Anda di halaman 1dari 12

SJH3033E

Sejarah sememangnya memainkan peranan yang penting dalam


kehidupan manusia pada masa sekarang mahupun pada masa hadapan
walaupun sesetengah masyarakat awam berpendapat sejarah itu
hanyalah rangkaian kisah lalu dan tidak perlu diungkit lagi. Malah
menurut mereka iaitu masyarakat awam yang tidak mempunyai
kefahaman mengenai disiplin ilmu sejarah ini, belajar sejarah itu
bukannya kewajipan dan tidak mempelajarinya bukanlah satu kesalahan.
Pandangan ini sememangnya tidak benar bagi golongan intelek sejarah
kerana menurut mereka sejarah itu merupakan peristiwa masa lalu yang
kita harus terima ia mempunyai kegunaan, malah nilaian tertentu, dalam
kehidupan manusia. Sedikit sebanyak kita dapat melihat bahawa sejarah
itu suatu proses yang bersambungan; kita dapat merasakan bahawa
sesuatu peristiwa yang kita hadapi pada hari ini merupakan sebahagian
daripada peristiwa semalam dan kemungkinan besar pula akan
menunjang menjadi sebahagian daripada peristiwa yang akan berlaku
pada masa akan datang.
Sejarah dikatakan penting bagi meningkatkan ilmu pengetahuan di
kalangan masyarakat terutamanya masyarakat intelek yang beria-ia
untuk mendalami kepelbagaian disiplin ilmu pengetahuan seterusnya
merakamkannya sama ada dalam bentuk bercetak, audio mahupun visual.
Rakaman atau pendokumentasian ini akan disebarluaskan ke segenap
lapisan masyarakat. Kita sebagai manusia seharusnya mengetahui akan
diri kita dan mengetahui keupayaan diri kita sendiri. Hal ini dapat kita
ketahui melalui sejarah. Menurut pendefinisian sejarah oleh Carr,
menunjukkan bahawa sejarah berfungsi untuk menyimpan dan
meneruskan pengalaman-pengalaman secara kolektif dari satu generasi
ke satu generasi berikutnya dan dengan itu berlakunya proses
pembudayaan, sosialisasi dan pendidikan secara terus-menerus.
Dari segi konsepnya, semangat patriotik boleh didefinisikan sebagai
semangat cinta akan tanah air dan sanggup berkorban nyawa demi
mempertahankan negara tercinta. Bill Totten (1998) menjelaskan
patriotisme bermaksud semangat cintakan negara. Menurut beliau tidak
1

SJH3033E

ada bangsa, keluarga, pasukan dan kumpulan dalam apa bentuk yang
boleh berfungsi dengan baik melainkan semua ahli cintakan
negara. Patriotisme ialah "the more or less concious convictionof the
person that his own welfare and of that signifikant group he belongs to are
depended uponthe preservationn of the power and culture of his society."
(Doob, 1964). Secara ringkasnya semangat patriotisme berkait rapat
dengan emosi mempertahankan kedaulatan negara, institusi politik dan
undang-undang negara daripada dicerobohi oleh kuasa asing. Semangat
patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu dan
harmoni.yang dibina , berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspekaspek sejarah negara. Setiap warganegara perlu dibimbing untuk
menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional. Natijah
daripada pemahaman dan penghayatan sejarah negara, seluruh rakyat
dapat membina kekuatan semangat cinta akan negara.
Tidak dinafikan sistem pendidikan di negara kita mendukung
semangat patriotisme. Buktinya Buku Panduan Pemupukan Patriotisme Di
Sekolah Rendah (Kementerian Pelajaran:1994) telah menetapkan garis
panduan agar nilai-nilai patriotime perlu diterapkan melalui kurikulum dan
ko-kurikulum. Oleh itu, subjek-subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Cina,
Bahasa Tamil, Pendidikan Moral, Kajian Tempatan dan lain-lain subjek
sekolah rendah perlu menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam proses
pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah penggabungjalinan. Begitu
juga semasa aktiviti ko kurikulum. Di peringkat sekolah menengah pula,
penerapan nilai-nilai patriotisme dibuat melalui subjek Sejarah, Pendidikan
Moral, Geografi ,Pendidikan Islam dan lain-lain. Walaupun demikian,
didapati bahawa tahap penghayatan generasi muda akan semangat
patriotisme agak rendah malah amat mendukacitakan.
Kebelakangan ini sejarah negara yang merupakan asas kepada
pembentukan peradaban bangsa sekaligus kecintaan yang mendalam
kepada negara semakin dilupakan. Negara pernah menyaksikan detik
pahit apabila golongan tertentu di negara kita yang pernah menjual
maruah Malaysia di persada antarabangsa dengan insiden seperti
2

SJH3033E

membakar Jalur Gemilang dan pengubahsuaian lirik lagu Negaraku suatu


ketika dahulu. Malahan pernah terpapar di dada- dada akhbar tentang
perilaku anak-anak Malaysia yang berada di luar negara tergamak
melempar kata-kata berupa nista yang memburukkan nama negara.
Alpanya mereka bertutur sesuatu yang menjejaskan imej dan nama
negara ibarat mengumpat ibunda mereka sendiri, tanah tumpah darah
mereka yang banyak berjasa pada mereka. Generasi muda ini tidak
mengenang jasa ibu pertiwi, seumpama kacang lupakan kulit. Ini
membuktikan tipisnya semangat patriotisme di kalangan generasi muda
kini. Generasi muda hari ini seolah telah lupa untuk memelihara dan
mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai etnik dan
kaum seperti yang diwarisi di Malaysia.
Biasanya, golongan remaja yang tidak menyedari kepentingan
sejarah silam tidak memiliki semangat patriotik. Maka kerajaan telah
memutuskan untuk menekankan betapa pentingnya metodologi subjek
sejarah melalui satu transformasi besar supaya pengajaran dan
pembelajarannya menjadi lebih relevan lagi menarik sekali gus berjaya
mendorong pelajar menghayati ilmu yang begitu penting dalam
kehidupan manusia ini. Kita juga lupa tentang kesengsaraan dan
perjuangan perit generasi terdahulu kerana kita tidak pernah
mengalaminya. Jika disorot, pasti ramai di antara anak-anak kita yang
tidak mengetahui nama-nama terbilang seperti Mat Kilau, Tok Janggut,
Dato' Bahaman, Abdul Rahman Limbong, Dol Said, Rentap dan ramai lagi
kerana saban hari mereka disogokkan dengan cerita-cerita hero khayalan
seperti Spiderman atau Superman yang lebih menyeronokkan dan
mengkhayalkan.

Bagi memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia, pendedahan awal di


peringkat sekolah rendah kepada subjek ini amat penting. Membina
bangsa dengan semangat patriotisme mestilah bermula dari bangku
sekolah. Melalui mata pelajaran Sejarah serta Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan yang jelas mendidik dan memberikan ilmu ke arah
3

SJH3033E

semangat cinta negara. Usaha sebegini dapat melahirkan warganegara


Malaysia yang peka akan sejarah negara dan bangsanya dan yang paling
penting melahirkan semangat patriotik di peringkat awal lagi kerana
diperingkat ini mereka mudah menerima ilmu, membentuk nilai diri dan
perspektif. Pada masa yang sama sejarah memberi kita peluang
menghayati dan memahami kerelevenan sejarah dalam kehidupan harian
dan kehidupan masa depan. Cara memupuk semangat patriotisme kepada
pelajar mestilah melalui kesedaran dan ilmu sejarah.
Justeru itu, Sejarah yang akan menjadi mata pelajaran teras dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai 2014 akan menerapkan
unsur kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan bagi memastikan
murid memahami serta menghayati sejarah negara secara mendalam.
Matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan,
iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada
kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk,
organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran,
bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi,
elemen sejarah yang diajar melalui subjek Kajian Tempatan di sekolah
rendah pada ketika ini kurang menerapkan ketiga-tiga unsur terbabit. Jadi,
kita mahu menekankan perkara ini supaya mata pelajaran Sejarah dapat
dihayati dan difahami oleh semua golongan masyarakat, terutama
generasi muda. Ketiga-tiga unsur terbabit akan diterapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah yang menggunakan konsep
pendidikan itu menyeronokkan membabitkan pendekatan seperti kuiz,
lawatan ke tempat bersejarah, forum, perbahasan, lakonan dan drama
bagi mengelakkan murid sekolah rendah bosan ketika menghadapi
pelajaran serta dapat meningkatkan tahap pembelajaran di sekolah.
Menerusi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah muridmurid sekolah rendah berpeluang untuk meningkatkan semangat
patriotisme. Sejarah dapat menyemaikan bibit-bibit semangat perpaduan
dan patriotik di kalangan pelajar. Ini sekaligus bagi mendedahkan pelajar
4

SJH3033E

kepada sejarah pembangunan negara bermula dari peringkat umur


rendah.
Pelbagai unsur patriotisme beleh diselitkan dalam sukatan Sejarah
agar melalui proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah boleh
memupuk semangat patriotisme yang tinggi dalam diri pelajar. Antara
peranan yang dimainkan oleh subjek sejarah ialah sebagai pemangkin
kepada perpaduan. Perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara
lebih-lebih lagi negara berbilang kaum. Hal ini demikian kerana
perpaduan merupakan asas pembentukan sebuah negara yang progresif
dan maju. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa bulat air kerana
pembentung, bulan manusia kerana muafakat. Remaja, sebagai pewaris
negara ini dan mereka memainkan peranan penting untuk terus memupuk
semangat perpaduan. Negara pernah menyaksikan detik apabila
perpaduan antara kaum telah dicemari oleh insiden 13 Mei 1969. Oleh
yang demikian, sebagai generasi yang akan meneruskan legasi agenda
perpaduan untuk generasi akan datang maka wajarlah generasi muda hari
ini menghargai dan teruskan mengekalkan bibit perpaduan yang telah
terbina sekian lama.
Pembelajaran mata pelajaran Sejarah dapat meningkatkan
pengetahuan pelajar mengenai asal-usul negara. Sukatan Sejarah yang
cukup komprehensif izharnya dapat memberi kesedaran kepada pelajar
bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan suatu ketika dahulu bukanlah
sesuatu yang mudah. Dengan kolaborasi dan sinergi antara kaum Melayu,
Cina dan India berkat usahasama Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock
dan Tun V.T. Sambathan, barulah kita dapat merasai nikmat kemerdekaan.
Perkara ini sepatutnya perlu diketahui oleh setiap warganegara kerana
sesiapa yang melupakan akar bangsanya ibarat si Tenggang
menderhakai ibunya. Sehubungan dengan itu, mata pelajaran Sejarah
berperanan sebagai satu platform yang cukup utuh untuk
mengetengahkan kembali warisan sejarah kita suatu ketika dahulu.
Generasi muda hendaklah menghayati dan mengambil iktibar
daripada sejarah negara. Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang
5

SJH3033E

berlaku dalam sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu
yang buruk dapat dihindarkan. Sebagai contoh. tragedi 13 Mei 1969
merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku akibat semangat
perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Ahli
falsafah George Santayana mengatakan orang yang melupai sejarah akan
melakukan kesilapan yang sama. Oleh itu remaja hari ini hendaklah
diterapkan dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius. Dengan
mempelajari, memahami, menghayati, dan mengambil iktibar daripada
sejarah, maka mereka akan menjadi warganegara yang lebih
bertanggungjawab, rasional, dan berhemah tinggi dalam kehidupan di
dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia. Jadi, remaja mestilah
mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin semangat
perpaduan yang jitu.
Penghayatan mata pelajaran Sejarah membolehkan kita membaca
tentang masalah perkauman dan perebutan kuasa yang berlaku antara
pembesar-pembesar pada zaman Kesultanan Melayu Melaka telah
membuka pintu kepada penjejahan imperialis-imperialis Barat selama 446
tahun. Nasib rakyat peribumi tidak terbela dan mereka hidup merana.
Oleh itu,sudah tentu masyarakat pada zaman ini tidak menginginkan
peristiwa pahit tersebut berulang . Mereka akan berdiri, berfikir dan
bertindak sebagai bangsa Malaysia dan bukannya mengikut etnik masingmasing.
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Begitu besar
harapan bangsa pada generasi muda hari ini. Maka adalah penting bagi
mereka mempelajari nilai-nilai patriotisme kerana mereka masih dalam
proses menuju dewasa. Patriotisme mengajar remaja mendisiplinkan diri.
Generasi berdisiplin dan prodiktif adalah kemudi pembangunan
kepimpinan negra pada masa akan datang (Mahathir dan Belia; dalam
Saifuddin:2002). Jadi apabila nilai-nilai patriotisme disemai dalam jiwa
setiap rakyat Malaysia maka kita tidak mudah dipengaruhi oleh unsurunsur asing yang mempamerkan budaya dan acuan lain luar dari ciri-ciri
Malaysia.
6

SJH3033E

Rata-rata generasi muda hari ini memiliki kehidupan yang serba


senang dan mudah di kalangan generasi muda masa kini adalah satu
faktor yang dikhuatiri mengurangkan semangat patriotisme di kalangan
mereka. Pelbagai kemudahan sosial, kemajuan ekonomi, kehadiran
berbagai-bagai barangan dan perkhidmatan di pasaran, aneka bentuk
hiburan, semua ini boleh melekakan dan mengalpakan generasi muda
daripada hal-hal yang lebih serius seperti soal kedudukan dan kemajuan
bangsanya atau peranan dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat
dan negara. Era globalisasi dan liberasi melihatkan ledakan maklumat
melalui kemajuan teknologi yang semakin hari semakin canggih. Apabila
remaja selesa menikmati kehidupan sebegini semangat patriotisme jelas
akan menipis.
Seterusnya Sejarah juga mengajar kita agar mengelakkan diri
daripada mementingkan diri dan bersikap etnosentrisme. Sikap
etnosentrisme ialah sikap yang mementingkan kelompok etnik sendiri.
Sikap seperti ini akan menjejaskan hubungan dengan kaum-kaum lagi di
negara ini. Remaja perlu menghayati dan mengamalkan Gagasan 1
Malaysia yang menekankan aspek perpaduan secara tuntas ke arah
pembentukan sebuah negara yang progresif. Remaja perlu menerima
segala perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini dengan hati yang
terbuka. Contohnya, remaja tidak harus menyentuh isu-isu sensitif seperti
hak istimewa sesuatu kaum yang sudah termaktub dalam perlembagaan.
Natijahnya, negara akan menjadi mundur, masa depan negara kabur jika
generasi pelapis luntur semangat patriotiknya. Mereka hendaklah
mengamalkan sikap di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. Jika
semangat ini dapat diamalkan oleh setiap remaja, nescaya negara kita
akan terhindar daripada sebarang malapetaka akibat perpaduan yang
rapuh.
Subjek Sejarah adalah satu-satunya saluran untuk menyampaikan
warisan negara dan legasi kebudayaan kepada generasi masa kini..
Melalui subjek Sejarah, para pelajar akan didedahkan kepada kesusahan
dan kepayahan masyarakat lalu berjuang mempertahankan negara.
7

SJH3033E

Contohnya, melalui sejarah, penentangan yang berlaku di Bukit Kepong.


Para anggota polis telah bersusah payah untuk menentang pihak komunis
sehingga sanggup mengorbankan nyawa dan keluarga mereka. Hal ini
sedikit sebanyak akan menimbulkan perasaan cinta yang mendalam para
pelajar kepada tanah air sehingga menyebabkan mereka bersemangat
tinggi untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah dikecapi.
Pembelajaran Sejarah bukan setakat kita memperoleh ilmu
tentang sejarah negara kita, malah berupaya memberi ikhtibar dan
pengajaran kepada kita agar menjadikan sejarah lampau yang melanda
negara tidak berulang kembali. Saya masih ingat kata-kata dari guru
Sejarah saya yang menyatakan Sejarah ini ibarat roda, ia sentiasa
berputar. Peristiwa yang lampau boleh berulang kembali. Jika kita
mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang sejarah yang telah berlaku,
setentunya kita berupaya mengubah sejarah yang bakal berlaku.
Pengertian ini bertunjangkan hasrat untuk mencapai status negara maju.
Syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan
ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatu padu. Negara
yang bersatu padu hanya dapat dicapai dengan mempunyai rakyat yang
mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
Mata pelajaran Sejarah juga membolehkan kita mengetahui
kebudayaan dan falsafah hidup rakyat majmuk. Kita mengetahui asal usul
pelbagai kaum di Malaysia. Kita juga sedar bahawa pembangunan
Malaysia hasil daripada pengorbanan tiga kaum utama. Dengan itu
persefahaman yang lebih erat dapat dipupuk. Sikap toleransi antara kaum
dapat diwujudkan. Semangat kekitaan dapat dilahirkan. Prasangka antara
kaum dapat dielakkan. Semua sikap positif ini haruslah dimiliki oleh setiap
rakyat sekiranya gagasan Satu Malaysia mencapai matlamatnya.
Umum mengetahui bahawa subjek sejarah membolehkan kita
membuat penilaian, mengetahui sebab, akibat dan kepentingan sesuatu
peristiwa, memahami sejarah tamadun awal bangsa kita, melahirkan
perasaan jati diri yang tinggi, membentuk keperibadian bangsa,
menghargai jasa pemimpin negara yang telah berkhidmat dan berbakti
8

SJH3033E

demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara serta memajukan


negara dari segi ekonomi dan sosial.
Namun tidak dinafikan juga subjek sejarah juga mengingatkan kita
agar tidak mengulangi kesilapan masa lalu, merangka wawasan masa
depan dengan penuh keyakinan, berusaha mempertahankan kedaulatan
negara dan memajukan negara dalam semua bidang malah menjadi
panduan dan iktibar dalam hidup kita pada masa kini dan masa
hadapan. Ini seterusnya mengundang pelbagai soalan tentang
kerelevanan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sejarah
khususnya di peringkat sekolah terutama sekolah rendah.
Antara tujuan subjek sejarah diperkenalkan di peringkat sekolah
adalah sebagai usaha menyemai kefahaman Sejarah di peringkat awal
bertujuan melahirkan generasi baharu yang mampu menilai dan
menghayati sejarah. Kandungan kurikulum yang dirangka bagi sekolah
rendah, menengah rendah dan menengah atas seharusnya memupuk
perasaan taat setia kepada bangsa dan negara. Fokus juga diberikan
kepada pemahaman menyeluruh tentang sejarah negara yang
merangkumi jangka masa lima ratus tahun dan dibuat secara kronologis
iaitu mengikut susunan tahun. Dasar mewajibkan pelajar sekolah
memepelajari subjek sejarah adalah menepati kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang inginkan perkembangan jasmani,
emosi, rohani dan intelek pelajar secara seimbang.
Walaupun demikian perlu diingat generasi muda bukan hanya
mempelajari semangat nilai-nilai patriotisme daripada subjek sejarah yang
di ajar secara fomal mengggunakan kurikulum sahaja. Kita tidak mahu
mereka hanya membaca dan menghafal untuk lulus peperiksaan sematamata yang akhirnya lupa dengan segera apa yang dihafal. Selain
mewajibkan kelulusan subjek Sejarah di peringkat peperiksaan sekolah, ia
juga perlu dipastikan agar dipelajari dan dihayati sepenuhnya oleh anakanak kita. Pembacaan sahaja tidak membuktikan individu tersebut kenal
sejarah. Pendidikan secara tidak formal perlu dijalankansepanjang masa
tanpa henti.
9

SJH3033E

Antaranya peranan ibu bapa .Ibu bapa boleh mengajak anak-anak


ke tempat bersejarah.Contoh tempat bersejarah yang boleh dilawati ialah
Kota 'A' Famosa di Melaka.Ibu bapa juga boleh menceritakan tentang
kejatuhan kerajaan Melaka dan Portugis membina 'A' Famosa.Ibu bapa
juga boleh bercerita kepada anak-anak tentang kisah bagaimana tokoh
zaman dahulu membangunkan negara. Ibu bapa boleh membelikan anakanak buku,DVD dan sebagainya yang mengandungi isu-isu berkaitan
patriotisme. Perkara ini sesuai dilakukan kepada anak-anak sejak kecil
kerana "melentur buluh biarlah dari rebungnya".Jelaslah ibu bapa
merupakan orang yang kuat mempengaruhi anak-anak dengan semangat
patriotisme.
Guru juga boleh mengajak pelajar-pelajar menyertai pelbagai
seperti ucapan,pidato,bahas dan sebagainya.Pada bulan
kemerdekaan,guru boleh mengajak pelajar menyertai sambutan hari
kemerdekaan.Antara acara yang boleh dijalankan termasuk nyanyian lagu
patriotik,tayangan filem berkaitan semangat patriotik dan
sebagainya.Jelaslah,pihak sekolah turut sama berperanan untuk
menyemai semangat patriotisme dalam kalangan pelajar sepanjang tahun
mereka berada di sekolah.
Media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan
untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat.Dengan perkataan lain,televisyen dan radio
hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat
meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang
pejuang-pejuang kemerdekaan negara.Selain itu,media elektronik itu juga
hendaklah menyiarkan filem seperti "Bukit Kepong","Paloh"dan dramadrama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.Jelaslah
bahawa media massa juga seharusnya memainkan peranan dalam
menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat di negara
kita. Stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat
patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai
bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat
10

SJH3033E

kemerdekaan suatu masa dahulu.Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat


memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan
antara kaum di negara kita.
Begitu juga menerusi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
yang membolehkan remaja Malaysia berusia 18 tahun ditanam dengan
semangat patriotik Sementara Biro Tata Negara yang ditubuhkan pada
tahun 1974, dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan pendidikan
kenegaraan bagi memupuk semangat patriotisme secara
berterusan kepada semua lapisan masyarakat termasuk anggota
komuniti institusi pendidikan, belia, pekerja awam dan swasta, anggota
pertubuhan, serta pemimpin dan pemaju masyarakat.

Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah di


sekolah negara penting untuk melahirkan generasi muda yang tidak buta
sejarah, yang tidak mempersoalkan fakta sejarah negara atau generasi
yang menghafal fakta sejarah semata mata untuk lulus peperiksaan
peringkat sekolah tetapi gagal menghayati, mengambil pengajaran dan
teladan apa yang tersirat daripada peristiwa yang berlaku Membina
sebuah negara-bangsa yang sempurna bukanlah tugas mudah apatah lagi
bagi sebuah negara seperti Malaysia. Dengan kepelbagaian kaum serta
etnik dari latar sejarah, bahasa dan budaya yang berbeza serta
diperkukuhkan pula oleh sentimen warisan berbeza menyumbang kepada
munculnya persoalan dan masalah yang kompleks. Ibarat sebuah resepi
masakan, negara bangsa bukanlah sekadar pelengkap rasa tetapi
merupakan bahan utama bagi menghasilkan satu masakan yang bukan
sekadar enak dan lazat malah menyihatkan. Di sebalik kesukaran dan
pelbagai alasan yang memungkinkan kegagalan mencapainya ia
sebenarnya sesuatu yang tidak mustahil untuk dikecapi. Melalui
pengalaman sejarah yang disalurkan secara sistematik khususnya melalui
sektor pendidikan impian untuk membentuk negara bangsa yang selama
ini berteraskan kepada bangsa idaman mungkin akan menjadi kenyataan.
Sejarah dan pendidikan berupaya menjadi alat bagi mencapai matlamat
11

SJH3033E

tersebut seterusnya membentuk bangsa Malaysia yang mempunyai jati


diri dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara. Justeru, jika
ia berjaya dikecapi maka benarlah pandangan sejarawan terkenal Arthur
Marwick yang mengungkapkan masyarakatmanusia memang
memerlukan sejarah, masyarakat kita yang canggih hari ini memerlukan
banyak sejarah. Kita semua sentiasa memandang kepada sejarah,
sentiasa membuat pengadilan-pengadilan sejarah.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Abdullah (1994). Pengantar ilmu sejarah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Arbaiyah Mohd Noor (2002). Ilmu sejarah dan pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
A. Samad Ahmad (2000). Sulalatus salatin sejarah Melayu edisi pelajar. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Carr, E. H. , (1984). Apakah sejarah? (Ab. Rahman Haji Ismail, Terjemah). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Chamil Wariya (1987). Politik kompromi. Kuala Lumpur: K Publishing & Distributors.

12

Anda mungkin juga menyukai