balasan lampau selalunya tidak dikira sebagai balasan yang boleh mewujudkan suatu kontrak seperti dalam kes Roscorla v Thomas (1842) 3 Q.B. 234 dan Re Mc Ardle (1951) CH. 669. Namun demikian terdapat pengecualian kepada keadaan ini seperti yang dinyatakan oleh S. 26(a), (b) dan (c). Dalam kes Roscorla v Thomas (1842) 3. Q.B. 324, defendan (Thomas) membuat pernyataan sebagai pertimbangan kepada pembeli (Roscorla iaitu yang juga plaintif) yang telah membeli kuda daripadanya pada harga tertentu, maka beliau (Thomas) menyatakan kepada plaintif bahawa Kuda yang dibelinya adalah sihat dan bebas dari sifat buruk. Selepas itu plaintif mendapati kuda tersebut tidak seperti yang dijanjikan. Plaintif menyaman defendan atas alasan memungkiri janji. bahawa:1. 2. Penjualan bukanlah jaminan bahawa kuda tersebut sihat dan tidak bebas dari sifat buruk. Pernyataan janji yang dibuat oleh defendan ialah selepas urusan jual beli selesai. Mahkamah memutuskan

Mahkamah seterusnya menyatakan bahawa plaintif tidak dapat membuktikan apa-apa. Mahkamah menganggap pembelian (pembayaran harga kuda) yang merupakan balasan yang dibuat oleh plaintif dilakukan sebelum defendan mengeluarkan janji beliau tersebut. Ianya adalah balasan lampau, oleh itu tuntutan plaintif adalah gagal. Manakala dalam kes Re Mc Ardle (1951) Ch. 669 pula, beberapa orang anak, menurut wasiat yang telah ditinggalkan oleh bapa mereka telah diberikan hak ke atas sebuah rumah apabila ibu mereka meninggal dunia. Semasa ibu mereka masih hidup, salah seorang daripada mereka dengan isterinya telah tinggal di rumah tersebut bersama ibu mereka. Si isteri telah membuat beberapa pembaikan dan pengubahsuaian ke atas rumah tersebut. Beberapa lama kemudian, kesemua adik beradik telah membuat surat yang ditujukan kepada beliau (si isteri yang membuat pengubahsuaian) menyatakan sebagai pertimbangan kepada beberapa pembaikan dan pengubahsuaian ke atas rumah yang telah dibuat oleh anda, kami dengan ini bersetuju bahawa pemegang

- 56 -

amanah akan membayar kepada anda daripada harta, apabila dibahagikan, sejumlah 488 sebagai menjelaskan jumlah yang telah dibelanjakan ke atas pengubahsuaian dan pembaikan. Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa disebabkan oleh kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian telah disempurnakan sebelum daripada dokumen janji ditandatangani, maka ianya merupakan suatu kes balasan lampau dan dengan itu dokumen tersebut tidak boleh digunakan sebagai kontrak yang mengikat pembuatpembuat janji untuk melaksanakan janji-janji mereka. Untuk memahami dengan lebih jelas tantang prinsip balasan lampau ini, anda boleh juga merujuk kepada kes Kepong Prospecting Ltd. V Schmidt (1968) 1 MLJ 170. Pengecualian Kepada Prinsip Am Suatu perjanjian atau kontrak tanpa balasan adalah tidak sah dan tidak dapat dikuatkuasakan. Walau bagaimanapun terdapat pengecualian untuk keadaan ini di mana perjanjian atau kontrak tanpa balasan atau dengan balasan lampau masih tetap sah di sisi undang-undang. Pengecualian ini diberikan oleh Seksyen 26 Akta Kontrak 1950, yang menyatakan Perjanjian tanpa balasan adalah batal kecuali: (a) ianya dalam bentuk bertulis dan didaftarkan; ianya dinyatakan secara bertulis dan didaftarkan di bawah undang-undang (jika ada) yang pada masa tersebut berkuatkuasa untuk pendaftaran dokumendokumen tersebut, dan dibuat atas dasar perasaan kasih sayang semula jadi di antara pihak-pihak yang mempunyai pertalian rapat antara mereka; atau

(b)

ianya suatu janji untuk memberi pampasan ke atas sesuatu yang telah dilakukan terlebih dahulu; ianya adalah suatu janji untuk membayar pampasan, secara keseluruhan atau sebahagian kepada seseorang yang telah secara sukarela berbuat sesuatu untuk pembuat janji, atau sesuatu yang pembuat janji bertanggungjawab untuk melakukannya di sisi undang-undang; atau

- 57 -

(c)

suatu janji untuk membayar hutang yang telah disekat oleh undangundang limitasi; ianya adalah janji, dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang menanggungnya atau oleh ejennya yang diberikan kuasa secara am atau khusus untuk maksud itu, untuk membayar keseluruhan atau sebahagian hutang yang mana pemiutang berkemungkinan menguatkuasakan tuntutannya jika sekiranya tidak dihalang oleh limitasi saman.

Pengecualian balasan untuk perjanjian atas dasar kasih sayang semulajadi mengikut Seksyen 26(a) mestilah:dinyatakan secara bertulis

(ii)
itu

didaftarkan menurut undang-undang (jika ada) pada masa

(iii) dibuat berdasarkan kasih sayang semulajadi di antara pihak-pihak yang


mempunyai perhubungan yang rapat di antara mereka Walau bagaimanapun takrif perhubungan yang rapat itu boleh berubah-ubah dalam setiap kumpulan masyarakat bergantung kepada adat kebudayaan masing-masing. Dalam kes Tan Soh Sim, Deceased, Re, Chan Lam Keong v Tan Saw Keong (1951) MLJ 21, suatu perjanjian telah dibuat oleh waris mendiang Puan Tan Soh Sim bahawa harta peninggalan beliau hendaklah dibahagikan di antara dua anak angkat perempuan dan dua anak angkat lelakinya sebagai memenuhi hasrat mendiang Puan Tan Soh Sim. Isu utama dalam kes ini ialah adakah anak lelaki angkat mempunyai hubungan yang rapat dengan ayah angkat atau ibu angkatnya? Mahkamah memutuskan isu tersebut berdasarkan adat resam masyarakat Cina iaitu anak angkat lelaki mempunyai hubungan rapat dengan ayah angkatnya sahaja dan bukan dengan keluarga ibu angkatnya. Oleh yang demikian dalam kes ini didapati tidak wujudnya hubungan yang rapat di antara pihak-pihak yang berjanji, maka dengan ketiadaan balasan serta tiadanya hubungan yang rapat, mahkamah memutuskan perjanjian di antara mereka adalah tidak sah.

- 58 -

Pengecualian kedua dinyatakan oleh Seksyen 26(b) iaitu janji untuk memberi pampasan keseluruhan atau sebahagian kepada seseorang yang telah berbuat sesuatu secara sukarela untuk pembuat janji. Perbuatan itu mestilah dilakukan secara sukarela dan bukan atas kehendak atau permintaan pembuat janji. Perkara ini dijelaskan oleh kes J.M Wotherspoon & Co. Ltd v Henry Agency House (1962) MLJ 86. Kedua-dua plaintif dan defendan telah bertindak sebagai ejen bagi pelbagai barangan. Plaintif merupakan firma dari England telah menyaman defendan iaitu firma dari Malaysia menuntut bayaran ganti rugi akibat pembeli di Malaysia yang tidak membuat bayaran. Mahkamah Tinggi mendapati bahawa terdapat janji oleh firma Malaysia (defendan) kepada firma England (plaintif) untuk membayar ganti rugi tetapi telah tidak disokong oleh balasan yang membolehkan mereka menguatkuasakannya di sisi undang-undang. Jadi, isu yang timbul dalam kes ini ialah sama ada tindakan yang dibuat lebih awal oleh firma plaintif iaitu membekalkan barangan dari England kepada firma defendan di Malaysia adalah merupakan suatu yang dilakukan secara sukarela? Mahkamah telah memutuskan bahawa plaintif bertindak mengikut cadangan defendan. Oleh itu tindakannya bukanlah sesuatu yang dilakukan secara sukarela. Maka, janji yang dibuat oleh firma defendan untuk membayar ganti rugi kepada firma plaintif tidak dapat dikuatkuasakan mengikut pengecualian Seksyen 26(b) kerana tindakan firma plaintif yang membekalkan barangan daripada England kepada firma defendan tidak dibuat secara sukarela tetapi adalah atas permintaan firma defendan. Pengecualian ketiga juga dinyatakan oleh Seksyen 64(b) iaitu janji untuk membayar pampasan kepada seseorang yang telah melakukan sesuatu yang pembuat janji bertanggungjawab dari segi undang-undang untuk melakukannya. Perkara ini dijelaskan oleh ilustrasi (d) dalam Seksyen 26 Akta Kontrak 1950 iaitu A menanggung anak B. B berjanji akan membayar balik semua perbelanjaan A dalam memelihara anak B. Ini merupakan kontrak. Ilustrasi ini menunjukkan bahawa A telah melakukan sesuatu yang merupakan tanggungjawab B dari segi undang-undang iaitu memelihara dan menjaga anak B yang sepatutnya dilakukan oleh B sendiri. Maka janji B untuk membayar A atas setiap sen yang telah dikeluarkannya merupakan janji yang sah dan mengikat dari segi undang-undang mengikut Seksyen 64(b) ini.

- 59 -

Pengecualian keempat dinyatakan oleh Seksyen 64(c) iaitu berkaitan dengan janji orang yang berhutang untuk membayar hutang yang telah pun luput masa untuk membuat tuntutan oleh orang yang memberi hutang (pemiutang). Jika si berhutang atau ejennya membuat perakuan secara bertulis untuk membayar keseluruhan atau sebahagian dari hutang yang telah luput masa untuk dibuat tuntutan oleh pemiutang, maka janji tersebut adalah sah dan boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang walaupun tanpa ada balasan daripada pemiutang. Balasan Yang Setimpal Balasan dengan nilai yang setimpal adalah tidak penting. Perkara ini dibuktikan oleh Penjelasan 2 dalam Seksyen 26 yang menyatakan Suatu perjanjian di mana persetujuan pembuat janji telah diberi secara sukarela tidak akan terbatal hanya kerana balasan adalah tidak mencukupi, akan tetapi ketidakcukupan balasan akan diambilkira oleh mahkamah dalam menentukan persoalan sama ada persetujuan pembuat janji telah diberikan dengan rela. Perkara ini diperjelaskan oleh ilustrasi (f) dalam seksyen yang sama yang memberikan contoh berikut: A bersetuju untuk menjual kudanya yang bernilai RM1000 pada harga cuma RM10. Persetujuan A kepada perjanjian telah diberikan dengan sukarela. Perjanjian tersebut merupakan kontrak yang sah sekalipun balasan yang diberikan tidak setimpal. Dalam kes Phang Swee Kim v Beh I Hock (1964) MLJ 383, respondan (Beh) bersetuju untuk melakukan pindah milik sekeping tanah kepada perayu (Phang) dengan bayaran RM500 apabila tanah itu dipecah bahagi walaupun sebenarnya tanah tersebut mempunyai nilai yang lebih tinggi. Responden kemudiannya telah memungkiri janji dengan mengatakan bahawa perjanjian tersebut tidak boleh dikuatkuasakan. Mahkamah yang lebih rendah telah membuat keputusan yang menyebelahi responden apabila menyatakan perjanjian itu tidak sah kerana balasan tidak setimpal. Perayu telah membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan yang kemudiannya telah memansuhkan keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang lebih rendah dengan menggunakan Penerangan 2 dan ilustrasi (f) Seksyen 26 Akta Kontrak 1950. Dalam penghakimannya, hakim Mahkamah Persekutuan menyatakan persetujuannya dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Hakim Westropp dalam kes dari India iaitu Kedari bin Ranu v

- 60 -

Atmarambat (1965-67) 3 BHCR II, 18, 19 yang menyatakan Balasan tidak setimpal apabila didapati bersama-sama dengan keadaan lain seperti penyembunyian nilai harta, salah nyata, fraud, kejutan, penindasan, keperluan segera wang, kelemahan persefahaman, ataupun kejahilan adalah faktor yang diambil kira oleh Mahkamah Ekuiti dalam memutuskan sama ada ia patut mengenepikan kontrak, atau enggan memerintahkan perlaksanaan spesifik kepada mereka. Dengan itu perayu telah memenangi kes ini apabila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan menyebelahinya dengan menyatakan bahawa balasan yang tidak mencukupi bukanlah alasan untuk menjadikan suatu perjanjian itu batal. Ketidakcukupan nilai balasan mestilah disertakan dengan keadaan-keadaan lain bagi membuktikan tiadanya kerelaan bebas dalam persetujuan oleh pembuat janji. Balasan Tidak Semestinya Datang Daripada Penerima Janji Berlainan dengan undang-undang Common Law England yang memerlukan balasan dibuat oleh penerima janji, undang-undang di Malaysia tidak menetapkan balasan perlu dibuat oleh penerima janji. Mana-mana pihak boleh melaksanakan balasan bagi pihak penerima janji. Ini dijelaskan oleh Seksyen 2(d) Akta Kontrak 1950 yang antara lain memperuntukkan bahawa Menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau sesiapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu. Perkara ini diperjelaskan oleh sebuah kes dari India iaitu Venkata Chinnaya v Verikataramaya (1881) I.L.R. 4 Mad 137 di mana dalam kes ini, seorang kakak telah bersetuju membayar anuiti sebanyak 653 rupee kepada adik beradik lelakinya yang tidak memberikan apa-apa balasan pada janji itu. Bagaimanapun, emak mereka telah memberikan beberapa bidang tanah dengan syarat si kakak mesti membayar anuiti kepada adik beradik lelakinya. Apabila si kakak gagal bayar anuiti, adik beradik lelakinya telah mendakwanya. Mahkamah memutuskan bahawa si kakak bertanggungjawab ke atas perjanjian tersebut dengan alasan terdapat balasan yang sah bagi janji itu walaupun ia datang dari pihak lain.

- 61 -

Pengetepian Pelaksanaan Seksyen 64 Akta Kontrak 1950 menyatakan setiap penerima janji boleh mengetepikan atau mengurangkan keseluruhan atau sebahagian daripada pelaksanaan janji yang dibuat kepadanya, atau boleh melanjutkan masa bagi pelaksanaan tersebut atau boleh menerima sebagai ganti sebarang perkara lain yang memuaskannya yang pada fikirannya adalah berpatutan. Seksyen ini memberikan tiga implikasi iaitu:(i) (ii) penerima janji boleh membebaskan atau mengurangkan sebahagian atau keseluruhan daripada pelaksanaan janji. penerima janji boleh melanjutkan masa untuk pelaksanaan janji. (iii) penerima janji boleh menerima sebagai ganti sebarang bentuk pemenuhan janji yang dia fikir berpatutan. Kes yang berkaitan ialah Karpa Singh v Bariam Singh (1966) 1 MLJ 38. Defendan (Bariam) berhutang kepada plaintif sebanyak RM8869.94. Anak lelaki defendan menulis surat kepada plaintif menawarkan RM4000 sebagai penyelesaian sepenuhnya ke atas hutang bapanya. Beliau telah mengirimkan cek dalam jumlah tersebut kepada plaintif dan mensyaratkan jikalau tidak bersetuju, plaintif dikehendaki memulangkan cek tersebut. Peguam plaintif telah menunaikan cek dan memegang wang tersebut. Seterusnya peguam plaintif cuba mendapatkan baki hutang tersebut dengan mengeluarkan notis kebankrapan terhadap defendan. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa penerimaan cek daripada anak defendan merupakan penyelesaian sepenuhnya hutang yang menghalang plaintif daripada menuntut baki hutang tersebut daripada defendan. Keputusan hakim ini dibuat dengan bersandarkan kepada Seksyen 64 serta ilustrasi (c) dalam seksyen yang sama, para pelajar disyorkan supaya memahami ilustrasi-ilustrasi yang disertakan dalam akta agar mendapat pemahaman yang lebih jelas. 2.4 NIAT UNTUK MEWUJUDKAN HUBUNGAN DI SISI UNDANG-UNDANG

Apakah niat?

- 62 -

Niat merupakan suatu yang sukar untuk ditentukan. Kita tidak berupaya untuk kenal pasti niat sebenar seorang individu sama ada melalui kata-katanya mahupun melalui perbuatannya. Akta Kontrak 1950 juga tidak mempunyai peruntukan jelas mengenai keperluan elemen niat dalam mewujudkan suatu kontrak yang sah. Walau bagaimanapun jika kita perhatikan dalam Seksyen 2(a) terdapat keadaan dengan maksud manakala dalam Seksyen 2(d) pula mengandungi perkataan kehendak, kedua-dua seksyen tersebut secara amnya menekankan eleman niat perlu ada dalam mewujudkan kontrak yang mengikat. Oleh itu untuk menentukan sama ada terdapat niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang di kalangan pihak-pihak yang berkontrak, mahkamah selalunya akan melihat kepada bentuk perjanjian sama ada ianya perjanjian domestik (kekeluargaan) atau perjanjian komersial. Perjanjian domestik atau kekeluargaan di antara suami isteri, adik beradik, saudara-mara, anak-ibu, anak-bapa dan juga di antara rakan-rakan selalunya dianggap tidak disertai dengan niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang. Namun demikian anggapan ini boleh disangkal jika fakta kes atau bukti-bukti menunjukkan sebaliknya. Perjanjian komersial pula melibatkan urusanurusan perniagaan antara dua atau lebih pihak. Anggapan umum ialah perjanjian jenis ini sememangnya disertai dengan niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undangundang. Namun demikian jika terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya maka mahkamah boleh menentukan sama ada ianya perjanjian yang mengikat atau tidak. Perjanjian Domestik Seperti yang dinyatakan sebelum ini, perjanjian domestik adalah dianggap tidak disertakan dengan niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang. Namun demikian anggapan ini tidaklah terpakai kepada semua kes. Terdapat kes-kes dalam perjanjian domestik yang diputuskan oleh mahkamah sebagai mempunyai niat untuk mewujudkan perhubungan di sisi undang-undang. Semuanya bergantung kepada faktafakta dan bukti-bukti dalam setiap kes. Dalam kes Balfour v Balfour (1919) 2 KB 571, defendan iaitu si suami merupakan seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Ceylon. Semasa kedua-dua mereka balik

- 63 -

bercuti di England, si isteri mengalami masalah kesihatan dan tidak dapat mengikut si suami pulang ke Ceylon. Si suami telah berjanji untuk memberikan kepada si isteri sebanyak 30 sebulan sebagai perbelanjaan selama masa mereka tinggal berjauhan. Apabila si suami gagal membayar, si isteri telah membuat tuntutan di mahkamah. Mahkamah memutuskan bahawa tidak ada niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang. Oleh itu tindakan isteri telah gagal. Dalam kes ini Ketua Hakim Atkin telah menyatakan Adalah perlu diingat bahawa sesetengah perjanjian tidak boleh dianggap sebagai kontrak yang sah di sisi undang-undang. Contohnya adalah seperti bilamana dua pihak bersetuju untuk berjalan bersama ataupun adanya tawaran dan penerimaan berkaitan layanan baik (hospitality). Salah satu bentuk biasa perjanjian yang tiada niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang ialah perjanjian yang dibuat diantara suami dan isteri ... Dalam kes Jones v Padavatton (1969) 2 AII ER 616, plaintif (Jones) telah berjanji dengan defendan (Padavatton) yang juga anak perempuannya, jika defendan berpindah ke England dan mengikuti pengajian dalam jurusan undang-undang, plaintif akan memberikan elaun bulanan. Defendan telah berbuat seperti yang plaintif minta dalam tahun 1962. Pada tahun 1964, plaintif telah membeli sebuah rumah di London. Sebahagian rumah tersebut didiami defendan manakala sebahagian lagi disewakan dan duit sewaan diberikan kepada defendan sebagai elaun bulanan. Pada tahun 1967 plaintif dan defendan berbalah dan plaintif telah mengambil tindakan mahkamah untuk menuntut pemilikan rumah tersebut. Mahkamah telah memutuskan perjanjian di antara ibu dan anak perempuan ini sebenarnya tidak mempunyai niat untuk mewujudkan perhubungan di sisi undang-undang. Kes-kes berikut adalah bertentangan dengan andaian umum bahawa perjanjian domestik tidak mempunyai niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang. Dalam kes Merrit v Merrit (1970) 2 AII ER 760, si suami meninggalkan rumah. Rumah tersebut adalah atas nama bersama suami dan isteri, dan dicagarkan kepada building society. Si suami meninggalkan rumah dan isterinya untuk hidup dengan perempuan lain. Si suami dan si isteri berjumpa dan berbincang dalam kereta si suami yang mana si suami bersetuju untuk membayar kepada isterinya 40 sebulan dengan persetujuan bahawa si isteri mesti membayar baki pinjaman rumah mereka. Si isteri enggan

- 64 -

meninggalkan kereta selagi si suami tidak merekodkan persetujuan tersebut secara bertulis dan si suami menulis dan tandatangan di atas sehelai kertas yang menyatakan sebagai balasan ke atas pembayaran yang anda lakukan berkaitan dengan rumah ... sehingga masa pembayaran ansuran rumah selesai, saya bersetuju untuk menyerahkan harta tersebut di bawah milikan penuh anda. Selepas si isteri menjelaskan kesemua baki pinjaman, si suami telah enggan memindah hak milik secara keseluruhan kepada si isteri. Mahkamah rayuan telah memutuskan bahawa pihak-pihak yang terlibat mempunyai niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang dan tindakan saman oleh si isteri terhadap si suami atas perlanggaran kontrak adalah dibenarkan. Dalam kes Simpskin v Pays (1955) 3 AII ER10, defendan (Pays) memiliki sebuah rumah yang didiami bersama dengan Miss X, cucu perempuannya dan plaintif (Simpskin) seorang penyewa. Mereka bertiga secara bersama setiap minggu, mengambil bahagian dalam peraduan yang dianjurkan oleh akhbar mingguan. Penyertaan telah dibuat atas nama defendan tetapi tiada peraturan berkaitan dengan bayaran pos dan lain-lain perbelanjaan. Penyertaan yang mereka hantar telah berjaya dan defendan telah mengambil hadiah bernilai 750. Plaintif menuntut 1/3 bahagian untuknya tetapi telah ditolak oleh defendan dengan alasan bahawa tiada niat untuk mewujudkan hubungan undang-undang, hanya keseronokan persahabatan. Hakim Sellers memberikan penghakiman yang berpihak kepada plaintif. Hakim bersetuju bahawa terdapat banyak pergaulan kekeluargaan di mana kenyataan-kenyataan yang dibuat tidak mewujudkan kontrak tetapi dalam kes ini, hakim berpendapat bahawa wujudnya kepentingan bersama dalam persiapan pihak-pihak yang terlibat. Ia adalah usaha bersama di mana setiap seorang menyumbang dengan jangkaan untuk berkongsi hadiah yang dimenangi. Perjanjian Komersial Anggapan umum bahawa dalam setiap perjanjian komersial disertakan dengan niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang. Adakah anggapan ini terpakai untuk semua kes dan keadaan? Kita lihat dalam kes berikut:Dalam kes Rose & Frank Co. v JR Crompton & Bros Ltd. (1925) AL 445, plaintif (Rose & Frank Co.) adalah sebuah firma di New York yang terlibat dalam

- 65 -

perusahaan berkaitan dengan carbonizing papers. Defendan (JR Crompton & Bros. Ltd.) adalah pengeluar bahan-bahan tersebut di England. Pada Julai 1913, mereka membuat persetujuan bertulis di mana defendan memberikan plaintif hakhak tertentu untuk menjual produk-produk mereka di US dan Kanada untuk tempoh tiga tahun dengan pilihan boleh menyambung tempoh tersebut. Perjanjian tersebut mempunyai klausa yang dipanggil sebagai klausa ikrar kehormat (Honorable pledge clause) yang menyatakan: Persetujuan ini adalah tidak termasuk malahan tidak merupakan memorandum bertulis sebagai suatu yang rasmi atau perjanjian undang-undang, dan tidak akan tertakluk kepada bidang kuasa undang-undang dalam mana-mana mahkamah undang-undang sama ada di US atau England, tetapi hanyalah suatu pernyataan tertentu dan rekod berkaitan tujuan dan niat pihak-pihak yang berkaitan yang mana setiap daripada mereka secara terhormat mengikat diri mereka. Persetujuan di antara mereka dilanjutkan sehingga 1920. Tetapi pada 1919 defendan telah menamatkan persetujuan tersebut tanpa memberikan notis yang sepatutnya, seperti mana yang tersebut dalam persetujuan. Mereka selanjutnya enggan melaksanakan pesanan-pesanan yang diterima sebelum tarikh penamatan persetujuan plaintif menyaman defendan di atas:1. 2. kerugian pelanggaran persetujuan, dan ketiadaan barangan seperti mana yang dipesan

Mahkamah memutuskan bahawa tidak wujud niat di sisi undang-undang dengan sebab adanya klausa tersebut. Jadi plaintif tiada asas untuk menyaman defendan atas sebab pelanggaran kontrak. Untuk yang kedua, mahkamah melihat pesanan-pesanan yang dibuat adalah berasingan daripada perjanjian 1913 dan memutuskan bahawa pesananpesanan tersebut telah diterima oleh defendan dan wajiblah dipatuhi. Daripada fakta dan bukti kes ini, dapatlah kita simpulkan bahawa meskipun perjanjian komersial di andaikan termuat di dalamnya niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang, andaian ini boleh disangkal jika dalam perjanjian tersebut terdapat

- 66 -

kenyataan yang jelas dan pasti bahawa kedua-dua pihak tidak berniat mengadakan suatu hubungan yang mengikat. Kebiasaannya mahkamah akan melihat fakta-fakta kes untuk menentukan sama ada wujud niat untuk menjalinkan hubungan di sisi undang-undang di antara pihak-pihak yang berkontrak tidak kira sama ada ianya perjanjian yang bersifat domestik ataupun komersial. 2.5 KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Di samping elemen-elemen penting kontrak seperti cadangan, penerimaan, balasan serta niat untuk mewujudkan perhubungan di sisi undang-undang, pihak-pihak yang berkontrak mestilah mempunyai keupayaan untuk berkontrak. Seksyen 11 Akta Kontrak 1950 menyatakan setiap orang adalah layak membuat kontrak sekiranya ia dewasa menurut undang-undang yang ia tertakluk, dan sekiranya ia berakal sempurna, dan tidak hilang kelayakan untuk membuat kontrak menurut manamana undang-undang yang mana ia tertakluk. Daripada Seksyen 11 tadi dapat kita simpulkan bahawa untuk mempastikan seseorang itu layak atau berkeupayaan untuk berkontrak, beliau mestilah: (i) Dewasa mengikut Akta Umur Dewasa 1971 takrifan dewasa di Malaysia ialah apabila mencapai umur 18 tahun. Berakal sempurna tidak gila, tidak terencat akal dan lain-lain.

(ii) (iii)

Tidak hilang kelayakan atas sebab muflis dan sebagainya. Keupayaan Umur Dewasa Berdasarkan Seksyen 11 kontrak yang dibuat oleh kanak-kanak adalah batal kerana tidak mempunyai keupayaan untuk berkontrak. Dalam kes Tan Hee Juan v Teh Boon Keat (1934) MLJ 96, plaintif adalah seorang kanak-kanak. Beliau telah memindah milik tanah kepunyaannya kepada pihak lain. Setelah pindah milik tersebut di sempurnakan, plaintif memohon melalui wakilnya agar pindah milik tersebut dibatalkan. Mahkamah

- 67 -

telah memutuskan bahawa pindah milik tersebut adalah batal dan tanah tersebut dikembalikan kepada plaintif. Hakim menyatakan bahawa Majlis Privy telah memutuskan bahawa kesan Seksyen 10 dan 11 Akta Kontrak India (melalui kes Mohori Bibee v Dhurmodas Ghose [1903] I.L.R 30 Cal. 539) ialah kanak-kanak tidak boleh membuat kontrak dan kontrak yang dibuat oleh kanak-kanak bukan sahaja boleh batal tetapi batal..... keputusan Majlis Privy adalah mengikat mahkamah ini dan dengan demikian adalah tidak diragui bahawa pindah milik tersebut adalah batal. Walaupun terdapat sekatan ke atas kanak-kanak dari berkontrak, namun dalam beberapa keadaan tertentu, kanak-kanak dibenarkan membuat kontrak contohnya kontrak perkahwinan, kontrak keperluan hidup, kontrak biasiswa dan kontrak insuran. Kontrak Perkahwinan Kanak-kanak yang di bawah umur dewasa boleh memasuki kontrak perkahwinan dan kontrak tersebut adalah sah serta dapat dikuatkuasakan di mahkamah. Dalam kes Rajeswary & Anor v Balakrishnan & ors (1958) 3 MC 178, kedua-dua plaintif dan defendan adalah berketurunan Ceylon yang beragama Hindu. Plaintif telah ditunangkan dengan defendan dan perjanjian untuk berkahwin telah dibuat. Tidak lama kemudian, defendan telah memungkiri janji. Plaintif telah menuntut ganti rugi dan meminta semua hadiah dikembalikan. Pihak defendan enggan berbuat demikian atas alasan bahawa kontrak perkahwinan tersebut adalah tidak sah kerana semasa kontrak dibuat plaintif tidak berkeupayaan untuk berkontrak kerana masih di bawah umur. Mahkamah telah memutuskan bahawa kontrak perkahwinan adalah sah dan dapat dikuatkuasakan walaupun pihak-pihak yang terlibat adalah kanak-kanak. Ini adalah kerana kontrak perkahwinan termasuk dalam pengecualian kepada prinsip am bahawa kanak-kanak tidak boleh membuat kontrak. Kontrak Keperluan Hidup Seksyen 69 Akta Kontrak 1950 menyatakan jika seseorang yang tidak berdaya membuat kontrak, atau sesiapa yang terikat di sisi undang-undang untuk menanggung, dibekalkan oleh seorang lain dengan keperluan yang sesuai dengan keadaan hidupnya, maka orang yang membekalkan sedemikian berhak dibayar ganti dari harta orang yang

- 68 -

tidak berdaya itu. Menurut Seksyen 69 keperluan yang dibekalkan kepada kanak-kanak mestilah yang sesuai dengan keperluan hidupnya. Dalam kes Nash v Inman (1908) 2 KB 1, defendan (Inman) merupakan seorang pelajar Universiti Cambridge, beliau telah menempah 11 helai waistcoat daripada plaintif (Nash) iaitu seorang tukang jahit. Defendan telah gagal mengambil pakaian tersebut dan menyebabkan plaintif menyaman beliau untuk mendapatkan pembayaran. Mahkamah memutuskan bahawa defendan telah dibekalkan dengan keperluan pakaian yang secukupnya mengikut keadaan hidupnya, pada pandangan Mahkamah, 11 helai waistcoat yang telah ditempah oleh defendan bukan merupakan barangan yang diperlukan oleh beliau. Maka tuntutan plaintif telah tidak berjaya. Kontrak Biasiswa Disebabkan kes Gurcharan Singh, kerajaan telah membuat pindaan secara khusus pada tahun 1976 untuk menangani persoalan perjanjian pemberian biasiswa kepada para pelajar yang masih di bawah umur. Seksyen 4(a) Akta Kontrak (pindaan) 1976 menyatakan Tanpa mengambil kira apa-apa yang bertentangan yang terkandung di dalam Akta asal, tiada perjanjian biasiswa akan menjadi tidak sah atas alasan bahawa pelajar yang membuat perjanjian belum mencapai umur dewasa. Implikasi Seksyen ini ialah suatu perjanjian biasiswa adalah sah dan mengikat walaupun pihak-pihak kepada kontrak tersebut masih lagi belum mencapai umur dewasa. Dalam kes kerajaan Malaysia v Gurcharan Singh & Ors (1971) 1 MLJ 211, defendan telah diberikan biasiswa oleh kerajaan Malaysia untuk melanjutkan pelajaran. Mengikut perjanjian biasiswa, defendan dikehendaki berkhidmat dengan kerajaan Malaysia untuk tempoh lima tahun selepas menamatkan pengajiannya. Defendan melanggar perjanjian tersebut apabila beliau hanya berkhidmat untuk tempoh tiga tahun sepuluh bulan sahaja. Kerajaan Malaysia mengambil tindakan undang-undang terhadap defendan dan penjamin-penjaminnya bagi menuntut sejumlah RM 11500. Hakim Chang Min Tat semasa membuat keputusan telah merujuk kepada kes Inggeris Chapple v Cooper (1884) 13 M & W 252 yang memutuskan bahawa di antara keperluan bagi kanak-kanak adalah makanan dan pakaian. Selain daripada itu, pelajaran juga merupakan keperluan kepada kanak-kanak supaya mereka menjadi rakyat yang berguna. Defendan telah

- 69 -

diarahkan membayar balik biasiswa yang dituntut kerana pendidikan merupakan satu keperluan hidup untuk kanak-kanak. Kontrak Insuran Akta Insuran 1963 (semakan 1972) menyenaraikan keadaan-keadaan di mana kanakkanak boleh membuat kontrak insuran untuk menginsurankan diri dan harta dari apaapa keadaan luar jangka. Seorang kanak-kanak dibenarkan membuat kontrak sekiranya dia berusia 10 tahun ke atas. Namun demikian, keizinan bertulis dari penjaganya adalah diperlukan sekiranya kanak-kanak tersebut berusia dibawah 16 tahun. Salah Nyata Umur Bagaimana pula keadaannya jika seoarang kanak-kanak memperdayakan pihak lain untuk percaya bahawa beliau telah mencapai umur dewasa dan memasuki kontrak dengannya? Dalam Comman Low adalah jelas bahawa kanak-kanak tidak bertanggungjawab dalam apa-apa bentuk helah sekiranya dia melalui salah nyata palsu telah mendorong seorang untuk membuat kontrak dengannya. Perkara ini dijelaskan oleh kes Natesan v Thanaletchumi & Anor ( 1952) MLJ 1, mahkamah telah memutuskan bahawa kanak-kanak yang telah mempengaruhi atau memperdayakan orang lain untuk berkontrak dengannya melakukan penipuan mengenai umurnya, tidak dihalang dari membatalkan kontrak tersebut. Begitu juga dalam kes Mohamad Syedol Ariffin v Yeoh Ooi Gark (1916) 2 AC 575, seorang pemberi pinjaman telah membuat tuntutan ke atas seorang kanak-kanak yang diberi pinjaman. Mahkamah memutuskan bahawa tindakan undang-undang tidak boleh diambil terhadap kanak-kanak yang menipu umurnya. Keupayaan Berakal Sempurna Seksyen 12(1) menyatakan seseorang adalah dikatakan berakal sempurna untuk berkontrak jika pada masa ia membuat kontrak itu, ia berupaya memahami kontrak yang diperbuatnya dan berkeupayaan membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya. Implikasi daripada Seksyen 12(1) di atas ke atas keupayaan berakal sempurna untuk berkontrak ialah:-

- 70 -

(i) (ii)

Pada masa membuat kontrak, beliau memahami kontrak yang dibuat. Boleh membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan kontrak atas kepentingannya.

Seksyen 12(2) pula ialah berkaitan dengan kebenaran ke atas seseorang yang tidak berakal sempurna boleh membuat kontrak pada masa beliau berakal sempurna manakala Seksyen 12(3) pula ialah berkaitan larangan ke atas orang yang lazimnya berakal sempurna untuk membuat kontrak pada masa ia tidak berakal sempurna. Mengikut prinsip am, semua kontrak yang dibuat oleh orang yang tidak sempurna akal boleh dibatalkan atas opsyen orang itu sendiri dengan syarat pihak yang satu lagi mengetahui tentang keadaan ketidaksempurnaan akalnya. Dalam kes Asia Commercial Finance (M) Bhd. v Yap Bee Lee & Ors (1991) 1 CLJ 271, mahkamah memutuskan bahawa sekiranya defendan yang tidak sempurna akal itu ingin membatalkan kontraknya dengan pihak plaintif, defendan hendaklah membuktikan bahawa beliau tidak sempurna akal dan plaintif mengetahui keadaan tersebut semasa kontrak dibuat. Manakala dalam kes Che Som bt Yip & Ors v Maha Pte Ltd. & Ors (1989) 3 MLJ 469, mahkamah memutuskan bahawa pihak bank tidak mengetahui ia berurusan dengan orang yang tidak sempurna akal semasa plaintif menandatangani perjanjian gadaian. Oleh itu, kontrak di antara kedua-dua pihak adalah sah. Daripada kes-kes yang dibincangkan di atas, kita boleh rumuskan bahawa bebanan untuk membuktikan ketidakupayaan akal terletak pada pihak yang ingin membatalkan kontrak atas alasan tidak sempurna akal. Pihak tersebut mestilah membuktikan dua perkara berikut:(i) (ii) ia tidak sempurna akal semasa berkontrak. pihak yang satu lagi mengetahui fakta bahawa ia tidak sempurna akal semasa kontrak dibuat.

- 71 -

Keupayaan Dari Segi Tidak Hilang Kelayakan Untuk Berkontrak Seksyen 11 juga memperuntukkan bahawa seseorang yang ingin membuat kontrak mestilah seseorang yang tidak hilang kelayakan akibat ditegah oleh mana-mana undang-undang secara khusus untuk berkontrak. Hilang kelayakan akibat ditegah oleh undang-undang ini bermaksud pihak yang diiktiraf oleh undang-undang sebagai tidak lagi layak untuk terlibat dalam sebarang urusniaga dan kontrak seperti mereka yang diisytiharkan muflis. 2.6 KETENTUAN

Untuk mewujudkan suatu kontrak yang sah, bahasa yang digunakan mestilah jelas, syarat-syarat kontrak mestilah boleh ditentukan dengan pasti dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Seksyen 30 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan bahawa Perjanjianperjanjian yang mana maknanya tidak nyata atau tidak berupaya untuk ditentukan adalah batal. Implikasi Seksyen ini ialah hanya perjanjian yang mempunyai makna yang jelas, dan boleh ditentukan maksudnya sahaja yang akan menjadi sah dan boleh dikuatkuasakan sebagai kontrak yang mengikat. Faktor Yang Menentukan Ketentuan Terdapat dua faktor dalam menentukan sesuatu perjanjian itu mempunyai ketentuan atau tidak, iaitu:(i) (ii) bahasa yang digunakan persetujuan berkaitan perkara utama perjanjian

Apabila sesuatu perjanjian itu mengandungi bahasa yang kabur atau makna yang samar, perjanjian tersebut adalah batal. Suatu perjanjian juga boleh menjadi batal sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan mengenai perkara pokok atau syarat utama dalam perjanjian tersebut. Dalam kes Karuppan Chetty v Suah Thian (1916) 1FMSLR 300, suatu perjanjian pajakan telah dibuat di mana kadar pajakan ialah

- 72 -

sebanyak RM35 sebulan, manakala tempoh pajakan pula dinyatakan sebagai seberapa lama yang disukai. Mahkamah memutuskan bahawa perjanjian tersebut adalah batal kerana tempoh masa pajakannya tidak boleh ditentukan. Untuk lebih memahami berkaitan dengan isu ketentuan ini elok sekiranya para pelajar dapat mengikuti ilustrasiilustrasi yang diberikan di bawah Seksyen 30 Akta Kontrak 1950. Kita perhatikan sebahagian dari ilustrasi yang diberikan:Ilustrasi A A bersetuju untuk menjual kepada B 100 tan minyak. Tiada apa-apa yang boleh menunjukkan jenis minyak yang dimaksudkan. Perjanjian adalah batal akibat tiada ketentuan. Ilustrasi C A, seorang pembekal minyak kelapa bersetuju untuk menjual kepada B 100 tan minyak. Jenis perniagaan A boleh memberikan petunjuk mengenai makna perkataan, dan A memasuki kontrak untuk menjual 100 tan minyak kelapa. Perjanjian ini adalah tertentu dan sah di sisi undang-undang. Ilustrasi F A bersetuju untuk menjual kepada B kuda putih saya untuk RM500 atau RM1000. Tiada apa-apa yang boleh menunjukkan yang mana satu di antara dua harga tersebut yang diberikan oleh A sebagai harga jualan. Perjanjian ini batal. Ketentuan merupakan syarat untuk sesuatu perjanjian menjadi sah. Sekiranya bahasa yang digunakan dalam perjanjian itu kabur, tidak jelas atau mengelirukan maka perjanjian tersebut disifatkan sebagai tidak mempunyai ketentuan dan batal. Begitu juga sekiranya kedua-dua pihak kepada perjanjian tidak atau gagal bersetuju mengenai perkara utama perjanjian, maka perjanjian tersebut juga batal. Oleh itu adalah penting apabila kita membuat draf kontrak, bahasa yang digunakan mestilah jelas dan tepat serta interpretasi berkaitan dengan perkara utama perjanjian mestilah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

- 73 -

2.7

KERELAAN BEBAS

Prinsip am menetapkan bahawa sesuatu kontrak hanya akan menjadi sah sekiranya ia dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang berkontrak, tanpa ada apa-apa tekanan daripada mana-mana pihak. Seksyen 10(1) Akta Kontrak 1950 menegaskan bahawa semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah dan dengan tujuan yang sah dan tidak ditetapkan dengan nyata dibawah peruntukan akta ini bahawa ianya batal. Apakah yang membentuk kerelaan? Kerelaan itu ditakrifkan oleh Seksyen 13 sebagai dua atau lebih pihak dikatakan sebagai berkerelaan apabila mereka bersetuju mengenai perkara yang sama dalam pengertian yang sama. Kerelaan bebas dikatakan wujud apabila tidak terdapatnya unsur-unsur seperti yang digariskan dalam Seksyen 14 yang menyatakan kerelaan dikatakan bebas apabila ianya tidak disebabkan oleh:(a) (b) (c) (d) (e) paksaan, sebagaimana yang ditakrifkan oleh Seksyen 15; pengaruh yang tidak wajar sebagaimana yang ditakrifkan oleh Seksyen 16; fraud, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Seksyen 17; salah nyata, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Seksyen 18; atau khilaf (kesilapan), tertakluk kepada Seksyen 21, 22 dan 23.

2.8 TUJUAN YANG SAH Semua perjanjian untuk menjadi kontrak yang sah dan mengikat di sisi undang-undang mestilah terlebih dahulu mempunyai tujuan yang sah di sisi undang-undang. Perjanjian yang mempunyai tujuan yang tidak sah disisi undang-undang adalah dianggap sebagai perjanjian haram (illegal contract). Peruntukan mengenai perjanjian yang menyalahi undang-undang ini terkandung dalam Seksyen 24 yang menyatakan balasan atau tujuan suatu perjanjian itu adalah sah di sisi undang-undang, kecuali:(a) (b) ianya diharamkan di sisi undang-undang; ianya bersifat sedemikian rupa, jika dibenarkan, akan mengecewakan peruntukan mana-mana undang-undang;

- 74 -

(c) (d) (e)

ianya merupakan fraud; ianya memudaratkan orang atau harta orang lain; atau mahkamah menganggap ianya sebagai tidak bermoral atau bertentangan dengan dasar awam.

Dalam setiap kes di atas, balasan atau tujuan suatu perjanjian dikatakan sebagai menyalahi undang-undang. Setiap perjanjian yang mempunyai tujuan atau balasan yang menyalahi undang-undang adalah batal. Dalam kes Hee Cheng v Krishnan (1955) MLJ 103, plaintif telah menuntut pelaksanaan spesifik, ataupun sebagai alternatif ganti rugi kerana defendan telah memungkiri kontrak. Mengikut kontrak, defendan bersetuju menjualkan sebuah rumah yang telah dibina olehnya di atas tanah yang bertaraf lesen menduduki sementara (TOL:Temporary Occupancy License). Mahkamah memutuskan bahawa kontrak jualan rumah itu adalah bertentangan dengan peraturan 41, Kanun Tanah 1930. Oleh yang demikian, Hakim Thomas telah memutuskan bahawa kontrak tersebut tidak sah di bawah Seksyen 24 Akta Kontrak 1950. Hakim menyatakan lagi, jika kontrak itu dibenarkan ia akan melanggar peruntukan undang-undang yang berkaitan. Asas pembatalan kontrak ini ialah kerana ia bertentangan dengan undangundang tanah yang melarang sebarang urusan pindah milik tanah yang berstatus lesen menduduki sementara.

- 75 -