Anda di halaman 1dari 30

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

1.0

PENDAHULUAN Seseorang yang bekerja perlu mengikuti sistem yang sudah ditentukan oleh

majikannya. Implementasi sistem yang dilakukan oleh majikan atau sesebuah organisasi tidak selalu tepat sasaran dan berkesan. Pekerja sebagai daripada sistem organisasi yang memiliki tanggungjawab untuk melakukan pekerjaannya. Implementasi sistem seringkali menimbulkan masalah, masalah timbul akibat pelanggaran hak dan pelanggaran peraturan. Pelanggaran hak yang biasanya dilakukan oleh pengurusan atasan kepada pekerjanya yang menimbulkan ketidakpuasan bekerja. Pelanggaran peraturan pemerintah dalam sesebuah organisasi dilakukan juga oleh pihak pengurusan dan pekerja atau anggota organisasi terpaksa menuruti perintah, hal ini juga menimbulkan ketidakpuasan (Dozier, 1985). Dalam mengatasi ketidakpuasan ini, pekerja seharusnya dapat secara langsung mengutarakan pendapat atau idea kepada pihak majikan ataupun pihak pengurusan yang akan mencari keputusan dalam sesebuah organisasi dengan sebaik mungkin.. Isu yang dihadapi oleh pekerja ataiu anggota dalam organisasi tersebut adalah adanya halangan dari majikan terhadap perkara yang dilakukan dan mungkin mengakibatkan diberi notis pemberhentian kerja serta merta. Hal ini masih menjadi isu utama bagi pekerja untuk mengutarakan

ketidakpuasannya sehingga timbulah konsep Whistleblowing. Konsep Whistleblowing merupakan fenomena yang berkembang di abad ke-21 terhadap ketidakpuasan pekerja terhadap pengurusan atasan ataupun majikannya. Pada awalnya Whistleblowing dianggap sebagai tindakan tidak bermoral kerana tindakan ini dilihat sebagai mengkhianati organisasi, tetapi perubahan masa kini, whistle blowing mulai mendapat perhatian dari kerajaan ataupun majikan dan dianggap sebagai perbuatan yang baik kerana berani mengunggapkan fakta tersembunyi atau tidak bermoral yang berlaku di dalam sesebuah organisasi. Negara juga memberikan hak perlindungan terhadap pelaku whistleblowing dengan konsekuensi bukti dan fakta yang tepat mengenai penyelewengan,salahguna kuasa atau rasuah serta tindakan yang tidak bermoral belaku di dalam organisasi. Meningkatnya gejala tidak bermoral berlaku di dalam organisasi seleruh dunia telah mendorong pelbagai negara dan kerajan untuk melakukan tindakan pencegahan. Dengan itu, semakin meningkatkan tuntutan penerapan good governance baik di sektor swasta maupun
1

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

kerajaan (Anonim, 2008). Pelbagai organisasi dalam dan luar negara telah menggunakan corporate governance berdasarkan prinsip dan strategi terbaik yang diperkenalkan keseluruh dunia, seperti yang dianjurkan dalam Organization for Economic Co-operation and Development (OECD) Principles of Corporate Governance, dan Committee of Sponsoring Organization of the Treadway Commission (COSO) Internal Control Integrated Framework (Anonim, 2008). Bahkan terdapat beberapa negara yang telah menguatkuasakan Undang Undang untuk mencegah gejala tidak bermoral ini dan memastikan agar konsep good governance diterapkan dan dilaksanakan dalam sesebuah organisasi kerajaan mahupun swasta. Sebagai contoh, seperti di Amerika, dengan menerbitkan Foreign Corrupt Practices Act pada tahun 1977 dan Sarbanes-Oxley Act pada tahun 2002. Dalam usaha mencegah penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan gejala rasuah serta tidak bermoral ini, Persatuan Bangsa Bangsa telah mengeluarkan United Nations Convention Against Corruption 2003 (UNCAC), dimana Malaysia telah mempraktikkan dan diterapkan melalui Akta Suruhnjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, 2009 (ASPRM, 2009). Selain peraturan perundangan, juga dilakukan pengawasan awam, antara lain melalui Transparency International yang mengaplikasikan Corruption Perception Index(CPI) setiap tahun, dan telah menjadi objektif utama dalam pembenterasan gejala tidak bermoral ini di seleuruh dunia(Anonim, 2008). Menurut King, 1999 dan Anonim, 2008, menyatakan bahawa, Whistleblowing adalah merupakan tindakan yang dilakukan oleh seseorang atau beberapa orang pekerja untuk melaporkan kekurangan yang dilakukan oleh pegawai atasan atau majikannya kepada pihak lain. Whistleblowing berkaitan dengan kecurangan yang merugikan organisasi sediri

mahupun pihak lain. Whistlebowing dikategorikan kepada 2 iaitu whistle blowing internal dan whistle blowing eksternal. 1.1 Whistleblowing Internal Berlaku sekiranya seorang pekerja didalam organisasi tersebut mengetahui penyelewengan yang dilakukan seseorang pekerja didalam organsasi dan melaporkan kecurangan tersebut kepada pihak atasanya.

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

1.2

Whistleblowing Eksternal Berlaku sekiranya seorang pihak dalaman ataupun luaran organisasi

mengetahui berlakunya penyelewengan, salahguna kuasa atau lain-lain tindakan tidak beretika yang dilakukan oleh seseorang anggota organisasi awam atau swasta lalu membuat pembongkaran kepada masyarakat kerana gejala tidak bermoral ini akan merugikan masyarakat. Whistleblowing menurut Dozier, 1985, ditakrifkan sebagai melaporkan suatu tindakan atau keputusan organisasi yang menyimpang dari peraturan dan undang-undang yang dilakukan oleh seorang atau bekas anggota organisasi itu kepada pihak lain seperti pemerintah, media massa, atau pihak-pihak yang berkaitan. Beliau juga menyatakan bahawa Whistleblowing merupakan salah satu perkara yang boleh berlaku dalam persekitaran organisasi. Perkara-perkara yang menyalahi peraturan, undang-undang dan etika organisasi dapat terjadi pada peringkat organisasi dan boleh memberikan kesan kerugian kepentingan awam. Whistleblowing juga merupakan seuatu peristiwa yang tidak baik bagi siapapun, terutama bagi pemberi maklumat dan organisasinya. Whistleblowing merupakan suatu fenomena dan kurangnya etika organisasi. Oleh yang demikian, cara menghindari

berlakunya whistleblowing adalah dengan memastikan persekitaran kerja organisasi yang mengikut peraturan dan etika kerja yang telah ditetapkan. (Adhi et al, 2010). Whistleblowing menurut Ream, 1984 adalah melaporkan tindakan pelanggaran atau pengungkapan perbuatan yang ditakrifkan sebagai menyalahi peraturan, undang-undang, perbuatan tidak etika, tidak bermoral atau perbuatan lain yang dapat merugikan organisasi mahupun kepentingan awam, yang dilakukan oleh pekerja atau pihak pengurusan organisasi kepada pimpinan organisasi atau pihak lain yang dapat mengambil tindakan atas pelanggaran tersebut. Pelaporan ini umumnya dilakukan secara rahsia (confidential).

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

2.0

PENYATAAN MASALAH 2.1 Saluran Penerimaan Aduan Sebenar Yang Diterima Insentif yang diambil oleh kerajaan Malaysia bagi mengawal, mencegah dan mengurangkan gejala tidak bermodal didalam perkhidmatan Awam di dalam negara dengan menubuhkan Biro Pengaduan Awam.. Agensi ini mula beroperasi pada 2 Ogos 1971. Antara tujuan penubuhannya adalah menjadi badan pengawas bagi menjamin pentadbiran yang cekap dan adil. Selain itu BPA berperanan untuk merapatkan hubungan diantara Kerajaan dengan orang ramai serta mewujudkan satu saluran untuk membolehkan orang ramai Mengemukakan kesulitan mereka semasa berurusan dengan agensi Kerajaan. Agensi mempunyai objektif yang mana antaranya adalah : i. Untuk menyedia dan meningkatkan kemudahan membuat aduan kepada orang awam. ii. iii. Untuk memperkenalkan pembaharuan dan inovasi berasaskan aduan awam. Untuk mengesan isu-isu yang boleh menjadi punca aduan orang awam; dan. iv. Untuk mendapatkan maklum balas orang ramai bagi menjayakan program pembangunan Kerajaan. Agensi ini bertanggungjawab didalam mengendalikan sebarang aduan mengenai ketidakpuasan mereka terhadap semua aspek pentadbiran Kerajaan (termasuk agensi-agensi yang diswastakan dan institusi-institusi yang berbentuk monopoli dan membekalkan keperluan-keperluan awam yang dirasai tidak adil, tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada termasuk salahlaku, penyelewengan, salah guna kuasa, salah tadbir dan seumpamanya. Pengaduan awam meliputi semua aspek pentadbiran kerajaan termasuk agensi Kerajaan yang diswastakan.

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Berdasarkan kepada jadual 1 dan 2, kita mendapati bahawa, aduan yang diterima oleh agensi ini dari tahun ke satu tahun meningkat. Statistik ini bukanlah bertujuan untuk menunjukkan jumlah salah laku kakitangan awan meningkat tetapi ia menunjukkan kesederan orang ramai untuk melaporkan sebarang kesalahan atau kelemahan yang berlaku di dalam perkhidmatan awam mahupun swasta demi untuk kepentingan bersama. Menurut Pengerusi Biro Pengaduan Awam, Aduan yang

diterima ini tidak semuanya diperolehi daripada orang awam, malah ada juga kakitangan awam yang membuat aduan mengenai salah laku atau kelemahan yang difikirkan perlu diambil tindakan demi memastikan sesebuah organisasi itu sendiri memberikan perkhimdatan yang terbaik. 2.2 Statistik Tangkapan Oleh SPRM Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Jadual 3). Dari tahun 2005 hingga tahun 2010, mendapati bahawa terdapat peningkatan yang amat ketara dalam jumlah tangkapan yang telah dibuat. Peningkatan tangkapan yang dibuat ini secara tidak langsung telah menurun Indeks Persepsi Rasuah Negara. Bagi tahun 2005, sebanyak 485 tangkapan telah dibuat dan peningkat secara berterusan sehinggalah pada pada tahun 2010 sebanyak 944 tangkapan dengan pelbagai kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, 2009. Berdasarkan jadual ini juga mendapati bahawa, semua

golongan masyarakat terlibat di dalam gejala jenayah ini daripada anggota-anggota perkhidmatan awam, swasta, ahli politik malahan orang awam juga turun terlibat. Berdasarkan kepada statistik tangkapan ini, Ketua Pengarah SPRM menyatakan bahawa, hasil tangkapan yang dibuat ini adalah berpunca daripada aduan orang ramai yang terdiri daripada oraang awam, kakitangan kerajaan, pihak media dan badanbadan bukan kerajaan. Beliau menyatakan ini merupakan satu kerjasama yang cukup memberi manfaat kepada negara kerana tanpa kerjasama dalam memberikan maklumat salah laku, penyelewengan dan rasuah ini, kami pihak SPRM tidak mampu untuk memcegah jenayah ini sehingga ke akar umbi.

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

2.3

Kes-Kes Terdahulu Mengenai Whistleblowing 2.3.1 Kes Pertama Lo Pui-lam adalah seorang kakitangan Perkhidmatan Awam Bandar Hong Kong telah memdedahkan gejala rasuah yang berlaku dalam organisasinya semsa dalam perkhidmatan di organisasinya. Beliau mendapati bahawa, seorang pemandu lori kumbahan, difahami bahawa para pekerja syif malam mempunyai tabiat mengisi tangki dengan air supaya apabila mereka tiba di pusat timbangan lori akan cukup berat untuk lulus pemeriksaan. Belian mengetahui hal demikian dan melaporkan perkara tersebut penyelianya. Tindakan yang dibuat oleh beliau ini tidak ditindakan atau apa-apa siasatan dibuat mengenai gejala rasuah yang berlaku ini. Oleh yang demikian, beliau telah menyampaikan maklumat salah laku ini kepada pihak pengurusan tertingga dengan menyatakan bahawa laporan awal telah dibuat kepada penyelia, tetapi tiada tindakan yang diambil oleh penyelia tersebut. Apa yang berlaku bahawa, tindakan yang dimabil oleh beliau bukan mendapat pujian daripada majikannya malah menerima ugutan jika tersu membongkar kegiatan ini berkemungkinan akan dibuat ataupun dipecat daripada jawatanya. Walaupun tindakan telah diambil untuk mendisiplinkan pekerja syif malam, sesungguhnya beliau terpaksa menghadapi tindakan balas sukar dari pekerjapekerja dan penyelia dalam bentuk ancaman lisan, penghinaan dan pemulauan daripada pekerja dan penyelian. Beliau terus memerhatikan dan memantau gejala tersebut yang mana bagi dirinya ianya adalah merupakan tindakn yang baik untuk organisasinya dan juga kepentingan awam walaupun terus menerima tekanan daripada rakan-rakannya. Kesan yang diterima dalam perbuatan tersebut menyebabkab beliau terpaksa bersendiri ditempat kerja dan tiada sesiapapun inign bercakap dengan beliau. (Sumber: Asiaweek, March 31, 2000, Yulanda Chung, HongKong)

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

2.3.2 Kes Kedua Cynthia Cooper dan dua juruaudit dalaman WorldCom mendedahkan penyelewengan perakaunan sebanyak $ 3,8 Billion. Mereka bertindak atas gerak hati dan bukti tertentu bahawa ketua mereka telah mendapat keuntungan dengan amalan-amalan perakaunan yang tidak baik. Penemuan mereka telah membawa kepada pemecatan Ketua Pegawai Kewangan. Berbeza dengan keskes yang lain, Pihak pengurusan syarikat ternyata menghargai tindakan beliau dan melantiknya ke jawatan Ketua Pegawai Kewangan yang baru di dalam Organisasi tersebut.. Walau bagaimanapun dia banyak diejek oleh rakanrakannya dan akhbar-akhbar tempatan. Menjawab persoalan yang timbul kepada keadaan ini, Cooper berkata, "Ada harga yang dibayar" dan "Ada telah kali bahawa saya tidak boleh berhenti menangis." (Source: Across the board, Mar / Apr, 2003, Business Week, Jan, 2003 dan Masa, Dec 30, 2002) Jadual 1 Saluran Penerimaan Aduan Dari tahun 2005 hingga 2010
SALURAN Elektronik (Email atau laman web) Program Proaktif Program Menangani Aduan Sblm Menjadi aduan Surat, Faks & Borang Hadir Sendiri Telefon Lain-Lain Sistem Pesanan Ringkas (SMS-15888) JUMLAH 2010 6,065 2,532 2,052 1,586 1,208 1,036 201 20 14,700 12,683 8,066 5,347 3,397 2,707 2009 5,318 2,591 804 1,531 1,498 724 217 1,151 809 435 27 1,304 508 294 24 965 339 176 16 1,073 291 137 13 2008 3,709 1,935 2007 2,022 1195 2006 597 1,304 2005 423 770

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Jadual 2 Jumlah Aduan SEBENAR yang diterima Mengikut Kategori Dari tahun 2005 hingga 2010
KATEGORI ADUAN Kelewatan atau Tiada Tindakan Kualiti Perkhidmatan Yang Tidak Memuaskan Termasuk Kaunter dan Telefon Tindakan Tidak Adil Kegagalan Penguatkuasaan Kekurangan Kemudahan Awam Pelbagai Aduan Kegagalan Mengikut Prosedur Yang Ditetapkan Salah laku Anggota Awam Salah Guna Kuasa / Penyelewengan Kepincangan Pelaksanaan Dasar dan Kelemahan Undang-Undang JUMLAH 2005 1130 292 337 339 181 155 96 77 86 14 2707 2006 1296 573 369 350 292 185 111 103 83 33 3397 2007 1,335 414 309 266 227 162 98 63 48 19 2,941 2008 2,534 1,212 1,198 990 608 779 212 212 222 59 8,066 2009 4,275 2,275 2,095 1,330 924 740 341 306 246 151 14,700 2010 6,452 2,493 2,074 1,460 948 461 268 255 216 73 12,683

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Jadual 3

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

3.0

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini mempunyai objektif seperti: 3.1 3.2 Mengenalpasti kepentingan Whistleblowing di dalam sesebuah organisasi Mengenalpasti perkara-perkara atau risiko yang perlu ditanggung oleh pemberi maklumat kesalahan dalam organisasi 3.3 3.4 Mengenalpasti faktor-faktor pendorong kepada Whistleblowing Mengenalpasti prosuder atau langkah yang dilaksana oleh organisasi berkaitan Whistleblowing untuk kebaikan organisasi.

4.0

METODOLOGI KAJIAN 4.1 Pengumpulan Data Dalam pengumpulan data, secara amnya sumber maklumat data-data yang dikumpulkan terbahagi kepada dua kategori iaitu data utama dan juga data sekunder. Data utama merupakan data yang dikumpulkan dan dibahagikan kepada beberapa kategori seperti soal selidik dan juga temubual. Manakala data sekunder pula

merupakan data yang diperolehi melalui kajian literatur daripada buku-buku rujukan, majalah dan bahan rujukan yang lain. Bahan bahan rujukan yang digunakan terdiri daripada bahan bercetak seperti jurnal, buku, majalah dan lain lain. Data sekunder adalah informasi yang dikumpul bukan untuk kepentingan kajian yang sedang dilakukan tetapi untuk benberapa tujuan yang lain. Data sekunder adalah data yang sudah tersedia dan kita hanya perlu mencari dan mengumpulnya sahaja. Data sekunder mudah diperolehi kerana ia sudah tersedia misalnya di Perpustakaan, biro pusat statistik dan lain-lain. Walaupun data sekunder sudah tersedia, tetapi kita tidak boleh lakukan ia secara sebarangan. Hal ini kerana

10

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

untuk mendapat data yang tepat dan sesuai dengan penyelidikan, kita perlu membuat beberapa pertimbangan. Antara pertimbangan yang harus kita lakukan adalah mengetahui jenis data yang harus sesuai dengan tujuan penyelidikan yang kita sudah tentukan. Selain itu kita tidak hanya menekankan pada jumlah tetapi pada kualiti dan kesesuaian pada tajuk yang kita pilih . Faktor lain yang harus dipertimbangkan adalah data sekunder biasanya digunakan sebagai pendukung data primer, oleh itu kadang-kadang kita tidak hanya menggunakan data sekunder sebagai satu-satunya sumber informasi untuk menyelesaikan masalah penyelidikan tersebut. Dalam kajian ini, pengkaji

mengggunkan data sekunder kerana atas masalah kekangan masa dalam mendapatkan data primer yang perlu mengambil sedikit masa dan dianalisa daripada maklumat yang dipeolehi. Atas sebab berkenaan data sekunder digunakan dalam menyediakan kajian ini. Data sekunder dapat membantu seseorang menjimatkan masa dan

perbelanjaan dalam mencari sesuatu topik untuk melakukan penyelidikan (Rohaya, 2004). Antara kegunaan data sekunder ialah, merupakan pemahaman masalah, penjelasan masalah, pengumpulan alternatif, dan juga sebagai penyelesaian masalah. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan data sekunder yang diperloehi daripada maklumat internat dan surat khabar. 4.2 Kajian Kes lepas Dalam kajian kali ini, pengkaji juga merujuk kepada kes-kes yang berkaitan sebagai panduan dan juga maklumat sebagai panduan untuk menjalankan kajian ini. Kes-kes yang berlaku ini diambil daripada majalah perniagaan mahupun surat khabar, media elektronik, internat dan lain-lain lagi. Kes-kes yang dirujuk ini adalah

merupakan sebagai panduan kepada pengkaji untuk membuat perbandingan atau boleh menyokong hujah-hujah yang akan diutarakan dalam kajian ini.

11

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

5.0

ANALISIS KAJIAN 5.1 Kepentingan Whistleblowing di dalam Organisasi Pemberitahuan maklumat atau lebih dikenali sebagai whistleblowing pada asasnya ialah satubentuk pendedahan. Ia melibatkan seseorang memberi maklumat pada peringkat awal mengenai risiko ke atas aktiviti-aktiviti yang salah ataupun melaporkan sesuatu salahlaku. Pemberitahu maklumat atau whistleblower ini

selalunya bekerja untuk atau dengan organisasi tersebut dan mempunyai pengetahuan tentang fakta penyebab dan keadaan yang menyelubungi kesalahan yang berlaku di dalam organisasi tersebut. Dalam melaksanakan urus tadbir koprat yang cekap dan berkualiti, orgniasasi mahupun syarikat perlu memiliki satu sistem pemberitahuan maklumat menyumbang ke arah organisasi yang lebih cekap dan efektif (Ahmad, 2007). Kepentingan pemberitahuan maklumat seterusnya akan di rujuk sebagai Polisi Organisasi yang bertujuan untuk membolehkan kakitangan dan orang lain untuk membuat pendedahan mengenai mana-mana salahlaku dari peringkat awal lagi kepada seseorang yang telah ditugaskan dan dipertangungjawab dalam menjalankan siasatan awal. Tanpa rasa gentar terhadap sebarang tindakan balas agar masalah dapat dikenalpasti dan diselesaikan secepat mungkin di dalam organisasi (Gillespie, 1981). Pada masa yang sama, Polisi ini juga akan memastikan individu mengunakan hak mereka untuk membuat pendedahan secara bertanggungjawab dan wajar apabila mengesyaki akan sesuatu yang tidak betul. Menurut Maimunah, 2002 yang

menyatakan bahawa, Polisi ini berpandukan prinsip-prinsip di seperti : 5.1.1 Organisasi mestilah komited kepada nilai-nilai ketelusan, integriti, kesaksamaan dan kebertanggungjawaban dalam mengendalikan urusniaga dan hal ehwalnya. Kesalahan seperti penipuan, rasuah, kesalahan kewangan yang serius dan kesilapan pengurusan yang melampau perlu dilaporkan mengikut mekanisma dalaman.

12

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

5.1.2 Polisi pemberitahuan maklumat mencerminkan falsafah organisasi untuk sentiasa bersiap sedia. Ia merangkumi pendedahan mengenai risiko-risiko yang sesuatu kesalahan berkemungkinan akan berlaku. 5.1.3 Pendedahan sedemikian bertindak sebagai sistem amaran awal untuk mengenalpasti masalah atau menjangka situasi yang boleh

menjejaskan organisasi tersebut. Ia juga membolehkan organisasi lebih bersedia menguruskan risiko dan perkara diluar jangkaan termasuk bagaimana untuk mengelak masalah dan salahlaku yang sama berlaku semula di masa hadapan. 5.1.4 Organisasi juga perlu mengalakkan komunikasi terbuka dan budaya kerja yang jujur dengan mewujudkan prosedur-prosedur dalaman untuk menangani sebarang masalah. Polisi ini menjadi pelengkap kepada saluran-saluran komunikasi biasa dan sistem laporan di dalam sesebuah organisasi. Ia adalah suatu jalan alternatif untuk kakitangan memberi maklumat sekiranya sistem komunikasi biasa tidak boleh digunakan apabila aduan adalah berkenaan penyelia terdekatnya atau ketua bahagian. 5.1.5 Organisasi juga perlu menggalakkan kakitangannya untuk mencapai tahap etika dan pematuhan undang-undang yang setinggi mungkin. Polisi ini menunjukkan komitmen sesebuah organisasi dan kakitangannya dalam mencapai tahap tersebut. Mengintegrasikan polisi pemberitahuan maklumat ke dalam amalan dan budaya kerja membantu untuk menghalang penipuan, rasuah dan kesilapan pengurusan. Melalui pelaksanaan polisi ini secara efektif, Organisasi akan dapat mengekalkan integriti dan bersedia berhadapan dengan penelitian awam. Ini seterusnya mempertingkatkan dan membina kredibiliti dengan pihak-pihak yang berkepentingan di dalam sesebuah orgnaisasi. Menurut Miamunah, 2002, tujuan

perlaksanaan dan penggunaan polisi ini adalah untuk :

13

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Memudahkan pendedahahan dibuat seawal mungkin dengan penuh bertanggungjawab dan mengikut prosedur dalaman.

Menangani sesuatu pendedahan dengan pendekatan dan mengikut masa yang sesuai. Bila halhal pendedahan sebegini ditangani, ianya akan diberi keutamaan mengikut sifat atau keseriusan salahlaku atau risiko yang dilaporkan dan magnitud akibat atau kesan dari pendedahan ini.

Melindungi pemberitahu maklumat dari sebarang tindakan balas akibat langsung dari pendedahan yang dibuatnya dan melindungi maklumat peribadi beliau.

Berlaku adil terhadap pemberitahu maklumat dan pesalah yang dilaporkan. Pemberitahu maklumat akan diberitahu tentang status pendedahan beliau. Pesalah tersebut juga akan diberitahu tentang tuduhan terhadapnya (tetapi tidak semestinya di awal penyiasatan) dan akan diberi peluang untuk menjawab tuduhantuduhan tersebut. Identiti dan maklumat peribadi pihak pemberitahu maklumat dan pesalah tersebut akan didedahkan kepada mereka yang terlibat di dalam penyiasatan atau manamana proses pada dasar perlu tahu sahaja.

5.2

Perkara-Perkara Yang Perlu Dilihat Sebelum Membuat Sebarang Aduan Menurut Rongine, 1985, persediaan awal yang perlu dibuat oleh

pemberitahuan maklumat kesalahan atau penyelewengan di dalam organisasi supaya ianya tidak akan mendatangkan delima kepada diri sendiri adalah seperti berikut : 5.2.1 Tujuan maklumat yang disampaikan adalah baik dan benar Mengapa anda merasakan keperluan untuk membuat aduan? Apakah keperluan yang mendesak supaya isu-isu yang anda telah dikenal pasti dapat diselesaikan? Berikut adalah beberapa perkara yang mungkin anda pertimbangkan.

14

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

i.

Untuk menunjukkan kepada seseorang yang anda tidak diabaikan. Biasanya perbezaan pendapat mengenai etika dalam organisasi

ditentang oleh orang-orang yang tidak bersetuju, orang ingkar atau mempunyai alasan untuk tidak mahu memperbaiki sikap atau dasardasar organisasi. Jika anda telah mengalami permasalahan yang timbul seperti ini, anda mungkin merasa terdorong untuk menunjukkan kepada mereka bahawa anda bukan sesorang pekerja yang tidak mengambil peduli mengenai hal-hal berkaitan pelanggaran peraturan atau pun etika kerja. Ini adalah motivasi yang lebih cenderung

membawa anda ke dalam tersebut. Ia membawa anda dari landasan yang sebenarnya menetapkan kelakuan atau dasar organisasi dan mula kelihatan seperti tindakan balas terhadap layanan buruk. Ia tidak jauh dari motivasi ini untuk menjadi "pekerja tidak puas dengan anda." ii. Untuk memberikan pengajaran kepada perlaku

Pendedahan yang dibuat ini bukan kerana atas sebab hendak membalas dendam atau memnpunyai sifat hasad dengki kepada rakan-rakan sekerja. Ianya dilakukan adalah bertujuan untuk kebaikan organisasi daripada berlakunya kerugian, kemerosotan keunutngan atau atas nama baik organisasi sendiri. Selain itu juga, pelaporan maklumat ini dibuat adalah untuk memberi pengajaran kepada perlaku dan orang lain supaya ianya menjadi pengajaran untuk kebaikan semua anggota dalam organisasi. iii. Untuk mengekalkan integriti peribadi anda. Jika anda berasa anda diminta untuk terlibat dalam tingkah laku yang tidak beretika, anda mungkin mahu untuk menjauhkan diri anda daripadanya . Tetapi anda boleh dapat menjauhkan diri daripada tingkah laku yang tidak beretika atas dasar untuk mengekalkan
15

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

integriti anda sendiri tanpa membuat pemberitahuan maklumat kepada pihak tertentu yang bertanggungjawab dalam menanggani masalah ini. Motivasi ini mungkin akan memberikan anda membuat perubahan tingkah laku atau dasar organisasi, tetapi hanya menjauhkan diri anda daripada tingkah laku yang tidak beretika atau tidak bermoral. iv. Untuk menyimpan reputasi dan kewangan organisasi anda.

Ia mungkin kelihatan tindakan untuk membuat dakwaan awam untuk menyelamatkan reputasi organisasi, tetapi ia adalah motivasi yang tetap munasabah. Jika anda mempunyai sebab untuk mempercayai organisasi akhirnya akan mendapat masalah kepada tindakan mereka, membuat dakwaan kepada pihak luar organisasi kini boleh menyelamatkan organisasi daripada kerosakan yang lebih besar kemudian. Jika matlamat anda adalah untuk mengubah tingkah laku atau dasar organisasi supaya ia akan mampu untuk menjaga reputasi, anda masih boleh menjadi seorang pekerja yang setia di samping mencabar organisasi anda di khalayak ramai. Dalam lingkungan

undang-undang ini dikenali sebagai "pembangkang yang setia." Anda lebih suka tidak mahu mengambil peranan ini, tetapi anda mungkin merasa bahawa ia terpaksa dilakukan untuk kebaikan bersama. v. Untuk mengurangkan ancaman kepada keselamatan dan kesihatan awam. Jika anda berfikir tingkah laku atau dasar organisasi anda menimbulkan ancaman kesihatan atau keselamatan. anda kini berfikir lebih mungkin penting daripada tugas untuk majikan anda. Seberat kedua-dua tugas ini akan bergantung sebahagian tahap dan kemungkinan ancaman kepada kesihatan atau keselamatan . Dengan kedua-dua sebab-sebab ini anda bertindak untuk whistleblowing dengan telah berfikir panjang serta telah mengambil kira kerugian

16

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

yang ditanggung oleh organisasi mahupun pihak awam jika tidak berbuat demikian. 5.2.2 Mempunyai bukti yang kukuh Sebagai tindakan untuk melakukan whistleblowing, anda perlulah mempunyai bukti atau maklumat ynag tepat dan kukuh untuk menyokong pendakwaan yang anda lakukan. Ini penting kerana pihak awam akan boleh menunjukkan minat dalam aduan anda, tetapi mereka tidak mungkin untuk mempercayai aduan tidak berasas. Melainkan anda mempunyai bukti untuk membuktikan dakwaan anda dan sanggup menjadi tertakluk kepada penelitian sengit dari segi motif dan amanah. Anda mungkin berhadapan dengan

kepercayaan dengan bukti yang anda kemukakan. Oleh itu, anda perlu menghabiskan sejumlah masa panjang untuk anda mempertahankan keduadua dakwaan anda dan diri anda. 5.2.3 Merekod dan mempunyai bukti-bukti dokumen yang menyokong dakwaan anda. Terdapat dua tujuan untuk bahan dan bukti yang perlu ada pada anda iaitu: y Mendokumenkan dakwaan bagi melindungi diri anda. Anda harus menyimpan komputer riba, salinan dokumen berkaitan. Kedua-dua bukti anda dalam menyediakan mempersiapkan diri dalam dakwaan yang anda lakukan. Anda harus mempunyai segala-galanya yang anda memperolehi, dan tarikh nota yang anda ambil. Jangan berbuat apaapa yang menyalahi undang-undang untuk mendapatkan dokumentasi tetapi, tetapi buat secara kreatif tentang pengumpulan dokumentasi daripada mana sumber yang anda boleh perolehi dokumen tersebut. y Bukti bertulis adalah bukti yang paling penting. Menyimpan dokumen sokongan semua jenis kunci. Anda perlu merekodkan semua tarikh dan masa apabila peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan kes yang berlaku, apabila anda menerima atau mendapatkan dokumen17

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

dokumen, dan apabila anda berunding dengan orang lain. Jika pekerja lain hadir apabila peristiwa ini berlaku, rekod nama-nama mereka supaya mereka boleh menjadi saksi kepada anda. Jika syarikat itu cuba untuk menembak anda atau meminta anda meletakkan jawatan kerana masalah tertentu, anda akan perlu mempunyai dokumen yang anda melakukan tugas anda dengan baik dan tiada aduan yang dibuat terhadap anda. Mendapatkan salinan rekod prestasi yang lepas anda. Ia boleh didapati bahawa terdapat penurunan pasti dalam skor pada penilaian anda dengan seberapa segera kerana anda membuat salah laku perkara rekod awam. Syarikat-syarikat yang kadang-kadang "menyusun semula" dalam berikutan whistleblowing, dan ini boleh menjadi satu bentuk tindak balas. Pastikan yang anda mempunyai bukti bahawa struktur syarikat yang stabil sebelum anda membuat aduan awam. Jadi anda dapat menunjukkan hubungan penyusunan semula whistleblowing dan pemecatan anda. 5.2.4 Membuat pilihan saluran yang betul untuk membuat pendedahan Tetapi tanpa mengambil kira siapakah yang anda pilih sebagai tempat untuk pendedahan, anda perlu pastikan anda hanya mendedahkan maklumat yang anda perlukan untuk menyokong kes anda . Rundingan dengan rakan kongsi pendedahan anda harus termasuk sulit untuk anda dan lain-lain serta boleh diperolehi. Dan anda harus mengambil berat untuk membuat

pendedahan dalam cara yang meminimumkan gangguan kepada organisasi anda, jika boleh. Ingat, maklumat adalah sumber utama anda dalam pendedahan whistleblowing, dan apabila anda telah dilepaskan kepada orang lain, anda boleh mempunyai kawalan yang lebih sedikit. Berikut adalah

beberapa manfaat dan risiko pendedahan maklumat kepada pihak yang berlainan. y Sistem Kehakiman: Untuk apa-apa aktiviti yang jelas

menyalahi undang-undang, wakil-wakil daerah yang sering

18

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

negeri atau persekutuan laluan pendedahan yang sesuai. Tetapi sekali lagi sebab-sebab mereka untuk mengambil atau mengabaikan mana-mana boleh dipengaruhi oleh motif di luar anda sendiri, seperti beba kes, keperluan untuk mencari kes-kes untuk menetapkan undang-undang kes, dan cita-cita. Anda akan memerlukan seseorang anda tahu alasan di sini untuk menasihati anda tentang pilihan ini. y Undang-undang: Selalunya tempatan, negeri, atau penggubal undang-undang persekutuan boleh membantu anda mencari jalan untuk orang-orang yang betul dalam membuat

pendedahan, atau boleh menyiasat improprieties diri mereka sendiri. Sekali lagi, motif bercampur sentiasa menjadi isu, kerana pihak-pihak yang dipilih berkemungkinan juga

mempunyai tanggungjawab dalam melindungi pihak yang didakwa supaya sentiasa mendapat sokongan pada masa akan datang. y Kumpulan penyokong: kumpulan ini mungkin dapat memberi anda nasihat yang baik tentang yang lain akan menjadi medium yang baik untuk pendedahan, tetapi biasanya mereka ini tidak mempunyai kuasa ditempat anda untuk menyiasat atau

meletakkan tekanan ke atas organisasi kepada perubahan. y Berita media: Berita boleh memberi anda cara yang cepat untuk membuat tuduhan-tuduhan anda untuk pengetahuan awam. Tetapi mereka tidak akan memberikan tekanan yang berterusan melainkan jika kes anda terus dan patut dijadikan berita hangat dalam jangkamasa yang panjang. 5.3 Faktor-Faktor Pendorong Kepada Tindakan Whistleblowing Kajian whistleblowing berkaitan tingkah laku daripada pelbagai bidang akademik seperti psikologi (Miceli, 1988), sosio-budaya (Patel, 2003), tingkah laku organisasi (Kaplan et al, 2007) dan perakaunan atau pengauditan
19

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

(Miceli et al, 1991). Kajian sebelum ini telah tertumpu kepada tiga faktor yang mempengaruhi am: y y y faktor-faktor individu, faktor-faktor organisasi dan, faktor-faktor keadaan. kajian ini mengkaji kesan pembolehubah ini

Menurut Syahrul, 2010,

juruaudit dalaman 'melaporkan niat. Pemboleh ubah yang dikaji bagi faktor individu adalah pembolehubah demografi. Faktor-faktor organisasi adalah saiz organisasi dan status pengurusan, manakala faktor-faktor keadaan adalah jenis salah laku dan status pesalah. 5.3.1 Faktor demografi Kajian whistleblowing terdahulu yang dijalan menggunakan jantina, umur dan tempoh responden meramalkan niat individu whistleblowing. Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa lelaki dan wanita mempunyai perbezaan yang ketara dalam membuat pertimbangan etika. Dari segi untuk whistleblowing, kajian mendapati bahawa wanita adalah kurang kemungkinan daripada lelaki kepada melibatkan diri dalam whistleblowing. Lelaki lebih cenderung dan mungkin mempunyai kredibiliti yang lebih baik dari perempuan sekali gus membolehkan whistleblowing berkesan. Mengunakan pendekatan Hipotesis lelaki berkemungkinan lebih whistleblowing dalam kajian yang dijalan terhadap sekumpulan juruaudit. Hasil daripada kajian tersebut, beliau mendapati bahawa lelaki lebih cenderung melibatkan diri di dalam whistleblowing. Daripada 152 respondan yang digunakan mendapati bahawa, secara nisbahnya lelaki 4 : 1 berbanding dengan wanita terlibat di dalam whistleblowing. Manakala bagi faktor usia atau umur, mendapati bahawa, lebih meningkat usia seseorang itu maka lebih lebih cenderunglah kepada whistleblowing dan faktor demografi mengikut tempoh perkhimdatan
20

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

diorganisasi mendapati bawah lagi lama berkhidmat dengan organisasi tersebut maka lebih cenderung seseorang itu terlibat kerana kesenioritian respondan dan juga lebih mengatasi segala hal berkaitan organisasi yang menyebabkan ianya lebih cenderung untuk berbuat demikian. 5.3.2 Faktor organisasi i. Berdasarkan kepada saiz organisasi Secara toerinya, pengkaji mendapati bahawa saiz organisasi yang lebih kecil akan lebih mempengaruhi whistleblowing berbanding dengan organsasi yang besar. Hujah ini disokong oleh teori diffusion
of responsibility yang menyatakan bahawa, kebarangkalian ahli-ahli didalam organisasi yang besar cenderung kepada whistleblowing adalah

lebih rendah jika dibandingkan dengan organisasi yang kecil.

Ia

berlaku kerana kebanyakkan ahli-ahli di dalam organisasi yang lebih besar cenderung untuk tidak mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan salah laku dan dipandah remeh (Miceli, 1985). ii. Berdasarkan kepada status pengurusan Pekerja yang memegang jawatan penyeliaan biasanya dilihat sebagai orang yang menentukan persekitaran etika dan budaya untuk orang bawahan mereka dan mempunyai lebih kuasa daripada pekerjapekerja lain dalam organisasi. Oleh itu, mereka dilihat mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk melaporkan kes-kes salah laku dan perbuatan yang tidak beretika daripada pekerja pada tahap yang lebih rendah. Pekerja di jawatan pengurusan yang lebih rendah dalam organisasi dikatakan kurang cenderung kepada risiko pekerjaan mereka (Miceli, 1985). 5.3.3 Faktor Keadaan

21

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

i.

Jenis kesalahan Jenis dan keseriusan salah laku organisasi yang berkenaan

boleh mempengaruhi keputusan untuk whistleblowing.

Keseriusan

boleh dilihat sebagai akibat kewangan, risiko keselamatan dan kesihatan, dan kekerapan berlakunya kesalahan di dalam organisasi. Kajian terdahulu menggunakan senario kes telah menunjukkan bahawa fakta-fakta kes itu boleh mempengaruhi individu kecenderungan

untuk whistleblowing. Mana-mana kesalahan yang melibat usur-unsur penipuan, penyelewengan berkaitan dengan kewangan mendapati bahawa akan menyebabkan kecenderunugan berlakunya

whistleblowing meningkat. Kaplan, 2007, juga menyatakan bahawa niat pelaporan individu dipengaruhi oleh sifat dan keseriusan kes. ii. Status pesalah Status ahli-ahli organisasi yang melakukan salah laku korporat atau perbuatan yang menyalahi undang-undang juga boleh

mempengaruhi kecenderungan pekerja untuk whistleblow. Miethe, 1999, menyatakan bahawa kecenderungan untuk pekerja untuk melaporkan salah laku itu boleh bergantung kepada persepsi pekerja bahawa laporan yang dbuat itu akan hanya menyebabkan tindakan pembetulan dan kedudukan tertentu yang dipegang oleh pesalah tersebut dalam hierarki organisasi. Ini menyebabkan kecenderungan untuk melaporkan kesalahan tersebut kurang kerana mempunyai delima kerjayanya pada masa akan datang kerana mungkin akan menerima tekanan daripada pesalah yang ditelah diambil tindakan atas laporan salah laku yang dibuat. 6.0 CADANGAN PENYELESAIAN Konsep Whistleblowing mempunyai kebaikan dan keburukannya. Antara

kebaikannya adalah ianya merupakan salah cara atau alternatif lain yang boleh dipraktik di
22

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

dalam mana-mana organisasi untuk mengawal gejala yang tidak bermoral. Merujuk kepada Jadual 1 yang digunakan sebagai data kajian, mendapati bahawa perbagai cara boleh dilaksanakan di dalam menlaporkan kejahatan yang berlaku di dalam organisasi. Antaranya adalah melalu mel elektronik, surat, borang aduan di terdapat diorganisasi berkenan lain-lain lagi. Ini dilaksankan bukan bertujuan untuk menjatuhkan imej organisasi mahupun Di sudut

memperlekehkan perkhidmatan yang diberikan oleh perkhidmatan awam.

positifnya, aduan ini adalah bertujuan sebagai salah satu cara untuk mana-mana organisasi sendiri menambahbaikkan dari segi pengurusan dan perkhidmatan yang yang ditawarkan kepada orang ramai. Sekaligus ini akan memberikan kesempatan kepada organisasi

menyusun, merancang dan mengawal perjalanan organisasi dengan lebih baik. Dari segi keburukannya adalah, whisterblowing ini jika disalah praktikkan akan menyebabkan berlakunya budaya memburukkan rakan sekerja dan ini menyebabkan prestasi organisasi juga akan menurun kerana persekitran kerja di dalam organisasi tidak lagi aman dan selamat. Di dalam jadual 1, walaupun berlaku peningkatan di dalam aduan berkaitan salah laku, salah gunu kuasa dan lain-lain berkaitan perkhidmatan dalam negara, ini bukannya menunjukkan bahawa presatsi perkhidmatan awam negara merosok dengan teruk. Malah dengan adanya aduan, pihak pengurusan organisasi boleh mengambil tindakan pembetulan di dalam perjalanan operasinya di dalam usaha menjadikan perkhidmatan organisasi yang lebih baik. Dengan aduan yang diterima ini juga, pihak kerajaan boleh mengambil tindakan yang sewajarnya di dalam menangani masalah yang berlaku ini. Cuba anda bayangkan jika tiada aduan atau pihak-pihak yang berkaitan dan tidak melapor apa-apa kesalahan atau di dalam perkhidmatan awam di dalam negara. Ini bukan bererti bahawa perkhidmatan yang

ditawarkan adalah baik dan ianya akan boleh memberi kesan kepada anggota-anggota di dalam organisasi itu tidak bertindak untuk menambahbaikan operasinya. Malahan akan menyebabkan kemajuan dan peningkatan prestasi perkhidmatan akan menjadi tepu dan tidak meningkat kerana pihak pengurusan berpuas hati dengan apa yang dilakukan sekarang. Oleh yang demikian, tindakan kerajaan mengwujudkan Biro Pengaduan Awam dengann tujuan untuk menerima sebarang aduan berkaitan kecurangan atau kekeurangan di dalam perkhidmatan awam adalah menrupakan tindakan yang tepat. Ianya boleh menjadi rujukan kerajaan di dalam melaksanakan penambahbaikkan mutu perkhidmatan yang
23

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

diberikan kepada rakyat mengikut keperluan semasa. Di dalam jadual 3 pula, pengkaji mengemukan statistik tangkapan yang dilakukan oleh SPRM daripada tahun 2005 hingga 2010 adalah bertujuan untuk menganalisa tindakan yang diambil hasil daripada aduan yang diperolehi. Menurut Ketua Pengarah SPRM sendiri menyatakan di dalam pembenterasan gejala tidak bermoral seperti penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah, tanggungjawab ini hendaklah dipikul bersama-sama antara pihak SPRM, anggota SPRM dan orang-orang awam. Daripada statistik tangkapan yang dibuat itu, beliau menyatakan

bahawa, hampir 70% tangkapan gejala tidak bermoral ini adalah berpunca dari aduan yang diterima oleh SPRM daripada anggota-anggotanya dan juga masayarakat sekeliling yang peka dengan aktiviti-aktiviti tidak bermoral ini. Ini menunjukkkan bahawa rakyat yang berbilang kaum di Malaysia lebih peka terhadap salah laku yang dibuat oleh segelintir anggota kakitangan awam yang boleh memberi kesan langsung kepada kerugian kepada pihak umum. Daripada maklum balas ini, pihak yang bertanggungjawab boleh melaksanakan penambaikan di dalam perurusan yang lebih proaktif. Antara pendekatan yang diambil oleh kerajaan di dalam di dalam memastikan perkhimdatan awam meningkatkan kualiti perkhidmatan nya adalah seperti : 6.1 Pelan Integriti Nasional Pelan ini merupakan sebuah pelan integriti yang lahir daripada inspirasi rakyat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Ianya digubal berdasarkan kepada pandangan dan cadangan yang disampaikan melalui pelbagai pihak pihak bagi memastikan perkhimdatan organisasi awam sentiasa memberikan suatu perkhidmatan terbaik disamping mengurangkan kerenah birokrasi. Ianya adalah bertujuan untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh cirri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Sasaran yang dikenalpasti adalah untuk:

24

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

i.

Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan.

ii.

Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi.

iii. iv. v.

Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan Memantapkan institusi kekeluargaan Meningkatkan kualit hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Selain itu, beberapa pendekatan lain juga dilaksanakan oleh kerajaan antaranya adalah: i. Mengubal undang-undang berkaitan saksi yang membuat aduan

mengenai gejala tidak bermoral di dalam perkhidmatan awam mahupun swasta. Undang-undang ini memberikan perlindungan kepada saksi yang terlibat dengan nama dan indentiti pelapor akan dirahsiakan. Ini adlah

bertujuan untuk memberikan ruang kepada masyarakat atau pun anggota awam yang mengetahui berlaku pelanggaran peraturan atau penyelewengan di dalam organisasi tampil membuat aduan tanpa sebarang kerisauan bahawa indentitinya akan diketahui oleh pesalah ii. Mengemaskini, saluran aduan dengan memberikan lebih pilihan

kepadap pengadu didalam melaporkan sebarang aduan yang berkaitan dengan kekurangan atau perlakuan tidak bermoral dikalangan anggota di dalam organisasi. Seperti aduan boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS), melalui email dan lain-lain lagi bagi memudahkan semua pihak untuk bertindak.

7.0

KESIMPULAN Secara keseleuruhan dapatlah disimpulkan disini bahawa Whistleblowing dianggap

sebagai tindakan tidak bermoral kerana tindakan ini dilihat sebagai mengkhianati organisasi,
25

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

tetapi perubahan masa kini, whistleblowing mulai mendapat perhatian dari kerajaan ataupun majikan dan dianggap sebagai perbuatan yang baik kerana berani mengunggapkan fakta tersembunyi atau tidak bermoral yang berlaku di dalam sesebuah organisasi. Ini telah

terbukti bahawa brdasarkan kajian yang dibuat ini mendapati bahawa whistleblowing tindakan yang baik jika mengikut dan berlandarkan kepada polisi dan prosuder yang ditetapkan. Selain seperti mestilah diambil untuk tujuan kepentingan umum dan bukannya unutk atas sifat balas dendam, hasad dengki sessama pekerja. Apa yang pastinya tindakan whistleblowing ini akan berkesan dan memberikan impak yang cukup baik di dalam sesebuah organisasi kerana ianya merupakan salah satu cara untuk mengatasi ketidakpuaan pekerja terhadap sesuatu tindakan yang dilakukan mana-mana pihak di dalam organisasi yang menyebabkan keadaan persekitaran kerja terancam. Apa yang penting tindakan yang diambil ini mestikan disertakan bersama-sama bukti dan catitan yang berkaitan dengan aktiviti atau tingkah laku tidak bermoral yang ingin dilaporkan. bertindak atas maklumat yang tepat akan memberikan organiasai boleh memperbaikan kelemahan yang ada tetapi jika bertindak melaporkan sesuatu perkara yang bertujuan tidak ini akan menyebabkan diri sendiri terjerumus didalam kelakuan tidak berintegriti dan organisasi akan mengalami ketidakpuasan pekerja yang tinggi serta menjadikan persekitran kerja menjadi tidak tenteram.

26

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

8.0

RUJUKAN Across the board, Mar / Apr, 2003, Business Week, Jan, 2003 dan Masa, Dec 30, 2002 Adhi Pranoto, Noviana Monalisa, Rudi Jozef Victor, 2010. Working Paper: Organizational Behavior (Whistleblowing), Magister Manajemen Universitas Atma Jaya Yogyakarta. Ahmad Atory Hussin, 2007. Tadbir Urus Koprat: Ke Arah Tabdir Urus yang Berkualiti Dalam Sektor Awam dan Swasta. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributiors Sdn. Bhd. Anonim irketi & Migros Ticaret, 2008. Corporate Governance Principles

Compliance Report adheres to Capital Markets Board of Turkey (CMB). Asiaweek, March 31, 2000, Yulanda Chung, HongKong
Dozier, J. B., & Miceli, M. P. (1985). Potential predictors of whistle-blowing: A prosocial behavior perspective. Academy of Management Review, 10(4), 823-836.

Gillespie, K., 1981. Creative Supervision. New York: Harcourt Publishing. Kaplan, S. E., & Schultz, J. J. (2007). Intentions to report questionable acts: An examination of the influence of anonymous reporting channel, internal audit quality, and setting. Journal of Business Ethics, 71(2), 109-124. Kerajaan Malaysia, 2007. Pelan Integriti Nasional: Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia King, G. (1999). The implications of an organization's structure on whistleblowing. Journal of Business Ethics, 20(4), 315-326. Maimunah Aminuddin & Fauziah Noordin, 2002. Pengurusan Sumber Manusia. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

27

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Miceli, M. P., & Near, J. P. (1988). Individual and situational correlates of whistleblowing. Personnel Psychology, 41(2), 267-281. Miceli, M. P., Near, J. P., & Schwenk, C. R. (1991). Who blows the whistle and why? Industrial & Labor Relations Review,45(1), 113-130. Park, H., & Blenkinsopp, J. (2009). Whistleblowing as planned behavior - A survey of South Korean police officers. Journal of Business Ethics, 85(4), 545-556. Ream, B., 1984. Personal Administration, ICSA Publishing, London. Rohaya Yusof, 2004. Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Rongine, Nicholas, 1985. Toward a Coherent Legal Response to the Public Policy Dilemma Posed by Whistleblowers, American Business Law Journal 23(2): 28197. Syahrul Ahmar Ahmad, Malcolm Smith and Zubaidah Ismail, 2010. Internal Whistleblowing Intentions in Malaysia: Factors that Influence Internal Auditors Decision Making Process. Journal of Practice & Theory, 10(2), 115

28

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

9.0

LAMPIRAN Lampiran 1

29

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Lampiran 2

30

Anda mungkin juga menyukai