Anda di halaman 1dari 3

2.

0 ELEMEN-ELEMEN ASAS KONTRAK

Dalam menjadikan sesuatu perjanjian itu sebuah kontrak, beberapa elemen penting perlu
di perhatikan iaitu tawaran, penerimaan, balasan, niat, ketentuan dan keupayaan. Ini
menunjukkan bahawa semua kontrak merupakan satu bentuk perjanjian tetapi tidak semua
perjanjian merupakan sebuah kontrak.

2.1 Tawaran

2.1.1 Akta

Menurut Seksyen 2 (a) Akta Kontrak 1950 : Apabila seseorang menyatakan


kesediaannya kepada seseorang yang lain untuk melakukan / menahan diri dari melakukan
sesuatu, dengan maksub untuk memperoleh persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau
menahan diri dari melakukan sesuatu, maka boleh dikatakan bahawa orang itu membuat
cadangan

2.1.2 Elemen-elemen Penting Tawaran

1. Tawaran berbentuk nyata dan tersirat


2. Tawaran jelas, lengkap dan muktamad
3. Penentuan penerima tawaran
4. Tawaran adalah berbeza dari pelawaan tawaran

2.2 Penerimaan

2.2.1 Akta

Menurut Seksyen 2 (b) Akta Kontrak 1950 : Apabila orang kepada siapa cadangan itu
dibuat menyatakan persetujuan dengan cadangan itu, maka bolehlah dikatakan bahawa cadangan
itu diterima: sesuatu cadangan apabila diterima, adalah menjadi janji

2.2.2 Elemen-elemen Penting Penerimaan


1. Penerimaan mestilah mutlak, jelas dan tidak bersyarat.
2. Penerimaan mestlah dibuat secara biasa dan munasabah melainkan jika tawaran
menetapkan cara penerimaannya
3. Penerimaan mestilah dikomunikasikan
4. Penerimaan hendaklah dibuat di dalan jangka masa yang munasabah
5. Penerimaan adalah lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui dan menerimanya

2.3 Balasan

2.3.1 Akta

Menurut Seksyen 2(d) Akta Kontrak 1950 : menurut kehendak pembuat janji atau
siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan
atau penahanan diri atau janji itu adalah balasan untuk janji itu

2.3.2 Elemen-elemen Penting Balasan

1. Balasan mestilah mempunyai unsur timbal balik


2. Balasan tidak semestinya dari penerima janji
3. Balasan lampau adalah sah di sisi undang-undang
4. Balasan itu tidak semestinya berpadanan
5. Balasan mestilah sesuatu yang sah di sisi undang-undang
6. Perjanjian tanpa balasan

2.4 NIAT

2.4.1 Akta

Akta Kontrak 1950 tidak menyatakan sebarang peruntukkan tentang hal ini. Oleh itu,
sebarang masalah yang timbul berkaitan dengan niat akan dirujuk kepada common law.

2.5 Ketentuan

Menurut Seksyen 30 Akta Kontrak 1950 : Perjanjian-perjanjian, yang mana maknanya


tidak tentu atau tidak boleh ditentukan adalah batal. Ketidaktentuan yang dimaksubkan adalah
seperti bahasa yang digunakan adalah kabur, kegagalan untuk mencapai perjanjian terhadap
perkara pokok atau syarat utama perjanjian. Walaupun balasan dan niat mengadakan hubungan
mengikut undang-undang telah dipenuhi, perjanjian masih mengalami kecacatan jika tidak wujud
unsur ketentuan bagi syarat-syarat sebenar yang dimaksubkan oleh kedua-dua pihak yang
berkontrak

2.6 Keupayaan Berkontrak

2.6.1 Akta

Menurut Seksyen 11 Akta Kontrak 1950 : seseorang yang layak berkontrak mestilah
dewasa, berakal sempurna dan tidak hilang kelayakan untuk berkontrak. Seksyen 12(1) Akta
Kontrak 1950 : seseorang adalah dikatakan berakal sempurna untuk berkontrak jika pada masa
ia membuat kontrak itu, ia berupaya memahami kontrak yang diperbuatnya dan berkeupayaan
membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya.

Anda mungkin juga menyukai