Anda di halaman 1dari 10

AKTIVITI : INFO-PSS CONTEST (IPC)

1. Matlamat
Pelajar perlu diberi pendedahan tentang PSS.

2. Objektif
i. Melahirkan pelajar yang celik minda tentang PSS.
ii. Membentuk semangat ingin tahu dan boleh berdikari dalam usaha
mencari maklumat
iii. Pelajar dapat mengenalpasti bahan atau buku yang terdapat di PSS
serta dapat memanfaatkannya dari semasa ke semasa.

3. Sasaran
Pelajar Tingkatan 1 dan 2.

4. Cadangan tarikh
17 April 2006.

5. Kewangan
Hadiah disediakan tanpa perlu mengeluarkan modal. Hadiah akan ditajakan oleh
guru-guru dalam bentuk barangan yang tidak digunakan oleh guru-guru di rumah
tetapi boleh dimanfaatkan oleh pelajar seperti mug, buku catatan, CD, alat tulis
dan sebagainya.

6. Strategi pelaksanaan
1. Penyelaras PSS membentuk soalan tentang PSS.
2. Soalan ditaip dan dibuatkan dalam 50 salinan.
3. Penyelaras mengumumkan tentang peraduan di perhimpunan rasmi.
4. Soalan diedarkan ke setiap kelas dan setiap borang dikenakan caj RM0.10.
5. Pelajar mencari maklumat berdasarkan soalan yang diberi dan memasukkan
borang jawapan ke dalam kotak yang disediakan.
6. Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah semasa perhimpunan
rasmi.

7. Jawatankuasa Peraduan
Pengerusi – Pn. Noor Hazita Md. Salleh
SU - Nor Hakimah Hamzah (Pengawas PSS)
Bendahari - Nor Shuhaida Radzi

8. Penutup
- Dapat meningkatkan minat pelajar untuk terus memanfaatkan PSS.
PROGRAM : SUDUT BACAAN KELAS
1. Matlamat
Memudahkan pelajar mendapat rujukan segera.

2. Objektif
a. Memupuk budaya membaca di kalangan pelajar.
b. Membantu pelajar mendapatkan rujukan

3. Sasaran
Pelajar Tingkatan 3 dan 5.

4. Cadangan tarikh
Mulai Februari 2006

5. Kewangan RM
Fail Kelas 3.00 X bilangan kelas
Bakul buku 5.00 X bilangan kelas

6. Sumber Kewangan
- Wang PSS

7. Strategi pelaksanaan
1. Mesyuarat JK Kerja.
2. Lantik Pengawas bertugas.
3. Pelajar dipandu membuat pemilihan buku rujukan.
4. Mengisi maklumat pinjaman ke dalam buku yang disediakan.
5. Menyerahkan buku dan fail.
6. Semakan berkala untuk mempastikan keadaan buku.

8. Penutup
- Pelajar dapat memanfaatkan program yang dijalankan.
PROGRAM : PAMERAN KRAF TANGAN TRADISIONAL (ALAT
MENANGKAP IKAN TRADISIONAL)

1. Matlamat
Membawa pelajar menerokai seni kraf tangan tradisional yang berkaitan dengan
alat menangkap ikan.

2. Objektif
1. Mengenalpasti jenis-jenis alat menangkap ikan tradisional.
2. mengatahui fungsi alat-alat menangkap ikan kepada masyarakat zaman
tersebut.
3. mengetahui bagaimana alat itu direka cipta dan bahan yang digunakan.

3. Sasaran
- Semua pelajar.

4. Cadangan tarikh
- bermula April sehingga Jun (3 bulan)

5. Kos
Hadiah = RM300.00

6. Sumber Kewangan
- Wang SUWA
- PIBG

7. Strategi pelaksanaan
1. Mesyuarat JK Kerja dan bentuk jawatankuasa.
2. Persediaan tempat dan bahan pamiran
3. Penyediaan brosur
4. Hebahan kepada semua warga sekolah melalui perhimpunan pagi dan
papan PSS

8. Harapan
- semoga program ini mencapai matlamat dengan pelajar dapat menghargai
khazanah negara
PROGRAM : KUIZ KARYA AGUNG

1. Matlamat
Membawa pelajar menghayati karya agung yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh
besar penulis tanahair.

2. Objektif
1. Mengenalpasti buku-buku yang tergolong dalam karya agung (11 buah)
2. mengetahui negara kita juga mempunyai karya-karya besar yang boleh
dibanggakan
3. membuat kajian yang lebih mendalam tentang isi kandungan yang terdapat
dalam setiap karya agung tersebut

3. Sasaran
- Pelajar menengah atas

4. Cadangan tarikh
- bermula Julai

5. Kos
Hadiah = RM 60.00
Tempat Pertama: 15.00
Kedua 10.00
Ketiga 7.00
Saguhati (5x5) 25.00

6. Sumber Kewangan
- Wang SUWA
- PIBG
- Wang Kerajaan

7. Strategi pelaksanaan
5. Mesyuarat JK Kerja dan bentuk jawatankuasa.
6. Membentangkan syarat-syarat dan peraturan pertandingan
7. Membuat hebahan melalui perhimpunan mingguan dan papan
kenyyataan PSS dan brosur pertandingan
8. Penyampaian hadiah dalam minggu PSS

8. Harapan
- semoga program ini memberi kesan positif kepada pelajar.
PROGRAM IQRA

Matlamat:
- untuk membasmi masalah pelajar yang bermasalah dalam 2M (MEMBACA DAN
MENULIS)

Objektif:
1. menghasilkan pelajar yang sekurang-kurangnya dapat membaca dan menulis
selepas tamat sekolah.
2. meningkatkan minat pelajar kepada membaca
3. menyediakan prasarana sesuai untuk pelajar bermasalah 2M

Kumpulan Sasaran:
- Pelajar terpilih yang menghadapi masalah 2M

Kewangan:
- Keceriaan bilik : RM 100
- bacaan aras rendah : RM 100
-Manila kad : RM 50
-Pengurusan : RM 50

Sumber Kewangan
-RM 200 -Wang kerajaan
-RM 100 - PIBG

Cadangan Tarikh:
Mulai Mac

Perlaksanaan:

1. mesyuarat jawatankuasa
2. menyediakan senarai nama pelajar yang terlibat
3. menyediakan prasarana yang sesuai untuk tahap pembelajaran tersebut
4. pelajar-pelajar terbabit akan di pindahkan ke bilik iqra semasa pembelajaran BM
dan BI
5. beberapa guru lain akan terlibat untuk mengedalikan pelajar tersebut
6. rekod penggunaan bilik disediakan

Penutup
Diharapkan pelajar yang keluar dari sekolah ini dapat mengusai 2M dengan baik.
PROGRAM TAMAN HERBA

Matlamat:
menambahkan punca untuk meningkatkan pengetahuan pelajar dengan mendidik cara
untuk mencari maklumat di perpustakaan

Objektif
1. mendedahkan pelajar dengan pengetahuan tentang herba dan kegunaannya.
2. menanam minat pelajar kepada alam sekitar
3. meningkat tahap membaca
4. meningkat jumlah pelajar ke perpustakaan

Kumpulan Sasaran:
semua pelajar dan guru

Kos:
Kayu label : RM100
Baja : RM25
Laminat : RM75

Sumber:
Wang PSS : RM100
Panitia Sains : RM100

Lokasi
Persekitaran luar Makmal Sains

Perlaksanaan:
Mesyuarat jawatankukasa
Pengurusan taman di uruskan oleh pembantu makmal
PSS menyediakan sumber rujukan untuk maklumat tertentu
Setiap tanaman disediakan label dan pada label tersebut disertakan dengan kod
buku dan rak yang sebenar di perpustakaan.
Pelajar yang ingin untuk mendapat maklumat lanjut boleh merujuk ke
perpustakaan berdasarkan maklumat pada label.

Penutup:
Semoga pelajar lebih mahir menggunakan perpustakaan untuk mencari maklumat penting
PROGRAM : KLIK BERITA

1. Matlamat
Mendedahkan pelajar kepada kerjaya sebagai seorang pembaca berita

2. Objektif
a. Memupuk minat suka membaca dikalangan pelajar serta faedahnya.
b. Melatih pelajar membaca dengan intonansi, sebutan dan rima yang betul
dan sesuai dan lancar.
c. Pelajar dapat merasai suasana sebenar sebagai pembaca berita TV

3. Sasaran
Pelajar Tingkatan 4 dan 5, serta pelajar yang telah mencapai tahap rakan pembaca
dalam program NILAM

4. Cadangan tarikh
Ogos 2006

5. Kewangan
a. peralatan siaraya : RM 100
b. hadiah RM 100

Sumber :
a. Sekolah
b. PIBG

6. Strategi pelaksanaan
1. mesyuarat JK kerja projek (Guru penyelaras PSS, Panatia BM & BI,
kaunselor)
2. Pembentukan JK projek, hakim, dan penetapan tarik pelaksanaan program
3. Penyelaras mengumumkan tentang pelaksanaan program kepada pelajar
4. Poster pertandingan dan borang penyertaan
5. Pemilihan peserta (jika penyertaan terlalu ramai – saringan )
6. laksana program
7. pelaporan

7. Penutup :
Diharapkan program ini akan dapat memupuk minat membaca dikalangan pelajar
serta kepentingannya serta kerjaya yang boleh diceburi jika dapat menguasai
pembacaan dengan teknik yang sempurna.
PROGRAM : HARI TERBUKA ERT

1. Matlamat
Mencungkil bakat terpendam dikalangan pelajar sekolah

2. Objektif
a. Melahirkan pelajar yang kreatif dalam sulaman / jahitan / rekaan pakaian.
b. Mencungkil bakat dan kreativiti pelajar dalam gubahan.
c. Melatih pelajar menguruskan sesuatu pertandingan dan pameran.

3. Sasaran
Semua pelajar mengikut unit uniform dan Persatuan / kelab ( Semua unit uniform,
persatuan / kelab wajib menghantar wakil peserta )

4. Cadangan tarikh
Jun 2006 – ( Waktu Ko-kurikulum)

5. Kewangan
a. Peralatan melukis RM 100
b. hadiah RM 150
c. peralatan sulaman dan jahitan RM 150

Sumber :
a. Sekolah
b. PIBG
c. Yuran penyertaan palajar

6. Strategi pelaksanaan
8. mesyuarat JK kerja projek (Guru penyelaras PSS, Panatia ERT & KH)
9. Pembentukan JK projek, hakim, dan penetapan tarik pelaksanaan program,
lokasi
10. Penyelaras mengumumkan tentang pelaksanaan program kepada pelajar
11. Poster pertandingan dan borang penyertaan
12. laksana program
13. pelaporan

7. Penutup :
Diharapkan program ini akan dapat mencungkil bakat dan kreativiti yang
terpendam dikalangan pelajar serta mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari.
PROGRAM : JUALAN AKHBAR BERITA HARIAN
(SKOR DAN MINDA PELAJAR)

1. Matlamat:
- Menggalakkan pelajar aktif membaca surat khabar dan menjadikan SKOR dan
Minda pelajar sebagai bahan rujukan tambahan.

2.Objektif:
a. Pelajar dapat membaca berita tentang isu-isu semasa di dalam dan di
luar negara.
b. Meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia.
c. Membuat latih tubi berdasarkan soalan dari SKOR dan Minda Pelajar.
d. Memudahkan pelajar mendapat isi-isi penting untuk membuat
karangan.

3.Sasaran :
- Semua pelajar khususnya pelajar Tingkatan 3 dan 5.

4. Cadangan tarikh :
- bermula Mac 2006

5. Kewangan :
Harga dari pengedar = RM0.75
Harga Jualan senashkah kepada pelajar = RM1.00
Keuntungan = RM0.25

(RM0.25 x 40 nashkah x 2 = RM20 sehari)


6. Sumber Kewangan:
Hasil jualan surat khabar daripada guru dan pelajar.

7. Strategi pelaksanaan :

a. Menghubungi pengedar di Kuantan.


b. Memaklum dan membuat promosi tentang jualan akhbar di sekolah.
c. Menjual akhbar dari kelas ke kelas.
d. Membuat bayaran kepada pengedar setelah menerima invos.

8. Penutup :
- Program ini akan dapat memudahkan pelajar membeli surat khabar pada harga
yang lebih murah serta dapat membaca surat khabar sekurang-kurangnya dua kali
seminggu.
PROGRAM : CABUTAN NOMBOR BERTUAH

Matlamat : Menggalakkan pelajar membuat pinjaman bukku di perpustakaan.

Objektif :
2.1 Memupuk minat membaca dikalangan pelajar.
2.2 Membantu menjayakan program Nilam sekolah

Kumpulan Sasaran :
3.1 Semua pelajar

Tarikh : Mulai Februari ( 2 X 1 bulan )

Kewangan :
5.1 Perbelanjaan
Hadiah : RM 10 X 3 X 5 = RM 150.00

5.2 Sumber : Kewangan tunai PSS


: Perkapita PSS

Strategi Pelaksanaan :
6.1 Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja
6.2 Melantik pengawas bertugas
6.3 Membuat cabutan bertuah
6.4 Menyampaikan hadiah

Penutup : Program ini diharapkan boleh membantu dan menjayakan Program Nilam
sekolah

Anda mungkin juga menyukai