Anda di halaman 1dari 9

BAB 2: ASPEK PERUNDANGAN PERNIAGAAN

2.1 UNDANG-UNDANG KONTRAK


2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

2.1 UNDANG-UNDANG KONTRAK

MAKSUD KONTRAK

Akta Kontrak 1950 Seksyen 2 (h)


suatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah satu kontrak

Sesuatu perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak
membuat kontrak untuk sesuatu balasan yang sah dan dengan tujuan yang sah

Contoh : Azrul bercadang untuk menjual rumah miliknya kepada Hafiz dengan harga RM200
000. Hafiz pula bersetuju untuk membeli dan membayar harga rumah tersebut kepada Azrul.
Oleh itu, wujud kontrak antara Azrul dan Hafiz.

ELEMEN-ELEMEN KONTRAK

Penerimaa
n
Balasan
Tawaran

ELEMEN-
ELEMEN
KONTRA
K
Keupayaa
Niat
n

Kententua
n

Elemen-elemen kontrak

1. Tawaran
1
Definisi
 Di bawah Seksyen 2(a) Akta Kontrak 1950
Apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada seorang lain untuk melakukan
atau menahan diri daripada melakukan sesuatu dengan maksud memperoleh
persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri daripada berbuat
seseorang itu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan.

 Tawaran adalah satu janji yang telah dibuat oleh pembuat tawaran kepada penerima
tawaran dengan niat untuk mewujudkan hubungan yang mengikat di sisi undang-undang
apabila janji itu diterima oleh penerima tawaran.

 Contoh: Cik Juli membuat tawaran untuk menjual motosikalnya dengan harga RM2000
kepada Cik Suzi. Dengan itu, Cik Juli telah membuat satu janji dengan niat untuk terikat di
sisi undang-undang sekiranya Cik Suzi menerima tawaran itu.

Elemen penting membuat tawaran/ Syarat-syarat tawaran


 Jelas, lengkap dan muktamad - jenis barang, tujuan, nilai dan tempoh masa.
 Dibuat kepada pihak tertentu
- dibuat kepada individu yang dipilih untuk buat tawaran
- Pihak lain tidak boleh menerima tawaran tersebut
- Tawaran kepada sekumpulan individu adalah berbentuk umum dan sesiapa yang
mendengar tawaran boleh buat penerimaan
 Tawaran dibuat bukannya dalam bentuk pelawaan tawaran – pelawaan tawaran ialah
satu pernyataan bahawa seseorang ingin buat perundingan tetapi tidak mahu terikat
dengan syarat atau terma kontrak dalam perundingan tersebut. ( lelongan, jualan melalui
katalog)

Penamatan tawaran
 Pembuat tawaran membatalkan semula tawaran yang dibuat
 Penerima tawaran menolak tawaran tersebut
 Tempoh masa tawaran yang dibuat telah luput
 Pembuat tawaran menjadi tidak siuman/ meninggal dunia

2. Penerimaan
Definisi
 Di bawah Seksyen 2(b) Akta Kontrak 1950, penerimaan ditakrifkan
Apabila seseorang mengeluarkan sesuatu cadangan dan cadangan tersebut disetujukan
oleh pihak yang satu lagi maka cadangan adalah diterima, apabila suatu cadangan
diterima, ia akan menjadi satu janji

Elemen penting penerimaan


 Jelas, pasti dan tidak bersyarat
2
 Menepati terma tawaran
 Jika wujud penerimaan bersyarat maka tawaran asal terbatal dan tawaran yang
baru tadi dinamakan tawaran balas
 Dibuat secara biasa dan munasabah
 Penerimaan dibuat dengan cara munasabah tetapi jika pembuat tawaran
menentukan cara penerimaan, maka penerima perlu menunaikan dengan cara
tersebut.
 Penerimaan mestilah dikomunikasikan
 Penerima tawaran mesti beritahu pembuat tawaran sama ada tawaran diterima
atau sebaliknya. Diamkan diri tak diterima sebagai menerima tawaran.
 Penerimaan dalam jangka masa yang munasabah
 Kontrak tidak akan terbuka selama-lamanya.
 Penerimaan lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui dan menerimanya
 Penerimaan hanya dikira lengkap apabila pembuat tawaran telah tahu bahawa
tawaran telah diterima.

Pembatalan penerimaan
 Penerimaan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi penerimaan
lengkap terhadap penerima tetapi bukan selepasnya – Seksyen 5(2)Akta Kontrak 1950
 Penerimaan boleh dibatalkan walaupun penerimaan telah dibuat dengan syarat surat
pembatalan penerimaan sampai terlebih dahulu daripada surat penerimaan

3. Balasan
Definisi
 Seksyen 2(d) akta Kontrak 1950
Menurut kehendak pembuat janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau menahan
diri daripada membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji tersebut
adalah digelar balasan untuk janji tersebut.
 Sah jika pihak yang membuat kontrak sudah saling berjanji untuk membuat sesuatu
 Contoh:
King membeli sebuah telefon bimbit terpakai dengan harga RM350 daripada El, maka
balasan El kepada King adalah sebuah telefon bimbit dan balasan King kepada El adalah
wang berjumlah RM350

Elemen penting balasan


 Balasan mestilah mempunyai unsur timbul balik
 Kedua-dua pihak berkontrak mesti mempunyai balasan antara satu sama lain
 Balasan tidak semestinya berpadanan
 Balasan penerima dengan pembuat tawaran tidak semestinya sama nilai, yang
penting atas persetujuan bersama
 Balasan semestinya sah di sisi undang-undang
 Balasan tidak bertentangan dengan undang-undang
 Balasan tidak semestinya datang dari penerima janji
 Sesiapa sahaja boleh memberi balasan

3
 Balasan lampau adalah sah di sisi undang-undang
 Balasan telah dilakukan terlebih dahulu sebelum perjanjian dibuat
 Perjanjian tanpa balasan (Seksyen 26)
 Dalam bentuk tulisan dan didaftarkan mengikut undang-undang (jika ada) atas
dasar kasih sayang antara kedua-dua pihak
 Untuk memberi pampasan ke atas kerja yang dibuat secara sukarela
 Untuk memberi pampasan kepada mereka yang boleh dipaksa dari sisi undang-
undang
 Untuk membayar hutang yang telah lapuk yang ditulis oleh pembuat janji
 Telah dinyatakan secara bertulis oleh pembuat janji

4. Niat
Definisi
 Sesuatu yang terletak pada hati seseorang dan tidak dapat dilihat jika terpendam di
dalam diri seseorang.
 Kontrak dikira sah apabila kedua-dua pihak mempunyai niat untuk berkontrak
 Perkara yang menentukan sama ada
 Sesuatu niat terikat di sisi undang-undang
 Sesuatu niat tidak mengikat di sisi undang-undang

5. Ketentuan kontrak
Definisi
 Kontrak yang hendak dimeterai perlulah jelas, tidak kabur dan setiap perkara yang
dijanjikan dapat ditentukan.
 Seksyen 30 akta Kontrak 1950
Perjanjian yang maknanya tidak tentu dan tidak boleh ditentukan adalah batal
 Contoh:
Rafeah tidak menyatakan jenis kereta yang hendak dijual kepada Izati, maka perjanjian
itu batal kerana ketidaktentuannya

6. Keupayaan
Seseorang yang layak berkontrak :
1. Dewasa – telah mencapai umur 18 tahun
a) Pengecualian kepada seseorang yang berusia bawah 18 tahun
i. Kontrak keperluan hidup – orang yang membekalkan barang keperluan kepada
kanak-kanak berhak untuk mendapat bayaran dari harta kanak-kanak tersebut.
ii. Kontrak Biasiswa
iii. Kontrak Insurans

2. Berakal sempurna – waras dan dapat memahami terma dan syarat


3. Tidak hilang kelayakan berkontrak – tiada undang-undang yang melarangnya berkontrak

SYARAT-SYARAT KONTRAK

Kontrak
boleh 4
Kontrak
batal batal
Kontrak
sah
SYARAT-
SYARAT
KONTRA
Pelepasa K
Reme
n kontrak di

Syarat-syarat kontrak
1. Kontrak sah
 Boleh dikuatkuasakan undang-undang
 Memenuhi elemen utama kontrak
 Mengikat kedua-dua pihak sehingga kontrak dibatalkan

2. Kontrak batal
 Kontrak tidak memenuhi elemen utama kontrak
 Tidak boleh dikuatkuasakan
 Tidak terikat dengan undang-undang
 Sebab batal
 Dilarang undang-undang – kontrak pembunuhan
 Mengelak dari undang-undang dan bersifat mengecewakan- kontrak melanggar undang-
undang
 Frod (fraud) penipuan – perjanjian bermotifkan untuk menipu pihak lain
 Perjanjian yang tidak bermoral dan perjanjian yang mendatangkan bencana

3. Kontrak boleh batal


 Sah pada peringkat awal tetapi terdapat unsur-unsur negatif yang boleh membatalkan
kontrak
i. Paksaan – berbentuk kekerasan dan ancaman
ii. Pengaruh tidak berpatutan / tidak wajar – wujud apabila sesuatu pihak menguasai
pihak yang satu lagi.
iii. Salahnyataan – kenyataan yang mengelirukan atau tidak benar yang mendorong
seseorang memasuki kontrak
iv. Frod/ penipuan – tujuannya untuk memperdayakan pihak lain dengan
menyembunyikan fakta
v. Khilaf – kedua-dua pihak membuat silap tentang sesuatu fakta yang penting dalam
kontrak

4. Pelepasan kontrak
Kontrak boleh dilepaskan atau ditamatkan dengan:
 Perlaksanaan syarat kontrak

5
 Semua pihak dalam kontrak telah memenuhi tanggungjawab yang dinyatakan dalam
kontrak
 Persetujuan pihak yang berkontrak
 Pihak-pihak dalam kontrak setuju menggantikan kontrak sedia ada dengan kontrak
yang baru atau kedua-duanya bersetuju membatalkan kontrak
 Kemungkiran kontrak
 Apabila satu pihak dalam kontrak enggan melaksanakan tanggungjawab seperti
dalam kontrak maka satu pihak lagi boleh membatalkan kontrak
 Kekecewaan kontrak
 Perbuatan dalam kontrak menjadi mustahil atau tidak sah (eg: perubahan undang-
undang/ kematian salah satu pihak)
 Penguatkuasaan undang-undang
 Tempoh yang telah tamat- kontrak yang telah luput

5. Remedi (Pemulihan)
 Cara yang diberi oleh undang-undang untuk menguatkuasakan sesuatu hak atau
mendapatkan pampasan dalam bentuk wang bagi menggantikan pelaksanaan
 Bentuk remedi
 Penamatan kontrak
- Pihak yang menanggung kerugian boleh menamatkan kontrak
 Ganti rugi
- Pihak yang rugi mendapat pampasan sekiranya tidak berlaku perlanggaran kontrak
 Injuksi
- Arahan mahkamah supaya membetulkan salah laku yang menyebabkan kemungkiran
kontrak
- Dua jenis injuksi
1. Injuksi Positif – mengehendaki seseorang melakukan sesuatu
2. Injuksi Negatif – melarang sesuatu pihak daripada melakukan sesuatu yang telah
dijanjikan dalam kontrak.
 Perlaksanaan spesifik
- Perintah mahkamah mengarahkan defendan melaksanakan perjanjian menurut
syarat yang ada dalam kontrak
- Diberi jika pembayaran jumlah wang bukan remedi yang cukup.
 Quantum meruit
- Tuntutan untuk mendapatkan sejumlah wang atau ganti rugi dalam satu jumlah yang
munasabah atau yang patut diterima hasil daripada perkhidmatan yang diberikan
jika suatu pihak enggan meneruskan sesuatu kontrak.

2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

MAKSUD AKTA JUALAN BARANG

6
Ordinan Jualan Barang - Barang (Negeri-negeri Melayu) 1957 diguna pakai di semua negeri-
negeri Melayu kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak
Pindaan pada 1989 dan dinamakan Akta Jualan Barangan 1957 dan diperluaskan di Melaka
dan Pulau Pinang.

DEFINISI
Seksyen 4(1) Akta Jualan Barangan 1957
Kontrak jualan barangan adalah kontrak yang mana penjual memindah milik atau bersetuju
untuk memindah milik hak terhadap barangan itu kepada pembeli dengan balasan yang
disebut sebagai harga.

BARANGAN
Seksyen 2 Akta Jualan Barangan 1957
Barangan adalah jenis-jenis harta alih selain daripada tuntutan boleh dakwa dan wang, dan
termasuklah stok dan syer, tanaman yang hidup, rumput dan benda-benda yang dilekatkan
kepada atau membentuk sebahagian tanah yang diakui keras sebelum jualan atau di bawah
kontrak jualan.

Seksyen 6(1) Akta Jualan Barangan 1957


Jenis-jenis barang adalah barang- barang yang membentuk hal perkara suatu kontrak
jualan sama ada barang-barang yang ada, dipunyai atau dimiliki oleh penjual atau barang-
barang masa hadapan.

Dua jenis barang


 Barang sedia ada
 Barangan masa hadapan (barangan hadapan)

Barang sedia ada (existing goods)


 Barang yang ada dipunyai atau dimiliki oleh penjual dan telah disimpan oleh penjual
 Contoh:
Barang elektrik yang dibeli di kedai elektrik
 2 jenis barang sedia ada
i. Barang-barang tertentu
ii. Barang belum ditentukan

Barang masa hadapan/ barang-barang hadapan (future goods)


 Barang –barang untuk dikilang atau dihasilkan atau diperolehi oleh penjual selepas
kontrak jualan dibuat.
 Hanya akan dihasilkan selepas kontrak dibuat
 Contoh:
Kontrak pembelian rumah dengan pemaju yang mana rumah tersebut belum wujud atau
dalam pembinaan

ELEMEN UTAMA MAKSUD KONTRAK JUALAN


Wujud dua pihak – penjual dan pembeli
7
Pemindahan hak milik dari penjual kepada pembeli
Barang sebagai subjek utama kontrak
Wujud balasan- balasan yang setimpal dengan nilai barang seperti dalam bentuk wang

SYARAT TERSURAT DAN SYARAT TERSIRAT


Syarat
Suatu kenyataan yang jelas tentang apa yang perlu dilakukan dan bagaimana ia dilakukan
dalam suatu kontrak yang mana perlanggarannya akan menyebabkan pihak yang tidak
bersalah berhak menolak kontrak tersebut

Dua jenis syarat


 Syarat tersurat
 Syarat tersirat

Syarat tersurat
 Dinyatakan dalam kontrak yang mana ia ditulis dan dinyatakan dengan jelas serta mudah
difahami dan dipersetujui dalam kontrak.

Syarat tersirat
 Syarat yang tidak disebut dengan nyata dalam kontrak
 Syarat yang tidak ditulis dengan jelas dan juga dikenali sebagai syarat termaklum
 Kedua-dua pihak maklum wujud perjanjian walaupun tidak tersurat
 Jenis syarat tersirat
i. Hak milik
ii. Jualan melalui perihalan
iii. Kualiti dan kelayakan
iv. Jualan melalui sampel

ELEMEN-ELEMEN LAIN YANG PERLU ADA DALAM KONTAK JUALAN BARANGAN

1. Warant
Seksyen 12 (13)
....suatu janji kolateral kepada maksud utama kontrak, jika mungkir memberikan suatu hak
untuk menuntut ganti rugi tetapi bukan hak untuk menolak barang-barang dan
menganggap kontrak itu sebagai ditolak.

Dua Jenis waranti


 Waranti tersurat
 Waranti tersirat

Waranti tersurat
Dinyatakan seperti tempoh waranti, waranti servis, membaiki, mengganti secara percuma
dalam tempoh tertentu.

Waranti tersirat
8
 Waranti yang tidak dinyatakan tetapi ia adalah perlu
 Tidak dinyatakan dengan jelas tetapi wujud kontrak dan diandaikan diketahui oleh pihak
yang berkontrak.
 Jenis waranti tersirat
i. Pemilikan aman
Pembeli berhak menikmati barang yang dibelinya secara aman dan tanpa sebarang
gangguan daripada pihak lain
ii. Barang bebas daripada cagaran atau bebanan
Seksyen 14(c)
Barang-barang hendaklah bebas daripada apa-apa caj atau bebanan yang memihak
kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak diisytiharkan atau diketahui pembelinya
sebelum atau pada masa kontrak dibuat

2. Keterangan
Barangan yang dijual hendaklah mempunyai maklumat dan keterangan yang jelas dan cukup
bagi memastikan tiada kekeliruan antara penjual dan pembeli seperti jenis, harga, waranti
dan isi kandungan barangan.

3. Bebas dari kesulitan


Pembeli boleh menggunakan barangan tersebut secara aman dan tanpa gangguan daripa
penjual, agen wakil atau mana-mana pihak ketiga
Bebas daripada sebarang gadaian atau bebanan daripada mana-mana pihak ketiga seperti
saman, cukai atau keber hutangan

4. Mutu
Barangan mestilah mempunyai kualiti boleh dagang

5. Boleh guna
Bebas daripada sebarang kecacatan yang menyebabkan barangan tidak boleh digunakan

Anda mungkin juga menyukai