Anda di halaman 1dari 24

KUMPULAN 2 GLUL2023 BUSINESS LAW

1.0 PENGENALAN

Sewa beli ialah aktiviti menyewa barangan dengan opsyen untuk membeli
barangan tersebut. Anda adalah penyewa dan syarikat yang membiayai barang-barang
tersebut adalah pembiaya dan juga pemilik. Hak milik hanya akan berpindah kepada
penyewa selepas semua ansuran dijelaskan. Sementara itu, anda boleh membawa pulang
barangan tersebut untuk digunakan. Pelbagai barangan boleh diperolehi secara sewa beli,
termasuklah semua barangan pengguna yang diperolehi untuk kegunaan peribadi,
keluarga atau isi rumah dan kenderaan bermotor termasuk kenderaan orang sakit,
motosikal, motokar (termasuk teksi dan kereta sewa), kenderaan barangan dan bas.

Sewa beli adalah salah satu kaedah yang paling kerap diamalkan oleh orang ramai
untuk memiliki kereta. Sebelum memasuki sesuatu perjanjian sewa beli bagi kereta
persendirian, ada baiknya anda menatap halaman ini untuk lebih mendalami hal-hal yang
berkaitan dengannya. Memahami langkah-langkah yang terlibat di dalam pembiayaan
sewa beli boleh membantu anda menjimatkan masa dan mengelakkan keraguan dan
keresahan.

Dari sudut akta undang-undang sewa beli 1967 semua transaksi sewa beli adalah
dikawal oleh Akta Sewa Beli 1967 (Akta Sewa Beli). Butir-butir dan syarat-syarat yang
terkandung di dalam perjanjian sewa beli, hak di sisi undang-undang, tanggungjawab dan
tugas penyewa serta pembiaya ada diterangkan di dalam Akta Sewa Beli. Akta Sewa Beli
ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna.

Seksyen 2 Akta Sewa Beli 1967 mentafsirkan perjanjian sewa beli sebagai :

Termasuklah membenarkan barang-barang dengan pilihan untuk membeli dan


perjanjian untuk membeli barang-barang secara ansuran (sama ada perjanjian
menyatakan ansuran sebagai sewa atau sebaliknya tetapi tidak termasuk mana-mana
perjanjian).

(a) Di mana harta di dalam barang-barang yang terkandung melewati masa perjanjian
atau ketika atau pada bila-bila masa sebelum penyerahan barang-barang.

1
KUMPULAN 2 GLUL2023 BUSINESS LAW

(b) Di bawah mana, orang yang menyewa atau membeli barang-barang adalah yang
terikat dalam tred atau perniagaan menjual barang-barang yang sama atau perihal
seperti barang-barang yang terkandung dalam perjanjian.

Konsep sewa beli yang dinyatakan di dalam seksyen 2 adalah untuk menyewakan
sesuatu barang kepada penyewa di mana penyewa atau pilihan untuk membeli barang
tersebut pada akhir tempoh sewaan iaitu setelah menjelaskan semua ansuran yang
dinyatakan di dalam perjanjian sewa beli. Ini bermaksud penyewa hanya akan mendapat
hak milik ke atas barang selepas semua ansuran dijelaskan kepada pemunya.

2
KUMPULAN 2 GLUL2023 BUSINESS LAW

2.0 UNDANG-UNDANG SEWA BELI DI MALAYSIA

Akta Undang-undang Sewa Beli (ASB) 1967 adalah terpakai untuk semua urusan
sewa beli di Malaysia. Akta undang-undang Sewa Beli 1967 adalah dipadankan daripada
Hire Purchase Act 1960 New South Wales, Australia dan pernah dipinda beberapa kali
sebelum ini.

Semua perjanjian undang-undang sewa beli hendaklah mematuhi prosedur-


prosedur berhubung dengan pembentukan perjanjian sewa beli seperti yang ditetapkan
dalam Akta Sewa Beli 1967. Akta Sewa Beli juga menyebut tentang syarat dan waranti,
kualiti boleh dagang dan kesesuaian barang bagi perjanjian sewa beli. Ia turut
menyenaraikan hak-hak berkanun penyewa, hak penjamin dan prosedur pemilikan
semula barang-barang di bawah perjanjian sewa beli.

2.1 URUSNIAGA DI BAWAH SEWA BELI

Di dalam konteks sewa beli di Malaysia, banyak perkara-perkara yang harus


diketahui sebelum sesuatu urus niaga sewa beli dilakukan. Perkara-perkara tersebut
adalah seperti yang dinyatakan di bawah.

2.1.1 Barang-barang di bawah sewa beli

Akta Sewa beli 1967 hanya melindungi sejumlah barang-barang yang


disenaraikan di dalam jadual pertama. Ini termasuklah:

 Semua barang-barang pengguna – seksyen 21 ASB 1967.


 Kenderaan bermotor.

3
KUMPULAN 2 GLUL2023 BUSINESS LAW

2.1.2 Perjanjian sewa beli

Seksyen 4A ASB 1967 menyatakan perjanjian mestilah dibuat secara bertulis dan
hendaklah lengkap dan jelas serta mestilah bertaip. Sekiranya perjanjian tersebut kabur
atau tidak dapat dibaca, ia dianggap tidak sah dan ini menjadi satu kesalahan di bawah
Seksyen 4A (3) ASB 1967.

Kandungan perjanjian sewa beli juga perlu mematuhi Seksyen 4C ASB 1967. Ini
termasuklah :

 Tarikh penyewaan bermula


 Bilangan bayaran ansuran
 Amaun bayaran ansuran, kepada siapa bayaran dibuat dan tempat pembayaran
 Masa pembayaran
 Perihal barangan yang disewa
 Alamat barang sewaan disimpan

Beberapa perkara di dalam perjanjian sewa beli perlu dinyatakan di dalam jadual seperti
yang dikehendaki oleh Seksyen 4C(c). Ini termasuklah :

 Harga tunai barang


 Deposit
 Caj penghantaran
 Bayaran pendaftaran barang
 Ansuran

Perjanjian adalah sah apabila ia mematuhi setiap peruntukan ASB 1967 dan telah
ditandatangani oleh pihak-pihak atau wakil pihak-pihak yang berkontrak (Seksyen 4B
ASB 1967). Walaubagaimanapun, pindaan boleh dilakukan dengan persetujuan pihak-
pihak yang berkontrak dengan menandatangani pindaan di dalam perjanjian tersebut
(Seksyen 39 ASB 1967).

4
KUMPULAN 2 GLUL2023 BUSINESS LAW

Adalah juga menjadi kewajipan oleh pemilik untuk menghantar satu salinan
perjanjian kepada penyewa di dalam masa 14 hari selepas perjanjian dibuat. (Seksyen
5(1) ASB 1967).

2.1.3 Harga sewa beli

Seksyen 2 ASB 1967 menyatakan bahawa maksud harga sewa beli ialah harga
penuh yang perlu dijelaskan oleh penyewa di bawah perjanjian sewa beli. Ia merangkumi
wang pendahuluan, ansuran, dan juga faedah yang dikenakan. Selalunya ia akan melebihi
harga tunai barang yang disewa.

2.1.4 Syarat dan Waranti

Terma-terma perjanjian sewa beli terdiri daripada syarat ataupun waranti.


Syarat :
Penting dan ditentukan dalam kontrak
Waranti :
Syarat yang tidak penting dan tidak ditentukan dalam kontrak.

2.1.5 Perlanggarannya

Syarat :
Membolehkan pihak yang mengalami kerugian membatalkan perjanjian.
Waranti :
Tidak membolehkan mana-mana pihak yang mengalami kerugian membatalkan
perjanjian tetapi boleh menuntut.

5
KUMPULAN 2 GLUL2023 BUSINESS LAW

2.2 SYARAT-SYARAT DAN WARANTI TERSIRAT PERJANJIAN SEWA BELI

Beberapa syarat dan waranti adalah tersirat di dalam perjanjian sewa beli di bawah
Seksyen 7 ASB 1967. Syarat-syarat dan waranti-waranti tersirat ini tidak boleh diubah
melainkan untuk barangan terpakai yang mempunyai kualiti boleh niaga dan sesuai untuk
digunakan. Syarat-syarat dan waranti-waranti tersirat tersebut adalah berkaitan dengan :

i. Hak milik Barangan


ii. Kualiti dagangan
iii. Tujuan barangan disewa

i) Hak milik barangan.

ASB Penerangan Seksyen


1967
Seksyen Pemilik barang mempunyai hak untuk menjual barang yang terdapat pada penyewa
7(1) pada bila-bila masa. Jika pemilik melanggar perjanjian dengan menjual barang yang
disewa dalam tempoh sewaan, penyewa berhak untuk mendapat kembali duit
bayaran sewanya. Contoh kes Public Finance Bhd lwn Ehwan Bin Saring di mana
mahkamah memutuskan bahawa surat hak milik perlu ada pada pemilik sebaik
sahaja perjanjian dibuat. Pindahan hak milik hanya boleh dibuat setelah semua
bayaran dibuat.
Seksyen Waranti tersirat berkaitan hak penyewa untuk memiliki barangan dengan aman
7(1)(a) tanpa gangguan.
Seksyen Syarat tersirat bahawa pemunya atau tuan punya mempunyai hak untuk menjual
7(1)(b) pada masa barang-barang tersebut dilepaskan kepada penyewa.
Seksyen Waranti tersirat bahawa barangan adalah bebas daripada apa-apa gadaian atau
7(1) (c ) bebanan bagi pihak ketiga pada masa harta itu dilepaskan.

6
KUMPULAN 2 GLUL2023 BUSINESS LAW

ii) Kualiti dagangan

ASB Penerangan Seksyen


1967
Seksyen Menjadi syarat tersirat bahawa barang-barang yang disewa atau dijual mestilah
7(2) mempunyai kualiti dagangan atau kualiti boleh niaga iaitu mempunyai nilai untuk
dijual kembali dan barang tersebut tidak mengalami sebarang kecacatan.
Syarat ini tidak akan terpakai sekiranya :

a. penyewa telah memeriksa barangan tersebut


b. barang tersebut adalah barangan terpakai dan barangan terpakai itu telah
dinyatakan di dalam perjanjian sebagai :
 Barang itu adalah barangan terpakai
 Syarat dan waranti yang menyentuh kelayakan dan kesesuaian
barangan tersebut telah dinegatifkan secara nyata dan pernyataan itu
telah dibawa ke pengetahuan penyewa dan penyewa secara bertulis
telah mengiktirafnya.

Contoh kes Trader Finance Corp Ltd lwn Romlee & Anor di mana
mahkamah memutuskan di dalam perjanjian mestilah menyatakan bahawa
barangan itu adalah terpakai.

iii) Tujuan barang disewa

Seksyen7 (3) ASB 1967 memperuntukkan berkaitan syarat termaklum bahawa barang
yang diberikan oleh pemilik adalah sesuai dan memenuhi tujuan yang sepatutnya. Contoh
kes Lau Hee Teah lwn Hargill Engineering di mana agen syarikat pemilik telah melawat
penggunaan barang di tempat penyewa dan mendapati ia telah digunakan menepati
dengan tujuan dan fungsi barang itu.

7
KUMPULAN 2 GLUL2023 BUSINESS LAW

2.3 ASET SEWA BELI DI MALAYSIA

Aset Sewa Beli Sewa beli adalah satu sistem memperoleh aset secara kredit di
mana pembekal aset adalah dianggap sebagai peniaga, pembeli dianggap sebagai
penyewa dan pembiaya sebagai pemilik. Pemilikan aset yang dibeli secara sewa beli
tidak berpindah kepada penyewa pada masa perjanjian sewa beli atau penghantaran aset.
Pembiaya kekal sebagai pemilik aset sehingga penyewa telah menyelesaikan sepenuhnya
harga yang telah dipersetujui dalam perjanjian sewa beli.

2.3.1 SEWA BELI KONVENSIONAL

Mengikut transaksi kewangan konvensional, penyewa akan membeli aset bagi


pihak pemilik. Perjanjian sewa beli akan dilaksanakan sebaik sahaja pemilik membayar
kepada pembekal aset dan penyewa mengambil aset tersebut. Bagi tujuan pemberian EM,
penyewa adalah disifatkan sebagai pemilik aset. Penyewa adalah pemilik beneficial
kerana melakukan PYL dan layak menuntut EM jika digunakan bagi tujuan
perniagaannya. Penyewa juga akan menjadi pemilik sah di sisi undang-undang apabila
bayaran ansuran sewa beli terakhir telah dibuat. PYL yang dilakukan oleh penyewa
adalah mengikut syarat perjanjian sewa beli bagi tempoh tertentu. Bayaran ansuran terdiri
daripada modal (deposit dan ansuran modal) dan hasil (faedah sewa beli).

2.3.2 SEWA BELI DI BAWAH PEMBIAYAAN ISLAM DALAM KONTEKS


KEWANGAN ISLAM

Perjanjian sewa merujuk kepada ijarah yang melibatkan pertukaran antara faedah
atau manfaat bagi aset yang disewa dalam suatu tempoh yang dipersetujui. Konsep ijarah
sering digunakan dalam perjanjian pembiayaan seperti pembiayaan harta tanah,
pembiayaan kenderaan, pembiayaan projek dan pembiayaan peribadi. Kebanyakan
pembiayaan kenderaan dalam institusi kewangan Islam di Malaysia dilaksanakan melalui
konsep Al-ijarah thumma al-bai’ (AITAB), bermaksud sewaan (Al-ijarah) disusuli
dengan jualan (Al-bai’) yang bermaksud, AITAB adalah perjanjian sewa dengan pilihan

8
KUMPULAN 2 GLUL2023 BUSINESS LAW

untuk membeli aset. Pembiayaan berdasarkan AITAB melibatkan dua jenis perjanjian
iaitu:

(i) Perjanjian sewaan (Al-ijarah ‘ain) Pemilik iaitu institusi kewangan Islam akan
memeterai perjanjian ijarah dengan penyewa. Di bawah perjanjian ini, pemilik akan
melantik penyewa sebagai ejen untuk membeli kenderaan yang telah dikenal pasti oleh
penyewa. Seterusnya, pemilik akan menyewakan kenderaan itu kepada penyewa bagi
suatu tempoh masa tertentu. Kos dan manfaat akan dikira dan penyewa membayar
ansuran bagi suatu tempoh tertentu.

(ii) Perjanjian jual-beli (Al-bai`) Pada akhir tempoh sewaan, penyewa mempunyai pilihan
untuk membeli kenderaan tersebut daripada pemilik. Sekiranya penyewa memilih untuk
membeli kenderaan tersebut, pemilik dan penyewa akan memeterai satu perjanjian Al-
bai` dan hak milik kenderaan tersebut akan berpindah daripada pemilik kepada penyewa.

9
KUMPULAN 2 GLUL2023 BUSINESS LAW

3.0 UNDANG-UNDANG SEWA BELI 1964 DI UNITED KINGDOM

3.1 DEFINISI UNDANG-UNDANG SEWA BELI 1964 DI UK

Suatu Akta untuk meminda undang-undang yang berhubungan dengan sewa beli
dan jualan secara kredit, dan, berhubung dengannya, untuk meminda enakmen berkaitan
dengan jualan barang-barang; untuk membuat peruntukan berkenaan dengan pelupusan
kenderaan motor yang telah membiarkan atau dipersetujui untuk dijual secara sewa beli
atau jualan bersyarat; untuk meminda Iklan (Sewa Beli) 1957; dan bagi maksud yang
berkaitan dengan perkara-perkara yang disebut terdahulu.

3.2 APLIKASI AKTA SEWA BELI 1938

i. Akta Sewa Beli 1938 (dalam Bahagian ini (Akta ini disebut "Akta ibu") hendaklah
(kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 2 Akta ini) memohon
sebagaimana yang dipinda oleh subseksyen (5) seksyen ini kepada semua perjanjian
sewa beli dan perjanjian jualan secara kredit di mana harga sewa beli atau jumlah
harga pembelian, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak melebihi £ 2000.

10
KUMPULAN 2 GLUL2023 BUSINESS LAW

ii. Menurut subseksyen yang terdahulu, dalam seksyen 1 Akta ibu (yang menetapkan
had £ 1000 dalam kes ternakan dan £ 300 dalam semua kes lain), perenggan (b) dan
(c) terdapat hendaklah digantikan angka "£ 2000".
iii. Jika pada bila-bila masa selepas permulaan kuat kuasa Akta ini ternyata kepada Seri
Paduka Baginda dalam Majlis bahawa had yang dinyatakan dalam seksyen 1 Akta ibu
(sama ada menurut kuasa subseksyen yang sebelumnya atau Perintah sebelumnya
dalam Majlis di bawah subseksyen ini ) perlu terus dibangkitkan, Her Majesty boleh
melalui Perintah dalam Majlis mengarahkan supaya seksyen 1 Akta ibu hendaklah
terus dipinda bagi menggantikan, untuk jumlah yang ditetapkan dalam seksyen itu,
sejumlah wang yang lebih besar sebagaimana yang dinyatakan dalam Perintah.
iv. Tiada cadangan hendaklah dibuat kepada Seri Paduka Baginda untuk membuat
Perintah dalam Majlis di bawah subseksyen yang sebelumnya kecuali draf Perintah
telah dibentangkan di Parlimen dan diluluskan oleh ketetapan setiap Majlis Parlimen.
v. Dalam seksyen 4 (1) Akta ibu hendaklah dimasukkan perkataan "Dengan syarat
bahawa, jika mahkamah berpuas hati dengan apa-apa tindakan yang sejumlah wang
yang kurang daripada jumlah di mana setengah daripada harga sewa beli melebihi
jumlah wang yang telah dibayar dan jumlah wang yang kena dibayar berkenaan
dengan harga sewa beli segera sebelum penamatan itu akan menjadi sama dengan
kerugian yang dialami oleh pemilik berikutan dengan penamatan perjanjian oleh
penyewa, mahkamah boleh membuat suatu perintah bagi pembayaran jumlah wang
itu sebagai ganti daripada jumlah itu ".

11
KUMPULAN 2 GLUL2023 BUSINESS LAW

3.2.1 PENGECUALIAN BADAN KORPORAT

Akta prinsipal tidak terpakai bagi apa-apa perjanjian sewa beli atau perjanjian
jualan secara kredit yang dibuat oleh atau bagi pihak suatu pertubuhan perbadanan (sama
ada diperbadankan di United Kingdom atau di tempat lain) sebagai penyewa atau pembeli
barangan yang perjanjian itu berkaitan.

3.3 KEHENDAK YANG BERHUBUNGAN DENGAN SEWA BELI PERJANJIAN


DAN PERJANJIAN JUALAN SECARA KREDIT

i. Kehendak-kehendak yang dinyatakan dalam seksyen 2 (2) Akta prinsipal (yang


menetapkan keperluan berkaitan dengan sewa beli perjanjian) dan kehendak yang
dinyatakan dalam seksyen 3 (2) Akta itu (yang menentukan kehendak yang berhubungan
dengan perjanjian jualan secara kredit ) hendaklah terpakai kepada persetujuan perjanjian
sewa beli atau jualan secara kredit, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tidak
kepada nota atau memorandum perjanjian itu; (yang dalam setiap kes memerlukan nota
atau memorandum perjanjian itu hendaklah dibuat dan ditandatangani oleh penyewa atau
pembeli, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan oleh atau bagi pihak semua pihak
lain dalam perjanjian itu), perkataan "nota atau memorandum perjanjian itu dibuat dan",
maka hendaklah digantikan dengan perkataan "Perjanjian ini adalah", seksyen 3 tersebut
perkataan "nota atau memorandum", dalam setiap tempat di mana ia berlaku, hendaklah
digantikan perkataan "Perjanjian".

ii. Seksyen 2 (2)


 Perjanjian itu ditandatangani oleh atau bagi pihak semua pihak lain serta-merta
selepas ia ditandatangani oleh penyewa, dan salinan yang disebut dalam
subseksyen ini ada dan kemudian diserahkan kepadanya, atau, perjanjian itu
mempunyai ditandatangani oleh atau bagi pihak semua pihak lain sebelum ia
ditandatangani oleh penyewa, salinan yang diserahkan kepadanya selepas dia
menandatangani perjanjian itu.

12
KUMPULAN 2 GLUL2023 BUSINESS LAW

 dokumen yang berkaitan (iaitu, dokumen yang, apabila ditandatangani


sebagaimana yang disebut dalam subseksyen ini, menjadi perjanjian) telah
disampaikan dan tidak dihantar, kepada penyewa untuk mendapatkan
tandatangannya, kemudian segera selepas menandatangani dokumen berkaitan di
sana telah disampaikan kepadanya suatu salinan dokumen itu dalam bentuk di
mana ia ketika itu.
 jika dokumen yang berkaitan telah dihantar kepada penyewa untuk mendapatkan
tandatangannya, kemudian pada masa yang apabila ia telah dihantar ke sana juga
dihantar kepadanya suatu salinan dokumen itu dalam bentuk di mana ia dahulu.

iii. Seksyen 3 (2)

 Perjanjian itu ditandatangani oleh atau bagi pihak semua pihak lain serta-merta
selepas ia ditandatangani oleh pembeli, dan salinan yang disebut dalam
subseksyen ini ada dan kemudian diserahkan kepadanya, atau, perjanjian itu
mempunyai ditandatangani oleh atau bagi pihak semua pihak lain sebelum ia
ditandatangani oleh pembeli, salinan yang diserahkan kepadanya selepas dia
menandatangani perjanjian itu.
 jika, dalam hal yang tidak termasuk dalam perkara di atas sub-perenggan itu,
dokumen yang berkaitan (iaitu, dokumen yang, apabila ditandatangani
sebagaimana yang disebut dalam subseksyen ini, menjadi perjanjian) telah
disampaikan dan tidak dihantar, kepada pembeli untuk mendapatkan
tandatangannya, kemudian segera selepas menandatangani dokumen berkaitan di
sana telah disampaikan kepadanya suatu salinan dokumen itu dalam bentuk di
mana ia ketika itu.
 jika dokumen yang berkaitan telah dihantar kepada pembeli untuk mendapatkan
tandatangannya, kemudian pada masa yang apabila ia telah dihantar ke sana juga
dihantar kepadanya suatu salinan dokumen itu dalam bentuk di mana ia dahulu.

13
KUMPULAN 2 GLUL2023 BUSINESS LAW

iv. Lembaga Perdagangan boleh melalui peraturan-peraturan yang memperuntukkan bahawa


dalam apa-apa dokumen yang, apabila ditandatangani sebagaimana yang disebut dalam
seksyen 2 (2) (a) atau seksyen 3 (2) (a) principal Act.-

 yang menjadi suatu perjanjian sewa beli yang Akta itu terpakai.
 menjadi suatu perjanjian jualan secara kredit yang Akta itu terpakai di mana
jumlah harga belian melebihi £ 30,

tandatangan penyewa atau pembeli hendaklah dimasukkan ke dalam ruang yang


ditandakan mengikut cara itu, dan disertakan dalam dokumen itu dengan kata-kata itu,
sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan; dan peraturan-peraturan boleh
termasuk peruntukan mengenai lokasi kata-kata yang berkaitan dengan ruang di mana
tandatangan dimasukkan, dan boleh menetapkan apa-apa kehendak lain (sama ada
sebagai menaip, saiz, warna atau pelupusan huruf atau sebaliknya) oleh Lembaga
difikirkan sesuai untuk menjamin bahawa perkataan datang kepada perhatian penyewa
atau pembeli pada masa yang apabila dia adalah kira-kira untuk menandatangani
dokumen itu.

v. Satu dokumen yang mana-mana peraturan yang dibuat di bawah subseksyen yang
sebelumnya memohon bukan tidak sah oleh sebab peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi;
tetapi;

 dalam hal suatu dokumen yang menjadi suatu perjanjian sewa beli, seksyen 2 (2)
Akta ibu hendaklah berkuat kuasa berhubung dengan mematuhi kehendak mana-
mana peraturan-peraturan sebagaimana yang berkuat kuasa berhubung dengan
pematuhan kehendak yang dinyatakan seksyen tersebut 2 (2),
 dalam hal suatu dokumen yang menjadi suatu perjanjian jualan kredit, seksyen 3 (2)
Akta ibu hendaklah berkuat kuasa berhubung dengan mematuhi kehendak mana-
mana peraturan-peraturan itu kerana ia mempunyai kesan berhubung dengan
mematuhi keperluan yang dinyatakan seksyen 3 tersebut.

14
KUMPULAN 2 GLUL2023 BUSINESS LAW

3.4 HAK PEMBATALAN TERTENTU SEWA BELI DAN URUS NIAGA JUALAN
SECARA KREDIT

Peruntukan seksyen ini hendaklah berkuatkuasa jika seseorang (dalam seksyen ini
disebut sebagai "penyewa bakal atau pembeli") menandatangani dokumen (dalam
seksyen ini disebut sebagai "Dokumen yang berkaitan")

i. menjadi suatu perjanjian sewa beli yang kepadanya Akta ibu terpakai, atau akan
menjadi perjanjian itu jika disempurnakan oleh atau bagi pihak orang lain sebagai
pemilik barang yang berkaitan dengannya.
ii. merupakan satu perjanjian jualan secara kredit yang Akta itu terpakai di mana
jumlah harga belian melebihi £ 30, atau akan menjadi perjanjian itu jika
disempurnakan oleh atau bagi pihak orang lain sebagai penjual barang-barang
yang berkaitan dengannya, dan (sama ada kes) dokumen yang berkenaan
ditandatangani oleh penyewa bakal atau pembeli di tempat selain premis
perniagaan yang sebenarnya.

1. Pada bila-bila masa selepas dia menandatangani dokumen yang berkaitan dan sebelum
akhir tempoh empat hari yang bermula pada hari di mana dia menerima salinan
bersumpah kedua, penyewa bakal atau pembeli boleh menyampaikan suatu notis di
bawah seksyen ini (dalam Bahagian ini Akta ini disebut sebagai "notis pembatalan")

 kepada pemunya atau penjual


 mana-mana orang yang (sama ada menurut kuasa Akta ini atau sebaliknya) adalah
ejen pemunya atau penjual untuk tujuan menerima notis itu.

2. Notis pembatalan berkhidmat sebagai yang disebut dalam subseksyen terdahulu yang
terakhir akan berkuat kuasa jika, walau bagaimanapun dinyatakan, ia menunjukkan niat
penyewa bakal pembeli atau untuk menarik diri daripada transaksi yang dokumen yang
relevan berkaitan.

15
KUMPULAN 2 GLUL2023 BUSINESS LAW

3. Di mana penyewa bakal pembeli atau suatu notis pembatalan, maka;

 jika, pada masa notis yang disampaikan, dokumen yang berkaitan merupakan apa-apa
perjanjian perjanjian sewa beli atau jualan secara kredit sebagaimana yang disebut
dalam subseksyen ini, penyampaian notis itu hendaklah berkuat kuasa bagi
membatalkan perjanjian itu.
 dalam apa-apa hal lain, penyampaian notis itu hendaklah bertindak sebagai
pengeluaran apa-apa tawaran untuk masuk ke dalam perjanjian seperti yang
terkandung dalam, atau dimaksudkan oleh dokumen yang berkaitan, dan sebagai notis
kepada pemilik atau penjual bahawa mana-mana tawaran itu ditarik balik.

4. Dalam seksyen ini "premis perdagangan yang sesuai", berhubung dengan dokumen,
ertinya premis di mana sama ada pemunya atau penjual biasanya menjalankan
perniagaan, atau barang-barang daripada perihalan yang kepadanya dokumen itu
berkaitan, atau barang daripada perihalan yang sama, biasanya ditawarkan atau
didedahkan untuk jualan dalam perjalanan suatu perniagaan yang dijalankan di premis
itu, dan "salinan bersumpah kedua", berhubung dengan sesuatu dokumen, ertinya salinan
dokumen itu (dalam bentuk di mana dokumen itu selepas ia telah ditandatangani oleh
penyewa atau yang bakal pembeli dan oleh atau bagi pihak pihak yang lain atau pihak
kepadanya) yang dihantar melalui pos kepada penyewa atau yang bakal pembeli selepas
dokumen itu telah ditandatangani sedemikian dan adalah salinan yang disebut dalam
seksyen 2 (2) Akta principal sebagaimana yang diubah oleh seksyen yang berikutnya,
atau dalam seksyen 3 (2) Akta itu diubahsuai sedemikian, mengikut mana-mana yang
berkenaan.

16
KUMPULAN 2 GLUL2023 BUSINESS LAW

5. Dalam seksyen ini "pemilik atau penjual", berhubung dengan dokumen yang berkaitan,
ertinya orang yang, pada masa yang apabila dokumen yang ditandatangani oleh penyewa
atau yang bakal pembeli, yang dinyatakan dalam dokumen itu sebagai orang yang adalah
untuk membolehkan barang-barang di sewa untuk dia atau untuk menjual barang
kepadanya, mengikut mana yang berkenaan;

Dengan syarat bahawa, jika tiada seorang pun yang dinyatakan sedemikian pada masa itu,
mana-mana orang oleh siapa, atau yang bagi pihaknya, dokumen itu dilaksanakan pada
bila-bila masa kemudiannya, dan yang kemudian dinyatakan dalam dokumen itu sebagai
orang yang membiarkan atau menjual barang-barang, hendaklah bagi maksud seksyen ini
disifatkan sebagai, dan pada semua masa yang material telah, pemilik atau penjual
berhubung dengan dokumen itu.

3.5 MAKLUMAT TENTANG HAK PEMBATALAN

1. Jika hal keadaan yang berikut wujud, iaitu

 subseksyen (1) seksyen yang sebelumnya terpakai.


 dokumen yang berkaitan sama ada merupakan apa-apa perjanjian perjanjian sewa
beli atau jualan secara kredit sebagaimana yang disebut dalam subseksyen itu
pada masa yang apabila ia ditandatangani oleh penyewa atau yang bakal pembeli,
atau .seterusnya dilaksanakan oleh atau bagi pihak pemilik atau penjual dan
sesudah itu merupakan perjanjian itu.

2. Seksyen 2 (2) atau seksyen 3 (2) Akta prinsipal, mengikut mana yang berkenaan,
hendaklah terpakai berhubungan dengan perjanjian itu (setiap satu, sebagaimana yang
dipinda oleh seksyen 3 Akta ini, memerlukan satu salinan perjanjian untuk diserahkan
atau dihantar kepada penyewa atau pembeli dalam tempoh tujuh hari) bagi perkataan
"diserahkan atau dihantar" , telah digantikan perkataan

17
KUMPULAN 2 GLUL2023 BUSINESS LAW

3. Jika perjanjian tersebut merupakan perjanjian sewa beli, seksyen 2 (2) Akta prinsipal
(yang diubahsuai oleh subseksyen yang sebelumnya) hendaklah terpakai berhubungan
dengan perjanjian itu.

 setiap salinan yang disebut subseksyen ini yang diserahkan atau dihantar kepada
penyewa dan mengandungi apa-apa pernyataan mengenai hak-hak penyewa di
bawah seksyen 4 Akta Sewa Beli 1964, dan perkara-perkara yang berhubungan
dengan atau berbangkit daripada menjalankan hak-hak tersebut, sebagaimana
yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat oleh Lembaga Perdagangan
dan kenyataan yang begitu terkandung dalam kedudukan itu, dan mematuhi apa-
apa kehendak lain (sama ada sebagai menaip, saiz, warna atau pelupusan huruf
atau sebaliknya) yang ditetapkan begitu.

4. Jika perjanjian tersebut merupakan perjanjian jualan secara kredit, seksyen 3 (2) Akta
principal (yang diubahsuai oleh subseksyen (2) seksyen ini) dimasukkan perkataan “dan”.

 setiap salinan yang disebut subseksyen ini yang diserahkan atau dihantar kepada
pembeli mengandungi apa-apa pernyataan mengenai hak-hak pembeli di bawah
seksyen 4 Akta Sewa Beli 1964, dan hal-hal berkaitan dengan atau berbangkit
menjalankan hak-hak tersebut, sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-
peraturan yang dibuat oleh Lembaga Perdagangan dan kenyataan yang begitu
terkandung dalam kedudukan itu, dan mematuhi apa-apa kehendak lain (sama ada
sebagai menaip, saiz, warna atau pelupusan huruf atau sebaliknya) sebagaimana
yang ditetapkan.

5. mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 2 (2) atau seksyen 3 (2)
Akta ibu sebagaimana yang diubah oleh seksyen ini, yang terkandung sama ada dalam
salinan berkanun pertama atau dalam salinan berkanun kedua dokumen hendaklah
menyatakan nama orang yang kepadanya, dan alamat yang baginya, notis pembatalan
boleh dihantar; dan (tanpa menjejaskan apa-apa perkara lain yang, mengikut seksyen 33
(3) Akta ini, peraturan-peraturan boleh membuat peruntukan yang berbeza antara salinan

18
KUMPULAN 2 GLUL2023 BUSINESS LAW

berkanun pertama dan salinan bersumpah kedua dokumen, atau antara salinan dihantar
dan salinan dihantar) nama dan alamat yang berlainan boleh dinyatakan sedemikian
dalam salinan berkanun pertama dan salinan berkanun kedua bagi dokumen yang sama.

3.6 PENYAMPAIAN NOTIS PEMBATALAN

1. Seksyen 4;

 hendaklah dianggap telah disampaikan kepada pemunya atau penjual jika ia


dihantar melalui pos yang dialamatkan kepada orang yang dinyatakan dalam satu
kenyataan yang terkandung sama ada dalam salinan berkanun pertama atau dalam
salinan berkanun kedua dokumen yang berkaitan sebagai seseorang untuk yang
notis itu boleh dihantar dan dialamatkan kepada orang itu di alamat yang
dinyatakan sedemikian.
 hendaklah dianggap telah disampaikan kepada pemunya atau penjual pada masa
yang apabila ia disiarkan.

2. Subseksyen sebelumnya hendaklah berkuat kuasa tanpa menjejaskan penyampaian suatu


notis pembatalan (sama ada melalui pos atau sebaliknya) kepada pemunya atau penjual,
atau kepada seseorang yang disebut dalam seksyen 4 (2) Akta ini, dalam mana-mana cara
di mana notis itu boleh disampaikan selain oleh sebab subseksyen sebelumnya.
3. Suatu notis pembatalan yang dihantar melalui pos kepada seseorang di alamat yang betul.

19
KUMPULAN 2 GLUL2023 BUSINESS LAW

4.0 ANALISA UNDANG-UNDANG SEWA BELI MALAYSIA DAN UNITED


KINGDOM

Terdapat dua jenis pembiyaann sewa beli yang ditawarkan oleh pihak bank di
Malaysia iaitu Sewa Beli Konvensional dan Sewa Beli Islam. Sistem perbankan di
Malaysia dikawal oleh bank pusat, Bank Negara Malaysia untuk mengeluarkan mata
wang, sebagai jurubank dan penasihat untuk Kerajaan dan mengawal kedudukan kredit
negara. Sementara itu di England pula, gabenor dan Syarikat Bank England (diringkaskan
sebagai Bank England) adalah bank pusat United Kingdom yang bertanggungjawab
mengurus segala polisi kewangan negara. Ia ditubuhkan pada 1694 sebagai pengurus
bank Kerajaan Inggeris. Kadangkala digelar The Old Lady of Threadneedle Street atau
The Old Lady.

Di bawah undang-undang biasa, transaksi sewa beli adalah kontrak di mana satu
pihak (yang dikenali sebagai ‘pemilik’) pajakan barang-barang ‘disewa’ kepada
‘penyewa’ dan bersetuju bahawa penyewa boleh mengikut pilihan sendiri sama ada
memulangkan barang apabila dia tidak lagi memerlukan mereka dan menamatkan
pajakan, atau memilih untuk membeli barang-barang setelah selesai pembayaran yang
perlu dipersetujui dalam kontrak. Dalam bahasa yang mudah, transaksi sewa beli adalah
sewa, ditambah pula dengan pilihan untuk membeli, dengan peraturan bahawa semua
syarat-syarat mesti dipenuhi sehingga akhir kontrak pengambilan. Sebaliknya. Ia adalah
kontrak sewa sahaja apabila diniatkan hanya untuk mengupah tanpa menggunakan
opsyen yang telah diberikan. Selagi wujud kontrak pengambilan pekerja, pemilikan harta
adalah dengan pemberi pajak, kecuali jika ia telah disampaikan kepada pemajak.

Dalam konteks undang-undang Islam, istilah yang digunakan untuk kereta atau
pajakan kontrak adalah Al-Ijarah. Ia adalah pertukaran manfaat barangan untuk
pertimbangan harga terhadap barangan atau perkhidmatan tertentu. Dengan kata lain,
pemberi pajak masih pemilik barangan manakala penyewa menggunakan barang-barang
dengan pertimbangan harga. Dalam fiqh, Al-Ijarah bermaksud “untuk menyewakan
sesuatu di sewa” atau al-ajr bermakna pengganti, pampasan, maka balasannya adalah
tanggung rugi, pertimbangan pulangan atau membalas nilai.

20
KUMPULAN 2 GLUL2023 BUSINESS LAW

Pembelian sewa beli juga adalah ketentuan dimana syarikat yang memperoleh
suatu aset dengan membayar ansuran awal (contohnya 40% daripada jumlah keseluruhan)
dan melunaskan bahagian yang lain daripada kos aset dalam tempoh masa atau jangka
sewa bagi kontrak, di mana pembeli bersetuju untuk membayar barangan di bahagian-
bahagian atau peratusan dalam tempoh beberapa bulan. Di Kanada dan Amerika Syarikat,
sewa beli dipanggil pelan ansuran walaupun ini mungkin sedikit berbeza seperti dalam
sewa beli perjanjian pemilikan baik kekal dengan penjual sehingga pembayaran terakhir
dibuat. Amalan analogi lain digambarkan sebagai pajakan tertutup atau menyewa untuk
memiliki.

UNDANG-UNDANG SEWA BELI AUSTRALIA

i. Sewa beli yang biasa digunakan oleh perniagaan (termasuk syarikat, perkongsian
dan peniaga tunggal) di Australia untuk membiayai pembelian kereta, kenderaan
perdagangan dan peralatan perniagaan yang lain.
ii. Di bawah peraturan Pejabat Cukai Australia, perniagaan yang mengakaunkan
GST ke atas dasar akruan berhak untuk menuntut kredit cukai input untuk semua
GST yang terkandung dalam harga pembelian barang-barang di Penyata Aktiviti
Perniagaan mereka yang seterusnya.
iii. Sewa beli juga dikenali sebagai sewa beli komersial dan sewa beli korporat di
Australia.

UNDANG-UNDANG SEWA BELI MALAYSIA

i. Perjanjian sewa beli yang dikenali sebagai perjanjian H.P (Hire Purchase) di
Malaysia dan ia digunakan oleh institusi kewangan di Malaysia untuk membiayai
pembelian barangan pengguna, kenderaan dan peralatan perniagaan lain dan
jentera perindustrian.
ii. Di Malaysia, Undang-undang yang mengawal transaksi sewa beli adalah Akta
Sewa Beli 1967, yang berkuatkuasa pada 11 April 1968 selepas sewa beli menjadi
popular dalam perolehan barangan pengguna yang mahal seperti kereta, peralatan

21
KUMPULAN 2 GLUL2023 BUSINESS LAW

perniagaan dan jentera industri. Membeli kereta adalah perkara yang paling biasa
perjanjian sewa beli dilakukan di Malaysia dan pembayaran balik itu boleh
berkhidmat sehingga 9 tahun dari tarikh perjanjian dilaksanakan.
iii. Terdapat dua jenis pinjaman kereta kini ditawarkan di Malaysia iaitu - kadar
boleh ubah dan pinjaman kereta kadar tetap. Pinjaman kereta kadar tetap adalah
perkara yang paling biasa di pasaran, di mana tidak ada naik turun kadar faedah
sepanjang tempoh pinjaman. Bayaran ke atas pinjaman ini adalah tetap dan
jumlah faedah dikira di depan, dengan itu bayaran tambahan tidak mengurangkan
jumlah prinsip atau faedah ke atas pinjaman. Pembolehubah pinjaman kadar
kereta dikaitkan dengan akaun semasa, di mana dana yang disimpan di dalam
akaun semasa anda mengurangkan bayaran pada faedah.

22
KUMPULAN 2 GLUL2023 BUSINESS LAW

5.0 KESIMPULAN

Akta Sewa Beli di Malaysia merujuk kepada Akta Undang-undang Sewa Beli
(ASB) 1967 adalah terpakai untuk semua urusan sewa beli di Malaysia. Akta undang-
undang Sewa Beli 1967 adalah dipadankan daripada Hire Purchase Act 1960 New South
Wales, Australia dan pernah dipinda beberapa kali sebelum ini.

Semua perjanjian undang-undang sewa beli hendaklah mematuhi prosedur-


prosedur berhubung dengan pembentukan perjanjian sewa beli seperti yang ditetapkan
dalam Akta Sewa Beli 1967. Akta Sewa Beli juga menyebut tentang syarat dan waranti,
kualiti boleh dagang dan kesesuaian barang bagi perjanjian sewa beli. Ia turut
menyenaraikan hak-hak berkanun penyewa, hak penjamin dan prosedur pemilikan
semula barang-barang di bawah perjanjian sewa beli.

Manakala Akta Sewa Beli di United Kingdom pula merujuk kepada suatu Akta
untuk meminda undang-undang yang berhubungan dengan sewa beli dan jualan secara
kredit, dan, berhubung dengannya, untuk meminda enakmen berkaitan dengan jualan
barang-barang; untuk membuat peruntukan berkenaan dengan pelupusan kenderaan
motor yang telah membiarkan atau dipersetujui untuk dijual secara sewa beli atau jualan
bersyarat; untuk meminda Iklan (Sewa Beli) 1957; dan bagi maksud yang berkaitan
dengan perkara-perkara yang disebut terdahulu.

Terdapat pelbagai perbezaan di antara Akta Sewa Beli di Malaysia dan United
Kingdom yang dapat kita ketahui. Cara pengendalian antara kedua-dua Akta Sewa Beli
ini agak berbeza dan ada juga persamaan diantaranya.

23
KUMPULAN 2 GLUL2023 BUSINESS LAW

RUJUKAN

1. A The National Archives, legislation.gov.uk, Sales of Goods Act 1979,


http://www.legislation.gov.uk/ukpga/1979/54

2. Fatenn Jefry, 27 Ogos 2013, Definisi Sewa Beli Dan Seksyen 2(1) Akta Sewa
Beli, https://prezi.com/es63nrqa9yys/definisi-sewa-beli-dan-seksyen-21-akta-sewa-beli/

3. Lembaga Hasil Dalam Negeri, 27 Jun 2014, Pemilikan Dan Penggunaan Aset
Bagi Tujuan Tuntutan Elaun Modal, 10 November 2016
www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/KU_5_2014.pdf?CSRF_TOKEN.

4. Mumtaj Hassan, Khuzaimah Mat Salleh, Zuryati Mohamed Yusoff, (2003).

Undang-Undang Perniagaan Di Malaysia, UUM-Colgis

5. Nicholsan.C, (2016), Law On Hire Purchase, 11 November 2016


https://www.scribd.com/doc/58546875/Lecture-9-Hire-Purchase-Law

6. Wikipedia, Akta Sewa Beli 1967, 10 April 2014,


https://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Sewa_Beli_1967 12 November 2016.

24

Anda mungkin juga menyukai