Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

NAMA PROGRAM / AKTIVITI :


PROGRAM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA

Yang berusaha,
Pengetua,
SMK Raja Lumu

1. PENGENALAN/LATAR BELAKANG PROGRAM


Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid dan
Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas SMK Raja Lumu. Program ini melibatkan
semua pengawas dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 sahaja yang telah dilantik bagi sesi
persekolahan 2022/2023. Tujuan utama penganjuran kem ini ialah untuk melahirkan
pengawas yang mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam menghadapi cabaran
memikul tugas. Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan
kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan
pelajar. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam
menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi mengharumkan nama negara.

2. OBJEKTIF PROGRAM
a) Menerap semangat kepimpinan dalam jiwa murid pengawas.
b) Peka kepada tanggungjawab yang diamanahkan.
c) Melahirkan pengawas sekolah yang berintegriti.
d) Melatih pengawas menjadi duta kecil sekolah.

3. KUMPULAN SASAR – Pengawas sekolah Tingkatan Satu Hingga Tingkatan Empat


4. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Harga Punca Kewangan


1. Makanan Murid 83 x RM 6 RM
a) Roti 498.00
b) Air mineral Sumbangan Penyertaan Peserta
c) 100 Plus RM 998
2. Hadiah Aktiviti 50 hamper RM
a) Leadership x RM 10 500.00
Aktiviti
b) Aktiviti
Survivor

6. Blazer Pengawas 80 x RM RM 1. Sumbangan RM 1000


25.00 2000.00 Individu
2. PIBG RM 750
3. Koperasi RM 250
Sekolah

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

   Tarikh: 8 Jul 2022

Tempat: SMK Raja Lumu

Masa : 8.00-5.00 petang

Aturcara Program

7:30 Pendaftaran dan pembahagian kumpulan

8.00 Taklimat Ice Breaking

10.00 Slot 1 - Aktiviti Leadership

1.00 Rehat dan Makan dan minum tengah hari

2.00 Slot 2 – Aktiviti Survivor

4.30 Majlis penutupan dan Penyampaian Hadiah


6. PENUTUP

Diharapkan segala program atau aktiviti yang dirancang dan disusun akan mencapai objektif
yang telah digariskan serta dapat dihayati dan diaplikasi dalam kehidupan pengawas-
pengawas yang terbabit. Pengetua SMK Raja Lumu dipohon untuk menimbang, bersetuju
dan meluluskan Program Kepimpinan Pemimpin Muda bagi tahun 2022/2023

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………… …………………………………
(Sivasangari Kanesin ) (Azwin Fairuz Binti Ajidan)
Guru Pengawas PK Hal Ehwal Murid
SMK Raja Lumu SMK Raja Lumu
Tarikh : Tarikh:
KERTAS CADANGAN
PROGRAM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

□ Meluluskan Kertas Cadangan Program Kepimpinan Pemimpin Muda

□ Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program Kepimpinan Pemimpin Muda

Ulasan : Disokong dan Diluluskan

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

………………………….
(Hazlina binti Mansor)
Pengetua
SMK Raja Lumu

Tarikh :…………………

Anda mungkin juga menyukai