Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN

KURSUS KEPEGAWAIAN OLAHRAGA PISMP AMBILAN JUN 2015


____________________________________________________________________________

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk mendapatkan kelulusan peruntukan
daripada IPGK Sultan Abdul Halim bagi melaksanakan Kursus Kepegawaian Olahraga
PISMP Ambilan Jun 2015.

2.0 LATAR BELAKANG

Kursus Kepegawaian Olahraga diberikan kepada para guru pelatih supaya dapat
mengetahui, memahami dan menguasai serta memperkembangkan ilmu dan kemahiran
mengenai kepegawaian olahraga. Kursus ini melibatkan proses pengendalian kursus
dan tugas-tugas seorang pegawai olahraga. Ianya diharap sebagai satu peluang untuk
guru pelatih menguasai pengetahuan dalam kepegawaian olahraga agar dapat
mengendalikan acara-acara olahraga yang biasa diadakan di sekolah kelak nanti.

Sehubungan dengan itu, Kursus ini telah dirancang untuk menyelaraskan tugas,
peranan dan tanggungjawab guru pelatih Ambilan Jun 2015 bagi mengendalikan KOT
pada semester ini. Kursus ini bagi memastikan kecemerlangan, kelestarian, dan
keberkesanan Pengurusan Kepegawaian Olahraga dapat direalisasikan dengan lebih
baik demi memartabatkan profesion keguruan selaras dengan Dasar Pendidikan
Negara.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memahami tugas – tugas pegawai olahraga.

3.2 Mendapat pengetahuan dan kemahiran sebagai pegawai olahraga.

3.3 Melengkapkan diri bagi menduduki peperiksaan pegawai olahraga.

4.0 ANJURAN

4.1 Unit Kokurikulum IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah.

5.0 KUMPULAN SASARAN

5.1 Guru Pelatih Semester 4 PISMP Ambilan Jun 2015

1
6.0 BUTIRAN PROGRAM

6.1 Tarikh : 30 – 31 MAC 2017

6.2 Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

6.3 Tempat : Bilik Jaminan Kualiti IPGK Sultan Abdul Halim

6.4 Tetamu Kehormat


6.4.1 Perasmian Pembukaan : Pengarah IPGK
6.4.2 Perasmian Penutupan : Timbalan Pengarah IPGK

7.0 JUMLAH PESERTA

7.1 Peserta : 64 orang


7.2 Pensyarah/Fasilitator : 8 orang
Jumlah : 72 orang

8.0 SUMBER KEWANGAN

8.1 Wang Amanah

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

9.1 Seperti dalam Lampiran A

10.0 JADUAL TENTATIF PROGRAM

10.1 Seperti dalam Lampiran B

11.0 SENARAI NAMA PESERTA

11.1 Seperti dalam Lampiran C

12.0 PENUTUP

Unit Kokurikulum menaruh harapan yang tinggi agar Kursus ini dapat dilaksanakan
dengan sempurna dan mencapai objektif yang disasarkan seperti yang dinyatakan
dalam Perkara 5.0. Harapan unit ini agar cadangan dan permohonan ini mendapat
pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan demi kejayaan dan keberkesanan
pelaksanaan Kursus Kepegawaian Olahraga PISMP Ambilan Jun 2015

Kerjasama dan pertimbangan pihak tuan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
2
Disediakan oleh: Disemak oleh:

___________________ ____________________________
(LEONG MUNG TING) ( NG KHENG LOON)
Setiausaha Penyelaras Program
Kursus Kepegawaian Olahraga Kursus Kepegawaian Olahraga
IPG Kampus Sultan Abdul Halim IPG Kampus Sultan Abdul Halim
08000 Sungai Petani, Kedah. 08000 Sungai Petani, Kedah..

Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai