Anda di halaman 1dari 4

TARIKH :

11-12 NOVEMBER 2011

TEMPAT:

SEKOLAH KEBANGSAAN
KAMPUNG KUDONG

ANJURAN:
UNIT KO-KURIKULUM
SK KAMPUNG KUDONG
LAPORAN PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUDONG

2011

BIL. AGENDA/PROGRAM

1 Nama Aktiviti/Program yang Dijalankan


Perkhemahan Badan Beruniform

2 Anjuran

Unit Ko-Kurikulum Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong

3 Objektif
3.1 Melahirkan AHLI yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan

kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.

3.2 Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek

perkhemahan secara menyeluruh.

3.3 Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan

keyakinan diri setiap peserta.

3.4 Untuk menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaan

yang pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing.

4 Rasional
4.1 Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat perpaduan kaum,

disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.

4.2 Tema tahun 2011 ialah “ INTEGRASI PEMANGKIN KECEMERLANGAN ”.

Tarikh / Masa
1. 11-12 November 2011 (Jumaat- Sabtu )
2. 2 hari 1 malam

6 Tempat

1. 1. Tasik Chini Resort, Pahang


2.
7 Maklumat-maklumat/ Butiran Aktiviti Pada 2 Hari Tersebut.
1. Hari Pertama (11.11.2011)

10.00-2.00 ptg - Perjalanan bas dari sekolah ke Tasik Chini Resort

2.30-4.00 ptg - Taklimat Perkhemahan dan Membina Khemah

4.00-4.30 ptg - Minum petang

4.30-630 ptg - Upseiling dan Flying Fox

6.30-8.00 mlm -Kemas diri dan Makan Makan

8.00-10.00 mlm -Malam Kebudayaan

10.00-11.30 mlm -Barberque

2. Hari Kedua (12.11.2011)

5.30-6.30 pg -Senaman Pagi

6.30-8.00 pg -Kemas Diri dan Sarapan Pagi

8.00-10.00 pg -Lake Crossing

10.00-12.00 tgh -Boating

12.00-1.30 tgh -Kemas diri dan Makan Tengahari

1.30-2.00 ptg -Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

2.00-5.30 ptg -Perjalanan pulang

8 Refleksi

Secara keseluruhannya, Perkhemahan Badan Beruniform SK Kg. Kudong yang telah

dilaksanakan barjalan dengan lancar. Segala aktiviti yang dirancang oleh jawatankuasa dapat

dilaksanakan dengan jayanya. Walaubagaimana pun, terdapat juga kekuatan dan kelamahan

dari program yang dijalankan antaranya:

Kekuatan;

1. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
2.Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri
sendiri.
3. Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap
situasi.

Kelemahan;

1. Tempoh masa yang singkat di mana tidak banyak aktiviti dapat dilaksanakan.

Penambah baikkan ;

1. Bilangan hari perkhemahan perlu ditambah supaya dapat menjalankan pelbagai aktiviti

yang memberikan manfaat kepada murid.


9 Penutup

Program Perkhemahan Badan Beruniform yang telah dijalankan secara keseluruhannya

berjalan lancar, tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang aktiviti

berlangsung, semua peserta yang hadir masing-masing menunjukkan semangat dan

keseronokan menjalankan aktiviti tersebut.

LAMPIRAN

1. Kertas Kerja dan Jawatankuasa Program


2. Permit Lawatan
3. Gambar-Gambar Program

Anda mungkin juga menyukai