Anda di halaman 1dari 10

JAWAPAN NO.

1
Undang-Undang di Malaysia bergantung kepada keputusan
mahkamah,mahkamah adalah merupakan sumber undang;undang di
Malaysia.
Apabila hakim membuat keputusan,ia bukan sahaja menyelesaikan kes
,tetapi juga meletakkan prinsip perundangan yang menjadi asas
keputusannya.Mahkamah hendaklah menggunakan prinsip perundangan
tersebut.
Doktrin duluan kehakiman mengikat adalah sekiranya tidak terdapat
peruntukan undang-undang bertulis mengenai sesuatu kes,mahkamah
mestilah merujuk keputusan mahkamah yang lebih tinggi kedudukannya
sebagai satu perinsip undang-undang.secara umumnya keputusan
mahkamah yang lebih tinggi mengikat keputusan mahkamah lebih yang
lebih rendah.

MAHKAMAH AGUNG

MAHKAMAH RAYUAN

MAHKAMAH TINGGI
MAHKAMAH SEKSYEN

MAHKAMAH MAJISTRET

JAWAPAN NO.2
Menurut kaedah Am penerimaan mestilah dikomunikasikan kepada pembuat
tawaran.penerimaan bermula daripada saat ia dikomunikasikan.pembuat
tawaran mestilah diberitahu sama ada tawaranya di terima atau
tidak.penerima tawaran perlu membuat sesuatu perbuatan penerimaan yang
positif dan sekadar mendiamkan diri adalah tidak mencukupi.
Berdiam diri adakah menunjukkan ada penerimaan?
Rujuk kes: Felthouse lwn. Bindley (1862) 11 CB (NS) 869 ; 142 ER
1037
F membuat tawaran untuk membeli kuda daripada anak saudaranya melalui
surat :
kalau saya tidak mendengar apa-apa jawapan maka kuda itu menjadi milik
saya
Anak saudaranya memaklumkan kepada B (Pelelong) agar tidak menjual
kuda tersebut,tetapi B telah terjual kuda yang dimaksudkan.F mendakwa B
kerana melakukan penyelewengan.
Adakah berdiam diri merupakan tanda setuju?
Mahkamah membuat keputusan bahawa anak saudara F tidak memberitahu
niatnya untuk menjual kuda kepada F.Maka kontrak tidak wujud dan kuda
bukan milik F.
Akta kontrak memperuntukan beberapa prinsip berkenaan dengan
penerimaan.salah satu daripadanya dinyatakan oleh Seksyen 2(b).Akta
Kontrak 1950.Menurut seksyen ini ,sesuatu penerimaan hendaklah di
komunikasikan kepada pembuat tawaran sebelum ia lengkap dan mengikat
pembuat tawaran.Ungkapan menyatakan persetujuan di dalam seksyen
2(b) itu jelas menunjukkan sesuatu tindakan penerimaan yang positif
daripada pihak penerima tawaran.oleh itu,Sesutu penerimaan hanya
bermula berkuatkuasa daripada saat ia dikomunikasikan kepada pembuat
tawaran.
Dalam hal ini mahkamah memutuskan bahawa berdiam diri atau pembisuan
oleh penerima tawaran tidak membuktikan kesanggupannya merima
tawaran tersebut.

JAWAPAN NO.3
BALASAN ditakrifkan di bawah Seksyen 2(d) Akta kontrak,1950
adalah :Apabila pembuat janji,penerima janji atau menjauhi daripada membuatnya
suatu perbuatan atau janji tersebut.contohnya apabila seseorang membeli
baju di sebuah super market dan telah membayar harga baju tersebut,maka
kedua-dua pihak telah pun menunaikan balasan masing-masing.
Menurut kehendak pembuat janji atau sesiapa yang telah membuat atau
telah menahan diri dari membuat sesuatu,maka perbuatan atau penahanan
diri itu di sebut balasan untuk janji.
Masalah sekarang adalah,adakah balasan itu harus setimpal dan adakah
kontrak tanpa balasan yang setimpal akan terbatal,jawapanya tidak.
Lihat seperti di bawah:Unsur-unsur Balasan
Aktiviti timbale balik
Balasan lampau adalah sah
Balasan tak semestinya setimpal
Mestilah di sisi undang-Undang
Balasan tak semestinya datang daripada penerima janji
Di sisi undang-undang sesuatau balasan itu mestilah benilai tetapi ianya
tidak semestinya sepadan.

Merujuk kepada Seksyen 26 Akta Kontrak 1950,


Sesuatu perjanjian dimana persetujuan pembuat janji diberi secara
bebas tidak batal semata-mata kerana balasan itu tidak memadai;
Tetapi mahkamah boleh mempertimbangkan persoalan sama ada tidak
sepadan balasan itu di beri oleh pembuat janji secara bebas atau
sebaliknya.Jika balasan diberi secara bebas,maka kesepadanan balasan itu
tidak penting adanya kontrak.

Seksyen 26 akta kontrak mengatakan ,perjanjian tanpa balasan adalah


batal,tetapi ada pengecualian,walaupun sesuatu janji itu di buat tanpa
balasan ianya tetap sah dan boleh di kuatkuasakan jika,

Perjanjian dibuat berdasarkan kasih saying semulajadi antara pihakpihak ada hubungan karib boleh mewujudkan suatu perjanjian yang
sah.jika di buat secara bertulis dan di daftarkan jika undang-undang
yang dikehendakinya berbuat demikian.

Seksyen 26(a) Akta kontrak 1950 menunjukkan :

Kerana kasih saying semulajadi, A berjanji memberi kepada anak


lelakinya B RM 13,000. A menayatakan janjinya kepada B secara
bertulis dan mendaftarkannya menurut undang-undang berkuatkuasa
pada masa itu untuk mendaftarkan dokumen yang demikian adalah
satu kontark.

JAWAPAN NO.4
TAWARAN
Adalah persediaan pembuat tawaran untuk menjalin suatu hubungan yang
sah dan mengikut
di sisi undang-undang apabila syarat-syaratnya sama ada secara nyata atau
termaklum dan di persetujui oleh pihak penerimaan tawaran.Contohnya
Ahmad membuat tawaran menjual keretanya kepada Daud dengan harga RM
35,000 dan Daud menerima tawaran tersebut.

PELAWAAN TAWARAN
Di mana pihak-pihak yang terlibat membuat rundingan tertentu tetapi tidak
berhasrat untuk terikat dengan syarat-syarat yang di sebut dalam rundingan
berkenaan,rundingan tidak semestinya berakhir dengan tawaran.Contoh
rundingan adalah temuduga dan pelawaan tawaran adalah risalah atau iklan.
Pelawaan tawaran bukanlah tawaran dan tawaran mestilah berbeza daripada
pelawaan untuk tawaran.Pelawaan untuk tawaran adalah merupakan
langkah pertama dalam rundingan yang mungkin atau tidak berakhir dengan
tawaran yang muktamad oleh sesuatu pihak.Selalunya berbentuk membuat
tawaran.
Rujuk Kes :-

Pharmaceutical society Of Great Britain v Boots Cash


Chemist (southern) LTD (1953)

Dalam kes Pharmaceutical society Of Great Britain v Boots Cash Chemist


(southern) LTD (1953), pihak difenden telah meletakkan barangan yang
hendak di jual di atas rak-rak dalam kedainya.plaintif mendakwa atas alasan
tindakan defenden mempamerkan barangan tersebut adalah suatu tawaran

dan ini bermakna defenden telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta
Ubatan Racun 1993 yang memperuntukkan bahawa adalah menjadi
kesalahan menjual racun-racun tertentu kecuali di bawah penyeliaan ahli
farmasi berdaftar.
Mahkamah memutuskan tindakan mempamerkan ubat-ubatan di atas rsk
adalah suatu pelawaan tawaran.tawaran hanya berlaku apabila pelanggan
mengemukakan barangan di kaunter bayaran dan penerimaan tawaran
dilakukan apabila bayaran diterima,oleh itu kontrak hanya berlaku di kaunter
pembayaran.

Kes 2

Coelho v The Public Services Commision [1964] MLJ 12


Mahkamah telah memutuskan bahawa :Iklan yang ditawarkan adalah merupakan pelawaan kepada sesiapa yang
berminat untuk memohon jawatan tersebut dimana pengeluar iklan itu
berhak untuk menolak atau menerima permohonan yang diterimanya.

Jika dilihat dari kes di atas berdasarkan fakta.apa yang jelas yang dapat
disimpulkan bahawa tindakan The Public Services Commission tersebut
dengan mengiklankan jawatan kosong dalam The Malay Mail hanyalah
merupakan pelawaan tawaran sahaja dan ianya terbuka kepada
umum.malahan ia menjadi hak kebebasan kepada Public Services
Commission untuk menerina Coelho sebagai salah seorang pekerja mereka
atau tidak dan pelawaan tawaran tersebut bukanlah merupakan satu
keputusan muktamad bagi tawaran diberikan terhadap Coelho sehingga
mengikat satu perjanjian yang sah dan boleh dikuatkuasakan disisi undangundang.

JAWAPAN NO.5
Definisi Kontrak Jualan Barang menurut undang-undang adalah satu kontrak
yang mana penjual memindahkan atau bersetuju memindahkan hak
terhadap barang kepada pembeli dengan satu harga yang tertentu.
Merujuk Seksyen 4(1) Akta Jualan Barangan 1957
Harga di takrifkan di dalam Seksyen 2 Akta Jualan Barang 1957 sebagai
balasan wang bagi jualan barang-barang.
Kontrak tersebut wujud sekiranya terdapat elemen-elemen tersebut :

Antara dua pihak


Pemindahan hak milik daripada penjual kepada pembeli
Subjek di kontrakakan dalam barang
Wujud balasan wang

CYCLE PROSES JUALAN adalah seperti di bawah :-

P EN JU A
L

WA N G
R M $$$

B A RA N
GAN
YA N G
D IJU A L
HAK
M ILIK
P EM B E L
I

JAWAPAN NO.6
DEFINISI SEWA BELI
Sewa beli adalah aktiviti menyewa barangan dengan tujuan untuk membeli
barangan tersebut.Ali adalah penyewa dan syarikat yang membiayai barangbarang tersebut adalah pembiaya dan juga pemilik.Hak milik hanya akan
berpindah kepada penyewa selepas semua ansuran dijelaskan.Dan barang
tersebut boleh di bawa pulang untuk digunakan.
Sewa Beli terkandung dalam Seksyen 2(1) Akta sewa Beli 1967
Adakah Akta Sewa Beli telah merangkumi semua urusan sewa beli?
Ya ,Akta Sewa Beli adalah meliputi semua sewa beli di Malaysia,menurut
Akta Sewa Beli 1967 yang telah berkuatkuasa pada 11 april 1968 selepas HP
menjadi kaedah yang semakin popular banyak memperolehi
barangan.Tindakan HP menetapkan pembentukan dan kandungan perjanjian
HP,Hak-hak undang-undang,tugas,kewajipan daripada penyewa dan pemilik

pembiaya.Tindakan HP di tadbir oleh Kementerian Perdagangan Dalam


Negeri dan Hal Ehwal Pengguna .

JAWAPAN NO.7
i.

Undang-undang bertulis utama yang mengawal perkongsian di Malaysia


adalah
Akta Perkonsian 1961.(AP 1961)
Di perluaskan seluruh Malaysia melalui pindaan yang dibuat pada tahun
1974.Seksyen 47(1) Akta Perkongsian menyarankan penggunaan
Ekuiti dan Common Law English yang digunakan dalam perkongsian di
teruskan penggunaannya.melainkan sekiranya ia tidak konsisten dengan
peruntukan akta ini

ii.

Seksyen 3(1) Akta Perkongsian 1961


Perkongsian adalah suatu perhubungan yang wujud diantara beberapa
orang yang menjalankan perniagaan bersama.

Gabungan antara 2 hingga 20 orang rakan kongsi yang bergabung


tenaga berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui bersama dengan
tujuan untuk mendapatkan keuntungan.Perkongsian professional pula
adalah bilangan maksimun 50 orang.

Ciri-ciri perkongsian
PERHUBUNGAN

PERHUBUNGAN DIANTARA RAKAN


KONGSI MESTILAH DIBUAT

SECARA NYATA

BILANGAN RAKAN
KONGSI

MINIMA 2 ORANG DAN MAKSIMA


20 ORANG RAKAN KONGSI

PERNIAGAAN

HUBUNGAN UNTUK

MENJALANKAN
PERNIAGAAN BERSAMA

KEUNTUNGAN
MENDAPATKAN

BERTUJUAN UNTUK
KEUNTUNGAN

Anda mungkin juga menyukai