Anda di halaman 1dari 5

BAB 9: BUKTI AUDIT

Definisi

Bukti audit sedia

- Satu benda dapat dilihat dan disentuh, suatu tindakan yang dapat diperhatikan
atau sesuatu keadaan yang boleh difahami yang berkaitan dengan
pembentukkan pendapat keatas penyata kewangan

Benda yang dapat dilihat dan disentuh

- Asset-aset nyata, dokumen-dokumen laporan perniagaan, rekod perakaunan

Tindakan yang dapat diperhatikan

- Tatacara system perakaunan, tatacara pembayaran gaji, penyediaan pesanan


belian

Keadaan yang boleh difahami

- Kakitangan yang kelihatan cekap dan berkebolehan, asset-aset yang kelihatan


mempunyai mutu yang baik

Criteria

1. Kecukupan
- Ukuran keatas kuantiti atau jumlah bukti audit yang diperolehi
- Bergantung kepada pertimbangan dan budi bicara juruaudit bagi menentukan
sumber dan jumlah bukti yang diperlukan untuk mencapai tahap keyakinan yang
ditetapkan
- Dipengaruhi oleh factor-faktor berikut;
i. Pengetahuan juruaudit mengenai perniagaan syarikat serta industry bagi
syarikat tersebut
ii. Darjah risiko yang sanggup ditanggung oleh juruaudit
iii. Penemuan ralat dan penipuan yang ditemui hasil dari tatacara auditr
yang dijalankan
iv. Kos dan masa yang terlibat untuk mendapatkan bukti
v. Jenis maklumat sedia ada
- Bukti audit yang cukup tidak semestinya memerlukan kuantiti yang banyak
- Bukti yang cukup haruslah boleh dihapuskan sebarang keraguan mengenai
keyakinan dan kejelasannya

2. Kesesuaian
- Berhubung dengan mutu, keupayaan yang mmenyakinkan dan
kebolehpercayaan bukti itu sendiri
- Mesti boleh dihubungkaitkan dengan objektif audit

3. Kebolehkepercayaan yang tinggi


- Perkara utama yang perlu dipertimbangkan adalah sumber bukti tersebut
samada sumber dalaman atau luaran
- Ciri-ciri yang dapat membantu juruaudit dalam menentukan darjah
kebolehpercayaan sesuatu bukti;
i. Bukti yang diperolehi dari sumber luar atau pihak ketiga adalah lebih
diyakini daripada bukti yang diperolehi dari pelanggan sendiri
ii. Bukti yang diperolehi dari juruaudit sendiri melalui pemeriksaan secara
fizikal pemerhatian dan pengiraan adalah lebih dipercayai daripada bukti
yang diperolehi daripada pelanggan
iii. Bukti yang wujud melalui system kawalan dalaman yang teguh adalah
lebih diyakini daripada bukti yang diperolehi dari system kawalan dalaman
yang lemah
Kaedah Utama Mendapatkan Bukti

1. Pemeriksaan
2. Pemerhatian
3. Pertanyaan
4. Pengesahan
5. Pengiraan
6. Tatacara semakan analitikal

Kaedah Tambahan

1. Membauch (vouching)
- Biasanya dijalankan dalam peringkat ujian pengesahan
- Merujuk kepada aktiviti atau tindakan oleh juruaudit untuk memeriksa semua
bukti berdokumen yang berkaitan dengan sesuatu urusniaga bagi tempoh yang
diaudit
- Cth; di dalam membauch invois jualan, juruaudit perlu memeriksa samada;
i. Urus niaga tersebut dijalankan dalam tempoh masa yang di audit
ii. Jualan itu telah dilakukan oleh pegawai yang bertanggung jawab dan
disahkan oleh pegawai yang sewajarnya
iii. Barangan yang dijual adalah sebenarnya barangan yang dimiliki oleh
syarikat
iv. Semua pengiraan dan diskaun telah dibuat dengan tepat
v. Semua hasil jualan telah dikelaskan dengan betul
- Ujian akan dimulakan dengan melihat catatan jurnal yang telah dibuat dan
tindakan yang akan diambil untuk memastikan dokumen-dokumen yang sah
telah dilengkapkan untuk menyokong catatan jurnal tersebut
2. Mengesan perekodan (tracing)
- Juruaudit perlu memastikan catatan-catatan dalam rekod perakaunan seperti
folio, tarikh, nama akaun, penerangan berkenaan catatan yang dibuat dan jumlah
debit dan kredit telah direkodkan dengan betul
- Juruaudit akan mengenalpasti akaun mana yang akan diuji
- Juruaudit akan menjadikan maklumat yang terdapat didalam rekod perakuanan
sebagai asas tindakan didalam pengumpulan bukti yang diperlukan
- Berdasarkan kepada catatan didalam rekod-rekod perakaunan sedia ada,
juruaudit akan mengesan samada catatan itu telah disokong dengan dokumen
yang diperlukan

3. Membuat Penyata Penyesuaian Bank dan Pelarasan bagi Akuan


- Tindakan yang diambil oleh juruaudit apabila kesilapan didalam catatan rekod-
rekod urusniaga pelanggan

4. Memeriksa Kebenaran Sesuatu Perkara (Verification)


- Tindakan yang diambil oleh juruaudit untuk memastikan bahawa apa yang
dibentangkan didalam penyata kewangan adalah sebenarnya memberikan
ganbaran yang benar dan saksama
- Juruaudit akan memastikan semua ringkasan penyata pendapatan dan akaun
asset dan liability dibentangkan adalah benar-benar wujud

Bukti dari tatacara pematuhan

- Penumpuan perlu diberikan terhadap perkara-perkara berikut


i. Kewujudan - sistem kawalan benar-benar wujud
ii. Keberkesanan – system kawalan beroperasi dengan berkesan
iii. Kesinambungan – system kawalan beroperasi sepanjang tempoh yang
dikehendaki
Bukti tatacara penyokongan

- Penumpuan diberikan kepada perkara-perkara berikut;


i. Kewujudan – asset dan liability wujud pada satu tarikh yang telah
diberikan
ii. Hak dan obligasi – asset adalah hak kepada entity, liability merupakan
obligasi kepada entity pada suatu tarikh yang diberikan
iii. Kejadian – satu urusniaga kejadian atau berlaku berhubung dengan entity
iv. Kesempurnaan – tiada asset-asset , liability atau urusniaga yang tidak
direkodkan
v. Penilaian – asset dan liability pada nilai buku
vi. Pengukuran – urusniaga direkodkan oleh amaun yang betul dan hasil dan
belanja telah dicajkan pada tempoh yang betul
vii. Pembentangan dan pendedahan – item-item didedahkan, dikelaskan dan
dinyatakan selaras dengan prinsip perakuanan diterima umum dan
mengikut peruntukan undang-undang

Anda mungkin juga menyukai