Anda di halaman 1dari 14

TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA

1.0 PENGENALAN
Dalam membantu pengguna meringankan tekanan akibat penindasan dan penganiyaan
oleh peniaga-peniaga dan pihak-pihak yang lebih dominan dalam transaksinya dengan
pengguna, kerajaan telah berusaha keras dari masa ke semasa untuk menghasilkan satu sistem
keadilan yang boleh diakses oleh pengguna tanpa mengira batasan. Ini disebabkan
pemerhatian bahawa mahkamah bukanlah tempat aduan yang popular untuk dikunjungi oleh
pengguna bagi menyelesaikan kes mereka.
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah sebuah badan bebas yang
diwujudkan pada 15 November 1999 di bawah Seksyen 85 Akta Perlindungan Pengguna
1999. Ia merupakan salah satu mekanisme keadilan pengguna yang mirip kepada sistem
mahkamah dari segi pemfailan kes, yang membezakan adalah dari segi prosedur dan
formalitinya yang lebih ringkas, mudah dan mesra pengguna. Ia yang hanya memfokus
kepada penyelesaian pertikaian dalam kes-kes melibatkan pengguna yang mana amaun
tuntutan mestilah tidak melebihi RM25,000. Objektif penubuhannya adalah untuk
menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada pengguna kes-kes tuntutan
gantirugi dan pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan cara mudah,
murah dan cepat. Tribunal ini hanya dikhususkan untuk pengguna sahaja yang bermaksud
bahawa hanya pengguna yang boleh membuat tuntutan di tribunal ini. Pengguna telah
ditakrifkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 sebagai seorang yang memperolehi
atau menggunakan barang atau perkhidmatan daripada jenis yang pada lazimnya diperolehi
bagi maksud dirinya sendiri, rumahtangga atau isi rumah.
Dari segi keanggotaan, TTPM ini terdiri daripada seorang Pengerusi dan Timbalannya
serta tidak kurang daripada lima orang anggota lain yang berkelayakan undang-undang yang
dilantik oleh Menteri. Walaupun tribunal ini dikhususkan kepada penyelesaian pertikaian
pengguna, kes-kes yang diluar bidang kuasa tribunal ini adalah meliputi semua kes jenayah,
harta pusaka, tanah dan harta. Walaupun pada masa penubuhannya, Mahkamah Tuntutan
Kecil sudah pun diwujudkan di setiap negeri di Malaysia untuk mendengar tuntutan-tuntutan
yang tidak melebihi RM5000, TTPM pula diwujudkan untuk menyediakan satu saluran
alternatif kepada pengguna dengan had tuntutan yang tidak melebihi RM25,000 dengan cara
mudah, murah dan cepat. Pengguna hanya dikenakan bayaran RM5 untuk mendaftarkan kes
dan aduan mereka.

Proses pendengaran kes di TTPM adalah jauh lebih ringkas dan cepat dibandingkan
dengan proses di mahkamah. Sebelum pendengaran sesuatu kes dijalankan, Presiden terlebih
dahulu akan membantu kedua-dua pihak untuk berunding bagi cuba mencari penyelesaian
kepada tuntutan yang dikemukakan. Jika persetujuan telah dicapai oleh kedua-dua pihak,
maka award dengan persetujuan akan direkodkan oleh Presiden Tribunal. Jika persetujuan
tidak dicapai, maka kes tersebut akan dipanggil untuk diadakan pendengaran kes. Semasa
pendengaran, kedua-dua pihak yang bertikai diminta untuk mengemukakan tuntutannya
sendiri tanpa diwakili oleh peguam. Pihak tersebut juga diminta mengemukakan dokumendokumen yang berkaitan bagi membuktikan tuntutannya. Walaupun kehadiran peguam tidak
dibenarkan, pihak-pihak yang bertikai walau bagaimanapun boleh membawa saksi-saksi
mereka untuk memberi keterangan bagi menyokong tuntutan yang dikemukakan. Selain itu,
Presiden Tribunal juga akan membantu kedua-dua pihak sewaktu mengendalikan tuntutan
mereka seperti bagaimana hendak mengemukakan keterangan, borang-borang dan dokumendokumen yang diperlukan serta hujahan-hujahan yang hendak disuarakan.
Kelebihan nyata TTPM dibandingkan dengan mahkamah adalah prosedurnya yang
ringkas di mana jaminan diberi bahawa sesuatu kes itu mestilah diselesaikan dalam masa 60
hari dari hari pertama kes itu didengar di hadapan presiden tribunal. Keputusan akan
dikeluarkan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan mana-mana anggota yang dipilih oleh
Pengerusi yang akan bersidang sendirian. Tiap-tiap keputusan yang dibuat adalah disifatkan
sebagai perintah dan boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana pihak sama seperti prosiding
yang dibuat di Mahkamah Majistret. Keputusan TTPM ini juga adalah muktamad dan
mengikat pihak-pihak yang bertikai. Sebarang rayuan kes terhadap keputusan yang dibuat
oleh Presiden Tribunal adalah tidak dibenarkan sama sekali. Walau bagaimanapun, semakan
kehakiman adalah dibenarkan di mana sistem semakan kehakiman memaparkan kelemahan
TTPM disebabkan ianya disandarkan oleh peniaga untuk melepaskan diri dari memberi
respon kepada award yang diberi oleh TTPM.17 Keputusan yang dibuat oleh Presiden
Tribunal dikenali sebagai award. Setiap award yang dibuat hendaklah dipatuhi dalam masa 14
hari dari tarikh award dibuat. Sekiranya terdapat pihak yang gagal mematuhi award tersebut
dalam masa yang ditetapkan, pihak itu adalah melakukan kesalahan jenayah di mana jika
disabitkan bagi kesalahan pertama boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Sekiranya ketika pendengaran hendak
dimulakan didapati pengguna yang membuat tuntutan tidak menghadirkan dirinya tanpa
kebenaran Tribunal, maka Tribunal boleh membatalkan tuntutan si penuntut sekiranya tiada

tuntutan balas yang dikemukakan oleh pihak penentang. Sekiranya terdapat tuntutan balas
dikemukakan oleh pihak penentang, Presiden akan mendengar tuntutan balas tersebut
sebelum membuat award yang sewajarnya.
Atas alasan prosedurnya yang ringkas dan cepat, TTPM semakin mendapat tempat di hati
pengguna Malaysia. Meskipun populariti TTPM adalah mengatasi mahkamah, ia tetap
terdedah kepada kritikan-kritikan pihak tertentu yang boleh disifatkan sebagai rentetan ke
arah membaiki dan menaiktarafkan lagi TTPM. Setelah beroperasi hampir sebelas tahun,
Tribunal ini telahpun dikritik berdasarkan keanggotaannya yang terhad kepada individu yang
berlatarbelakangkan pendidikan serta kelayakan undang-undang. Selain dari itu, walaupun
Pejabat Tribunal berada di kebanyakan negeri di Malaysia, kedudukannya yang hanya
terdapat di bandar-bandar utama sahaja telah menghadkan golongan yang kurang berada dan
tinggal di kawasan pendalaman untuk mengadu permasalahan dan pertikaian mereka.
Tribunal juga dikritik kerana bidangkuasanya yang terhad kepada tuntutan yang tidak
melebihi RM25,000.19 Pengguna yang ditindas dalam transaksi yang melibatkan pembelian
dan bayaran yang melebihi RM25,000 seperti kereta, motosikal dan kos membaiki kenderaan
adalah secara otomatik hilang kelayakan membawa kes mereka ke TTPM disebabkan
ketiadaan kuasa TTPM untuk mengadili kes-kes berkenaan. Oleh itu, jumlah ini adalah
dirasakan kecil dalam satu kehidupan masyarakat negara kita yang semakin maju dan
berkembang.
Dari segi keanggotaan TTPM pula, isu keanggotaan Tribunal turut ditegur beberapa
pihak. Keanggotaan Tribunal pada masa ini adalah terhad kepada individu yang
berlatarbelakangkan undang-undang iaitu sama ada peguam atau pegawai perundangan.
Tribunal dicadangkan untuk turut menyertakan tokoh-tokoh yang telah terbukti prestasi dan
kemampuannya dalam menangani serta memperjuangkan isu-isu pengguna.
Tribunal juga turut dikritik ekoran peraturan standingnya, di mana semasa pendengaran,
pihak yang menuntut dan penentang tidak dibenarkan diwakili oleh peguam dan hendaklah
mengendalikan pendengaran secara sendiri. Walau bagaimanapun, bagi pihak penentang
daripada mana-mana syarikat yang mempunyai peguamnya sendiri, peguam tersebut
dibenarkan hadir dan mewakili penentang di tribunal. Peguam pihak penentang yang
dimaksudkan di sini adalah peguam yang bekerja dengan penentang di mana gajinya dibayar
sepenuhnya oleh penentang. Oleh itu, timbul ketidakseimbangan kuasa berunding di antara
kedua pihak yang mungkin akan memprejudiskan atau mengintimidasi pihak pengguna.

Selain itu, prosiding Tribunal juga harus dipinda bagi membenarkan tindakan kelas yang
lebih menguntungkan pengguna. Dalam tribunal yang bersidang pada hari ini, tindakan kelas
adalah tidak dibenarkan disebabkan ketiadaan undang-undang yang membenarkannya.
Dengan ketiadaan peruntukan pendakwaan tindakan kelas, sekumpulan pengguna yang ditipu
oleh pengilang dan pembekal yang sama tidak boleh mendakwa secara bersama terhadap
pihak yang menganiaya mereka. Pengguna dikehendaki untuk membawa sendiri kesnya ke
mahkamah tanpa melibatkan kelas-kelas tertentu dalam suatu kes yang boleh mewakili
pengguna dan pengguna-pengguna lain yang menghadapi masalah yang serupa. Maka, satu
penipuan kecil yang dilakukan terhadap ramai pengguna sehingga memberi keuntungan besar
kepada pelakunya, tidak dapat diambil tindakan kerana setiap pengguna yang ditipu tidak
berasa terdorong untuk mengambil tindakan mahkamah secara keseorangan.
Selain itu juga, aduan dan kritikan membina yang sering dilontarkan oleh pengguna
adalah berhubung kredibiliti Tribunal dalam mengadili sesuatu kes. Tribunal dikatakan
mengadili sesuatu kes itu dengan terlalu ringkas sehingga dirasakan Tribunal sebagai
pembela kepada pihak penentang dan tidak mesra pengguna. Ini mengakibatkan Tribunal
membuat sesuatu keputusan itu dengan tergesa-gesa tanpa benar-benar meneliti kes
berkenaan secara mendalam, seperti tidak meneliti bahan-bahan dan dokumen-dokumen yang
disediakan dengan teliti oleh pengguna yang membuat tuntutan. Perkara ini dirasakan
semakin mengecewakan pengguna disebabkan proses di TTPM sendiri yang tidak
membenarkan sebarang rayuan dibuat ke atas keputusan yang telah diberikan.
Di samping itu, isu pembatasan had masa kepada pengguna dalam membawa kes dan
aduannya ke muka persidangan di Tribunal ini turut menjadi kritikan ramai. Bidangkuasa
Tribunal telah ditetapkan terhad kepada sesuatu kes yang terakru dalam masa tiga tahun dari
tarikh tuntutan dibuat ke tribunal. Tempoh tiga tahun ke belakang ini adalah lebih pendek dari
peruntukan yang terkandung dalam Akta Had Masa 1953 yang membenarkan tempoh masa
enam tahun ke belakang bagi kes-kes kontrak dan tort.
Justeru, kekurangan-kekurangan yang ada pada TTPM seharusnya diambil serius oleh
pihak-pihak berwajib memandangkan ianya telah dijadikan sebagai mekanisme menuntut
keadilan yang paling mendapat tempat di hati pengguna. Langkah proaktif perlu diambil
dalam meningkat dan membaikpulih mekanisme ini sebagai melindungi masa depan
pengguna yang semakin terdedah dengan pelbagai teknik penyelewengan oleh pihak-pihak

tertentu. Memandangkan mahkamah kurang mendapat tempat di hati pengguna, maka TTPM
sebagai alternatifnya yang mampu dijadikan tonggak mencapai keadilan oleh pengguna.
2.0 ISI
2.1 Definisi Pengguna
Umumnya di Malaysia tidak ramai yang benar-benar mengetahui siapakah yang
dimaksudkan dengan pengguna. Adalah tidak menjadi kepelikan ramai yang menganggap
pengguna adalah pembeli. Bagaimana pula orang yang tidak terlibat dalam urusan jual-beli,
adakah mereka juga dianggap pengguna?
Dalam Deklarasi 1962, John F Kennedy menegaskan bahawa pengguna adalah
merangkumi kesemua kita. Beliau menegaskan bahawa pengguna merupakan kumpulan
ekonomi terbesar, yang terasa kesan dan memberi kesan oleh apa jua public dan private
decision.
Di Malaysia, Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) memberikan takrifan
pengguna sebagai seseorang yang memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan
daripada jenis yang pada lazimnya diperoleh bagi maksud, kegunaan atau kepenggunaan diri,
rumahtangga atau isi rumah dan tidak memperoleh atau menggunakan barang atau
perkhidmatan itu, atau mengemukakan dirinya sebagai memperoleh atau menggunakan
barang atau perkhidmatan itu, terutamanya bagi maksud membekalkan semula secara
perdagangan, menggunakannya dalarn perjalanan suatu proses pengilangan atau dalam hal
barang, membaiki atau mengolah secara perdagangan, barang lain atau lekapan pada tanah.
Definisi ' pengguna' dalam Akta tersebut masih tidak banyak memberikan pemahaman
mengenai siapakah yang dimaksudkan dengan pengguna, barangkali kerana terlalu
panjangnya definisi berkenaan.
Dalam bahasa yang lebih mudah, seseorang pengguna itu bermaksud seseorang yang
menggunakan sesuatu barangan, sama ada dibeli sendiri atau didapati selain dari pembelian,
untuk kegunaan dirinya atau seisi rumahnya. Seseorang yang membeli untuk tujuan menjual
dan mendapatkan keuntungan tidak boleh dianggap sebagai seorang pengguna.
Sebenarnya adalah penting untuk memberi takrifan yang jelas tentang siapakah pengguna.
Di negara-negara membangun, suara-suara pengguna sangat digeruni. Ini adalah kerana suara
pengguna sangat terkesan kepada sesiapa dan pihak mana sekalipun. Malahan persatuan-

persatuan pengguna di negara-negara berkenaan sangat tekad untuk menggali isu demi isu
yang membabitkan penganiayaan dan penyalahgunaan kuasa terhadap pengguna.
2.2 Kaedah Memfailkan Kes Di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
Tribunal Tuntutan Pengguna adalah satu badan yang telah ditubuhkan di bawah Seksyen
85 Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan mula berkuatkuasa pada 15 November 1999.
Semasa pendengaran, pihak penuntut dan penentang tidak boleh diwakili oleh peguam. Jika
pihak yang menuntut adalah seorang belum dewasa atau seorang yang tidak berupaya, ia
boleh diwakili oleh sahabat wakil atau penjaganya. Jika pihak penentang adalah sebuah firma
atau syarikat, ia boleh diwakili oleh seorang pekerjanya yang digaji sepenuh masa.
Pendengaran tuntutan dalam Tribunal akan dijalankan di hadapan seorang anggota Tribunal
yang digelar sebagai 'Presiden' semasa pendengaran.
Prosiding tribunal bermula apabila Pengguna (selepas ini dirujuk sebagai pihak menuntut)
memfailkan Borang 1 iaitu pernyataan tuntutan.
NO.
BORAN
G
1

KETERANGAN
Pernyataan tuntutan
Pernyataan pembelaan dan tuntutan balas difailkan oleh Syarikat/Firma (selepas ini
dirujuk sebagai pihak penentang). Jika pihak penentang mengakui atau

mempertikai tuntutan, ia perlu mengisi butir-butir di ruang pernyataan pembelaan.


Jika pihak penentang mempunyai apa-apa tuntutan balas hendaklah mengisi di
ruang tuntutan balas. Borang 2 perlu diserahkan dalam masa 14 hari selepas
penyerahan pernyataan tuntutan.
Iaitu pembelaan kepada tuntutan balas perlu difailkan oleh pihak penuntut jika
terdapat tuntutan balas. Jika mengakui tuntutan balas pihak penuntut hendaklah

menyatakan diruang pembelaan kepada tuntutan balas. Jika mempertikai tuntutan


balas hendaklah memberi butir-butir mengapa mempertikaikan.
Notis pendengaran dikeluarkan oleh Setiausaha atau Penolong Setiausaha Tribunal
yang menyatakan tarikh, masa dan tempat pendengaran tuntutan kepada pihak yang

menuntut dan penentang sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pendengaran.

Award bagi pihak yang menuntut jika penentang tidak memfailkan pernyataan
5

pembelaan iaitu Borang 2. Tribunal juga menurut budi bicara menangguhkan


pendengaran bagi membolehkan penentang memfailkan pembelaannya.

Award jika pihak penentang dalam pernyataan pembelaannya mengakui tuntutan.


Award bagi penentang jika pihak yang menuntut tidak hadir untuk pendengaran.

Presiden boleh menolak tuntutan jika penentang tidak mempunyai tuntutan balas
atau membuat suatu award bagi tuntutan balas jika penentang mempunyai tuntutan
balas.
Award bagi pihak yang menuntut jika penentang tidak hadir untuk pendengaran.

10

11

12

Presiden boleh meneruskan pendengaran tanpa kehadiran penentang atau


menangguhkan pendengaran ke suatu tarikh kemudian.
Award dengan persetujuan. Semasa pendengaran, jika wajar, Tribunal hendak
membantu untuk membuat suatu penyelesaian tuntutan melalui persetujuan.
Award selepas pendengaran. Semasa pendengaran, pihak yang menuntut berhak
untuk mengemukakan keterangan, memangil mana-mana saksi atau mengemukakan
apa-apa dokumen, rekod atau benda bagi menyokong kesnya.
Adalah saman kepada saksi untuk menghadiri pendengaran atau untuk
mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda lain dalam miliknya.
Permohonan mengetepikan award bagi sesuatu pihak yang tidak hadir semasa
pendengaran. Borang 12 hendaklah diserahkan dalam masa 30 hari selepas award
diterima.

Tribunal boleh menurut budi bicaranya menawarkan kos tidak melebihi dua ratus ringgit
kepada mana-mana satu pihak
3.0 ISU DAN PERBINCANGAN
Di sebalik penggubalan peruntukan undang-undang yang merangkumi pelbagai aspek
kepenggunaan di Malaysia, masih terdapat beberapa isu yang perlu diteliti dan diselesaikan
agar hak pengguna dapat dipelihara dengan sebaik-baiknya untuk menepati garis panduan
syariah dan hak asasi pengguna.
a. Isu Keselamatan Barangan Kecantikan
Kebelakangan ini terdapat laporan penarikan produk memutihkan kulit jenama yang
sangat terkenal di negara ini kerana didapati mengandungi asid hidroquinone, iaitu sejenis

asid yang boleh menyebabkan radangan pada kulit serta boleh mengakibatkan dan
mengaktifk.an sel-sel kanser jika digunakan dalam jangka masa yang panjang.
Sebenarnya produk-produk sebegini telah melimpahi pasaran. Pengguna seringkali
mudah tertipu apabila melihat model terutamanya bagi produk-produk kecantikan dan
menguruskan badan. Kebanyakan pengeluar/peniaga mengeksploitasi model-model ini
supaya memperagakan kulit wajah yang gebu, putih dan menarik dan pengguna terus
membelinya tanpa ragu-ragu dengan harapan akan dapat menikmati kulit yang sama cantik.
Soal merbahaya atau selamat tidak banyak yang menyoalnya. ltu belum lagi dilihat dari
sudut halalnya bahan-bahan yang digunakan atau tidak. Ada laporan mengatakan sesetengah
bahan kecantikan menggunakan uri haiwan dan ada juga yang menyatakan menggunakan uri
bayi. Soal pembuatan barangan-barangan tersebut juga banyak dipertikaikan.
Selain itu, produk pelangsingan badan juga adalah antara produk yang paling mendapat
sambutan terutama bagi mereka yang sangat 'desperate' untuk menurunkan berat badan.
Kebanyakannya menjanjikan bentuk badan idaman yang dapat dicapai dengan hanya
memakan pill herba dan lain-lain.
Laporan pernah tersiar tentang sejenis produk makanan kesihatan yang didakwa mampu
merampingkan badan dalam tempoh 10 hari. Ia sebenarnya membuat 'janji maut' apabila
disahkan bercampur dengan racun sibutramin yang pernah meragut tiga nyawa pengguna
wanita, sebelum ini. Produk tersebut yang banyak dijual di negara ini, Singapura dan Brunei
didapati dicampur sibutramin secara haram oleh pengilang di Sungai Lalang, Semenyih tanpa
pengetahuan pembekal dan pengguna.
Lebih mengejutkan apabila pengilang sengaja mengaburi pengguna dengan mendakwa
produk itu hanya diperbuat daripada kandungan protein soya, beta karotin, vitamin B
kompleks, asid folik dan kalsium. Tindakan pengilang itu terbongkar selepas Bahagian
Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan melakukan lebih tiga ujian makmal bagi
mengesahkan produk terbabit mengandungi bahan beracun. Berdasarkan ujian makmal Biro
Pengawalan

Farmaseutikal

Kebangsaan

(BPFK),

produk

terbabit

dikesan

positif

mengandungi bahan racun berjadual, sibutramin yang pernah membunuh tiga pengguna.

Menyentuh tentang isu produk keselamatan, Akta Perlindungan Pengguna 1999 telah
menetapkan standard keselamatan yang perlu dipatuhi oleh pengeluar produk atau barangan.
la menyatakan bahawa Menteri boleh untuk menetapkan peraturan-peraturan standard
keselamatan sama ada terhadap prestasi, komposisi, kandungan, pembuatan, pemprosesan,
reka bentuk dan lain-lain.
Bagi barangan yang tidak ada piawaian keselamatan yang ditetapkan seperti dalam
subseksyen 1 pula, orang yang membekal barangan/perkhidmatan hendaklah mematuhi
piawaian keselamatan yang munasabah dengan mengambilkira jenis barangan dan
perkhidmatan terse but. Selain itu, dalam Akta tersebut juga ada dinyatakan tentang kehendak
keselamatan umum. Pelanggaran kepada peruntukan-peruntukan tersebut boleh menyebabkan
denda dan penjara.
Syarikat dan pengilang produk terbabit juga boleh didakwa di bawah Akta Racun 1952
(Akta 366) dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Mengikut Akta ini
pula, mereka yang bersalah bo1eh didenda RM5,OOO atau penjara dua tahun atau keduaduanya manakala Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 memperuntukkan
denda tidak lebih RM25,OOO dan tiga tahun penjara atau kedua-duanya.
Sebenarnya isu keselamatan barangan atau produk adalah merupakan isu besar yang jika
dilanggar ia adalah menjadi satu kesalahan jenayah. Dari sudut Islam pula, sememangnya
Islam mewajibkan umatnya menggunakan hanya yang halal, kerana apabila sesuatu itu halal
ia bermaksud selamat dan tidak merbahaya digunakan. Malahan, adalah menjadi kewajipan
untuk setiap Muslim menghindarkan makanan/barangan yang'sudah diketahui merbahaya
serta tidak selamat.

Beberapa cadangan diutarakan sebagai alternatif penyelesaian yang boleh dilaksanakan


oleh pihak yang berkenaan. Pertama, Akta Persaingan 2010 dan pembentukan Suruhanjaya
Persaingan33 perlu memberikan tumpuan bukan sahaja kepada sektor swasta, malah sektor
awam juga. Dalam melaksanakan Akta Persaingan ini, kerajaan juga perlu melihat kepada
kegiatan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang kebanyakannya menjalankan
perniagaan bersifat monopoli seperti sektor pembekalan tenaga elektrik, telekomunikasi,
bekalan air, dan sebagainya. Kerajaan perlu menyediakan perancangan secara berperingkat

agar penguasaan secara monopoli oleh syarikat-syarikat ini dapat dipecahkan dan syarikatsyarikat lain yang ingin menyediakan perkhidmatan yang sama dibenarkan untuk beroperasi.
Kedua, falsafah kepenggunaan yang menekankan konsep halalan tayyiban perlulah
diterapkan ke dalam sistem ekonomi negara terutamanya kepada pengeluar Islam. Hal yang
demikian adalah kerana melalui konsep ini, kaedah pengeluaran perlu mengikut ciri-ciri
tertentu seperti kebersihan, kesucian, dan mutu barangan. Halal semata-mata adalah tidak
memadai kerana kemungkinan besar barangan dan perkidmatan yang disediakan halal tetapi
kurang baik kerana membahayakan kesihatan ataupun keselamatan. Oleh sebab terdapat
pelbagai kaedah pengeluaran dibangunkan oleh pelbagai pihak, usaha untuk mengawal dan
memantau kaedah pengeluaran barang terutamanya pengeluaran produk pemakanan haruslah
dipantau. Konsep ini bukan hanya terpakai untuk orang Islam tetapi juga untuk seluruh ahli
masyarakat kerana konsep ini menjamin kebersihan dan keselamatan sesuatu produk atau
perkhidmatan. Walau bagaimanapun, beberapa peraturan berkaitan halal diletakkan di bawah
bidang kuasa pelbagai pihak. Sebagai contoh, Akta Perihal Dagangan 1972 Perintah Perihal
Dagangan (Penggunaan Perbahasaan Halal 1975) diletakkan di bawah pengendalian
KPDNKK, manakala Akta Makanan 1983 diletakkan di bawah Kementerian Kesihatan
Malaysia yang antaranya memantau sama ada makanan mengandungi bahan yang
memudaratkan kesihatan, tidak sesuai untuk dimakan oleh manusia dan pelabelan palsu.
Ketiga, pihak FOMCA mengesyorkan supaya satu Akta Antilambakan36 diwujudkan di
Malaysia bagi menjamin tidak berlakunya lambakan barangan yang mempunyai mutu yang
rendah dan berbahaya kepada pengguna. Akta ini haruslah terpakai kepada barangan
tempatan dan luar negara. Banyak barangan yang kurang bermutu atau mencemarkan alam
sekitar dan ubatubatan serta racun serangga yang berbahaya yang tidak dibenarkan di negara
maju dihantar ke Malaysia. Dengan adanya undang-undang ini, barangan yang dikeluarkan di
Malaysia bagi kegunaan dalam negara akan standing dengan barangan untuk tujuan eksport
di samping dapat menjamin kepuasan pengguna bagi sesuatu barangan itu.
Keempat, Akta Periklanan yang komprehensif perlu diwujudkan bagi melindungi
pengguna. Hal ini demikian kerana peruntukan sedia ada belum dapat melindungi pengguna
secara berkesan. Meskipun kerajaan telah memperkenalkan banyak undang-undang bagi
melindungi pengguna, satu akta yang khusus bagi mengambil tindakan ke atas pengiklanan
yang menyeleweng atau palsu masih belum diwujudkan berbanding sesetengah negara luar.
Iklan di Malaysia dikawal oleh peraturan perlesenan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa

tempatan dan melalui badan-badan pengiklanan yang mempunyai etika tersendiri, di samping
peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 1972.
Sebarang tindakan yang diambil di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 dan Akta
Perlindungan Pengguna 1999 hanya dapat dikuatkuasakan dalam segelintir kes sahaja dan
masih belum meliputi pengawalan iklan palsu.
Kelima, unsur perlindungan alam sekitar harus diterapkan dalam undang-undang. Banyak
pengeluar mengambil kesempatan melabel produk keluaran mereka sebagai mesra alam.
Malaysia seharusnya menggubal suatu piawaian bagi penggunaan label mesra alam atau
eco-labelling. Setakat ini, belum ada satu standard bagi menjamin sesuatu produk itu benarbenar mesra alam. Dalam konteks ini, FOMCA mencadangkan bahawa setiap kali sesuatu
standard itu dikemas kini, standard tersebut harus diterapkan dengan unsur mesra alam. Di
samping itu, Malaysia perlu mempertimbangkan penubuhan Mahkamah Alam Sekitar seperti
yang telah wujud di negara-negara lain. Contohnya di Bangladesh, mahkamah menerusi
Environment Court 2010 mempunyai bidang kuasa untuk memenjarakan pesalah sehingga
lima tahun dan mengenakan denda setengah juta taka (bersamaan RM22 400) bagi kesalahan
pencemaran alam sekitar.
Akhir sekali, undang-undang perlindungan pengguna perlu digubal dalam bahasa yang
mampu difahami pengguna dan hendaklah sentiasa dikemas kini. Suatu badan perlu dibentuk
bagi memastikan perundangan bersifat semasa di samping tidak bertentangan dengan ajaran
Islam. Setiap peruntukan akta yang melindungi pengguna juga seharusnya tidak
mengandungi percanggahan yang boleh membawa kerugian kepada pengguna. Oleh yang
demikian, selain menggunakan bahasa yang mudah difahami pengguna, akta-akta ini juga
haruslah melindungi pengguna secara total supaya hak-hak pengguna di Malaysia terpelihara.

4.0 KESIMPULAN
Penubuhan Tribunal Tuntutan Pengguna adalah bertujuan untuk memberi satu saluran
atau kemudahan alternatif selain daripada Mahkamah untuk seorang pengguna mendapatkan
gantirugi dan pampasan yang sewajarnya daripada seorang pembekal atau pengilang dengan
prosedur yang mudah, murah dan cepat. Dengan ini diharapkan pengguna akan menggunakan
perkhidmatan Tribunal Tuntutan Pengguna sepenuhnya untuk melindungi hak dan
kepentingan mereka sebagai pengguna.
Sebagai rumusan, bagi menangani isu kejahilan pengguna akan hak-hak pengguna yang
bersifat universal, amatlah penting pendidikan pengguna ditekankan di semua tahap dan
lapisan masyarakat. Menurut Hamdan (2005), hak untuk mendpatkan gantirugi di Malaysia
masih berada pada paras sederhana. Hamdan turut mencadangkan langkah-langkah
perundangan dan pentadbiran yang boleh diambil bagi mengukuhkan hak pengguna untuk
mendapatkan gantirugi, iaitu;
(a) Memperkukuhkan forum-forum pengguna yang sedia ada;
(b) Menggubal perundangan bagi kaedah penyelesaian aduan alternatif atau timbangtara yang
mengikat;
(c) Penguatkuasaan undang-undang kepentingan pengguna dengan kerjasama kumpulankumpulan kepentingan awam;
(d) Menggalakkan pihak peniaga menubuhkan biro perantara bagi mempercepatkan proses
penyelesaian aduan pengguna dan menghindarkan pendakwaan yang memakan belanja besar
serta tempoh yang lama;
(e) Menggalakkan syarikat-syarikat untuk menubuhkan biro hal ehwal pengguna yang
ditempatkan terus di bawah Ketua Eksekutif; dan
f) Menggalakkan dewan-dewan perniagaan supaya menubuhkan kod-kod etika sukarela,
menubuhkan unit hal ehwal pengguna, menubuhkan mekanisme timbangtara sukarela dan
menyebarkan maklumat atau penerangan terkini mengenai mekanisme yang telah ditubuhkan
untuk mendapatkan gantirugi atau pampasan.
Sebagai pengguna, sebenarnya adalah tidak salah untuk mengambil sikap yang
'cerewet' dalam menentukan pilihan sama ada bagi barang atau perkhidmatan yang dibeli atau

dilanggani. Kenaikan harga barang oleh peniaga-peniaga ini dapat dilihat seolah-olah sebagai
mengambil kesempatan ke atas pengguna-pengguna dengan membuatkan mereka berasa tiada
pilihan sehingga terpaksa membeli biarpun dengan harga yang lebih tinggi dari yang
sepatutnya atau membeli barangan yang mempunyai kualiti yang rendah.
Oi negara maju seperti di United Kingdom, kita mendapati bahawa pengguna
mempunyai 'kuasa' yang mampu melariskan mahupun merugikan peniaga sarna ada melalui
peruntukan undang-undang mahupun atitude pengguna itu sendiri. Mereka ini sangat aktif
serta cepat memberikan tindakbalas terhadap isu-isu ketidakadilan serta penindasan terhadap
pengguna. Justeru itu, pendidikan pengguna adalah perkara asas yang perlu diberikan di mana
dengan adanya pengguna yang berpengetahuan, secara tidak disedari ianya adalah
penyumbang terbesar kepada perlindungan pengguna secara keseluruhannya. Pengguna yang
berpengetahuan sahaja yang akan mengetahui hak-hak mereka, seterusnya mereka jugalah
yang akan mempertahankan hak tersebut daripada sebarang pencerobohan. Kesimpulannya,
pengguna dan haknya untuk mendapatkan keadilan adalah umpama irama dan lagu. Hans
Kelsen, seorang jurist dari Austria pernah mengatakan bahawa;
Justice is a quality which relates not to the content of a positive order, but to its application.
Justice means the maintenance of a positive order by applying it conscientiously.

BIBLIOGRAFI
Zakaria, Z. (2007) Isu-Isu Terkini Tentang Pengguna Di Malaysia Jurnal Syariah, 15:2 45-60
Abu Bakar, E., & Amin, N. Pengetahuan Berhubung Hak-Hak Pengguna Semasa Berurusan
Dengan Bengkel Kenderaan. Jurnal Pengguna Malaysia.
Azimon Abdul Aziz, Sakina Shaik Ahmad Yusoff, Rahmah Ismail, Shamsudin Suhor,
Kartini

Aboo Khalid & Muhammad Rizal Razman (2011). Permasalahan dalam

Mekanisme

Penyelesaaian Pertikaian Pengguna: Impak ke atas Pengguna dalam

Mendapatkan Keadilan. 1: 228 237.


Sakina Shaik Ahmad Yusoff & Rahmah Ismail. Perlindungan Pengguna Di Bawah Undangundang: Pembekalan Barang & Perkhidmatan. Jurnal Undang-Undang Dan
Masyarakat

Anda mungkin juga menyukai