Anda di halaman 1dari 15

KERTAS CADANGAN PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG SESI 2013

ANAK-ANAK YATIM & MISKIN RUMAH PENYAYANG BESTARI KG. SG. BUAYA BANTING, SELANGOR

ANJURAN AKADEMI FASILITATOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM

Isi Kandungan Bil Perkara Halaman

1 1.0 Pendahuluan 2.0 Objektif

2 3.0 Cadangan Tarikh/Tempat 4.0 Cadangan Aktiviti 5.0 Modul Aktiviti

6.0 Jawatankuasa Penaung 7.0 Implikasi Kewangan

8.0 Rumusan

Lampiran A. Tentatif Program MAYS B. Modul Aktiviti

7-15

1.0 PENDAHULUAN

Kertas cadangan ini disediakan adalah untuk mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Rumah Penyayang Bestari bagi mengadakan Program Masih Ada Yang Sayang(MAYS) . Anak yatim merupakan di antara penyumbang kepada pembangunan negara. Selaras dengan itu, keprihatinan masyarakat setempat untuk menyumbang kepakaran ilmiah kepada anak-anak yatim agar menjadi anak bangsa yang berjaya di persada dunia. Mereka boleh dibimbing dan ditarbiyah untuk menjadi insan yang berguna untuk masyarakat, agama, bangsa dan negara dalam mencapai Wawasan 2020. Kehidupan yang seimbang dari aspek pendidikan dan sosial dapat menjana anak-anak yatim yang proaktif dan produktif secara tidak langsung melahirkan insan yang berintegriti dan berkemahiran insaniah.

2.0 OBJEKTIF 2.1 Menjalankan tanggungjawab sebagai mahasiswa yang prihatin terhadap keperluan komuniti setempat. 2.2 Membina imej institusi pengajian tinggi yang dinamik dan prihatin. 2.3 Mewujudkan rasa kesedaran serta tanggungjawab sosial dalam kalangan mahasiswa untuk membantu masyarakat setempat secara sukarela. 2.4 Membimbing dan melatih peserta dalam aspek kerohanian dan jasmani. 2.5 Membina ukhwah antara peserta dan mahasiswa.

3.0 CADANGAN TARIKH/TEMPAT 3.1 Program Masih Ada Yang Sayang dicadangkan untuk diadakan pada 20 dan 21 April 2013 (Sabtu dan Ahad).Tentatif program adalah di Lampiran A.

3.2 Program Masih Ada Yang Sayang dicadangkan untuk diadakan di Rumah Anak Yatim Miskin Penyayang Bestari, Kg. Sg Buaya, Banting, Selangor DE. Pemilihan lokasi ini adalah berdasarkan penyertaan dalam Program CSR PPUiTM yang telah diadakan pada 22 September 2012.

4.0 CADANGAN AKTIVITI 4.1 Sesi Taaruf 4.2 Tak Kenal Maka Tak Tahu 4.3 Panjat Gunung Kinabalu Sampai Gunung Everest 4.4 Wonderpets! 4.5 Ayam vs Itik 4.6 Masih Ada Yang Sayang 4.7 We are Futuristic 4.8 Malam Kebudayaan 4.9 Treasure Hunt 5.0 MODUL AKTIVITI 5.1 Lampiran B.

6.0 JAWATANKUASA PENAUNG

Penasihat: En. Mohd Hani bin Mohd Sidek Koordinator Program: Shahrizal bin Kamaruddin Pengarah Projek: Asiera binti Mohd Ridzuan Ketua Fasilitator : Qurratuaini binti Mislan Kem Komander : Muhamad Syafiq bin Shamsuddin

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Bil 1

Butiran Bahan Modul -Kertas A4 -Kertas mahjung -Alat tulis -Cawan Polystrene

Perkiraan

Jumlah (RM) 20.00

Bahan Treasure Hunt: -Serbuk kunyit -Bunga cengkih -Beras -Lada Hitam -Sirap

30.00

Cenderahati Hadiah peserta

100.00

Jumlah

150.00

7.0 RUMUSAN

Sesungguhnya kita hanya merancang, namun perancangan Allah swt itu lebih baik dan mengatasi segala perancangan hamba-Nya. Harapan kami agar segala program yang dirancangkan dan disusun akan mencapai objektif yang telah digariskan serta dapat dihayati juga diaplikasi di dalam kehidupan peserta iaitu anak yatim miskin Rumah Penyayang Bestari. Akhir kata, kami merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

LAMPIRAN

A. TENTATIF PROGRAM Sabtu 20 April 2013 8:30 pagi: Kudapan 9:00 pagi: Sesi Taaruf 10:00 pagi: Modul 1- Tak Kenal Maka Tak Tahu 11:00 pagi: Modul 2- Panjat Gunung Kinabalu Sampai Gunung Everest 11:30 pagi: Modul 3- Wonderpets! 12:30 tengahari: Makan tengahari Solat Zuhur 2:00 petang: Modul 4- Ayam vs Itik 3:00 petang: Modul 5- Masih Ada Yang Sayang - Surat Cinta 4:00 petang: Modul 6- We Are Futuristic! 5:00 petang: Solat Asar 5:30 petang: Riadah Taklimat ringkas Malam Kebudayaan 7:00 petang: Minum petang/Makan Malam 7:30 petang: Persiapan Solat Maghrib berjemaah Tazkirah 8:30 malam: Solat Isyak 7

9:00 malam: Malam Kebudayaan 11:00 malam: Santapan ringan 11:30 malam: Bersurai

Ahad 21 April 2013 6:00 pagi: Solat Subuh berjemaah Tazkirah Subuh 7:30 pagi: Banting Gangnam Style bersama Fasilitator 8:00 pagi: Kudapan 8:30 pagi: Treasure Hunt 11:00 pagi: Majlis Penutup -Kenang Daku Dalam Doamu 12:00 tengahari: Bersurai

B. MODUL AKTIVITI Taaruf Ice breaking atau dari istilah Islami iaitu Taaruf adalah suatu sesi yang penting bagi sesebuah program kerana ia bertujuan untuk membuka minda dan pemikiran para peserta sebelum program atau kursus dimulakan. Oleh kerana latar belakang peserta tidak sama, taaruf digunakan sebagai satu titik permulaan yang seharusnya positif dan menyeronokkan. Objektif 1. Untuk menghilangkan rasa malu diantara satu sama lain. 2. Untuk menghilangkan jurang perbezaan diantara satu sama lain. 3. Melatih perserta untuk menjadi pemimpin. 4. Melatih peserta berkomunikasi dengan baik. 5. Membina hubungan, interaksi dan kerjasama antara pelajar Nama aktiviti : Daun Halal Jangka Masa : 1 jam Bahan: Kad Poker Prosedur: 1. . Fasilitator menerangkan fungsi kad seperti Daun Halal. 2. Pelajar mempunyai kad masing-masing. 3. Fasilitator memberikan arahan supaya berkumpul mengikut nombor genap dan nombor ganjil daun pada kad poker dalam bentuk bulatan. Pelajar diminta berkenalan di dalam kumpulan tersebut seperti: Nama, tempat tinggal, tarikh lahir , hobi dan lain-lain yang munasabah. 4. Fasilitator bertanyakan kepada beberapa orang peserta mengenai latar belakang anggota kumpulan tersebut. 5. Fasilitator memberikan arahan kepada peserta supaya mencari rakan yang sama nombor dan membuat bentuk bulatan. Proses berkenalan diteruskan seperti prosedur no 3 dan 4. 6.Fasilitator memberikan arahan seperti prosedur no 3 dan 4 tetapi meminta peserta untuk berkumpul mengikut bentuk kad. 9

7. Prosedur 7 merupakan kumpulan tetap pelajar. *modul ini mengikut kesesuaian & bilangan peserta Falsafah : 1. Berkenalan mengeratkan sillaturrahim. 2. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh Modul 1 Nama aktiviti: Tak Kenal Maka Tak Tahu Jangka masa: 1 jam Bahan: Marker pen dan kertas mahjung Objektif: 1. Mewujudkan kerjasama antara kumpulan. 2. Mewujudkan persefahaman dan persahabatan. 3. Memupuk sifat kepimpinan dalam kalangan peserta. Prosedur: 1. Fasilitator akan memberi penerangan berkaitan dengan pembentukan kumpulan. 2. Peserta akan bergerak masuk ke kumpulan mengikut nombor atau bentuk dalam kad yang dipilih semasa sesi taaruf. 3. Setiap kumpulan mestilah membentuk perkara berikut: a. Ketua kumpulan b. Nama kumpulan c. Motto d. Visi dan Misi e. Logo f. Trademark berkaitan nama kumpulan. 4. Pembentangan kumpulan berasaskan perkara yang telah dibangunkan.

10

Modul 2 Nama aktiviti: Panjat Gunung Kinabalu Sampai Gunung Everest Jangka masa: 1 jam Bahan: Pensil dan kertas A4 Objektif: 1. Menyedarkan peserta tentang pentingnya mempunyai satu matlamat tetap dalam hidup. 2. Memberi semangat kepada peserta untuk berusaha lebih gigih dalam apa jua yang ingin dicapai. 3. Melahirkan peserta yang berkeyakinan dan berkebolehan dalam mencapai matlamat. Prosedur: 1. Fasilitator meminta peserta untuk membahagikan kertas kepada dua bahagian. 2. Fasilitator akan menyuruh peserta menulis matlamat dan cita-cita mereka yang terbahagi kepada dua iaitu matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. 3. Kemudian diikuti dengan kaedah untuk mencapai matlamat yang diingini. 4. Peserta diminta berbincang dan berkongsi pandangan mengenai matlamat dan kaedah bersama fasilitator di dalam kumpulan. Modul 3 Nama aktiviti: Wonderpets! Jangka masa: 30 minit Bahan: cawan polystyrene, getah pengikat dan benang Objektif: 1. Membina semangat toleransi dan kerjasama antara peserta dalam kumpulan. 2. Menonjolkan sifat kepimpinan peserta dalam menyelesaikan sesuatu cabaran. 3. Mengasah pemikiran peserta supaya lebih kritis dan inovatif. 4. Memupuk sifat sabar dan tekun para peserta dalam menghadapi sesuatu situasi.

11

Prosedur: 1. Peserta akan diberi arahan supaya menyusun cawan polystyrene sehingga membentuk pyramid. 2. Peserta tidak dibenarkan sama sekali untuk menyentuh cawan polystyrene tersebut ketika membina pyramid. 3. Peserta hanya dibenarkan menggunakan getah pengikat dan benang untuk mengangkat cawan polystyrene. 4. Peserta yang berjaya menyiapkan tugas dengan sempurna dalam waktu yang diberikan akan dikira sebagai pemenang. Modul 4 Nama aktiviti : Ayam vs Itik Jangka Masa : 45 minit Bahan : Kertas A4 dan Pen Objektif: 1. Menguasai kemahiran komunikasi berkesan yang bermula dengan mendengar dengan aktif. 2. Memupuk komunikasi dua hala yang berkesan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran peserta. 3. Menekankan kepentingan komunikasi dua hala antara peserta bagi mengelakkan salah faham. Prosedur: 1. Fasilitator mengedar dua keping kertas A4 kepada setiap ahli dan mereka duduk dalam bulatan. 2. Fasilitator memberikan arahan berikut supaya dilukis oleh ahli. 3. Ahli tidak dibenarkan bertanya. Arahan diulang sebanyak dua kali sahaja.

Berikut merupakan arahan fasilitator. Lukis satu bulatan besar. Dalam bulatan itu, lukis tiga bulatan kecil. 12

Di atas bulatan, lukis sebuah segi tiga. Di bawah bulatan pula, lukis sebuah segi empat tepat secara menegak. Di kiri dan kanan segi empat tepat itu, buat satu segi empat tepat secara melintang. Di bawah segi empat tepat menegak itu, lukis dua segi empat tepat menegak sekali lagi dengan hujungnya dilukis satu bulatan.

4.

Di atas kertas lain, peserta diminta melukis kali kedua dengan arahan yang sama tetapi kali ini dibenarkan bertanya.

5. Peserta diminta membandingkan kedua-dua lukisan mereka dengan lukisan contoh. 6. Fasilitator meminta peserta memberikan maklum balas berkenaan perasaan mereka semasa melukis kali pertama dan kedua. 7. Fasilitator berbincang bagi mendapatkan maklum balas dengan memberi fokuskepada:

Falsafah 1. Kepentingan kemahiran mendengar dalam mewujudkan komunikasi berkesan. 2. Komunikasi satu hala yang menimbulkan masalah

13

14

Modul 5 Nama aktviti: Masih Ada Yang Sayang-Surat Cinta untuk Dia Jangka masa: 45 minit Bahan: Pen dan kertas A4 Objektif: 1. Memberi kesedaran kepada peserta perlunya untuk menghargai sebuah kasih sayang terutama dari ibu bapa walaupun mereka sudah tiada. 2. Menyuntik semangat kepada peserta walaupun orang yang disayangi jauh dari mata. 3. Berkongsi luahan dan sifat kasih peserta kepada masyarakat dalam memperbaiki kelemahan diri dan hidup berdikari. Prosedur: 1. Fasilitator akan berdiskusi dengan peserta mengenai ibu bapa mereka dan apa yang akan mereka lakukan untuk membalas jasa ibu bapa mereka. 2. Peserta dikehendaki menulis satu surat yang dinamakan Surat Cinta untuk Dia bagi meluahkan segala isi hati yang terbuku tentang ibu bapa mereka. 3. Peserta diminta untuk menyimpan surat tersebut untuk dijadikan sumber semangat dalam mencapai matlamat yang disasarkan.

15

Anda mungkin juga menyukai