Anda di halaman 1dari 2

Nama : Nur Nisrina Nabihah Binti Mohd Ali

Sekolah : Sekolah Kebangsaan Sri Petaling.


Tajuk : Budaya positif melalui media sosial.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah. 

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera. Salam apresiasi buat barisan kehakiman yang
penuh integriti. Salam hormat jua buat penonton yang menonton rakaman saya ini. Tangan
ditadah kepada sang pencipta agar segalanya diberkati dan dilancarkan urusan dalam kehidupan
seharian. Saya Nur Nisrina Nabihah Binti Mohd Ali Arena pada hari ini saya lakarkan sebuah
pidato yang bertajuk “budaya positif melalui media sosial.

Hadirin Sekalian.

Dunia pada hari ini sudah berubah dari satu zaman kepada satu zaman. Jika dahulu kita
menggunakan pen untuk menulis namun pada hari ini hanya menggunakan hujung jari mampu
untuk menyampaikan apa yang dinginkan. Justeru inilah dipanggil media sosial. Media sosial ini
diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan sebagai contoh facebook, youtube, Instagram
dan banyak lagi. Media sosial menjadi satu medium yang penting dalam pelbagai bidang yang
memberikan manfaat kepada pengguna. Jadi, saya akan kupaskan budaya positif dalam media
sosial.

Hadirin sekalian,

Hujah pembukaan saya pada hari ini ialah menerapkan budaya positif iaitu menyebarkan
kebaikan dan tauladan kepada orang lain. Ya, kebaikan boleh disebarluaskan kepada semua
manusia kerana media sosial menjadi medan terbaik untuk dijadikan rujukan kepada pengguna.
Kebaikan ini boleh ditulis atau dirakam dan mesejnya jelas untuk mendidik masyarakat. Sebagai
contoh, situasi semasa yang kita hadapi ini iaitu pandemik covid-19 yang menjadi ancaman
kepada kita semua. Oleh itu, segala pencegahan boleh diwar-warkan dalam media sosial sebagai
panduan kepada mereka semua.

Hujah saya yang kedua, Media sosial menjadi medan untuk Pendidikan norma baharu.
Tidak pernah kita terfikir bahawa inilah yang akan terjadi dalam dunia Pendidikan semenjak
pandemik ini berlaku. Jelaslah ini merupakan budaya positif yang boleh diambil oleh semua
pelajar tidak kiralah sekolah, kolej atau universiti. Pelbagai inisiatif telah diambil untuk terbaik
sebagai contoh program didik tv yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
memberikan manfaat kepada semua pelajar. Tuntasnya, budaya positif media sosial ini juga
memberikan kebaikan kepada dunia Pendidikan.

Hadirin sekalian,

Hujah saya diteruskan lagi iaitu memberikan pasaran kepada peniaga. Menurut statistik
yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Komunikasi Dan Multimedia pada tahun 2020
menunjukkan 93.3% pengguna seluruh Malaysia memiliki media sosial. Tidakkah ini
memberikan pasaran yang baik kepada peniaga untuk memajukan perniagaan mereka. Jumlah
pengguna yang ramai ini semestinya memberikan impak ekonomi yang positif kepada peniaga
bahkan kepada negara. Jelaslah ini ialah satu budaya positif melalui media sosial.

Hadirin,

Sebagai penutup jelaslah budaya postif melalui media sosial ini perlu diterapkan kepada
semua pengguna. Setiap rakyat yang mempunyai media sosial haruslah memegang etika dalam
penggunaan media sosial. Sekian sahaja hujah saya pada hari ini. Saya Menyusun 10 jari
memohon kemaafan andai tersalah dan tersilap dalam mengukuhkan hujah saya pada hari ini.

Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai