Anda di halaman 1dari 9

Pengurusan Kokurikulum

SISTEM PENGURUSAN KUALITI


SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
STATUS PELAKSANAAN PROGRAM KOKURIKULUM
.........................................................................................................................................................

1. Tajuk Program : Kejohanan Larian Saujana

2. Tarikh Pelaksanaan : 17 Jun 2022

3. Hari/ Masa : Jumaat / 730 hingga 12 tengahari

4. Tempat: Sekitar SMKPP11(2) hingga Taman Saujana Hijau

5. Aktiviti yang dijalankan :

Acara Rentas Putra bagi para pelajar SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(2) telah
diadakan pada awal tahun 2022 dalam meneruskan tradisinya dari tahun ke tahun.
Aktiviti ini yang terkandung dalam takwim tahun 2022 telah dirancang dengan lebih
awal. Hal ini demikian kerana pihak sekolah berhasrat untuk mencari peserta yang layak
bertanding sehingga ke peringkat seterusnya.

Perancangan mengadakan aktiviti merentas putra ini dirancang dan disusun oleh Unit
Kokurikulum. Sementara itu tugas mengendalikan acara merentas putra tahun 2022 ini
telah dijayakan oleh para guru yang dedikasi dan berwibawa serta dibantu oleh
beberapa orang pelajar.

Pada tahun 2022 para pelajar SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(2) telah menyertai acara
merentas putra di sekitar kawasan Taman Saujana Hijau, seperti pada tahun-tahun
sebelumnya. Kawasan ini amat sesuai bagi pelajar menjayakan acara tersebut dan
keselamatan peserta agak terjamin kerana kehadiran pegawai polis trafik bagi membantu
kelancaran pertandingan ini.

1. Dapatan :
4.1 Dilaksanakan Ya ( / ) Tidak ( )
4.2 Jika dapat dilaksanakan sila buat laporan terperinci
4.3 a) Ulasan (Jika tidak dapat dilaksanakan)

...................................................................................................

Cadangan pelaksanaan pada masa akan datang :

i. Perlu ada mesyuarat postmortem setelah selesai kejohanan bagi mendapat


maklumbalas dari setiap jawatankuasa untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan setiap
_____________________________________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Muridan Wilayah Persekutuan Putrajaya
1 Jun 2011 – Kel. 02 I Pin. 00
Pengurusan Kokurikulum

jawatankuasa agar dapat diatasi dan dimurnikan untuk aktiviti seterusnya di kemudian
hari.

ii. Perlu diperuntukkan sedikit masa sebelum murid-murid pulang agar mereka dapat
membersihkan semula dewan atau tempat di mana sesuatu acara/ aktiviti dijalankan
seperti sebelumnya bagi memupuk dan memperkasakan sikap kerjasama, tolong-
menolong dan pentingkan kebersihan di kalangan mereka.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

................................... .......................................
(NURUL IDAYU BINTI ZULKIFLE) ( )
Guru SMK PP11(2)

PK 05/3

SISTEM PENGURUSAN KUALITI


SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM

_____________________________________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Muridan Wilayah Persekutuan Putrajaya
1 Jun 2011 – Kel. 02 I Pin. 00
Pengurusan Kokurikulum

1. Nama Program: Kejohanan Larian Saujana

2. Tarikh: 17 Jun 2022

3. Hari: Jumaat

4. Tempat: Taman Saujana Hijau, Putrajaya

5. Objektif:

i. Meningkatkan tahap kecergasan fizikal murid serta memupuk semangat yang tinggi di dalam diri
murid untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi.

ii. Mencungkil bakat-bakat baru dalam larian jarak jauh bagi mewakili
sekolah di dalam Kejohanan Merentas Putra peringkat MSSD.

iii. Melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam bidang sukan sekaligus


cemerlang dalam akademik dan sahsiah.

iv. Membentuk jati diri yang seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani dan
intelek di dalam diri setiap murid.

v. Memupuk jalinan kerjasama yang erat antara para warga sekolah dan
murid- murid.

6. Sasaran: Semua murid SMKPP11(2)

7. Butiran aktiviti:

Laporan Keseluruhan Program

_____________________________________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Muridan Wilayah Persekutuan Putrajaya
1 Jun 2011 – Kel. 02 I Pin. 00
Pengurusan Kokurikulum

Sebelum Pertandingan Merentas Desa

Satu sesi latihan khas untuk para peserta acara larian merentas putra telah diadakan. Sesi latihan
acara larian merentas putra ini merupakan aktiviti yang penting bagi para pelajar menjayakan
acara merentas putra dengan jayanya.
Tarikh–tarikh yang tertentu telah ditetapkan bagi para pelajar mengadakan latihan untuk
menyesuaikan diri dengan suasana, cuaca dan persekitaran trek merentas putra. Setiap sesi
latihan melibatkan dua rumah sukan yang bermula dari pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang,
pada hari Isnin hingga Rabu.

Pada hari Isnin 13 Jun 2022, rumah sukan Seri Bestari dan Seri Perdana telah menjalani latihan
merentas putra di sekitar sekolah. Setiap peserta dikehendaki berpakaian sukan dengan
selengkapnya pada hari latihan tersebut.

Murid rumah sukan Seri Bestari dan Murid melakukan regangan sebelum latihan larian
Seri Perdana berkumpul di Dataran Setia

Murid rumah sukan Seri Bestari dan Murid rumah sukan Seri Bestari dan
Padamelakukan
Seri Perdana hari Selasa 14 Jun
regangan 2022latihan
sebelum pula, larian
rumah
sukanSeri
Seri Wawasan
Perdana dan latihan
melakukan Seri Gemilang
larian pula
berpeluang untuk menjalani latihan sukan yang tersebut mengikut hari yang ditetapkan
berdasarkan rumah sukan masing–masing.

_____________________________________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Muridan Wilayah Persekutuan Putrajaya
1 Jun 2011 – Kel. 02 I Pin. 00
Pengurusan Kokurikulum

Semasa sesi latihan, para pelajar yang diketuai oleh guru penasihat rumah sukan masing-masing
telah menjalankan aktiviti memanaskan badan bagi persediaan menjalankan aktiviti seterusnya.
Mereka turut diberikan pendedahan tentang teknik–teknik berlari dengan betul dan cara–cara
membina stamina.

Murid rumah sukan Seri Wawasan dan Murid rumah sukan Seri Wawasan berkumpul di astaka
Seri Gemilang berkumpul di Dataran Setia untuk latihan sorak

Sementara itu, jadual guru yang bertugas bagi setiap sesi latihan pula telah disusun supaya
perjalanan acara latihan merentas putra dapat berjalan dengan lancar.

_____________________________________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Muridan Wilayah Persekutuan Putrajaya
1 Jun 2011 – Kel. 02 I Pin. 00
Contoh jadual bertugas guru rumah
sukan Seri Wawasan
Pengurusan Kokurikulum

Pada 15 Jun 2022 (Rabu) pula, latihan sebenar merentas putra telah diadakan sepenuhnya.
Semua murid diwajibkan hadir. Mereka berkumpul di perkarangan sekolah.

Latihan sebenar acara merentas putra diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan para
pelajar dan para guru dengan pelbagai aspek, iaitu aspek keselamatan, peranan guru dalam
menjayakan acara merentas desa dan laluan yang perlu ditempuhi oleh para peserta di sepanjang
acara sebenar nanti.

Pada pukul 3.00 petang para petugas telah bersedia di tempat–tempat yang ditentukan sebelum
para pelajar memulakan larian. Para penduduk kawasan sekitar amat memahami kegiatan yang
dijalankan dan telah bekerjasama dalam menjayakan latihan acara merentas putra ini, iaitu
dengan memastikan latihan acara merentas putra tersebut berjalan dengan lancar dan teratur.

Dengan kerjasama pelbagai pihak di sepanjang latihan sebenar itu, tiada peristiwa buruk yang
berlaku. Para pelajar telah berjaya menamatkan larian masing–masing pada pukul 4.30 petang
mengikut kelas masing-masing.

_____________________________________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Muridan Wilayah Persekutuan Putrajaya
1 Jun 2011 – Kel. 02 I Pin. 00
Pengurusan Kokurikulum

Kejohanan Merentas Putra 2022

Pada 17 Jun 2022, bersamaan pada hari Jumaat, iaitu pada pukul 7.20 pagi, para peserta telah
berkumpul di tapak perhimpunan. Guru–guru tingkatan telah diarahkan untuk mengambil
kedatangan para pelajar

Sementara itu, para petugas bahagian penyediaan tempat dan peralatan sibuk menyediakan dan
menyiapkan tugasan masing-masing.

Kemudian, para peserta menjalankan aktiviti memanaskan badan sebagai persediaan untuk acara
merentas putra. Peserta Perempuan Kelas 1 dilepaskan oleh Pengetua SMK Putrajaya Presint
11(1) pada pukul 8.30 pagi adalah kumpulan peserta pertama dilepaskan. Selepas itu, perlepasan
peserta mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Para petugas di “check – point” yang tertentu telah dibekalkan dengan gelang getah pelbagai
warna sebagai penanda bahawa para peserta telah melalui laluan tersebut. Hakim penamat akan
memeriksa gelang getah tersebut sebagai bukti bahawa para peserta telah melalui setiap “check
– point”.

Acara Penyampaian Hadiah

Acara penyampaian hadiah telah diadakan pada pukul 11.30 pagi setelah semua pelajar selesai
menghabiskan larian masing-masing. Para pelajar telah berkumpul di Dataran Setia dan berbaris
mengikut rumah .Walaupun pada masa itu para pelajar agak keletihan tetapi mereka dengan
penuh semangat menunggu keputusan acara merentas putra.

Tetamu jemputan yang diundang untuk menyampaikan hadiah ialah Tuan Haji Mohd. Azmi bin
Tawil, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bandar Baharu Sungai Long,
Kajang.

8. Penilaian Program:

8.1 Kekuatan Program

_____________________________________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Muridan Wilayah Persekutuan Putrajaya
1 Jun 2011 – Kel. 02 I Pin. 00
Pengurusan Kokurikulum

i. Semua murid dapat melibatkan diri.

8.2 Kelemahan Program

i. Tidak memeriksa kam randik sebelum acara bermula. Terdapat beberapa jam randik
didapati telah rosak. Guru tidak menguasai kemahiran menggunakan jam randik yang telah
menyebabkan sedikit kesalahan teknikal pengambilan masa.

8.3 Cadangan Penambahbaikan

8.3.1 Jawatankuasa peralatan dan teknikal perlu memeriksa terlebih dahulu segala
peralatan yang disediakan serta perlu lebih peka akan masalah-masalah seperti ini.
Pihak berkuasa perlu memberi kursus yang khusus kepada guru-guru yang
bertugas sebagai penjaga masa.

Disediakan :

……...…………................
(NURUL IDAYU BINTI ZULKIFLE)
Guru SMK PP11(2)

LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI/ PROGRAM

_____________________________________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Muridan Wilayah Persekutuan Putrajaya
1 Jun 2011 – Kel. 02 I Pin. 00
Pengurusan Kokurikulum

_____________________________________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Muridan Wilayah Persekutuan Putrajaya
1 Jun 2011 – Kel. 02 I Pin. 00

Anda mungkin juga menyukai