Anda di halaman 1dari 15

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN
Badan beruniform pengakap
SK kampung kudong
KALI :1 /2011

1. PENDAHULUAN

Perkhemahan Asrama merupakan aktiviti tahunan yang disertai oleh penghuni asrama
SK Kampung Kudong.
Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan
seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan
para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang
mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah
Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang
perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan
dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang,
seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.

2. LATAR BELAKANG

Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua
anggota perkhemahan akan dapat menikmati suasana sebenar perkhemahan melalui
penganjuran aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

Pada tahun 2011, dijangkakan sejumlah 37 orang peserta akan menyertai Perkhemahan Asrama.
Program ini akan melibatkan sejumlah 7 orang guru sebagai Pegawai dan Jurulatih bagi
melaksanakan pelbagai aktiviti integrasi, pertandingan, reakrasi,dan kerohanian/moral dalam
perkhemahan.

3. RASIONAL
3.1 Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat perpaduan kaum,
disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.
3.2 Tema tahun 2011 ialah “ INTEGRASI PEMANGKIN KECEMERLANGAN ”.

4. OBJEKTIF

4.1 Melahirkan AHLI yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan
kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
4.2 Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek
perkhemahan secara menyeluruh.
4.3 Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan
keyakinan diri setiap peserta.
4.4 Untuk menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaan yang
pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing.

5. KONSEP PERKHEMAHAN

5.1. Pemantapan Intergrasi


5.1.1 Pengagihan peserta kepada 4 platun
5.1.2 Intergrasi melalui aktiviti
5.1.3 Membina khemah berkumpulan

5.2. Pertandingan
5.2.1 Kawad Individu mewakili kumpulan /platun
5.2.2 Seni Perkhemahan
- Pintu Gerbang
- Gajet
-
Kraf Perkhemahan
5.2.3Pertandingan Persembahan
- Kategori Putera
- Kategori Puteri
5.3 Khidmas
5.3.1 Gotong royong membersih kawasan perkhemahan.

5.4 Kerohanian dan moral


5.4.1 Solat Jemaah/kuliah maghrib/subuh bagi orang Islam
5.4.2 Ceramah Moral bagi yang bukan Islam

6. PELAKSANAAN

6.1 TARIKH

11-12 November 2011

6.2 TEMPAT PERKHEMAHAN

Tasik Chini Resort,Pahang

7. SENARAI JAWATANKUASA

7.1 JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Penaung : PPD Segamat

Penasihat : Pn.Rosnah bt. Yaakob


(Guru Besar)

Pengerusi : En.Azman bin Haji Ayun


(PGB Kurikulum)

Setiausaha : En.Sandiran A/L Alaganathan


(PGB Kokurikulum)

Penolong Setiausaha: En.Mohd Noh bin Mohya

Urusetia : En.Khairul Azni bin Abdul Halim

7.2 JAWATAN KUASA KERJA PERKHEMAHAN

Penasihat : Pn.Rosnah bt. Yaakob


(Guru Besar)

Pengerusi : En.Azman bin Haji Ayun


(PGB Kurikulum)

Naib Pengerusi : En.Abdul Halim bin Atan


(PGB HEM)
Setiausaha : En.Sandiran A/L Alaganathan
(PGB Kokurikulum)

Penolong Setiausaha: En.Mohd Noh bin Mohya

Bendahari : En.Kamal bin Zainal Abidin

7.2.1 URUSETIA SEKRETARIAT DAN PENDAFTARAN:


EN.SANDIRAN A/L ALAGANATHAN
EN.KHAIRUL AZNI BIN ABDUL HALIM

7.2.2 MAKANAN DAN SAJIAN/SANITASI


EN.MOHD NOH BIN MOHYA

7.2.3 PERASMIAN , PENUTUP DAN JURU ACARA


CIK.NURHAFIZ ZUBAIDAH BT ZAKARIA

7.2.4 KESELAMATAN/TATATERTIB
EN.JASNI BIN OMAR

7.2.5 PERALATAN / PERKAKASAN


EN.MOHD ZAZALI BIN RAMAN
EN.AZMAN BIN HAJI AYUN
EN.SYAIFUZAINOL AZMI BIN YUSOF
EN.JAMIL BIN BAWOK

7.2.6 AKTIVITI, PERTANDINGAN DAN JURULATIH


EN.ABDUL HALIM BIN ATAN
EN.AFZAN FITRI BIN SAFEE
EN.MOHD AZLI BIN ABDULLAH

7.2.7 SIARAYA/RAKAMAN FOTO


EN.AINUDDIN BIN MOHD ZAINAL ARIFFIN

7.2.8 DOKUMENTASI/PELAPORAN
EN.MOHD. MUKHTARUDDIN BIN HARUN

7.2.9 HADIAH DAN CENDERAMATA


EN.MOHD SHAFIQ BIN HASNAN

7.2.10 KAD MATRIK


CIK.NOR AZURA BT SAMADI
CIK.NORAINI BT MOHD ROPAH

7.2.11 BUKU PROGRAM


CIK.SITI ZAHIRAH BT ABDUL RAZAK
8. SASARAN

8.1 Sejumlah 37 orang penghuni asrama.

8.2 Kategori pemilihan peserta:


8.2.1 Peserta yang menyertai perkhemahan ini terdiri daripada penghuni asrama.

8.2.2 Peserta terdiri daripada tahun 1 hingga 6.

8.2.3 Pecahan Peserta adalah seperti berikut:

PESERTA PESERTA JURULATIH


SEKOLAH JUM
LELAKI PEREMPUAN
LELAKI WANITA
SK KG KUDONG 16 21 6 1 44
JUMLAH 16 21 6 1 44

8.2.4 Senarai nama peserta dan fasilator

Rujuk Lampiran

9. JADUAL

Rujuk Lampiran

10. KONSEP PEMARKAHAN

10.1 Setiap aktiviti akan menyumbangkan mata kepada platun integrasi.


Pecahan mata adalah seperti berikut:
Pertama 10 mata
Kedua 7 mata
Tempat ke-3 5 mata
Tempat ke-4 3 mata

10.2 Bagi Pertandingan Integrasi, jika jumlah mata yang dikumpul adalah
sama, maka kedudukan terbaik dalam pertandingan Merempuh Halangan akan
menjadi penentu.

11. AKTIVITI

11.1 PERTANDINGAN ANTARA PLATUN


11.1.1 Membina khemah
11.1.2 Seni Perkhemahan (lelaki dan perempuan)
- Pintu Gerbang
- Gajet
- Kraf Perkhemahan
11.1.3 Persembahan Malam Kebudayaan
11.1.4 Mereka bendera kumpulan
11.1.5 Merempuh Halangan

13. PENGINAPAN

MASS : Kawasan penginapan Pegawai


AREA 1 : Kawasan perkhemahan peserta lelaki
AREA 2 : Kawasan perkhemahan peserta perempuan

14. MAKAN MINUM

14.1 Pihak pengelola akan menyediakan makan dan minum pada hari pertama dan
terakhir perkhemahan.

15. PAKAIAN DAN KETRAMPILAN PERSERTA

15.1 PEGAWAI : Pakaian uniform masing-masing.


15.2 PESERTA : Pakaian T-Shirt dan uniform masing-masing
15.3 PAKAIAN AKTIVITI: T-Shirt Pengakap atau putih sahaja
15.4 TUDUNG : Berwarna hitam atau putih sahaja
15.5 KASUT : Berwarna putih atau hitam sahaja
15.6 RAMBUT (lelaki) : Nombor 2

17. BENDERA

17.1 Setiap pasuakan perlu membawa bendera unit masing-masing.

18. PETI BANTU MULA

18.1 Sekolah mesti membawa minimum sebuah peti bantu mula / pertolongan cemas.

19. BORANG PENYERTAAN PEGAWAI DAN PESERTA

19.1 Setiap pasukan perlu mengisi borang penyertaan pegawai dan peserta
Perkhemahan.

20. SURAT KEBENARAN DAN STATUS KESIHATAN

20.1 Sekolah perlu menyediakan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk
setiap peserta yang menyertai perkhemahan seperti dalam LAMPIRAN.
20.2 Sekolah perlu memastikan setiap pegawai dan peserta mempunyai
tahap kesihatan yang baik dan bebas daripada sebarang penyakit kronik

21. PERALATAN YANG PERLU DIBAWA

21.1 SEKOLAH
22.1.1 Khemah peserta
22.1.2 Bendera Sekolah
22.1.3 Peti pertolongan cemas
22.1.4 Borang pendaftaran yang lengkap (cetakan dan disket)
22.1.5 Surat Kebenaran Waris
22.1.6 Peralatan aktiviti di tapak perkhemahan (gergaji, cangkul, tali, parang
dan yang berkaitan)

22.2 PESERTA
22.2.1 Pakaian unit uniform sendiri
22.2.2 Seluar dan T.Shirt secukupnya
22.2.3 Pakaian Riadah / Sukan termasuk kasut
22.2.4 Pakaian Ibadah
22.2.5 Peralatan peribadi
22.2.6 Ubatan Peribadi
22.2.7 Pinggan, gelas, camca (bukan kaca)

23. HADIAH

 Johan Keseluruhan
 Naib Johan Keseluruhan
 Peserta Terbaik lelaki (1)
 Peserta Terbaik Perempuan (1)
 Johan, Naib Johan dan Ketiga (Kumpulan)
- Kawat kaki (4)
- Seni Perkhemahan (Pintu Gerbang, Gajet dan Kraf Perkhemahan)
- Persembahan (4)
- Sijil
- Hamper (Integrasi)

24. PERATURAN DAN ARAHAN PERKHEMAHAN

24.1 ARAHAN UMUM


24.1.1 Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan
dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang
perkhemahan.
24.1.2 Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan / Timbalan Kem Komandan /
Pihak Urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada
keperluan semasa perkhemahan.
24.1.3 Semua pegawai dan peserta tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan
sebaik sahaja mendaftar sehingga arahan bersurai/ tamat perkhemahan.
24.1.4 Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan
selengkapnya kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Pengurus Pasukan atau
pegawai perubatan yang bertugas.
24.1.5 Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi dalam kumpulan masing-masing
dan dilarang bertukar kumpulan melainkan dengan kebenaran ataupun arahan
dari pihak urusetia.
24.1.6 Bagi peserta Islam, solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa
berjemaah. Bagi pelajar bukan Islam, sila ikut arahan untuk aktiviti kerohanian
24.1.7 Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan
hormat diutamakan.
24.1.8 Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.
24.1.9 Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim di sepanjang
perkhemahan.
“LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUSETIA DENGAN SEGERA”

24.2 KOMUNIKASI / ALAT KOMUNIKASI


24.2.1 Bagi memastikan keberkesanan aktiviti, semua jenis perhubungan luar
diputuskan.
24.2.2 Sebarang urusan panggilan keluar atau masuk melalui telefon hanya dibenarkan
selepas mengisi borang yang disediakan.
24.2.3 PERHATIAN: Peserta / pelajar tidak dibenarkan membawa `Hand Phone’
semasa perkhemahan.

24.3 KESELAMATAN: “UTAMAKAN KESELAMATAN SEPANJANG MASA”


24.3.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak pihak.
24.3.2 Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan berterusan serta
diikuti dengan arahan / arah pergerakan.
24.3.3 PERHATIAN: Patuhi arahan / arah pergerakan yang telah ditetapkan.

24.4 KETETAPAN & KETEPATAN MASA / PERGERAKAN ANGGOTA


24.4.1 Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti yang
telah ditetapkan.
24.4.2 Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan/ denda.
24.4.3 Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan minimum 2 orang.
24.4.4 Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan kem
Perempuan dan seumpamanya.
24.4.5 Tiada pergerakan keluar dari kawasan perkhemahan selepas jam 12
tengah malam (0000H) sehingga jam 5 pagi (0500H) kecuali terdapat sebarang
kecemasan atau diringi oleh pegawai.

24.5 PAKAIAN / NAME TAG:

Semasa aktiviti para peserta perlu memakai pakaian yang sepatutnya dan sesuai
mengikut aktiviti serta arahan semasa yang telah ditetapkan.
- Semasa Aktiviti Integrasi
- Semasa Sukan dan Riadah
- Semasa Aktiviti Kerohanian
- Semasa Majlis Perasmian Penutup

24.6 PERATURAN PERBARISAN: (tepati masa)

24.6.1 3 Bentuk Perbarisan :


a. Perbarisan Keseluruhan Anggota Perkhemahan - Tindakan Kem
Komandan
b. Perbarisan Platun - Tindakan Ketua Platun

i )Berbaris mengikut aktiviti yang telah ditetapkan.


ii)Perbarisan pagi/ Sebarang aktiviti utama dikelolakan oleh Kem Komandan
mengikut kaedah :
- Doa
- Lagu Negaraku
- Lagu Negeri Johor
- Melapor (Ketua Platun melaporkan kekuatan anggota kepada
Pegawai Bertugas)
24.6.2 Jurulatih mengambil tempat dan seterusnya menjalankan tugas.

24.7 PERATURAN KEBERSIHAN :

24.7.1 Kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan
teratur.
24.7.2 Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah.
24.7.3 Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kebersihan.
24.7.4 Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan.
24.7.5 Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di kawasan
perkhemahan atau sekitarnya.
24.7.6 Tempat solat hendaklah sentiasa berkeadaan bersih dan tersusun.
24.7.7 Kumpulan bertugas hendaklah memastikan keadaan yang memuaskan dan
teratur sebelum solat bermula
24.7.8 Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia adalah
untuk kegunaan ramai dan bersama.
24.7.9 Bagi kaum wanita – sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu sebelum
dibuang ditempat yang sepatutnya.

24.8 PERATURAN KELUAR MASUK

24.8.1 Semua urusan keluar masuk kawasan kem perlu didokumen / dicatatkan
dalam buku keluar masuk serta dimaklumkan kepada urusetia.
24.8.2 Dinasihatkan agar dapat meminimumkan pergerakan keluar masuk dari
kawasan Kem.
24.8.3 Para peserta dilarang sama sekali keluar masuk melainkan mempunyai
dokumen dan tujuan yang sah dari ketua platun masing-masing.

25. PENILAIAN

25.1 Borang penilaian akan dibuat melalui borang yang diedarkan kepada
peserta pada akhir setiap aktiviti.

25.2 Borang berkenaan perlu dikembalikan semasa kontinjen melapor untuk


keluar dari kawasan perkhemahan.

26. PERBELANJAAN dan PENDAPATAN RM


26.1 Punca Kewangan
Bantuan Memasak Asrama 1200.00
Peruntukan Pengangkutan Asrama 2600.00
----------
3800.00
----------

26.2 Anggaran Perbelanjaan


Pengangkutan 2600.00
Sewa Tapak Perkhemahan 135.00
Makanan dan minuman 960.00
Aktiviti 105.00
----------
3800.00
-----------

27. PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan Asrama ini dapat dijalankan


dengan lebih cemerlang ke arah kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama
daripada
para pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan
hasrat murni Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan
Pejabat Pelajaran Daerah Segamat. Semoga tema ”INTEGRASI PEMANGKIN
KECERMERLANGAN” dapat direalisasikan semasa perkhemahan tersebut.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. ..................................................
(En.Sandiran A/L Alaganathan) (Pn.Rosnah bt Yaacob)
PGB Kokurikulum, Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong, Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong,
86500, Bekok, Johor. 86500, Bekok, Johor.

PERINCIAN TUGAS JAWATANKUASA KERJA


PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
1. Jawantankuasa kerja Urusetia

1. Melantik AJK
2. Menguruskan surat pelantikan jawatankuasa pengelola dan ahli-ahli
3. Bekerjasama dengan jawatankuasa jemputan, penyambut tamu, dan protokol untuk
urusan surat jemputan
4. Membuat tempahan sijil dan cenderamata peserta
5. Bekerjasama dengan JK perasmian penutup
6. Menyelaraskan tugasan di antara semua JK kerja
7. Menghadiri semua mesyuarat JK dan membentangkan laporan
8. Memaklumkan kelulusan kepada pihak-pihak berkuasa seperti polis,
9. Sentiasa ada kakitangan di bilik operasi dan berfungsi setiap masa.
10. Menyediakan borang penilaian akhir perkhemahan.
15. Menyediakan Anggaran Perbelanjaan

2. Jawatankuasa Makanan dan Sajian

1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Mendapatkan jumlah peserta dan pegawai yang terlibat
4. Memastikan tahap kualiti makanan yang tinggi
5. Memastikan makanan disediakan dalam kuantiti yang mencukupi
6. Memastikan makanan disediakan dalam masa yang ditetapkan
7. Menentukan menu harian
8. Menentukan menu bagi kumpulan tertentu ( vegetarian )
9. Mengambil tindakan atas aduan yang berkaitan
10. Menentukan lokasi penyediaan makanan
11. Memastikan jumlah khemah mencukupi
13. Menyediakan Anggaran Perbelanjaan dan pembelian barangan mentah

3. Jawatankuasa Perasmian Penutup dan Juruacara

1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Menyediakan backdrop
4. Mengadakan raptai perasmian penutup
5. Menyusun aturcara penutup
6. Menyusun peralatan di khemah VIP dan tetamu
7. Mengenalpasti juruacara dan pembaca doa
8. Bekerjasama dengan jawatankuasa siaraya
9. Menentukan tempat
10. Mengemas semula selepas upacara
12. Menyediakan Anggaran Perbelanjaan

4. Jawatankuasa Pengangkutan

1. Melantik AJK
2. Menyediakan pengangkutan pergi dan balik .
3. Menyediakan pengangkutan untuk mengambil atau memulangkan alatan perkhemahan
4. Memastikan semua aktiviti di luar tapak perkhemahan berjalan seperti yang dijadualkan
5. Menyediakan pengangkutan untuk pergerakan ke tempat aktiviti di luar tapak
perkhemahan utama
6. Bekerjasama dengan bahagian Jawatankuasa Aktiviti dan yang berkaitan
8. Menyediakan Anggaran Perbelanjaan
5. Jawatankuasa Aktiviti ( Pertandingan & Integrasi ) dan Jurulatih

1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Menyediakan jadual aktiviti dengan petugas-petugas
4. Menyelaras dan memantau urusetia/ petugas bahagian dan perjalanan aktiviti sepanjang
perkhemahan
5. Menyediakan borang pertandingan dan borang keputusan
6. Menetapkan tempat pertandingan
7. Menyediakan format/ syarat pertandingan
8. Menentukan jumlah hakim pertandingan
9. Mengatur taklimat untuk Pengurus-Pengurus Pasukan dan Jurulatih-Jurulatih
10. Menyediakan anggaran perbelanjaan

6. Jawatankuasa Keselamatan dan Pertolongan Cemas

1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Memaklumkan kepada hospital/pusat kesihatan
4. Memohon pihak kesihatan membuat “fogging” kawasan
5. Menyediakan kenderaan yang bertindak sebagai ambulans sekiranya berlaku
kecemasan
6. Menyediakan ubat-ubatan dan peralatan pertolongan cemas
7. Menyediakan petugas dengan peralatan yang mencukupi semasa/ setiap aktiviti yang
dijalankan.
8. Memastikan petugas mahir dalam Pertolongan Cemas
9. Merekod rawatan pesakit
10. Menyediakan anggaran perbelanjaan
11. Mengemukakan tuntutan perbelanjaan selewat-lewatnya pada 10 April 2006 kepada
Unit
Kokurikulum (u.p Cik Noorba’in binti Haji Haron)

7. Jawatankuasa Rakaman Foto / vedio

1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Membuat rakaman foto keseluruhan program (sebelum/ semasa/ selepas)
4. Menyediakan anggaran perbelanjaan
5. Menyediakan kertas cadangan
6. Membuat rakaman video keseluruhan program (sebelum/ semasa/ selepas)
7. Mendokumentasikan program dan menyerahkannya kepada urus setia

8. Jawatankuasa Peralatan

1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Bekerjasama dengan semua jawatankuasa untuk menentukan peralatan yang diperlukan
4. Menetapkan tempat pengagihan dan pemulangan alatan
5. Memastikan alatan selamat digunakan
6. Memastikan alatan dipulangkan dalam keadaan yang baik dan cukup
7. Menyediakan anggaran perbelanjaan

9. Jawatankuasa Persiapan Tempat


1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Menyediakan/ Menanda tapak perkhemahan mengikut platun dan jantina
4. Memastikan peraturan di tapak perkhemahan dipatuhi setiap masa
5. Memastikan tapak perkhemahan bersih
6. Menyediakan tapak pelupusan sampah bagi lelaki dan perempuan
7. Menyediakan anggaran perbelanjaan

10. Jawatankuasa Siaraya

1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Menyediakan peralatan siaraya yang secukupnya
4. Menyediakan petugas siaraya
5. Menyediakan anggaran perbelanjaan
6. Mengemukakan tuntutan perbelanjaan selewat-lewatnya pada 10 April 2006 kepada Unit
Kokurikulum.

11. Jawatankuasa Penginapan Pegawai-Pegawai Perkhemahan

1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Mendapatkan jumlah pegawai yang memerlukan penginapan
4. Mengenalpasti bangunan dan kawasan untuk penginapan
5. Menyelaras peraturan penginapan
6. Menyediakan anggaran perbelanjaan

12. Jawatankuasa Sanitasi

1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Menyediakan plastik sampah untuk setiap negeri
4. Menyediakan tong sampah yang bersesuaian di lokasi-lokasi tertentu
5. Memastikan seluruh kawasan perkhemahan bersih sepanjang masa
6. Mencadangkan tapak lokasi pembuangan sampah
7. Menyediakan plastik-plastik khas di tandas peserta perempuan
8. Memastikan tandas dan bilik air sentiasa bersih
9. Menyediakan sekurang-kurangnya 2 tong sampah besar
10. Menyediakan anggaran perbelanjaan

13. Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata

1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Menyusun tempahan hadiah
4. Menguruskan cenderamata VIP dan hakim
5. Menguruskan sijil penyertaan, sijil penghargaan, sijil pertandingan dan sijil pemenang
(Johan, Naib Johan dan Ketiga)
6. Menyediakan keperluan alatan untuk majlis penyampaian hadiah
7. Mendapatkan senarai pemenang-pemenang daripada JK Pertandingan dan Kontinjen
8. Menyediakan petugas untuk majlis penyampaian hadiah
9. Memastikan penerima bersiap sedia awal
10. Menyediakan beberapa pelajar ‘stand by’ untuk menerima hadiah
11. Menyediakan anggaran perbelanjaan

14. Jawatankuasa Data dan Statistik

1. Menubuhkan AJK
2. Menyediakan laporan harian
3. Mengadakan mesyuarat penyatuan dan penyelarasan ( harian )
4. Mengemaskini data dan pemarkahan
5. Memberi keputusan mengikut keperluan
6. Menyediakan anggaran perbelanjaan

23. Jawatankuasa Tatatertib

1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Menerima dan menyiasat maklumat berkaitan kesalahan tatatertib
4. Mengambil tindakan tatatertib
5. Menyediakan laporan tatatertib
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai