Anda di halaman 1dari 9

AKTA KONTRAK 1950

kita tidak tahu apakah hak dan tanggungjawab kita dari sudut
perundangan. Bahkan kebanyakan kes penipuan bertunjangkan kepada
kejahilan dalam undang-undang kontrak. Oleh yang demikian adalah
penting untuk kita menyedari bahawa kontrak mempunyai hubungan
yang rapat dengan kita. Memahami persoalan kontrak bukan sahaja
penting untuk usahawan atau pengurus, bahkan juga untuk pengguna
keseluruhannya. Dengan cara memahami peraturan ini kita akan lebih
berani untuk melakukan urusniaga dan dalam masa yang sama peka
dengan risiko-risiko yang mungkin dihadapi. Bilakah kita membuat
kontrak? Sebenarnya kontrak adalah satu perkara yang kita kerap
lakukan dalam kehidupan seharian. Sebarang bentuk urusiaga
sebenarnya bertunjangkan peraturan kontrak. Ketika kita membeli nasi
lemak di gerai, kita sebenarnya membuat kontrak dengan penjual itu.
Begitu juga apabila kita membeli buku di kedai, kita sebenarnya telah
membuat satu kontrak yang tertakluk kepada Akta Kontrak 1950.
Apabila kita bersetuju untuk bekerja dengan seseorang, bermakna kita
sudah membuat kontrak. Kontrak ini dikenali sebagai kontrak
pekerjaan. Majikan dan pekerja masing-masing mempunyai kewajipan
dan tanggungan di bawah undang-undang kontrak.
AKTA JUALAN BARANGAN 1957
1. 2. Maksud Akta Jualan Barang Barang
1957 • Akta yang memperuntukkan segala
elemen yang berkaitan dengan kontrak
jualan barang yang pada mulanya dikenali
sebagai Ordinan Jualan Barang-barang
(Negeri-Negeri Melayu) 1957. • Pada tahun
1989, ordinan ini telah disemak dan
dinamakan sebagai Akta Jualan Barang-
barang 1957 (Semakan 1989)
2. 3. Maksud Kontrak Jualan • Seksyen
4(1) dalam Akta Jualan Barang- barang
1957 mentakrifkan kontrak jualan barang
sebagai satu kontrak yang berkaitan
dengan penjual memindahkan atau
bersetuju untuk memindahkan hak terhadap
sesuatu barang-barang kepada pembeli
dengan suatu harga tertentu. • Menurut
Seksyen 6 dalam Akta Jualan Barang-
barang boleh diklasifikasikan kepada
barang sedia ada dan barang masa
hadapan.
AKTA SEWA BELI 1967
Mengawal selia kandungan dan bentuk
perjanjian yang termasuk di bawah
takrifan perjanjian sewa beli di bawah
Akta dan menetapkan hak-hak dan
tanggungjawab pihak-pihak kepada
perjanjian.

Memberikan kuasa untak menetapkan


sewa premis terkawal (controlled premises)
dalam kawasan-kawasan Kerajaan
Tempatan.
AKTA PERKONGSIAN 1961
mendefinisikan perkongsian sebagai suatu
perhubungan yang wujud di antara
beberapa orang bagi maksud menjalankan
perniagaan bersama untuk mendapatkan
keuntungan.
memperuntukkan bahawa perkongsian
mestilah berbentuk sebuah perniagaan yang
bertujuan untuk mendapatkan keuntungan,
niat untuk mendapatkan keuntungan adalah
memadai dan tidak perlu untuk membuktikan
bahawa perniagaan membuat keuntungan.
AKTA SYARIKAT 1965
1. Garis panduan ini bertujuan untuk
memberi panduan berhubung prosedur
memperbadankan SBMJ di bawah Akta
Syarikat (AS) 1965 dan juga mempastikan
syarikat yang dicadang tidak akan
digunakan untuk menjalankan aktiviti-
aktiviti yang menyalahi undang-undang,
memudaratkan dan bertentangan dengan
keamanan, kebajikan, keselamatan negara
dan kepentingan awam.
AKTA PERHUBUNGAN INDUSTRI 1967

Tujuan Akta ini diwujudkan adalah untuk menetapkan


dengan cara yangteratur perhubungan antara majikan
dan pekerja serta kesatuan sekerja mereka dan
mencegah sertamenyelesai sebarang perselisihan atau
pertikaian berbangkit dari perhubungan mereka dan
amnyauntuk mengendali pertikaian perusahaan.Akta ini
menggantikan kesemua undang-undang perhubungan
perusahaan yang terdahulu tetapi
masihterus menggalakkan konsep demokrasi dan sel
f-
government in industry dengan menyediakan perlin
dungan untuk hak yang sah, prerogatif dan kepentingan g
olongan majikan dan pekerja sertakesatuan sekerja mereka
disamping mempastikan agar pertikaian-pertikaian diselesaikan
dengan cepatdan saksama supaya kepentingan awam dan
negara tidak terjejas. Sinopsis Akta ini adalah
seperti berikut:
FUNGSI JABATAN KASTAM DIRAJA
MALAYSIA
Untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara, memelihara keselamatan
negara dan kesejahteraan rakyat, JKDM memainkan peranan seperti berikut:

1. Memungut Hasil Negara


Memungut hasil negara dalam bentuk cukai dan duti Kastam yang terdiri
daripada duti import, duti eksport, duti eksais cukai jualan, cukai
perkhidmatan dan levi kenderaan.

2. Memberi Fasilitasi Kepada Sektor Perdagangan Dan Perindustrian


JKDM telah memainkan peranannya dalam pemberian kemudahan dalam
bentuk pelbagai insentif dan fasilitasi kepada sektor perindustrian dan
perdagangan yang bertujuan untuk menjana ekonomi negara selaras dengan
perubahan dasar kerajaan yang lebih mengutamakan sektor perindustrian.

3. Memastikan Pematuhan Perundangan


JKDM diberi kuasa untuk melaksanakan peruntukan undang-undang di
bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Jualan 1972, Akta Cukai
Perkhidmatan 1975, Akta Eksais 1976, Akta Zon Bebas 1990 serta
perundangan subsidiari berkaitan dengan akta-akta tersebut. Adalah menjadi
tanggungjawab utama JKDM untuk memastikan semua perundangan yang
dikuatkuasakan dipatuhi sepenuhnya oleh pelanggan-pelanggan dan pihak
yang berurusan dengannya.
FUNGSI LEMBAGA HASIL DALAM
NEGERI (LHDN)
a. Untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan dan memberi
perkhidmatan dalam pentadbiran, penaksiran,
pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai
pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai
keuntungan harta tanah, duti harta pusaka, duti setem dan
apa-apa cukai lain sebagaimana yang dipersetujui antara
Kerajaan dengan Lembaga,
b. Untuk menasihati Kerajaan mengenai perkara-perkara
yang berhubungan dengan percukaian dan menghubungi
Kementerian dan badan berkanun yang sewajarnya
mengenai perkara-perkara tersebut,
c. Untuk turut serta di dalam atau di luar Malaysia berkenaan
dengan perkara-perkara yang berhubungan dengan
percukaian,
d. Untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberi
kepada Lembaga oleh mana-mana undang-undang bertulis
lain dan
e. Boleh bertindak sebagai ejen pemungutan untuk dan bagi
pihak mana-mana badan untuk mendapatkan pinjaman
yang kena dibayar balik kepada badan itu di bawah mana-
mana undang-undang bertulis.

Anda mungkin juga menyukai