Anda di halaman 1dari 11

UNIT 8 SEWA BELI

UNIT 8

SEWA BELI

OBJEKTIF

tif am : Mempelajari dan memahami perkara-perkara di


bawah urusniaga sewabeli.

bjektif khusus : Di akhir unit ini, anda


sepatutnya dapat :

Menyatakan maksud sewabeli.


a.

b. Menerangkan hak dan tanggungan pemilik


dan penyewa.
c. Menjelaskan perjanjian sewabeli yang
ditamatkan lebih awal.
d. Menerangkan penarikan balik barangan
sewabeli.

1. PENGENALAN

Undang-undang yang berhubung dengan sewabeli dalam negara ini dikuasai oleh Akta
Sewabeli 1967 dan Akta Sewabeli 1976 (pindaan). Sewabeli telah didefinisikan dalam
Seksyen 2(1) seperti berikut :
Perjanjian sewabeli termasuk penyewaan barang-barang dengan suatu opsyen untuk
membeli dan suatu perjanjian bagi pembelian barang-barang menerusi ansuran (samada
perjanjian itu menghuraikan ansurannya sebagai sewaan atau sewa atau sebaliknya).

URUSNIAGA DI BAWAH SEWABELI


Di dalam konteks sewabeli, banyak perkara-perkara yang harus diketahui sebelum sesuatu
urusniaga sewabeli dilakukan. Perkara-perkara tersebut adalah seperti yang dinyatakan di
bawah.
a. Barang-barang di bawah sewabeli.
Akta Sewabeli 1967 hanya melindungi sejumlah barang-barang yang disenaraikan di dalam
jadual pertama. Ini termasuklah:
i. semua barang-barang pengguna seksyen 21 ASB 1967.
ii. Kenderaan bermotor.

Cuba teka adakah saya boleh dibeli melalui perjanjian sewabeli?


Haaa.. tentulah tidak boleh!!!
b. Perjanjian sewabeli
Seksyen 4A ASB 1967 menyatakan perjanjian mestilah dibuat secara bertulis dan hendaklah
lengkap dan jelas serta mestilah bertaip. Sekiranya perjanjian tersebut kabur atau tidak dapat
dibaca, ia dianggap tidak sah dan ini menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 4A(3) ASB
1967.
Kandungan perjanjian sewabeli juga perlu mematuhi Seksyen 4C ASB 1967. Ini
termasuklah:
Tarikh penyewaan bermula;
Bilangan bayaran ansuran;
Amaun bayaran ansuran, kepada siapa bayaran dibuat dan tempat pembayaran;
Masa pembayaran;
Perihal barangan yang disewa;
Alamat barang sewaan disimpan;

Beberapa perkara di dalam perjanjian sewabeli perlu dinyatakan di dalam jadual seperti yang
dikehendaki oleh Seksyen 4C(c). Ini termasuklah;
Harga tunai barang;
Deposit;
Caj penghantaran;
Bayaran pendaftaran barang;
Insuran;

Perjanjian adalah sah apabila ia mematuhi setiap peruntukan ASB 1967 dan telah
ditandatangani oleh pihak-pihak atau wakil pihak-pihak yang berkontrak (Seksyen 4B ASB
1967). Walaubagaimanapun, pindaan boleh dilakukan dengan persetujuan pihak-pihak yang
berkontrak dengan menandatangani pindaan di dalam perjanjian tersebut (Seksyen 39 ASB
1967).

Adalah juga menjadi kewajipan oleh pemilik untuk menghantar satu salinan perjanjian
kepada penyewa di dalam masa 14 hari selepas perjanjian dibuat. (Seksyen 5(1) ASB 1967).

c) Harga sewabeli
Seksyen 2 ASB 1967 menyatakan bahawa maksud harga sewabeli ialah harga penuh
yang perlu dijelaskan oleh penyewa di bawah perjanjian sewabeli. Ia merangkumi wang
pendahuluan, ansuran, dan juga faedah yang dikenakan. Selalunya ia akan melebihi harga
tunai barang yang disewa.

d) Syarat dan Waranti


Terma-terma perjanjian sewabeli terdiri daripada syarat ataupun waranti.
Rajah 8.1 menerangkan dengan lebih lanjut mengenai syarat dan waranti.
Maksud

Syarat ~ penting dan ditentukan dalam kontrak


Waranti ~ syarat yang tidak penting dan tidak
ditentukan dalam kontrak.
Pelanggaran
nya

Syarat ~ membolehkan pihak yang mengalami


kerugian membatalkan perjanjian.

Waranti ~ tidak membolehkan mana-mana pihak


yang mengalami kerugian membatalkan
perjanjian tetapi boleh menuntut
gantirugi daripada pemecahan waranti.

Rajah 8.1 : Maksud dan kesan pelanggaran syarat dan waranti.

Faham tak sekarang? Kalau masih tak jelas baca keterangan di bawah.

Syarat-syarat dan waranti tersirat perjanjian sewabeli

Beberapa syarat dan waranti adalah tersirat di dalam perjanjian sewabeli di bawah Seksyen 7
ASB 1967. Syarat-syarat dan waranti-waranti tersirat ini tidak boleh diubah melainkan untuk
barangan terpakai yang mempunyai kualiti boleh niaga dan sesuai untuk digunakan.

Syarat-syarat dan waranti-waranti tersirat tersebut adalah berkaitan dengan;


1. Hakmilik Barangan;
2. Kualiti dagangan;
3. Tujuan barangan disewa.

i) Hakmilik barangan.

ASB Penerangan Seksyen


1967
Seksyen Pemilik barang mempunyai hak untuk menjual barang yang terdapat pada
7(1) penyewa pada bila-bila masa. Jika pemilik melanggar perjanjian dengan
menjual barang yang disewa dalam tempoh sewaan, penyewa berhak untuk
mendapat kembali duit bayaran sewanya. Contoh kes Public Finance Bhd lwn
Ehwan Bin Saring dimana mahkamah memutuskan bahawa surat hak milik
perlu ada pada pemilik sebaik sahaja perjanjian dibuat. Pindahan hak milik
hanya boleh dibuat setelah semua bayaran dibuat.
Seksyen waranti tersirat berkaitan hak penyewa untuk memiliki barangan dengan
7(1)(a) aman tanpa gangguan.
Seksyen syarat tersirat bahawa pemunya atau tuan punya mempunyai hak untuk
7(1)(b) menjual pada masa barang-barang tersebut dilepaskan kepada penyewa.
Seksyen Waranti tersirat bahawa barangan adalah bebas daripada apa-apa gadaian atau
7(1) (c ) bebanan bagi pihak ketiga pada masa harta itu dilepaskan.

ii) Kualiti dagangan


ASB Penerangan
1967
Seksyen Menjadi syarat tersirat bahawa barang-barang yang disewa atau dijual mestilah
7(2) mempunyai kualiti dagangan atau kualiti boleh niaga iaitu mempunyai nilai
untuk dijual kembali dan barang tersebut tidak mengalami sebarang kecacatan.
Syarat ini tidak akan terpakai sekiranya :
a. penyewa telah memeriksa barangan tersebut
b. barang tersebut adalah barangan terpakai dan barangan terpakai itu telah
dinyatakan di dalam perjanjian sebagai :
barang itu adalah barangan terpakai
syarat dan waranti yang menyentuh kelayakan dan kesesuaian
barangan tersebut telah dinegatifkan secara nyata dan pernyataan itu
telah dibawa ke pengetahuan penyewa dan penyewa secara bertulis
telah mengiktirafnya.
Contoh kes Trader Finance Corp Ltd lwn Romlee & Anor di mana
mahkamah memutuskan di dalam perjanjian mestilah menyatakan
bahawa barangan itu adalah terpakai.

c. Tujuan barang disewa

Seksyen7(3) ASB 1967 memperuntukkan berkaitan syarat termaklum bahawa barang yang diberikan
oleh pemilik adalah sesuai dan memenuhi tujuan yang sepatutnya.
Contoh kes Lau Hee Teah lwn Hargill Engineering di mana agen syarikat pemilik telah
melawat penggunaan barang di tempat penyewa dan mendapati ia telah digunakan menepati
dengan tujuan dan fungsi barang itu.

AKTIVITI 8a
1. Apakah yang dimaksudkan dengan sewabeli ? Berikan seksyen yang terlibat.

1. Tanpa perjanjian, kontrak sewabeli adalah tidak sah. Nyatakan apakah sebahagian
kandungan penting di dalam perjanjian sewabeli tersebut?

3. Jelaskan kandungan seksyen 7(2) Akta Sewabeli 1967.

MAKLUM BALAS 8a

1. Maksud sewabeli ialah :


perjanjian sewabeli termasuk penyewaan barang-barang dengan suatu opsyen untuk
membeli dan suatu perjanjian bagi pembelian barang-barang menerusi ansuran (samada
perjanjian itu menghuraikan ansurannya sebagai sewaan, atau sewa atau sebaliknya).
Seksyen yang terlibat ialah Seksyen 2(1) ASB 1967.
1. Sebahagian kandungan di dalam perjanjian sewabeli seperti yang dinyatakan di dalam
Seksyen 4C Asb 1967 ialah :
Tarikh menyewa;
Bilangan bayaran ansuran;
Amaun bayaran, bayaran kepada siapa, tempat pembayaran;
Masa pembayaran;
Perihal barangan disewa;
Alamat barang disimpan.

3. Seksyen 7(2) ASB 1967 merujuk kepada kualiti dagangan di mana barang-barang yang disewa
atau dijual mestilah mempunyai kualiti dagangan atau kualiti boleh niaga iaitu mempunyai
nilai untuk dijual kembali dan barang tersebut tidak mengalami sebarang kecacatan.

8.2 HAK DAN TANGGUNGAN PEMILIK DAN PENYEWA


Berikut adalah hak dan tanggungjawab pemilik dan penyewa di bawah perjanjian sewabeli.

a) Tanggungan pemilik dan penyewa untuk salah nyataan


Jika sekiranya pemilik atau agennya telah melakukan salahnyataan, penyewa mempunyai
hak untuk membatalkan perjanjian dan meminta gantirugi . Ini boleh dirujuk di bawah
Seksyen 8(1) ASB 1967.
1. Tugas untuk membekal dokumen dan kenyataan yang berkaitan
dengan perjanjian
Penyewa berhak untuk meminta daripada pemilik berkaitan maklumat-maklumat penting
seperti :
Jumlah yang telah dibayar.
Jumlah yang belum dibayar(baki hutang).
Jumlah bayaran di bawah perjanjian sewabeli.

Penyewa boleh membuat permohonan secara bertulis dan ditandatangani olehnya atau
agennya. Pemilik adalah berkewajipan untuk menunaikan permohonan tersebut dalam masa
14 hari dari tarikh penerimaan surat permohonan. Jika ia gagal atau mungkir tanpa alasan
yang munasabah, tindakan tidak dapat dibuat ke atas penyewa.

b. Penyerahan hak-hak penyewa secara sukarela


Kaedah am undang-undang mengatakan bahawa penyewa bukanlah pemilik barang-barang
yang disewa. Oleh itu, penyewa tidak boleh menjual barang-barang tersebut. Walau
bagaimanapun, Akta Sewabeli membenarkan penyewa untuk menyerahkan hak-haknya
(hakmilik dan faedah di bawah perjanjian sewabeli termasuk hak terhadap opsyen untuk
membeli) dengan kebenaran pemilik.
Pemilik tidak boleh menahan kebenaran tersebut. Jika kebenaran ditahan, penyewa boleh
memohon kepada mahkamah untuk mengisytiharkan penyerahan hak tersebut tanpa
kebenaran dari pemilik.
c. Penyerahan dengan penguatkuasaan undang-undang
Di dalam kes kematian, penyewa menjadi bankrap dan tidak mampu untuk membayar jumlah
bayaran yang perlu diselesaikan ke atas barang-barang yang disewa, maka semua hak-hak
tersebut boleh dipindah milik kepada wakil, pemegang amanah atau waris penyewa melalui
proses penguatkuasaan undang-undang.

AKTIVITI 8b

1. Sila nyatakan secara ringkas berkenaan dengan hak dan tanggungan pemilik
dan penyewa di bawah perjanjian sewabeli seperti yang telah anda pelajari.

1. Di dalam kes seperti muflis, penyewa mempunyai hak untuk membuat


penyerahan barang dengan penguatkuasaan undang-undang. Jelaskan.

MAKLUM BALAS 8b
1. Hak dan tanggung pemilik dan penyewa di bawah perjanjian sewabeli boleh
dinyatakan seperti di bawah.
Salah nyataan

Hak dan tanggungan pemilik dan penyewa


Pembekalan dokumen/
kenyataan perjanjian

Penyerahan hak penyewa


secara sukarela

Penyerahan secara penguatkuasaan undang-undang

2. Sekiranya penyewa menjadi muflis dan tidak mampu untuk membayar jumlah bayaran yang
perlu diselesaikan, maka semua hak-hak tersebut (pembayaran) bolehlah dipindahmilk
kepada wakil, pemegang amanah atau waris si penyewa melalui proses penguatkuasaan
undangundang.

1. PENAMATAN PERJANJIAN LEBIH AWAL

Merujuk kepada Seksyen 14 ASB 1967 penyewa berhak untuk menamatkan perjanjian sewa
belinya lebih awal dari tempoh yang telah ditetapkan. Di sini penyewa haruslah memberi
notis bertulis kepada pemilik tentang tujuannya berbuat demikian dan menetapkan tarikhnya.
Pada atau sebelum tarikh itu, penyewa hendaklah menjelaskan kesemua jumlah bersih yang
perlu dibayar di bawah perjanjian itu dan penyewa berhak untuk mendapat apa-apa
pengurangan di dalam bayaran termasuk rebet-rebet yang mungkin ada.

Penyewa tidak mampu bayar


Merujuk Seksyen 15 ASB 1967 pula hak diberikan kepada penyewa yang tidak lagi mahu
ataupun tidak mampu untuk meneruskan pembayaran ansuran di bawah perjanjian sewabeli
itu. Dalam keadaan ini penyewa boleh menamatkan perjanjian ini dengan mengembalikan
barangan itu kepada pemilik. Apabila perjanjian ditamatkan dengan cara berkenaan :
Penyewa boleh menghendaki pemilik menjual barangan itu kepada sesiapa saja pada
harga yang dipersetujui oleh pemilik.
Jika nilai barangan ketika dikembalikan oleh penyewa melebihi jumlah yang kena
bayar, penyewa berhak mendapat lebihan itu.
Jika nilai baranagn yang dikembalikan itu kurang daripada jumlah yang kena bayar,
pemilik berhak menuntut perbezaan nilai itu sebagai hutangnya.

AKTIVITI 8c
1. Terangkan langkah yang perlu dilakukan oleh penyewa apabila berkehendakkan
penamatan perjanjian lebih awal seperti di dalam seksyen 14.

MAKLUM BALAS 8c

1. Langkah yang perlu dilakukan oleh penyewa adalah seperti berikut:

Notis (tujuan berbuat demikian)

Tarikh yang dikehendaki

Jelaskan kesemua jumlah bersih yang perlu bayar


(jika terdapat rebet/ pengurangan di dalam bayaran, penyewa berhak terima)

2. PENARIKAN BALIK

Jika penyewa telah memungkiri kontrak yang telah dibuat di antara penyewa dan pemilik,
undang-undang telah memperuntukkan bahawa pemilik boleh menarik balik barang-barang
yang berada di dalam tangan penyewa.

Seksyen 16 ASB 1967 telah memperuntukkan bahawa pemilik tidak mempunyai kuasa untuk
mengambil semula barang-barang yang terkandung dalam perjanjian sewabeli yang timbul
akibat dari kemungkiran perjanjian berhubung dengan pembayaran ansuran, melainkan
terdapat:
i. 2 kali berturut-turut tidak membayar ansuran
ii. ingkar pembayaran akhir
iii. pemilik telah menyerahkan kepada penyewa suatu notis bertulis
( menyatakan hasrat untuk mengambil barang)
iv. tempoh notis telah tamat iaitu melebihi 21 hari
iv. pemilik hantar notis penerimaan telah menarik balik barang
iv. dalam masa 14 hari selepas rampasan, pemilik dikehendaki sekali lagi menghantar
notis kepada penyewa dan juga penjamin seperti yang termaktub di dalam seksyen
5(1) ASB 1967.

Alamak... barang aku dah ditarik baliklah.... apa aku nak buat ni???? Tolong!!!!!
OK... kalau barang dah ditarik balik, anda juga ada hak tau.... caranya seperti di bawah.

HAK PENYEWA SETELAH BARANG DIRAMPAS.


Menurut seksyen 18(1) ASB 1967, apabila pemunya mengambil milikan terhadap mana-
mana barang yang terkandung dalam suatu perjanjian sewabeli, maka penyewa mempunyai
hak-hak berikut:
a). Penyewa boleh dalam masa 21 hari selepas penyerahan notis oleh pemilik kepadanya,
menyerahkan notis bertulis yang ditandatangani oleh penyewa atau ejennya kepada
pemunya :
Menghendaki pemunya untuk menghantar semula kepada penyewa barang-barang
yang telah diambil semula milikan atau;
Menghendaki pemunya untuk menjual barang-barang kepada mana-mana orang yang
diperkenalkan oleh penyewa yang bersedia untuk membeli barang-barang dengan harga tunai
suatu harga yang tidak kurang dari nilai barang-barang yang dianggarkan seperti yang
dinyatakan dalam notis terdahulu.

b). Penyewa juga boleh mendapatkan kembali dari pemunya:


Sekiranya nilai barang-barang pada masa pemilik mengambil milikan adalah kurang
daripada jumlah bersih yang kena dibayar tetapi jumlah nilai itu di bawah perjanjian melebihi
amaun bersih kena dibayar tolak (-) perbezaan antara jumlah tersebut dan amaun bersih yang
kena dibayar, atau
Nilai barang-barang pada masa pemunya mengambil milikan adalah sama atau
melebihi amaun bersih yang kena dibayar tolak (-) jumlah nilai dan amaun yang dibayar oleh
penyewa, kurang daripada amaun bersih yang kena dibayar.

AKTIVITI 8d

1. Sila penuhkan teka silangkata berikut.


1 3

MELINTANG
1. Dokumen ini selalu digunakan sebelum sesuatu barangan ditarik balik.
2. Selain penyewa, _____________ juga berhak diberi salinan notis berkaitan penarikan
barang dalam masa 14 hari selepas rampasan.

MENEGAK
3. Pengambilan semula barangan boleh sebabkan oleh ___________ .
3. Individu ini mempunyai kuasa untuk membuat penarikan barang.

MAKLUMBALAS 8d

1. Jawapan teka silangkata.

N O T I S
N P
G E
K M
P E N J A M I N
R L
I
K

PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan
semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.

SOALAN 1
Nyatakan jenis barangan di bawah urusniaga sewabeli.

SOALAN 2
Di dalam urusan sewabeli, pemilik dan penyewa mempunyai hak dan tanggungan yang
tersendiri. Terangkan salah satu daripada hak dan tanggungan tersebut.

SOALAN 3
Apakah hak yang ada pada penyewa sekiranya penyewa tersebut tidak mampu untuk terus
membuat bayaran ansuran?

SOALAN 4
Terangkan apakah keadaan yang membolehkan pemilik membuat penarikan barang?

MAKLUMBALAS
PENILAIAN KENDIRI
JAWAPAN 1
Barang-barang di bawah sewabeli
Perjanjian sewabeli adalah bagi barang-barang seperti berikut:
Kenderaan bermotor
Alat-alat radio,televisyen, alat-alat peti nyanyi, pita rakaman dan sebarang kombinasi
yang ada.
Peti sejuk dan membekukan makanan pengawetan dan sebarang kombinasi yang ada
Mesin-mesin jahit

JAWAPAN 2
Penyerahan hak-hak penyewa secara sukarela
Kaedah am undang-undang mengatakan bahawa penyewa bukanlah pemilik barang-barang
yang disewa. Oleh itu, penyewa tidak boleh menjual barang-barang tersebut. Walau
bagaimanapun, Akta Sewabeli membenarkan penyewa untuk menyerahkan hak-haknya
(hakmilik dan faedah di bawah perjanjian sewabeli termasuk hak terhadap opsyen untuk
membeli) dengan kebenaran pemilik.
Pemilik tidak boleh menahan kebenaran tersebut. Jika kebenaran ditahan, penyewa boleh
memohon kepada mahkamah untuk mengisytiharkan penyerahan hak tersebut tanpa
kebenaran dari pemilik.

JAWAPAN 3
Penyewa boleh menamatkan perjanjian dan perlu mengembalikan barangan kepada pemilik.

JAWAPAN 4
Pemilik boleh membuat penarikan barang ke atas penyewa sekiranya berlaku keadaan di
bawah :
2 kali berturut-turut tidak membayar ansuran
ingkar pembayaran akhir
pemilik telah menyerahkan kepada penyewa suatu notis bertulis
( menyatakan hasrat untuk mengambil barang)
tempoh notis telah tamat iaitu melebihi 21 hari
pemilik hantar notis penerimaan telah menarik balik barang
dalam masa 14 hari selepas rampasan, pemilik dikehendaki sekali lagi menghantar
notis kepada penyewa dan juga penjamin seperti yang termaktub di dalam seksyen 5(1) ASB
1967.

Anda mungkin juga menyukai