Anda di halaman 1dari 3

Akta Kontrak 1950

Undang –undang kontrak di Malaysia ditadbir oleh Akta Kontrak 1950 (AK 1950). AK 1950

mengandungi peruntukan mengenai pembentukan kontrak, pelaksanaannya dan peruntukan berkaitan

dengan agensi, walau bagaimanapun ia tidak merangkumi segala aspek undang-undang kontrak. Oleh

yang demikian, rujukan kepada undang-undang Inggeris dibenarkan apabila wujud kekurangan di

dalam AK 1950 melalui peruntukan Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Sivil 1956.

Kebanyakkan undang-undang di Malaysia termasuk undang-undang kontrak adalah dipengaruhi

oleh common-law Inggeris. Ini tidak dapat dielakkan kerana pengaruh Inggeris yang wujud semasa

tempoh penjajahan mereka di Tanah Melayu dan Borneo sebelum kemerdekaan Tanah Melayu dan

terbinanya Malaysia. Kebanyakkan undang-undang Inggeris adalah dibawa bagi tujuan komersial atau

perdagangan bagi memudahkan saudagar-saudagar British yang berdagang di sini. Antara yang terawal

dibawa masuk dan digunakan adalah undang-undang kontrak mereka.

Meskipun Malaysia kini mempunyai perundangan kontraknya sendiri iaitu Akta Kontrak 1950,

namun secara asasnya prinsip undang-undang Inggeris yang digunakan. Namun begitu ia telah

diubahsuai atau dimodifikasi agar sesuai dengan keadaan tempatan. Akta Kontrak ini adalah

berasaskan Akta Kontrak India 1872 yang juga merupakan satu kodifikasi dari ‘common-law’Inggeris.

Akta 136 adalah satu perundangan terpenting bagi hal-hal komersial di Malaysia.Walaupun

begitu, Akta Kontrak 1950 bukanlah suatu akta yang lengkap dan menyeluruh bagi mengawal selia

semua elemen-elemen dalam undang-undang kontrak. Oleh sebab itulah rujukan pada ‘common-

law’ Inggeris adalah diperlukan. Jika terdapat percanggahan antara Akta Kontrak 1950 dengan

‘common law’, maka peruntukan pada Akta Kontrak akan mengatasi ‘common law’ (Song Bok Yoong

v Ho Kim Poui[1968] 1 MLJ 56.

Selain daripada Akta Kontrak 1950, mahkamah juga akan merujuk kepadaa keputusan-

keputusan kes sebelum ini atau ‘judicial precedent’. Namun, penggunaan ‘case law’ ini adalah

tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Seksyen 5 Akta Undang-Undang Sivil 1956.

Definisi Kontrak

Merujuk kepada seksyen 2(h) AK 1950 maksud kontrak ialah perjanjian yang boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang. Ia adalah perjanjian yang akan mengikat pihak-pihak yang

berkontrak. Jika ada pihak yang tidak menepati perjanjian ini, maka pihak lain boleh dan berhak

mengambil tindakan melalui undang-undang.

Bukan semua perjanjian merupakan kontrak, tetapi semua kontrak adalah perjanjian. Perjanjian

akan menjadi kontrak sekiranya ia memenuhi elemen-elemen kontrak yang ditetapkan. Jika di dalam

mana-mana perjanjian terdapat sesuatu yang tidak mematuhi atau bertentangan dengan mana-mana

elemen tersebut, perjanjian itu bukanlah kontrak dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Pembentukan Kontrak

Sesuatu kontrak terbentuk samada secara mudah atau kompleks. Pembentukan kontrak mudah

tidak melibatkan formaliti tertentu. Contoh kontrak mudah ialah kontrak yang dibuat secara lisan atau

tersirat daripada perlakuan pihak-pihak yang berkontrak.

Bentuk kontrak yang bersifat kompleks pula ialah kontrak yang dibuat dengan teliti dan secara

bertulis. Contoh yang jelas ialah kontrak jual beli rumah yang dimasuki oleh pembeli dan pemaju

perumahan di mana dokumen-dokumen tertentu diperlukan. Sebagaimana di dalam common-law,

undang-undang kontrak di Malaysia turut menggariskan keperluan yang perlu wujud dalam sesuatu

kontrak. Prinsip asas dalam undang- undang kontrak adalah bagi memastikan satu kontrak itu wujud,

maka perlu wujud perjanjian yang sah dan boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang terlebih dahulu.

Untuk sesuatu kontrak itu menjadi sah dan boleh dikuatkuasakan undang-undang, elemen-

elemen tertentu perlu dipenuhi. Elemen-elemen tersebut adalah:-

· Tawaran

Ia merupakan janji yang dibuat oleh pembuat tawaran kepada penerima tawaran dengan niat bahawa

tawaran itu akan mewujudkan hubungan yang mengikat di sisi undang- undang apabila janji itu

diterima oleh penerima tawaran. Elemen elemen tawaran mestilah jelas, lengkap dan muktamad serta

mengandungi terma yang jelas dan nyata kepada siapa ia ditujukan

· Penerimaan

Sesuatu perjanjian penerimaan mestilah dibuat semasa tawaran masih terbuka. Ia merupakan elemen

penting kerana sebaik sahaja ada penerimaan, maka kontrak akan wujud. Penerimaan merupakan

pernyataan persetujuan kepada syarat syarat yang terkandung dlm kontrak.


· Niat

Perjanjian antara dua pihak tidak semestinya kontrak sah kerana undang- undang berkehendakkan bukti

yang menunjukkan bahawa wujudnya niat untuk mengadakan hubungan yang mengikat di sisi undang-

undang.

· Balasan

Merupakan suatu harga yang dibayar oleh satu pihak untuk beli janji atau perbuatan pihak yang lain.

Sesuatu balasan mesti mempunyai unsur timbul balik, iaitu pihak-pihak pembuat janji mempunyai

balasan masing-masing. Balasan tidak semestinya datang daripada penerima janji dan sesuatu balasan

tidak semestinya berpadanan. Balasan yang diberikan oleh penerima janji tidak semestinya berharga

dan mempunyai nilai yang berpadanan dengan sesuatu yang diberikan oleh pembuat janji.

· Kepastian

Kontrak yang sah mesti mempunyai peruntukan nyata dan tidak samar.

· Keupayaan

Ia merupakan keupayaan seseorang untuk layak membuat kontrak dan syarat nyatanya adalah ia

mestilah dewasa iaitu di atas umur 18 tahun, mempunyai akal yang sempurna dan tiada halangan atau

tidak hilang kelayakan dalam membuat kontrak (muflis).

Ketiadaan elemen-elemen ini akan mengakibatkan sesuatu kontrak itu tidak sah dan tidak boleh

dikuatkuasakan. Oleh itu, elemen-elemen ini hendaklah dipenuhi terlebih dahulu sebelum sesuatu

kontrak itu dapat dikuatkuasakan.

Anda mungkin juga menyukai