Anda di halaman 1dari 63

KEUPAYAAN UNTUK

BERKONTRAK

Nuarrual Hilal bin Md. Dahlan


Kolej Undang-undang, Kerajaan
dan Pengajian Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia
Topik-Topik
 Pengenalan
 Dewasa
 Kontrak Oleh Kanak-Kanak
 Salahnyataan Mengenai Umur
 Pemulihan Semula/Restitusi
 Berakal Sempurna
 Tidak Hilang Kelayakan
1. Pengenalan
 Seksyen 10(1) AK:
‘Semua perjanjian adalah kontrak jika
dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak
yang layak membuat kontrak, untuk
sesuatu balasan yang sah dan dengan
tujuan yang sah dan tidak ditetapkan
dengan nyata di bawah peruntukan
akta ini bahawa ianya batal’
Contoh 1
 A berjanji kepada B untuk menjual tanahnya
di Changlun seluas satu ekar dengan harga
RM 50,000.00. Ini dipersetujui oleh B
 Kontrak A adalah sah
 Kontrak A boleh jadi tidak sah sekiranya:
1. A dipaksa oleh B agar menjual tanah
tersebut dengan harga RM 50,000 sedangkan
harga pasaran adalah RM 200,000, sekiranya
tidak B akan mencederakan A; atau
2. A dipaksa oleh B untuk menjual tanahnya
itu tanpa apa-apa balasan dari B; atau
 3. Tanah A di Changlun adalah tanah
simpanan melayu. Tiada mana-mana
tanah simpanan melayu boleh dijual
kepada orang-orang yang bukan
melayu. Sekiranya A adalah orang
melayu dan B bukan melayu, sedangkan
tanah A tersebut adalah tanah
simpanan melayu, maka penjualan
tanah A kepada B adalah tidak sah
 Seksyen 11 AK:
‘Setiap orang adalah layak membuat
kontrak sekiranya ia dewasa menurut
undang-undang yang ia tertakluk, dan
sekiranya ia berakal sempurna, dan
tidak hilang kelayakan untuk membuat
kontrak menurut mana-mana undang-
undang yang mana ia tertakluk’
Contoh 2
 Seperti contoh 1
 Kontrak antara A dan B akan menjadi tidak
sah/batal sekiranya:
3. A dan B berumur kurang daripada 18 tahun.
Umur 18 tahun adalah umur dewasa – Akta
Umur Dewasa 1971; atau,
4. A adalah orang yang kurang waras – orang
gila – tidak sempurna akal;atau,
5. Tanah A adalah tanah simpanan melayu. B
bukan melayu. Penjualan tanah simpanan
melayu kepada bukan melayu – batal
2. Dewasa
 Menurut Akta Umur Dewasa 1971,
seseorang itu dikatakan sebagai telah
dewasa sekiranya telah mencapai umur
18 tahun.
Contoh 3
 Seperti contoh 1
 Penjualan tanah A kepada B akan batal
sekiranya A masih lagi berumur 17
tahun
3. Kontrak oleh Kanak-Kanak
 Menurut seksyen 11: kontrak yang dibuat
oleh kanak-kanak (umur kurang dari 18
tahun) BATAL
 Kes: Tan Hee Juan lwn Teh Boon Keat
 Seorang kanak-kanak telah pindah milik (jual)
tanahnya kepada orang lain. Selepas pindah
milik itu selesai kanak-kanak itu memohon
melalui wakilnya agar pindah miliknya itu
dibatalkan. Mahkamah: pindah milik itu batal
kerana pihak yang berkontrak berumur
kurang dari 18 tahun
Pengecualian
Kontrak yang dibuat oleh kanak-kanak
adalah sah sekiranya kontrak itu
adalah:
 Kontrak Perkahwinan
 Kontrak Keperluan Hidup
 Kontrak Biasiswa
 Kontrak Insurans
Kontrak Perkahwinan
 Kontrak perkahwinan yang dibuat oleh kanak-
kanak adalah sah
 Sekiranya kanak-kanak itu selepas menjadi
dewasa mungkir atau enggan berkahwin
dengan pihak yang satu lagi itu, pihak yang
satu lagi itu itu boleh mengambil tindakan
undang-undang ke atasnya – tindakan
pelaksanaan spesifik @ gantirugi @ perintah
deklarasi
Contoh 4
 Pada 1/1/1980, A seorang kanak-kanak lelaki
berumur 10 tahun telah memasuki perjanjian
dengan B, seorang kanak-kanak perempuan,
bahawa A apabila mencecah umur 30 tahun
akan mengahwini B
 Pada 2/1/2000, A setelah menjadi dewasa
tertarik kepada C seorang gadis di
kampungnya. A enggan untuk berkahwin
dengan B
 B boleh mengambil tindakan undang-undang
ke atas A dengan memohon perintah
mahkamah agar A mematuhi
perjanjiannya(pelaksanaan spesifik) atau
gantirugi
Kes
 Rajeswary & Anor lwn Balakrishnan & Ors
 A dan B adalah dari kaum Hindu Ceylon
 A telah ditunangkan dengan B dan satu
perjanjian telah dibuat
 Semasa perjanjian itu, A dan B masih lagi
kanak-kanak
 Kemudian A enggan berkahwin dengan B
 B minta agar A bayar ganti rugi dan minta
balik hadiah yang telah diberikan kepada A
 A enggan patuh atas alasan: semasa kontrak
itu dibuat A masih lagi kanak-kanak
 Mahkamah: Kontrak yang dibuat oleh A sah
walaupun masih kanak-kanak
Kontrak Keperluan Hidup
 Seksyen 69 AK
 ‘Jika seorang yang tidak berdaya
membuat kontrak, atau sesiapa yang
dianya terikat di sisi undang-undang
untuk menanggung, dibekalkan oleh
seorang lain dengan keperluan yang
sesuai dengan keadaan hidupnya, maka
orang yang membekalkan sedemikian
berhak diganti bayar dari harta orang
yang tidak berdaya itu’
Ciri-Ciri Seksyen 69 AK
 Kontrak mestilah dibuat oleh pihak kanak-
kanak;
 Kanak-kanak atau tanggungan kanak-kanak
dibekalkan dengan keperluan hidup;
 Keperluan tersebut mestilah yang sesuai
dengan keadaan hidup kanak-kanak tersebut;
 Kanak-kanak akan bertanggungan hanya
sekiranya mempunyai harta;
 Keperluan yang dibekalkan kepada kanak-
kanak atau tanggungan kanak-kanak hanya
boleh dikenakan harga yang munasabah
Contoh 5
 A seorang doktor membekalkan ubatan
kepada B seorang kanak-kanak yang
menghidapi penyakit lelah dan asma
 Nilai ubatan yang dibekalkan kepada B
bernilai puluhan ribu ringgit
 Ubatan yang diberikan oleh A kepada B
adalah satu keperluan B
 B terikat untuk membayar jumlah bayaran
yang diminta oleh A
 Tindakan A dengan membekalkan ubatan
yang diperlukan adalah sebagai balasan
sekiranya B membayar nilai ubatan tersebut
kepada A
Kes-kes
 Nash lwn Inman
 A, yang masih lagi belum dewasa (kanak-
kanak) seorang pelajar universiti telah
dibekalkan pakaian mahal oleh B
 Pakaian ini adalah keperluan hidup A
 B menuntut bayaran atas perbekalan yang
diberikan kepada A. A enggan bayar
 Mahkamah:B gagal dalam tuntutannya
terhadap A. Ini adalah kerana A telah
mendapat keperluan secukupnya menurut
keadaan hidupnya. Perbekalan yang diberikan
oleh B bukan merupakan ‘keperluan hidup’ A
 Kerajaan Malaysia lwn Gucharan Singh
& Ors
 A seorang pelajar yang masih belum
dewasa mendapat biasiswa dari
kerajaan Malaysia – suatu kontrak telah
dimasuki oleh A dan kerajaan Malaysia,
di mana selepas A menyelesaikan
pengajiannya A dikehendaki untuk
berkhidmat dengan kerajaan selama 10
tahun
 Apabila A tamat pengajiannya, A
berkhidmat dengan kerajaan tetapi
hanya untuk 3 tahun setengah sahaja
 A enggan untuk berkhidmat selama 10
tahun.
 Mahkamah: A terikat dengan kontrak
dahulu. Walaupun A semasa itu seorang
kanak-kanak (belum dewasa),
disebabkan biasiswa adalah keperluan
hidup A bagi membolehkan A mengikuti
pengajiaannya, A terikat dengan
kontrak tersebut
 Doyl e l wn Whi te Ci ty Stad iu m, Lt d
 A seorang kanak-k anak te lah bersetu ju untuk
mematuh i p eratur an y ang diteta pkan ol eh L emb aga
Kawa lan Tin ju bagi me mb ol ehk an A mend ap at
kea hli an profes ional d an lese n peni nju.
 Pa da suatu perl aw anan ti nju A tel ah me lang gar sa tu
peratu ran Lembaga itu. Bayaran depos it yang
dipeg ang oleh L embag a itu telah dirampas ol eh
Lembag a i tu men uru t peratu ra n yan g tel ah d ibuat dan
diperse tuju i ol eh A
 A men un tut bayaran depos it itu dan me nyatakan
bahaw a kon trak yang d imas uk iny a deng an Lembag a
itu ad alah tid ak sah kera na A m asih l agi kan ak-kan ak
 Ma hkamah: Lemb aga i tu berh ak un tu k meramp as
depos it te rsebu t dan kon trak itu adalah sah kerana
peratu ran yang di buat dan kea hlian prof es ion al serta
lese n pen in ju itu ad alah k ep erl uan A
Kontrak Biasiswa
 Definisi Perjanjian Biasiswa – seksyen 2 Akta
Kontrak (pindaan) 1976
 ‘perjanjian biasiswa’ ertinya apa-apa kontrak
atau perjanjian di antara sesuatu pihak
berkuasa yang berkenaan dengan seseorang
(siswa) mengenai apa-apa biasiswa, hadiah,
bantuan, dermasiswa, pinjaman, anjuran,
atau perlantikan ke sesuatu kemudahan lain,
sama ada diberi secara langsung oleh pihak
berkuasa yang berkenaan itu atau oleh mana-
mana orang atau badan lain atau mana-mana
kerajaan di luar Malaysia bagi maksud
pelajaran atau pengajian daripada apa-apa
jenis’
Contoh 7
 A adalah pegawai kerajaan di pejabat
tanah Sibu, Sarawak
 melanjutkan pelajaran ke UUM selama
3 tahun secara sepenuh masa
 Di sepanjang pengajiannya A mendapat
cuti dengan separuh gaji
 Bentuk kemudahan ‘cuti dan separuh
gaji’ itu dianggap sebagai BIASISWA
Contoh 8
 Seperti contoh 7, A juga dianggap sebagai
menerima biasiswa sekiranya dia:
 A. mendapat hadiah dari kerajaan Sarawak;
atau,
 B. mendapat dermasiswa dari kerajaan
Kedah;atau,
 C. mendapat pinjaman PTPTN; atau,
 D. mendapat hadiah dan bantuan pengajian
dari the ‘British Chevening Award’ suatu
bentuk bantuan pelajaran dari UK
 Seksyen 4(a) AK (pindaan) 1976:
 ‘ Walau apa jua yang berlawanan yang
terkandung dalam Akta ibu, tiada
perjanjian biasiswa boleh menjadi tidak
sah atas alasan bahawa siswa yang
membuat perjanjian itu belum berumur
dewasa’
Contoh 9
 Seperti contoh kes Kerajaan Malaysia
lwn Gucharan Singh & Ors
 Se ksyen 5(a) AK (p in daan) 1976
 ‘Jika seki rany a se suatu perjan jian bias iswa te lah
dimun gki ri oleh s es eora ng sisw a jika ses uatu juml ah
wa ng ad a d isebutkan d alam perj an jian itu ama un yang
kena d ibayar d alam hal kemun gkiran itu , walau apa
ju a yang berl awa nan yang terk andun g dalam Ak ta ibu,
mak a siswa dan p en jami n itu bers es ama dan mas in g-
mas ing bert anggu ngan memb ayar dan pih ak berk uasa
yang b erk enaan adalah berhak dibay ar kes emua
ju mlah wang y ang dise butkan itu sama ada ata u ti dak
keros akan ata u kerug ian seb enarny a telah disebab kan
ol eh kemu ng kir an itu , dan ti ada apa-a pa poton gan
bol eh d ibuat dari juml ah yang disebu tk an itu oleh
kera na ap a-ap a bahagian temp oh perkh id matan yang
dilak sanakan ol eh sisw a itu ap abila ta mat kursus
pengaj iann ya’
Contoh 10
 A adalah pelajar tahun 1 kursus BBA, UUM
 A mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA)
 A telah memasuki perjanjian dengan JPA
 B dan C bapa-bapa saudara A menjadi
penjamin
 Biasiswa JPA berjumlah RM 18,000.00
 A dikehendaki bekerja dengan kerajaan
selama 7 tahun selepas menamatkan
pengajiaannya di UUM
 Setelah tamat pengajian A mungkir untuk
bekerja dengan kerajaan tetapi telah
memasuki firma swasta di Kuala Lumpur
 A dikehendaki membayar RM 18,000
kepada kerajaan kerana
kemungkirannya itu
 Sekiranya A gagal bayar, B dan C
sebaliknya, masing-masing perlu
membayar RM 18,000 kepada kerajaan
kerana mereka adalah penjamin
 Ini adalah kerana tanggungan B dan C
berbentuk ‘secara bersesama dan
masing-masing bertanggungan
membayar’ – s. 5(a)
Kontrak Insuran
 Akta Insurans 1963(disemak pada tahun
1972) menyenaraikan keadaan-keadaan di
mana kanak-kanak boleh membuat kontrak
insurans untuk menginsurankan diri dan harta
daripada apa-apa kontigensi. Seorang kanak-
kanak adalah dibenarkan membuat kontrak
insurans sekiranya ia berusia 10 tahun ke
atas. Walaupun begitu keizinan bertulis
daripada ibu bapa atau penjaga adalah
diperlukan sekiranya kanak-kanak tersebut
berusia 16 tahun ke bawah
Contoh 11
 A se oran g kan ak- ka nak ber umu r 11 tah un
tel ah mema su ki sat u ko ntrak in su ran
ke mal an gan de ng an Sya rik at Kur nia In su ran s
Ber had
 A me ng alami kemal an gan sel epas it u
 Syar ikat Kurnia In su ran s per lu me mba yar
pa mpa san ke ata s ke ceder aan yan g dial ami
oleh A
 Kontra k insu ra ns ya ng dima su ki ole h A dan
Sykt . Kurn ia adal ah sah
 Wa la u b agai man apu n, diseb ab ka n u mu r A
ku ran g da ri pad a 16 tahu n A per lu
men dap at ka n keb en ar an b ert ulis ibu bap an ya
seb elu m A me masu ki per jan jian ins ur ans
de nga n Sykt . Kurnia
4. Salah Nyataan Mengenai
Umur
 Pe rs oal an :
 A ber umu r 17 tah un . A me mpu nya i wa ng
be rjuml ah RM 10 0,0 00. 00
 A hen dak membe li se bu ah mo to sik al be rk uasa
be sar Ha rle y Davi dso n ber har ga RM
100, 000 .00
 A mema su ki pe rjanjian unt uk memb el i
mo tosi ka l itu . A bay ar RM 10 ,00 0 dah ul u dan
be rjanji aka n memb aya r b aki s eb ula n
ke mud ian
 A men ipu dan men yat ak an bah awa d ia
be rumu r 19 tah un
 A men unjuk ka n aka un ban kn ya ke pa da pe nju al
 Selepas 1 bulan, A gagal untuk membayar RM
90,000 lagi
 Penjual mengambil tindakan undang-undang
ke atas A
 A membela bahawa A berumur 17 tahun
semasa perjanjian itu dimasuki
 Bolehkah peniaga itu mengatakan bahawa dia
percaya bahawa umur A adalah 19 tahun
sepertimana yang didakwa oleh A. Sekiranya
peniaga itu tahu bahawa A hanya berumur 17
tahun, sudah tentu peniaga itu tidak akan
berurusniaga dengan A?
 Apakah kesan kontrak tersebut?
Kes
 Nateson lwn Thanaletchumi & anor
 Mahkamah: Kanak-kanak yang telah
mempengaruhi atau memperdayakan orang
lain untuk berkontrak dengannya dengan
melakukan salah nyataan mengenai umurnya,
tidak dihalang daripada membatalkan kontrak
tersebut atas alasan ia masih kanak-kanak
semasa kontrak tersebut dimasuki.
 Mohamad Syedol Arifin lwn Yeok Ooi
Gark
 Seorang pemberi pinjaman telah
membuat tuntutan ke atas seorang
kanak-kanak yang diberi pinjaman.
 Mahkamah: Tindakan undang-undang
tidak boleh diambil terhadap kanak-
kana yang menipu mengenai umurnya
 R Leslie Ltd lwn Sheil
 Mahkamah: Kanak-kanak tidak boleh
dituntut untuk membayar balik
pinjaman yang didapati melalui salah
nyataan umurnya
Contoh 12
 Bagi menjawab persoalan di atas,
berdasarkan kes-kes adalah jelas peniaga itu
tidak boleh mengambil tindakan ke atas A
 Kontrak yang dimasuki oleh A adalah batal.
Demi keadilan, A perlu pulangkan balik
motosikal itu kepada peniaga tersebut dan
peniaga itu perlu pulangkan RM 10,000
kepada A. Sebaliknya, peniaga itu tidak boleh
menuntut RM 90,000 lagi dari A – sekysen 66
AK
 Oleh itu peniaga perlu berhati-hati apabila
berurusniaga – dia perlu dapatkan
pengesahan mengenai umur kanak-kanak itu
dengan memintanya memberikan surat
beranak dan kad pengenalannya
5. Pemulihan Semula/Restitusi
 Seksyen 66 AK:
 ‘Bila suatu perjanjian itu didapati batal, atau
bila suatu kontrak menjadi batal, sesiapa jua
yang telah menerima sebarang faedah
daripada perjanjian atau kontrak sedemikian,
adalah terikat untuk memulangkannya atau
memberi pampasan untuknya, kepada orang
dari siapa ia menerima faedah itu’
Contoh 13
 Seperti contoh 11
 Seksyen 37 Akta Relif Spesifik 1950(ARS):
 ‘Apabila memutuskan penamatan kontrak,
mahkamah boleh meminta pihak kepada
siapa relif itu diberi membuat apa jua
pampasan yang diperlukan demi keadilan’
 Seksyen 40 ARS:
‘Apabila memutuskan pembatalan sesuatu
instrumen, mahkamah boleh meminta pihak
kepada siapa relif itu diberi membuat apa-apa
jua pampasan yang diperlukan demi keadilan’
Contoh 14
 Sila lihat contoh 11 dahulu
Kes
 Tan Hee Juan lwn Teh Boon Keat
 A seorang kanak-kanak telah menjual
tanahnya kepada B. B bayar harga belian
kepada A
 Penjualan tanah tersebut telah didaftarkan di
pejabat tanah. Nama B dimasukkan ke dalam
geran tanah
 A kemudian memohon agar penjualan tanah
itu dibatalkan atas alasan A masih lagi kanak-
kanak
 Mahkamah: kontrak jual beli tanah A dan B
batal. Walau bagaimanapun, B tidak
mendapat kembali wangnya yang telah
dibayar oleh A
 PADA PENDAPAT SAYA: B BOLEH
MENDAPATKAN KEMBALI WANGNYA.
INI ADALAH KERANA DEMI KEADILAN
DAN MENURUT SEKSYEN 66 AK DAN S.
37 DAN 40 ARS
 Leha Jusoh lwn Awang Johari Hashim
 A seorang kanak-kanak
 A membeli tanah dari B dan telah
membayar harga belian
 A menduduki tanah tersebut
 Mahkamah Persekutuan: Kontrak jual
beli tanah antara A dan B adalah batal.
A perlu kosongkan dan tinggalkan tanah
itu dan B perlu pulangkan bayaran yang
diterima dari A
6. Berakal Sempurna
 Seksyen 12(1) AK
 ‘Seseorang adalah dikatakan berakal
sempurna untuk membuat kontrak jika,
pada masa ia membuat kontrak itu, ia
berkeupayaan memahami kontrak yang
diperbuatnya dan berkeupayaan
membuat pertimbangan yang rasional
terhadap kesan atas kepentingannya’
Contoh 15
 A ingin membeli tanah dusun dengan harga
RM 10,000 di Felda Guar Napai
 A jumpa dengan B pemilik dusun itu
 A memasuki perjanjian dengan B
 A faham bahawa apabila A bayar kepada B,
RM 10,000, A akan dapat tanah dusun B.
Sekiranya A gagal bayar B berhak mengambil
tindakan undang-undang ke atas A bagi
mendapatkan RM 10,000 atau meminta ganti
rugi dari A dan menghalau A dari menjadi
pemilik dusun itu
 A dikatakan sebagai mempunyai akal
sempurna
 Seksyen 12(2):
 ‘Seseorang yang lazimnya tak berakal
sempurna, tetapi sekali sekala berakal
sempurna, boleh membuat kontrak bila
ia berakal sempurna’
Contoh 16
 A telah mendapat pengesahan doktor bahawa
A mengalami penyakit ‘Major Depression’
 Kesan penyakit ini, A tidak boleh berfikiran
waras dan apabila penyakit ini berlaku, A
akan mengamuk dan bergaduh – A perlu
mendapatkan pil ubatan bagi meredakan
tekanan yang dialaminya
 Semasa A waras dan sihat, A memasuki satu
kontrak – kontrak yang dimasukinya itu sah
– seksyen 12(2)
 Seksyen 12(3):
 ‘Seseorang yang lazimnya berakal
sempurna, tetapi sekali sekala tak
berakal sempurna, tidak boleh membuat
kontrak bila ia tak berakal sempurna’
Contoh 17
 Seperti contoh 16 tetapi di sini, A
memasuki kontrak semasa ia
mengalami tekanan hebat dan
mengamuk
 Kontrak A batal dan tidak sah – seksyen
12(3)
Beban Pembuktian
 A mengalami penyakit mental
 A memasuki satu perjanjian beli rumah
dengan harga RM 100,000
 A bayar RM 100,000 kepada pemaju
 A dapat rumah
 Kontrak A itu menjadi kontrak BOLEH
BATAL – kerana A tidak sempurna akal
 Maksud boleh batal adalah pemaju
yang menerima RM 100,000 itu boleh
membatalkan atau tidak membatalkan
kontrak itu atas pilihannya sendiri
Kes
 Imperial Loan lwn Stone
 Mahkamah: Kontrak yang dibuat oleh
orang tidak sempurna akal itu tidak
boleh batal atas opsyennya sekiranya
pihak yang satu lagi mempercayai
bahawa beliau membuat kontrak
dengan orang yang sempurna akal
 Che Som bt Yip & Ors lwn Maha Pte Ltd
& Ors
 Mahkamah: pihak bank yang tidak
mengetahui ia berurusan dengan pihak
plaintif yang tidak sempurna akal
semasa plaintif menandatangani
perjanjian gadaian. Oleh itu kontrak di
antara kedua-dua pihak adalah sah
Contoh 18
 Latif adalah seorang yang mengalami tekanan
perasaan akibat ‘major depression’ oleh
doktor
 Latif adalah orang yang tidak waras dan tidak
sempurna akal
 Apabila datang penyakit mentalnya, Latif
akan bertindak secara agresif dan tidak
mengetahui apakah kesan tindakannya serta
menyusahkan orang lain
 Pada suatu hari, Latif walaupun seorang yang
tidak sempurna akalnya, ingin memohon
pinjaman peribadi berjumlah RM 30,000 dari
Bank Rakyat Malaysia Berhad
 Lati f tel ah me na nda ta ng ani su rat pe rjanjian .
De nga n kat a lai n Lati f dan Ban k Rak yat tel ah
mema su ki pe rjan jia n
 Lati f dik eh end ak i me mbaya r RM 5 00 se bu lan
sel am a 7 tah un at as pinjama n RM 30 ,00 0 ny a
it u dar i Ba nk Ra ky at
 Ban k Raky at tid ak men get ah ui bah awa Latif
ad al ah ya ng tid ak war as da n t idak semp ur na
ak al ny a
 Kontra k yan g d imasu ki oleh Lat if dan Bank
Rak yat itu sah se la gi man a B ank Ra kya t it u
tid ak men ya ta ka n se bal ik ny a atau de ng an
ka ta la in Bank Ra kya t tida k me ng ang ga p
ba ha wa ko ntra k itu b oleh memb awa mas ala h
ke pa dan ya.
Kes
 Asia Commercial Finance(M) Bhd lwn
Yap Bee Lee & Ors
 Mahkamah: Defendan yang tidak
sempurna akal itu, ingin membatalkan
kontraknya dengan pihak plaintif,
defendan hendaklah membuktikan
bahawa ia tidak sempurna akal dan
plaintif menyedari mengenai
ketidakwarasan defendan semasa
kontrak itu dimasuki
Siapa Perlu Buktikan Bahawa
Seseorang itu Tidak Sempurna
Akalnya dan Boleh Batalkan Kontrak
 Beban membuktikan seseorang itu tidak
sempurna akal adalah pada pihak yang ingin
membatalkan kontrak itu
 Bukti itu mestilah:
 A. Menunjukkan bahawa seseorang itu tidak
sempurna akal semasa berkontrak; dan,
 B. pihak lain yang berkontrak dengannya
mengetahui bahawa ia tidak sempurna akal
ketika kontrak dimasuki
Contoh 19
 Seperti contoh 18 tadi
 Di sini sekiranya Bank Rakyat mahu
membatalkan kontrak yang telah
dimasukinya dengan Latif, Bank Rakyat
perlu membuktikan bahawa Latif adalah
seorang yang tidak sempurna akalnya
semasa kontrak ditandatangani oleh
Latif dan Bank Rakyat mengetahui
bahawa Latif adalah seorang yang tidak
sempurna akalnya semasa kontrak itu
ditandatangani
Bagaimana Cara
Membuktikannya?
 Biasanya perlu ada laporan perubatan
yang menyatakan bahawa Latif itu
adalah seorang yang tidak sempurna
akal atau melalui maklumat-maklumat
yang diperoleh berdasarkan sumber-
sumber yang sah dan dipercayai
7. Tidak Hilang Kelayakan

 Seksyen 11 AK:
 ‘Setiap orang adalah layak membuat
kontrak sekiranya ia dewasa menurut
undang-undang di mana ia tertakluk,
dan sekiranya ia berakal sempurna, dan
tidak hilang kelayakan untuk membuat
kontrak menurut mana-mana undang-
undang yang mana ia tertakluk’
Contoh 20
 Hazmi seorang dewasa dan sempurna
akalnya ingin membeli sebuah rumah
berharga RM 130,000.00
 Hazmi memasuki satu kontrak jual beli rumah
dengan pemaju
 Hazmi meminjam daripada CIMB Bank Bhd
 Kontrak yang dimasuki oleh Hazmi adalah sah
kerana ia adalah seorang yang dewasa, ia
seorang yang sempurna akalnya dan tiada
apa-apa faktor yang boleh menyebabkan ia
hilang kelayakan daripada berkontrak
 Kontrak yang dimasuki oleh Hazmi
boleh jadi BATAL sekiranya ia
kehilangan kelayakan untuk berkontrak
 Contohnya Hazmi adalah seorang yang
gila semasa kontrak itu ditandatangani
atau Hazmi adalah seorang penjenayah
yang telah dijatuhkan hukuman di
Mahkamah kerana mengedar dadah
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai