Anda di halaman 1dari 1

.

MAKSUD TAWARAN
Seksyen 2(a) mendefinisikan penawaran sebagai pernyataan kesediaan kepada pihak lain
untuk melakukan atau menahan diri dari melakukan sesuatu, dengan tujuan untuk mendapat
persetujuan pihak itu untuk melakukan sesuatu atau menahan diri dari melakukan sesuatu.
Penawaran mestilah sesuatu yang pasti dan muktamad dan yang berupaya menjadi satu
perjanjian yang diperakui undang-undang sekiranya tawaran tersebut diterima tidak berdolak
dalik atau sekadar satu cadangan.

Secara mudah tawaran itu keluar dari satu pihak kepada sesuatu pihak yang lain. Contoh; Ali
berkata kepada rakannya: Aku nak jual kereta ini kepada kamu dengan harga RM 19,000.00.

2. TAWARAN MESTI DI KOMUNIKASIKAN


Penawaran boleh datang dalam bentuk lisan, penulisan, perbuatan atau kombinasi namun
setiap tawaran mesti sampai / dikomunikasikan kepada pihak yang satu lagi iaitu pihak
penerima, jika tidak, perjanjian tidak wujud.

Pihak yang membuat tawaran mestilah menghebahkan atau menyampaikan tawaran tersebut
kepada pihak yang lain. Sekiranya pihak tersebut menyimpan tawarannya dari pengetahuan
orang lain, maka belum wujud satu tawaran. Ini bermakna pihak yang menerima tawaran
mestilah tahu tentang kewujudan tawaran tersebut.

Seksyen 4(1) Akta Kontrak menyatakan tawaran mesti dikomunikasikan dan ia hanya berkesan
apabila tawaran tersebut sampai ke pengetahuan yang menerima tawaran. Persoalan:
Tawaran sudah disampaikan tetapi pihak yang mendapat tawaran belum ada pengetahuan
mengenai tawaran tersebut.
Dalam kes R v CLARKE (1927) 40 CLR 227 (Australia)

Anda mungkin juga menyukai