Anda di halaman 1dari 16

PAPAN CERITA

SHAHAFIZAN BIN SHUIB


790422025849 PPG/20463/11

MUKA SURAT 1

TARIKH

NAMA PROJEK

PENULIS

KERANGKA / DESKRIPSI Memperdengarkan sebuah syair untuk memberitahu tajuk cerita Batu Belah Batu Bertangkup melalui rekod suara. Menyatakan asal usul sebuah kampung yang berasal daripada batu besar. Gambar batu ditunjukkan bagi permulaan sebuah cerita yang akan didengari.

SENARAI MEDIA o o o o o Muzik lagu Rekod suara Gambar Tajuk Animasi

Batu Belah Batu Bertangkup

PENCERITAAN
Pada suatu masa dahulu terdapat sebuah kampung bernama Kampung Batu Belah. Nama tersebut berasal daripada suatu batu besar berbentuk kepala manusia yang boleh terbelah dan ternganga.

MUKA SURAT 2

TARIKH

NAMA PROJEK

PENULIS

KERANGKA / DESKRIPSI Memaparkan gambar. Penceritaan yang akan didengari melalui rekod suara yang telah dibuat. Gambar animasi ditunjukkan juga bagi menampakkan penceritaan lebih menarik.

SENARAI MEDIA o Muzik lagu o Rekod suara o Gambar

PENCERITAAN
Di kampung tersebut tinggallah Pak Tani dan isterinya Mak Tani berserta dua anak mereka, Melur dan Pekan. Pak Tani menghidap penyakit lelah. Tidak lama kemudian, dia jatuh sakit dan meninggal dunia.

MUKA SURAT 3

TARIKH

NAMA PROJEK

PENULIS

KERANGKA / DESKRIPSI

SENARAI MEDIA

Penceritaan diteruskan melalui o Muzik lagu rekod suara dengan gambar o Rekod suara animasi yang disediakan. o Gambar .

PENCERITAAN
Selepas kematian suaminya, Mak Tani terpaksa bekerja untuk menyara hidup keluarganya. Dia terpaksa ke kebun untuk menanam sayur, ke hutan mencari kayu api dan ke sungai untuk menangkap ikan.

MUKA SURAT 4

TARIKH

NAMA PROJEK

PENULIS

KERANGKA / DESKRIPSI Penceritaan diteruskan melalui rekod suara dengan gambar animasi yang disediakan.

SENARAI MEDIA o o o o Muzik lagu Rekod suara Gambar Tajuk

PENCERITAAN
Pada suatu pagi Mak Tani ke sungai untuk menangkap ikan. Sungguh malang nasibya, tidak dapat seekor ikan pun. Namun ketika melangkah pulang, Mak Tani ternampak ikan tembakul muncul di permukaan air.

MUKA SURAT 5

TARIKH

NAMA PROJEK

PENULIS

KERANGKA / DESKRIPSI

SENARAI MEDIA

Penceritaan diteruskan melalui o Muzik lagu rekod suara dengan gambar o Rekod suara animasi yang disediakan. o Gambar

o Tajuk

PENCERITAAN
Telur ikan tembakul amat digemari Pekan. Mak Tani menangkap ikan tembakul tersebut dan mengambil telurnya. Setelah itu dia pun pulang ke rumah. Setiba di rumah, dia menyuruh Melur memasak telur tersebut.

MUKA SURAT 6

TARIKH

NAMA PROJEK

PENULIS

KERANGKA / DESKRIPSI

SENARAI MEDIA

Penceritaan diteruskan melalui o Muzik lagu rekod suara dengan gambar o Rekod suara animasi yang disediakan. o Gambar

o Tajuk

PENCERITAAN
Selepas siap dimasak, Melur pun memberikan adiknya makan lauk kegemarannya itu. Pekan memakan sehingga habis. Setelah itu dia meminta lagi. Atas rasa kasihan, Melur pun memberikan bahagiannya kepada adiknya.

MUKA SURAT 7

TARIKH

NAMA PROJEK

PENULIS

KERANGKA / DESKRIPSI

SENARAI MEDIA

Penceritaan diteruskan melalui o Muzik lagu rekod suara dengan gambar o Rekod suara animasi yang disediakan. o Gambar

o Tajuk

PENCERITAAN
Setelah habis, Pekan meminta lagi. Kini lauk yang tinggal adalah sebahagian yang disimpan Melur untuk ibunya. Melur enggan memberikan kepada adiknya. Akibatnya Pekan meraung-meraung mahukan telur tersebut.Bila Melur tidak melayan kehendaknya, Pekan menangis dan berguling-guling di atas lantai. Akhirnya dengan rasa geram dia terpaksa memberikan telur tersebut kepada Pekan.

MUKA SURAT 8

TARIKH

NAMA PROJEK

PENULIS

KERANGKA / DESKRIPSI

SENARAI MEDIA

Penceritaan diteruskan melalui o Muzik lagu rekod suara dengan gambar o Rekod suara animasi yang disediakan. o Gambar

o Tajuk

PENCERITAAN
Tidak lama kemudian Mak Tani pun pulang. Perutnya berasa lapar. Sesampai di rumah, dia terus mencari telur ikan tembakul yang dimasak Melur tetapi tidak terjumpa. Dia lalu bertanyakan kepada anaknya itu. Maafkan saya emak. Telur itu sudah habis dimakan oleh Pekan,beritahu Melur sedih. Sampai hati kamu tidak menyimpan sedikit untuk emak. Emak sangat kecewa kepingin merasanya,kata Mak Tani kecewa.

MUKA SURAT 9

TARIKH

NAMA PROJEK

PENULIS

KERANGKA / DESKRIPSI

SENARAI MEDIA

Penceritaan diteruskan melalui o Muzik lagu rekod suara dengan gambar o Rekod suara animasi yang disediakan. o Gambar

o Tajuk

PENCERITAAN
Kamu tidak sayangkan emak. Kalau begini,biarlah emak ditelan batu belah,kata Mak Tani akhirnya. Dia terus berlari menuju ke batu belah. Walaupun Melur mengejarnya namun ibunya sudah ditelan batu belah.

MUKA SURAT 10

TARIKH

NAMA PROJEK

PENULIS

KERANGKA / DESKRIPSI

SENARAI MEDIA

Penceritaan diteruskan melalui o Muzik lagu rekod suara dengan gambar o Rekod suara animasi yang disediakan. o Gambar

o Tajuk

PENCERITAAN
Kini tinggallah Melur dan Pekan dua beradik. Mereka akhirnya meninggalkan tempat tersebut. Setelah berhari-hari berjalan di dalam hutan, mereka akhirnya ditemui dan dipelihara oleh Nenek Kebayan.

MUKA SURAT 11

TARIKH

NAMA PROJEK

PENULIS

KERANGKA / DESKRIPSI

SENARAI MEDIA

Penceritaan diteruskan melalui o Muzik lagu rekod suara dengan gambar o Rekod suara animasi yang disediakan. o Gambar

o Tajuk

PENCERITAAN
Nenek Kebayan menghadiahkan seekor anak ayam jantan kepada Pekan. Setiap hari ayam tersebut akan dicampakkan ke sungai supaya ia berenang semula ke tebing. Apabila besar, ayam tersebut menjadi ayam jaguh yang kuat.

MUKA SURAT 12

TARIKH

NAMA PROJEK

PENULIS

KERANGKA / DESKRIPSI

SENARAI MEDIA

Penceritaan diteruskan melalui o Muzik lagu rekod suara dengan gambar o Rekod suara animasi yang disediakan. o Gambar

o Tajuk

PENCERITAAN
Pada suatu hari pihak istana telah mengadakan pertandingan ayam sabung. Pekan lalu membawa ayam jaguhnya untuk menyertai pertandingan tersebut. Dalam pertandingan tersebut ayam jaguh milik Pekan telah muncul sebagai pemenang.

MUKA SURAT 13

TARIKH

NAMA PROJEK

PENULIS

KERANGKA / DESKRIPSI

SENARAI MEDIA

Penceritaan diteruskan melalui o Muzik lagu rekod suara dengan gambar o Rekod suara animasi yang disediakan. o Gambar

o Tajuk

PENCERITAAN
Pekan akhirnya ditawarkan bekerja sebagai penjaga ayam-ayam jaguh milik sultan di istana. Dalam pada itu putera sultan telah terpikat dengan Melur. Mereka akhirnya berkahwin dan hidup berbahagia.

LAPORAN DAN REFLEKSI Pendahuluan


Papan cerita yang dihasilkan untuk dijadikan alat bantu mengajar ini dihasilkan dengan menggunakan perisian power point. Sebanyak 13 slaid yang dihasilkan bagi menarik minat tahap

satu dan dua untuk mendengar cerita berasaskan teknologi.


Dengan perisian ini saya menggunakan gambar dan audio suara yang boleh merangsang minat murid terhadap pembelajaran ini melalui komputer.

Matlamat Memberi lebih minat terhadap pengajaran Bahasa Melayu melalui penggunaan komputer. Menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Membolehkan murid melihat kelainan dalam alat bantu mengajar yang telah disediakan.

Refleksi Kekuatan Dengan penggunaan alat bantu mengajar Bahasa Melayu untuk sebuah cerita ini akan memudahkan guru serta murid memahami isi cerita yang ingin disampaikan. Ini disebabkan persembahan powerpoint berbentuk cerita dengan rakaman suara yang berbeza dapat menarik perhatian murid untuk mendengar cerita yang akan disampaikan. Dengan intonasi suara dan alunan muzik serta gambar yang menarik dapat memberi kelainan dan keseronokan murid untuk memahami cerita yang ingin disampaikan. Kelemahan Power point ini mempunyai cara penyampaian yang sama setiap muka surat. Ini kerana setiap muka surat hanya disertakan dengan gambar dan rakaman suara sahaja. Audio yang kurang jelas akan memberi kesan kepada murid dan mengurangkan tumpuan di dalam kelas. Hanya satu gambar sahaja disediakan. Ini menyebabkan murid akan mendengar sambil lewa. Cara Mengatasi Guru perlu lebih kreatif untuk memasukkan gambar yang lebih menarik disamping memberi kesan audio yang lebih jelas. Masa yang diperuntukkan untuk menghasilkan alat bantu mengajar ini perlu mencukupi supaya ia lebih berkesan. Video perlu dimasukkan untuk menerap nilai murni dalam penceritaan supaya mempunyai kelainan dan keseronokan.

Anda mungkin juga menyukai