Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN AIR PANAS

NO.2, JALAN ZAINAL , 85300 LABIS , JOHOR DARUL TAKZIM

KERTAS KERJA

PERANCANGAN STRATEGIK
SEKOLAH SKPAP
TAHUN 2022

Anjuran:
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN AIR PANAS

Hari & Tarikh:


1 MAC 2022 (SELASA)

Tempat :
BILIK MESYUARAT AL JAUHARI ,
SK PEKAN AIR PANAS
1.0 PENGENALAN

REVOLUSI INDUSTRI 4.0: TEMPIAS DALAM PENDIDIKAN


Industri 4.0 adalah istilah yang sering digunakan untuk merujuk kepada proses
pembangunan dalam industri pengeluaran dan automasi ke tahap lebih pintar dari
yang sedia ada dengan teknologi yang lebih sesuai dan fleksibel. Ini bermakna
mesin akan beroperasi secara bebas, atau bekerjasama dengan manusia. Mesin
akan beroperasi secara autonomi iaitu menjadi entiti bebas yang akan mengumpul
data dan menganalisa.

Pendidikan perlu kepada perancangan teliti bagi menjamin pencapaian aspirasi


Negara. Pendidikan juga merupakan satu wahana penting dalam menjana
kecemerlangan negara. Berbekalkan slogan “Hari ini lebih baik dari hari semalam,
esok lebih baik dari hari ini” maka perancangan yang strategik amat ditekan bagi
mencapai matlamat yang dikehendaki. Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas telah
bercadang untuk mengadakan bengkel perancangan strategik semua peringkat
sebagai pelengkap kepada perancangan yang sedia ada selaras dengan hasrat
untuk mencemerlangkan pendidikan negeri Johor Darul Takzim seiring dengan
hasrat kerajaan iaitu menjadikan Malaysia negara maju. Perancangan strategik
Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas ( SKPAP ) mengambil kira prestasi semasa
akademik sekolah dan kumpulan sasaran pelajar dengan menambahbaik
perancangan yang sedia ada demi mencapai sasaran yang diharapkan.
Perancangan yang kemas dan teratur membantu kakitangan SKPAP merealisasikan
sasaran yang ditetapkan dengan menamatkan pendekatan yang strategik dan
berkesan.

2.0 MATLAMAT

Proses 1: Pra perancangan

Kejayaan sesuatu program sangat berkait rapat dengan cara pengurus dan
pemimpin sekolah menzahirkan wawasannya. Guru besar bertindak sebagai
visionary leaders perlu menjelaskan keperluan dan sebab sekolah perlu mempunyai
perancangan strategik sekolah. Untuk itu sesi bengkel atau LADAP perlu dibuat
kepada semua guru dan kakitangan sekolah supaya aspirasi membina pelan
perancangan strategik sekolah diketahui semua guru dan kakitangan sekolah serta
ibu bapa. Tempoh masa penyediaan dan perancangan strategik perlu dibuat. Semua
guru yang terlibat adalah sebagai pemegang taruh, serta sama-sama
membangunkan pelan perancangan strategik sekolah.

Proses 2: Halatuju organisasi

Dalam konteks perancangan strategik sekolah hala tuju sekolah mestilah


selaras dengan visi dan misi KPM, selain itu ia juga mesti berpaut kepada PPPM
2013-2025. Aspirasi sistem dan apirasi murid perlu disambut selain daripada
melestarikan pelan perancangan strategik sekolah merujuk kepada 10 anjakan
dalam PPPM 2013-2025. Enam (6) daripada anjakan dalam PPPM itu adalah aspek
yang sangat berkait rapat dengan kemenjadian murid dan ia perlu diterjemahkan
secara strategic dalam perancangan strategik sekolah.

Proses 3: Analisis persekitaran

Analisa persekitaran adalah cara strategis mengetahui KEKUATAN,


KELEMAHAN, PELUANG dan ANCAMAN. Pelbagai alat Analisis boleh digunakan
seperti SWOT, ISHIKAWA, MIND MAPPING, SEBAB DAN AKIBAT, Don Crawfort IN
DEPTH SCANNING TOOLS dan sebagainya boleh digunakan. Analisis persekitaran
yang dibuat perlu berdasarkan maklumat dan data. Ia tidak boleh dibuat
berdasarkan andaian dan persepsi. Dalam konteks sekolah segala maklumat dan
data boleh didapati daripada skor pencapaian kurikulum, kokurilum dan sebagainya.
Analisis berasaskan data menjadikan program strategik yang dirancang akan
mempunyai impak yang kuat kepada kemenjadian murid.

Proses 4: Isu Strategik / Matlamat/ KPI dan Sasaran

Pengesanan isu strategik diperolehi daripada analisis persekitaran. Secara


umumnya isu strategik sekolah ia berkaitan dengan bidang kurikulum, kokurikulum,
disiplin, hal elwal murid, hubungan luar, sumber manusia dan sebagainya. ISU
STRATEGIK yang dianalisis dengan baik akan dapat mengesan dasar masalah.
Dasar masalah itu perlu diterjemah dalam bentuk matlamat strategik. Daripadanya
objektif strategik boleh ditetapkan. Objektif boleh lebih daripada satu. Seterusnya
menetapkan KPI dan unjuran sasaran.
Proses 5: Strategi,Pelan Tindakan Dan Pelan Operasi

Strategi diterjemah daripada matlamat strategik. Strategi atau inisiatif perlu


dibuat dalam bentuk program, ada tempoh masa, output dan KPI yang hendak
dicapai. KPI strategi adalah menyambut KPI daripada dalam pelan perancangan
strategik sekolah. Pelan operasi adalah kerangka lengkap siapa yang terlibat dalam
melaksanakan strategi yang ditetapkan.

Proses 6: Pelaksanaan Strategi

Inilah peringkat terpenting dalam kejayaan pelaksanaan program. Pemegang


Taruh atau stakeholder yang terdiri daripada ketua bidang, ketua panitia serta guru–
guru perlu melaksanakan semua program berdasarkan strategi yang ditetapkan.
Inilah fasa yang paling kritikal dalam pelaksanaan perancangan strategik sekolah.
Kejayaan dan kegagalan pelaksanaan perancangan strategik sekolah sangat
bergantung kepada kesungguhan pemegang taruh melaksanakan program.

Proses 7: Kawalan Dan Penambahbaikan Berterusan

Pelbagai cara kawalan keberkesanan program perancangan strategik sekolah


boleh dilakukan. Misalnya setiap enam bulan sekali dibuat pembentangan pelaporan
pencapaian perancangan strategik sekolah. Jabatan atau pemegang taruh program
akan membentang melaporkan pencapaian. Urusetia akan merekodkannya. Pada
ketika ini petunjuk prestasi atau KPI akan jadi petunjuk kepada keberkesanan
pelaksanaan program. Pemegang taruh perlu bertanggungjawab terhadap semua
pencapaian KPI yang dimiliki, serta memberi sebab kenapa KPI tidak dapat dicapai.
Melalui pelaporan pencapaian itulah proses penambahbaikan boleh dibuat secara
lebih berkesan.
3.0 BUTIRAN PROGRAM
3.1 Tempoh Masa Program
3 jam

3.2 Tarikh Program


1 Mac 2022 ( Selasa)
3.3 Tempat dan Lokasi
Bilik Mesyuarat Al Jauhari, Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas

3.4 Kumpulan Sasaran


Semua guru dan staf

3.5 Tentatif Program

1.30 – 2.00 pm - Makan tengahari


2.00 - 3.00 pm - Slot perancangan strategi bagi penyelesaian isu
sekolah
3.00 – 4.00 pm - Slot pelan tindakan
4.00 – 5.00 pm - Slot pelan operasi
5.00 - 5.15 pm - Penutup

4.0 PENUTUP

Amatlah diharapkan agar program ini dapat memberi pengetahuan dan


semangat baru kepada guru dalam menyelesaikan isu strategik sekolah. Menyedari
pentingnya keterampilan dan keunggulan serta membentuk sahsiah diri yang mantap
dalam kalangan pelajar SK Pekan Air Panas , diharapkan perancangan ini akan
memudahkan dan boleh membantu guru dalam menjalankan tugasnya dengan dedikasi
dan sempurna. Perancangan ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan
memberi manfaat serta kesan positif kepada semua warga sekolah sebagai bekalan
dalam melengkapkan diri untuk menempuh permasalahan pelajar di sekolah yang
semakin mencabar .
Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

---------------------------------- -----------------------------------
( Zurina bt Mahtar ) ( Sandiran A/L Alaganathan )
Setiausaha Kokurikulum PGB Kokurikulum
SK Pekan Air Panas

Disahkan Oleh ,

----------------------------------
( Johari bin Marsan )
Guru besar ,
SK Pekan Air Panas

Anda mungkin juga menyukai