Anda di halaman 1dari 12

KONTRAK TERBATAL DAN BOLEH BATAL

1.

KONTRAK TERBATAL

Kontrak terbatal bukanlah merupakan kontrak yang sah sama sekali.


Pihak-pihak yang berkenaan langsung tidak terikat dan tiada
tanggungjawab yang wujud di sini. Undang-undang akan menganggap
seolah-olah tiada kontrak yang wujud dan pihak-pihak akan dikembalikan
kepada keadaan asal. Kontrak batal adalah kontrak yang dibuat tanpa
mengambil kira unsur-unsur atau elemen-elemen penting di dalam
pembentukan kontrak.
2. KONTRAK BOLEH BATAL
Sesuatu kontrak adalah sah sehinggalah salah satu pihak yang berkontrak
itu membuat pilihan untuk membatalkannya. Pihak yang berkontrak boleh
membatalkan kontrak dengan alasan terdapat sesuatu unsur yang boleh
membatalkan kontrak tersebut.
Harta atau barang yang telah dipindah milik sebelum pihak tersebut
membuat pilihan untuk membatalkan kontrak tersebut biasanya tidak
boleh dituntut semula kerana ianya sah.
Perkara-perkara yang menjadikan sesuatu kontrak itu boleh batal adalah
seperti di bawah.

KHILAF
FRAUD
PAKSAAN
SALAH NYATA
PENGARUH TAK WAJAR

PAKSAAN
Seksyen 15 AK 1950 mendefinisikan maksud paksaan secara amnya
sebagai apa saja kekerasan atau ancaman untuk melakukan kekerasan
terhadap diri seseorang, keluarga atau harta, atas tujuan supaya
seseorang itu membuat kontrak.
Contoh Kes :
1. KESARMAL A/L LETCHUMANAN DAS LWN VALIAPPA CHETIAR
(1954) MLJ 119.
1. Isu sah atau pun tidaknya perjanjian yang dibuat di
bawah paksaan 2 orang pegawai tentera Jepun.
2. Kontrak terbatal atau tidak sah.

2. CHIN NAM BEE DEVELOPMENT SDN. BHD. LWN TAI KIM COO &
4 ORS (1988)2 MLJ 117
o
Isu sah atau tidaknya kontrak yang dibuat atas paksaan di
mana perayu meminta bayaran tambahan untuk tempahan rumah tanpa
kerelaan responden.
o
Keputusan : Kontrak terbatal disebabkan terdapat unsur
paksaan perayu di mana responden memasuki kontrak tanpa kerelaan.
PENGARUH TAK WAJAR

Seksyen 16(1) AK 1950 mentakrifkannya sebagai ,


Satu pihak berada dalam kedudukan boleh menguasai pihak yang
lain dan
Menggunakan kedudukan itu untuk memperolehi kelebihan yang
tidak adil.
Contoh Kes:
1.
SALWATH HANEEM LWN HADJEE ABDULLAH (1894)
Isu sah ataupun tidaknya suatu perjanjian penyerahan harta
kepunyaan plaintif kepada defendan atas pengaruh tidak wajar oleh
defendan.
Keputusan : Kontrak menjadi boleh batal dan plaintif memilih untuk
membatalkan kontrak dan mendapatkan kembali haknya.
2. CHAIT SINGH LWN BUDIN BIN ABDULLAH (1918) 1 FMSLR
348
-Isu samada kadar faedah yang begitu tinggi yang dikenakan oleh
plaintif terhadap defendan yang buta huruf dikira sebagai suatu pengaruh
tak wajar.
-Keputusan : Plaintif gagal untuk membuktikan tiada pengaruh tak
wajar dikenakan terhadap defendan.
FRAUD (TIPUAN)
Seksyen 17 AK 1950 mendefinisikan fraud sebagai satu pihak yang
membuat kontrak dengan niat memperdayakan pihak lain untuk membuat
kontrak dengannya.
Perbuatan-perbuatan itu ialah :
a. menyarankan sesuatu fakta,
b. menyembunyikan sesuatu fakta yang tidak benar,
c. membuat janji tanpa niat menepati janji,
d. melakukan mana-mana perbuatan untuk memperdaya,
e. mana-mana perbuatan atau penyembunyian yang ditetapkan oleh
undang-undang sebagai penipuan.

Contoh kes: SENANANYAKE LWN ANNIE YEO (1965)


Isu samada kenyataan tidak benar yang diberikan oleh
defendan
terhadap kedudukan kewangan firma defendan yang
menyebabkan
plaintif mengalami kerugian setelah melabur di dalam firma defendan.
Mahkamah memutuskan defendan berniat menipu
plaintif dan kontrak terbatal.
SALAHNYATAAN
Seksyen 18 AK 1950 menyatakan bahawa salah nyataan hendaklah
berbentuk satu kenyataan fakta. Kalau sekadar pendapat peribadi sahaja,
ia tidak boleh menjadi salahnyataan walaupun jika pendapat itu tidak
benar. Salahnyataan boleh jadi dalam 2 bentuk iaitu salahnyataan fraud
dan salahnyataan ikhlas yang mana ianya tidak mempunyai niat untuk
menipu.
Kita perlu tengok pengetahuan orang yang membuat salahnyataan itu
jika nak tentukan sesuatu salahnyataan itu fraud ataupun ikhlas.
Boleh jelaskan lagi antara salahnyataan fraud dan salahnyataan ikhlas ?
Jika seseorang itu telah mengetahui bahawa kenyataan yang dibuatnya
adalah salah atau tidak benar, maka itu adalah salahnyataan
fraud.Manakala jika seseorang itu benar-benar mempercayai sesuatu
kenyataan itu betul semasa kontrak dibuat walhal ianya salah, maka itu
adalah salahnyataan ikhlas.

Contoh Kes: R LWN KYLSANT (1932)


Isu samada kenyataan bersifat menipu di dalam prospektus syarikat
dianggap sebagai suatu salahnyataan fraud.
Keputusan: Penipuan tentang fakta sebenar mengenai kedudukan
kewangan syarikat adalah dianggap sebagai suatu salahnyataan fraud.
KHILAF (KESILAPAN)
Seksyen 21 AK1950 menyatakan apabila terdapat kesilapan terhadap
fakta-fakta penting yang dibuat oleh kedua-dua pihak yang berkontrak,
perjanjian adalah batal.
Contoh Kes : RAFFLES LWN WICHELHAUS (1864)
Isu berkaitan dengan kesilapan mengenai 2 buah kapal yang membawa
muatan kapas iaitu perkara pokok di dalam kontrak itu dianggap sebagai
kesilapan mengenai fakta penting di dalam kontrak yang menjadikan

kontrak terbatal. Apabila khilaf berlaku disatu pihak, kontrak tidak batal.
Ini diperuntukan oleh seksyen 23 AK 1950.
AKTIVITI 3a
1.
Jelaskan apakah yang ditakrifkan oleh kontrak batal dan kontrak
boleh batal?
Kontrak Batal
Kontrak yang tidak terdapat kesemua elemen-elemen kontrak yang
lengkap iaitu perjanjian, balasan, niat, keupayaan dan ketentuan.
Kontrak Boleh Batal
Kontrak yang mana pada asalnya merupakan satu kontrak yang sah tetapi
menjadi kontrak boleh batal atas pilihan pihak yang tidak berpuashati
disebabkan oleh paksaan, pengaruh tak wajar, tipuan, salahnyataan dan
khilaf.
2. Apakah yang dimaksudkan oleh pengaruh tidak wajar?
Merujuk Seksyen 16 AK 1950 dan boleh disimpulkan sebagai satu pihak
yang berkeupayaan untuk menguasai pihak yang lain dan menggunakan
keupayaannya itu untuk memperolehi kelebihan yang tidak adil ke atas
pihak yang lain. Contoh kes yang boleh dirujuk ialah Salwath Haneem lwn
Hadjee Abdullah dan Chait Singh lwn Budin B. Abdullah.
3. Huraikan fakta kes Kesarmal a/l Letchumanan Das lwn Valiappa
Chetiar (1954) MLJ 119?
Isu pindahmilik tanah telah dilaksanakan atas paksaan pegawai tentera
Jepun.
Mahkamah memutuskan transaksi yang dibuat atas paksaan 2 orang
pegawai tentera Jepun adalah tidak sah kerana tidak dibuat secara
sukarela.

2. PELEPASAN KONTRAK
Kewajipan kontraktual pihak-pihak dalam sesuatu kontrak dikatakan telah
dilepaskan apabila pihak-pihak berkenaan tidak lagi dikehendaki
melaksanakan obligasi tersebut. Sesuatu kontrak boleh dilepaskan apabila
terdapat faktor-faktor seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 3.2 berikut :

PELAKSANAAN
PERJANJIAN
PELEPASAN KONTRAK
KEKECEWAAN
KEMUNGKIRAN

PERLAKSANAAN
Bermaksud penyempurnaan lengkap atau sebenar sesuatu kewajipan
menurut syarat-syarat yang telah dipersetujui dalam kontrak.
Contoh kes :
BOLTON LWN MAHADEWA (1972) 1 WLR 1009
Plaintif telah bersetuju memasang alat pemanas di rumah defendan.
Setelah siap dipasang defendan enggan membuat bayaran kerana alat
tersebut tidak berfungsi.
Mahkamah memutuskan plaintif tidak berhak menuntut .
PERJANJIAN
Pihak-pihak yang berkontrak melepaskan kewajipan atau obligasi masingmasing melalui perjanjian baru. Perjanjian-perjanjian baru boleh jadi
dalam bentuk :
a. Novasi
Pengambilalihan tanggungan/obligasi oleh pihak lain.
b. Pembatalan
Pihak-pihak berkontrak membatalkan kontrak tersebut atas
persetujuan pihak-pihak yang terlibat sebelum sesuatu
pelaksanaan dalam sesuatu kontrak disempurnakan.
c. Penggubahan
Perjanjian dibuat untuk mengubah atau meminda terma-terma
kontrak.
d. Remitan
Perjanjian untuk mengurangkan atau meringankan atau
melepaskan samada keseluruhan atau sebahagian dari
perjanjian asal.

KEKECEWAAN
Menurut Seksyen 57 AK 1950 apabila berlaku ketidak mungkinan dalam
pelaksanaan sesuatu kontrak maka kontrak tersebut adalah mustahil
untuk dilaksanakan. Inilah yang dikatakan suatu kontrak yang kecewa.
Contoh kes :
SENG DJIT HIN LWN NAGURDAS PUSHOTUMDAS & CO. (1924) 14
SSLR 181
Satu perjanjian pengangkutan laut menjadi kecewa apabila kapal
berkenaan diambil milik oleh kerajaan selepas peperangan meletus.
KEMUNGKIRAN
Apabila pihak-pihak yang berkontrak gagal untuk melaksanakan obligasi
kontraktualnya, ini memberikan hak kepada pihak yang tidak bersalah
untuk
mengambil tindakan sewajarnya termasuklah menamatkan kontrak.
Contoh 3.1 :
A telah bersetuju untuk berkongsi membuka perniagaan alatan sukan
bersama B dan keuntungan akan dibahagi samarata. Didapaati A telah
tidak jujur dalam mengagihkan keuntungan perniagaan. Di sini B boleh
mengambil tindakan dan mempunyai hak untuk menamatkan kontrak
tersebut.

AKTIVITI 3b

1.

Senaraikan bagaimana cara-cara kontrak boleh dilepaskan?


2. Ali memberi pinjam kepada Baba wang berjumlah RM 7,000. Baba
membayar RM2,000 dan jumlah tersebut nyata tidak mencukupi
untuk melepaskan Baba daripada tanggungan hutang, tetapi jika Ali

menerimanya sebagai penyelesaian keseluruhan hutang Baba


kepadanya, Ali adalah terikat dengan penerimaan itu dan adalah
merupakan satu pelepasan kontrak.
Pelepasan kontrak dalam keadaan di atas adalah melalui ____________ ?

MAKLUM BALAS 3b

1.

a. Pelaksanaan
b. Perjanjian
c.Kekecewaan
d.Kemungkiran

2. Pelepasan melalui perjanjian - remitan

3. REMEDI BAGI PECAH KONTRAK


Remedi ialah satu cara yang diberi oleh undang-undang untuk
menguatkuasakan sesuatu hak atau bagi mendapatkan pampasan
berbentuk wang bagi menggantikan pelaksanaan. Tuntutan boleh dibuat
dalam bentuk gantirugi atau pampasan, bayaran berasaskan quantum
meruit, pelaksanaan spesifik, injunksi dan sebagainya.
GANTIRUGI (PAMPASAN)
Tujuan utama memberi gantirugi kepada pihak yang tidak bersalah
bukanlah untuk menghukum pihak yang mungkir. Prinsip pembayaran
gantirugi boleh dirujuk di dalam seksyen 74 hingga seksyen 76 AK 1950.
Gantirugi yang diberikan biasanya dalam dua bentuk iaitu bagi jumlah
yang telah ditentukan di dalam kontrak dan juga gantirugi bagi jumlah
yang tidak tertentu.

Gantirugi bagi jumlah yang tidak tertentu terbahagi kepada tiga iaitu
gantirugi khas, gantirugi nominal dan gantirugi teladan. Gantirugi ini
diterangkan dengan lebih lanjut pada Rajah 3.3 di muka surat sebelah.
GANTIRUGI

GANTIRUGI KHAS
GANTIRUGI TELADAN
GANTIRUGI NOMINAL

Pampasan wang untuk tujuan meletakkan plaintif dalam kedudukan yang


sepatutnya dinikmatinya seandainya kontrak itu dapat dilaksanakan.
Ialah gantirugi yang kecil akibat perlanggaran kontrak oleh defendan
tetapi plaintif tidak mengalami kerugian sebenar atau tidak dapat
membuktikan kerugian itu.

Ialah satu gantirugi yang besar jumlahnya berbanding dengan kerugian


yang dialami oleh plaintif.

Rajah 3.3 : Menerangkan penentuan gantirugi apabila jumlah tidak


dinyatakan di
dalam kontrak.
Contoh kes :
HADLEY LWN BAXENDALE (1854) 9 EX 341
Plaintif telah membuat pesanan satu jentera dari Greenwich tetapi
disebabkan kelewatan defendan untuk menghantar jentera tersebut ke
kilang plaintif menyebabkan plaintif mengalami kerugian.
Mahkamah memutuskan bahawa defendan bertanggungan untuk
membayar satu jumlah gantirugi yang munasabah kepada defendan.
THAM CHEOW TOH LWN ASSOCIATED METALS SMELTERS LTD
(1972) 1 MLJ 171

Defendan setuju menjualkan relau kepada plaintif dan berjanji relau itu
boleh mencapai tahap kepanasan sehingga 2600 darjah Farenheit. Namun
demikian defendan tidak mematuhi perjanjiannya . Plaintif menuntut
gantirugi.
Mahkamah memutuskan defendan perlu membayar gantirugi kerana
kehilangan keuntungan.
BAYARAN BERASASKAN QUANTUM MERUIT
Quantum meruit bermaksud sebanyak yang patut diterimanya. Ia
merupakan tuntutan untuk mendapatkan sejumlah wang atau bayaran
atau gantirugi untuk satu jumlah yang munasabah sebanyak mana yang
ia patut terima hasil dari perkhidmatan yang diberikan.
Contoh kes:
UPTON RDC LWN POWELL (1942) 1 ALL ER 220
Terdapat satu kontrak termaklum di antara defendan dan plaintif bagi
perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh plaintif kepada
defendan.
Mahkamah memutuskan ganjaran yang munasabah dan berpatutan perlu
dibayar oleh defendan bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang telah
diterimanya.
DE BERNADY LWN HARDING (1853) 8 EX 822
Kuasa seorang ejen telah ditamatkan oleh prinsipal secara salah sebelum
ejen itu sempat menyelesaikan tugas-tugasnya.
Mahkamah memutuskan ejen boleh menuntut bayaran berdasarkan kerjakerja yang telah dilakukannya sewaktu menjalankan tugasnya.
PELAKSANAAN SPESIFIK
Satu perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah mengarahkan defendan
melaksanakan perjanjiannya menurut syarat-syarat yang dinyatakan
dalam kontrak. Perintah ini hanya diberi seandainya pembayaran jumlah
wang tidak merupakan remedi yang mencukupi atau kontrak tersebut
merupakan satu tugasan amanah yang perlu dilaksanakan dan ia
bergantung kepada budi bicara mahkamah. Ini dinyatakan dalam seksyen
11(1) dan 21 (1) Akta Relief Spesifik 1950 (Akta 137).
Seksyen 20 Akta Relief Spesifik menggariskan keadaan di mana
pelaksanaan spesifik tidak akan diberikan :
1. sekiranya gantirugi bukanlah remedi yang memadai
2. kontrak merupakan sesuatu yang berkaitan dengan kelayakan
peribadi.
3. Kontrak tersebut begitu terperinci kandungannya, contohnya
kontrak pembinaan.
Contoh kes: LEE SAU KONG LWN CHANG CHIANG (1961)
Contoh kes : CITY INVESTMENT SDN BHD LWN
SERBAGUNA

KOPERASI

CUEPACS TERENGGANU BHD (1985) 1 MLJ 285


Di dalam kes ini suatu pindah milik harta telah tidak dapat dilaksanakan
akibat pelanggaran kontrak.
Mahkamah memberikan perintah pelaksanaan spesifik kerana harta tidak
alih (tanah) tidak boleh ditebus dengan pampasan bentuk wang.
INJUNKSI
Injunksi merupakan arahan mahkamah supaya membetulkan salah
lakunya yang menjadi punca kemungkiran kontrak, ia boleh dikategorikan
sebagai injunksi prohibitari dan mandatori. Injuksi prohibitari melarang
sesuatu tindakan daripada dilakukan.
Contoh 3.2 :
Jika C menyewakan tanah tertentu kepada B dengan syarat B tidak boleh
mengorek pasir di tanah tersebut, C boleh membawa tindakan injunksi
bagi menahan B daripada mengorek pasir di situ, kerana ini bertentangan
dengan kontrak.

Injunksi mandatori mengkehendaki tindakan tertentu dilakukan bertujuan


mengekalkan status quo pihak-pihak yang berkontrak.
Menurut seksyen 50 Akta Relief Spesifik 1950, injunksi juga merupakan
satu lagi remedi yang tertakluk kepada budi bicara mahkamah. Ia boleh
diberikan untuk sementara atau selama-lamanya (kekal).
Contoh kes:
NEOH SIEW ENG & ANOR LWN TOO CHEE KWANG (1963) MLJ 272
Pemilik rumah telah memotong bekalan air kepada penyewa rumahnya.
Mahkamah kemudiannya telah mengeluarkan satu perintah injunksi
supaya pemilik rumah tidak memotong bekalan air kepada penyewa
rumahnya.
Kalau anda betul-betul faham, boleh tak jelaskan apakah kebaikan remedi
kepada pihak yang berkontrak?

Sebenarnya kebaikan remedi ini ialah kepada pihak yang tidak bersalah
dalam sesuatu kontrak. Remedi ini membolehkan pihak yang tidak
bersalah berada di tempat yang sepatutnya seandainya kemungkiran
kontrak tidak berlaku.

AKTIVITI 3c

1.

Terangkan maksud remedi dalam undang-undang kontrak?


2. Apakah remedi-remedi yang mungkin bagi plaintif akibat dari
kemungkiran kontrak oleh defendan?
3. Apakah yang dimaksudkan dengan gantirugi teladan?

MAKLUM BALAS 3c

1.
Hak membuat tuntutan bagi pampasan atau ganturugi dalam
bentuk wang, bayaran berasaskan quantum meruit, pelaksanaan spesifik
dan injunksi akibat dari kemungkiran atau pelanggaran kontrak.
2. ~
~
~
~

Gantirugi atau pampasan


Bayaran berasaskan quantum meruit
Pelaksanaan spesifik
Injunksi

2. Gantirugi yang besar


kerugian yang
dialami oleh plaintif.

jumlahnya

berbanding

dengan

jumlah

PENILAIAN KENDIRI
Ali merupakan seorang petani yang buta huruf. Dia telah berhutang
dengan Ceti Muthu sebanyak RM500. Ceti Muthu mengenakan kadar
faedah 30% setahun ke atas hutang tersebut. Ali juga telah menyerahkan
geran motosikalnya kepada ceti Muthu. Berdasarkan situasi di atas cuba
anda nasihatkan Ali.

MAKLUM BALAS
PENILAIAN KENDIRI
Isu samada Ali terikat untuk menyelesaikan hutangnya kepada ceti Muthu.
Lord Denning dalam kes Lloyd lwn Bundy memutuskan bahawa
mahkamah mempunyai budi bicara untuk membatalkan kontrak manamana pihak yang mempunyai kuasa tawar-menawar yang tidak seimbang.
Seksyen 16(1) AK1950 mentakrifkan pengaruh tak berpatutan sebagai
satu pihak yang berada dalam kedudukan yang boleh menguasai
kemahuan pihak lain yang berkontrak dengannya.
Seksyen 16(3) AK 1950 meletakkan beban pembuktian kepada tertuduh
untuk menyangkal dakwaan tersebut. Kes Chait Singh lwn Budin B.
Abdullah yang mana seorang peminjam wang telah mengenakan kadar
faedah pinjaman wang kepada peminjam. Mahkamah memutuskan
bahawa sipemberi pinjam telah mengenakan pengaruh tidak berpatutan
terhadap sipeminjam.
Kesimpulan : Kontrak yang dimasuki oleh Ali dengan ceti Muthu
mengandungi unsur pengaruh tak berpatutan. Ali berhak memohon
membatalkan kontrak. Beban untuk membuktikan tiada pengaruh tidak
berpatutan terletak kepada ceti Muthu.

Anda mungkin juga menyukai